Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT KEJOHANAN

PENGURUS PASUKAN MERENTAS DESA MSSD KINTA UTARA 2018

TARIKH : 11 Januari 2018


MASA : 2.30 ptg
TEMPAT : Dewan Wijaya Perkasa, SMK Ulu Kinta
KEHADIRAN : Semua wakil Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi, En Chua Pay Wen, mengalu-alukan kedatangan semua wakil Sekolah
Menengah Daerah Kinta Utara.
1.2 Mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama hadir dalam
mesyuarat pada hari ini dan berbesar hati kerana telah terpilih menjadi tuan rumah bagi
Kejohanan Merentas Desa MSSD Kinta Utara bagi tahun ini.
Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Wakil Unit Sukan PPD Kinta Utara


2.1 Bagi pihak PPD Daerah, pengerusi teknik mengucapkan terima kasih atas penglibatan
semua guru.
Tindakan : Makluman

3.0 Taklimat Pengerusi Teknik Permainan dan Sukan (PTPS) Daerah Kinta Utara (En. Chua Pay Wen)
3.1 Pendaftaran peserta adalah secara dalam talian melalui laman web
www.kintaathletics.com
3.2 Tarikh akhir pendaftaran peserta adalah pada 17 Januari 2018 (Rabu).
3.3 Borang penyertaan yang telah lengkap di tandatangani oleh pengetua atau guru besar
perlu di bawa pada hari pertandingan.
3.4 Setiap sekolah wajib menghantar wakil walaupun bagi 1 kategori sahaja dan tidak ada
gantian bagi peserta yang menarik diri atau tidak hadir.
3.5 Peserta handaklah berpakaian sesuai dan kemas sewaktu mendaftar dan sepanjang
majlis penyampaian hadiah.
3.6 Setiap peserta juga diwajibkan memakai nombor pengenalan seperti yang diberi di
dalam portal semasa pendaftaran online mengikut sekolah masing-masing. Ukuran
nombor tersebut adalah bersaiz A3 atau separuh kertas A4.
3.7 Bagi acara individu, hadiah adalah berupa pingat dan sijil bagi pemenang tempat
pertama hingga ke-20.
3.8 Empat peserta terbaik bagi setiap kategori akan dikira bagi Pertandingan Berpasukan.
3.9 Setiap sekolah perlu mencalonkan 2 orang guru bagi sekolah menengah dan seorang
guru bagi sekolah rendah yang akan bertugas sebagai pegawai sepanjang Kejohanan
Merentas Desa MSSD Kinta Utara 2018.
3.10 Pencalonan pegawai adalah bermula dari 15 hingga 17 Januari 2018 melalui Portal PPD.
3.11 Taklimat bagi pegawai yang dicalonkan adalah seperti berikut:
Tarikh : 22 Januari 2018 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Wijaya Perkasa, SMK Ulu Kinta
Tindakan : Makluman
4.0 Penetapan tarikh, masa dan tempat pertandingan
4.1 Maklumat rasmi berkaitan kejohanan ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 24 Januari 2018
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Padang SMK Ulu Kinta

4.2 Kejohanan Merentas Desa MSSD Kinta Utara pada tahun ini akan bermula dari padang
SMK Ulu Kinta dan berakhir juga di padang yang sama.
Tindakan : Makluman

5.0 Peraturan pertandingan


5.1 pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia
(KOM), Peraturan-peraturan Am MSSM MSS Perak dan Peraturan Pertandingan yang
telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
5.2 Jenis pertandingan adalah pertandingan individu dan berpasukan. Jumlah peserta bagi
setiap kategori atau pasukan adalah 4 orang sahaja.
5.3 Peraturan berkaitan pengesahan pemenang di dalam peraturan pertandingan no. 15
adalah di batalkan.
5.4 Sebarang bantahan hendaklah di buat mengikut prosedur peraturan 146 KOM beserta
wang pertaruhan sebanyak RM200.
Tindakan : Makluman
6.0 Kewangan
6.1 Jumlah bayaran penyertaan adalah sebanyak RM 40.00 bagi setiap kategori tanpa
mengira jumlah peserta yang bertanding.
6.2 En. A. Alagesan dari ACS mencadangkan agar jumlah bayaran ini diterima dan disokong
oleh En. Azali bin Idris dari SK Dato Panglima Kinta.
6.3 Cek perlu dihantar kepada Unit Sukan PPD Kinta Utara U/P Penyelia Sukan. Cek
hendaklah ditulis atas nama:
TABUNG KEBAJIKAN SUKAN PENDIDIKAN LEBOH CATOR
Nombor Akaun: 558172003810
6.4 Bayaran secara tunai tidak dibenarkan.
6.5 Tarikh tutup pembayaran yuran penyertaan adalah sebelum 31 Mac 2018.
Tindakan : Makluman
7.0 Hal-hal lain
7.1 Penggunaan tandas bagi pelajar pada hari kejohanan adalah di surau. Manakala para
guru boleh menggunakan tandas guru sebaris dengan pejabat sekolah.
7.2 Bilik kesihatan yang terletak bersebelahan dengan Dewan Halaman Harmonis akan
dijadikan bilik urusetia.
7.3 Kesemua guru pengiring dinasihatkan agar mencari tempat parkir di kawasan Maktab
Perguruan bagi mengelakkan kenderaan menghalalng laluan.
7.4 Pendaftaran peserta akan berlangsung di Dewan Halaman Harmonis dan meja serahan
cek juga akan dibuka. Upacara penyampaian hadiah dan penutup akan berlangsung di
lokasi yang sama.
7.5 Guru-guru pengiring dinasihatkan untuk membawa pek ais sendiri bagi mengurangkan
kesesakan di khemah PBSM pada hari kejadian.
7.6 Pelajar yang memakai nombor yang tidak di daftarkan akan di batalkan penyertaannya.
Tindakan : Makluman
7.7 En. A. Alagesan menyarankan agar penanda di sepanjang trek larian di tandakan dengan
lebih jelas bagi mengelakkan pelajar sesat.
7.8 En. V. Krishnan mencadangkan agar laluan bagi larian pelajar lelaki dan perempuan
diasingkan bagi mengelakkan berlakunya kepadatan pelajar di sesetengah trek larian.
7.9 Guru-guru mencadangkan agar lorong larian tidak ditutup selepas 100 peserta pertama
tiba bagi memberi semangat kepada pelajar untuk menghabiskan larian.
Tindakan : Pengerusi Teknik
8.0 Penutup
8.1 Pengerusi berharap semua pegawai dapat memberi kerjasama kepada pihak pengelola
kejohanan.

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.00 petang.

Anda mungkin juga menyukai