Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN

KEJOHANAN PING PONG BAWAH 12 TAHUN


MSSD BAGAN DATUK 2019

Tarikh : 15 JANUARI 2019 (SELASA)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Gerakan SJKC Pooi Aing

KEHADIRAN:

1. En Lim Chong Boon Guru Besar SJKC Pooi Aing


2. En. George Ling Yeong Shann Setiausaha Kejohanan – SJKC Pooi Aing

3. En. Muhammad Harizan Dahari SJKC Pooi Aing


4. En. Shamsul Azhar bin Abdul Halim PTPS Ping Pong Bagan Datuk
5. Puan Teh Mi Ling SJKC Simpang Tiga
6. En. Kok Siak Aun SJKC Yee Hwa
7. En. Keong Cheun Ewe SJKC Hua Hsia
8. Puan Chan Woan Sim SJKC Pooi Seng
9. Puan Teh Pei Pei SJKC Bagan Pasir Laut
10. En. Teong Seng Yong SJKC Chong San
11. En. Syahril Izwan bin Said SK Sungai Tiang Darat
12. Puan Lim Bee Teng SJKC Hwa Nan
13. En. Mohd Fauzi bin Jamil SK Kampung Baharu
14. En. Kamal Harun SK Sungai Balai
15. En. Mohd Faizal bin Ramlan SK Rungkup, Selekoh
16. En. Azmi bin Mohd Yusoff SJKT Ldg Jenderata Bhg. Alpha Bernam

17. Puan Yee Poh Wai SJKC Keow Min


18. En. Nur Muhammad Uwais Alqorni SK Sungai Haji Muhammad

TIDAK HADIR:

1. En. Ahmad Fauzi bin Noordin SK Sungai Betul


2. En. Nahar bin Noordin SK Sungai Samak
AGENDA:

1. UCAPAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan
kedatangan guru-guru yang mewakili sekolah masing-masing.

2. UCAPAN PTPS RAGBI DAERAH


2.1. Ucapan tahniah kepada SJKC Pooi Aing kerana telah
berusaha untuk merancang dan menjalankan satu program
pembangunan ping pong.
2.2. PTPS membincangkan dan menjelaskan peraturan kejohanan
(rujuk Lampiran).
2.3. Borang-borang penyertaan telah diserahkan kepada sekolah-
sekolah yang berminat untuk sertai kejohanan.

3. MAKLUMAT PERTANDINGAN
3.1. 17 sekolah dari daerah Bagan Datuk mengesahkan untuk
menyertai pertandingan.
3.2. Tarikh pertandingan: 29 Januari 2019 (Selasa) dan masa
bermula pertandingan pada pukul 2.00 petang.
3.3. Masa pendaftaran: 1.00 tengah hari hingga 1.30 tengah hari
3.4. Tempat pertandingan: Bilik Gerakan Sukan Ping Pong, SJKC
Yeong Seng, Jenderata.
3.5. Format pertandingan adalah kalah singkir.
3.6. Untuk pusingan awal sehingga peringkat suku akhir, setiap
perlawanan adalah berasaskan konsep ‘best of 3 sets’, dan
untuk pusingan separuh akhir dan perlawanan akhir adalah
berasaskan konsep ‘best of 5 sets’.
3.7. Pemain yang mendapat 11 mata terdahulu dikira sebagai
pemenang untuk set perlawanan tersebut.
3.8. Jadual pertandingan akan disediakan oleh pihak PTPS dengan
dibantu oleh tuan rumah berdasarkan senarai pemain yang
disediakan oleh sekolah-sekolah yang menyertai.
3.9. Sekiranya masih terdapat baki perlawanan yang tidak dapat
dihabiskan, kejohanan akan dilanjutkan pada 30 Januari 2019
(Rabu) di tempat yang sama dan bermula pada pukul 2.00
petang.
3.10. Bola kejohanan yang disediakan adalah berwarna putih dan
adalah tiga bintang dan saiz 40+ yang diiktiraf oleh ITTF.
3.11. Setiap sekolah yang menyertai hendaklah mendaftarkan
pemain mengikut seeding.
3.12. Sekolah hendaklah memastikan bahawa para pemain tidak
memakai baju putih sepanjang kejohanan.
3.13. Setiap sekolah yang menyertai kejohanan dihadkan untuk
menghantar maksimum 4 orang pemain untuk setiap
kategori.

(Senarai sekolah yang menyertai mengikut kategori)

Kategori A Kategori B
(Lelaki Bawah 12 Tahun) (Perempuan Bawah 12 Tahun)
1 SJKC Pooi Aing 1 SJKC Pooi Aing
2 SK Sungai Betul 2 SK Sungai Betul
3 SJKC Simpang Tiga 3 SJKC Simpang Tiga
4 SJKC Hwa Nan 4 SJKC Hwa Nan
5 SJKC Chong San 5 SJKC Chong San
6 SJKC Yee Hwa 6 SJKC Yee Hwa
7 SJKC Keow Min 7 SJKC Keow Min
8 SJKC Sin Min 8 SJKC Sin Min
9 SK Rungkup 9 SK Rungkup
10 SJKC Hua Hsia 10 SJKC Hua Hsia
11 SK Sungai Haji Muhammad 11 SK Sungai Haji Muhammad
12 SJKC Pooi Seng 12 SJKC Pooi Seng
13 SK Sungai Tiang Darat 13 SK Sungai Tiang Darat
14 SJKC Bagan Pasir Laut 14 SJKC Bagan Pasir Laut
15 SK Kampung Baharu 15 SK Sungai Samak
16 SK Sungai Balai

4. PERATURAN PERTANDINGAN
4.1. Peraturan pertandingan yang telah disediakan oleh PTPS serta
Undang-undang Permainan Antarabangsa ITTF akan
digunapakai untuk kejohanan ini dan dipersetujui oleh semua
sekolah yang menyertai.
4.2. Keputusan umpire adalah muktamad.
4.3. PTPS akan melantik umpire yang bertauliah serta
berpengalaman untuk kejohanan.
5. KEWANGAN
5.1. Borang pendaftaran yang telah lengkap dan disahkan
hendaklah dihantar secara softcopy atau hardcopy sebelum
atau pada 18 Januari 2019 (Jumaat) bagi tujuan menyusun
jadual perlawanan.
5.2. Yuran penyertaan sebanyak RM80.00 hendaklah diserahkan
secara tunai kepada pengelola pertandingan semasa hari
kejohanan. Pembayaran secara cek hendaklah dihantar
sebelum atau pada 22 Januari 2019 (Selasa) kepada akaun
penerima:
SJKC POOI AING
RHB BANK BERHAD
20820339000116
5.3. Minit mesyuarat akan diedarkan pada 18 Januari 2019
(Jumaat) kepada pengurus-pengurus pasukan yang telah
mengesahkan kehadiran.
5.4. Baki bayaran penyertaan MSSD Ping Pong akan digunakan
sebagai sumbangan bagi menampung perbelanjaan pasukan
daerah Bagan Datuk sepanjang persediaan MSSPk di daerah
Kinta Selatan, dijadualkan pada 21 hingga 24 Februari 2019
dengan persetujuan semua sekolah yang menyertai kejohanan.

6. HAL-HAL LAIN
6.1. Guru Besar mengingatkan sekali lagi supaya setiap sekolah
dapat menyerahkan borang yang lengkap secara bertaip
kepada pihak pengelola pertandingan pada masa yang
ditetapkan untuk memudahkan susunan jadual perlawanan.
6.2. En. Shamsul Azhar bin Abd Halim, PTPS Ping Pong Daerah
Bagan Datuk tidak mewajibkan sekolah untuk menyediakan
borang R01 untuk kejohanan ini. Borang R01 akan disediakan
oleh pengurus pasukan daerah untuk pemain-pemain terpilih
untuk peringkat MSSPk setelah selesainya kejohanan ini.
6.3. En. Shamsul Azhar bin Abd Halim, PTPS Ping Pong Daerah
Bagan Datuk juga mengharapkan pihak pengelola
pertandingan dapat menjalankan pertandingan ini dengan
sempurna dan cemerlang. Sekiranya terdapat masalah yang
timbul bolehlah berhubung terus dengan pihak PTPS.
7. UCAPAN PENUTUP
7.1. Pengerusi mengharapkan semua pihak dapat memberikan
kerjasama dan berharap agar pertandingan yang dirancang
dapat berjalan dengan lancar.
7.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang
hadir.

Mesyuarat ditangguhkan jam 4.00 petang.

Anda mungkin juga menyukai