Anda di halaman 1dari 2

SK SRI PULAI PERDANA,

PERSIARAN PULAI PERDANA 1,

TAMAN SRI PULAI PERDANA,

81300 JOHOR BAHRU.

KERTAS MINIT CURAI

Nama Pegawai : Pn. Haslinda binti Jamaluddin

Jawatan : PPP DG 44

Program/ Kursus : Mesyuarat Pengurusan Kejohanan Merentas Desa Majlis


Sukan Sekolah Daerah Bil. 1/2023

Tarikh : 17 Julai 2023

Pengerusi : En. Khairul Shafiq


PT Merentas Desa

Masa : 2.00 p.m. hingga 4.00 p.m.

Tempat : Dewan SMK Bukit Batu 10, Kulai

Berikut adalah kandungan kursus / aktiviti

BIL. Kandungan Tindakan


1 Perutusan Pengerusi
• Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
• Pengerusi mengucapkan selamat datang dan mengalukan
kehadiran semua yang hadir.

2 Perbentangan Kertas Konsep Pertandingan


• Pertandingan akan dijalankan pada 2 Ogos 2023 untuk
test track dan kejohanan pada 3 Ogos 2023.
• Flag Off pada pukul 8 pagi pada hari kejohanan paling
lewat adalah pada pukul 8.15 pagi. Pendaftaran bermula
Makluman
pada pukul 7.20 pagi.
• Pendaftaran melalui web boleh dilakukan oleh pengurus
dan tarikh akhir pendaftaran selewat-lewatnya pada 1
Ogos 2023 pada pukul 12 tengah hari.
• Id dan Password telah diberikan melalui medium Whats
App melalui setiausaha sukan sekolah masing-masing.
• Acara pertama dimulakan dengan L 18 dan P 18 disusuli
acara P 12, P15 dan seterusnya L 12, L15.
• Setiap acara akan dilepaskan setiap dua kategori dengan
selang masa antara acara selama 20/30 saat.
• Susunan adalah siapa cepat peserta itu di hadapan.
• Penamat di kawasan sekolah. Murid P12 dan L12 sejauh
4 km di kawasan jalan raya sahaja.
• Semua peraturan bagi acara ini akan diberikan melalui
telegram atau WhatsApp.
• Tidak perlu isi borang R01 dan M01 lagi untuk hantar
penyertaan murid, hanya surat kebenaran dan akuan
kesihatan sahaja (simpanan sekolah sahaja).
• Penentuan pemenang seperti tahun sebelumnya. Rujuk
kertas konsep yang akan diberikan melalui medium sama
ada Telegram atau WhatsApp.
• Bib warna biru bagi kategori P 12 dan L12.
• Pendaftaran murid mesti sama dengan nombor BIB.
Sekiranya berlaku kesalahan penyertaan dibatalkan.
5 Hal – hal lain
• Ditegaskan bahawa pada hari kejohanan adalah bertindih
dengan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang. Oleh itu, pegawai teknik kejohanan meminta
Makluman
supaya acara merentas desa ini dapat dihabiskan seperti
dijadualkan.
• Semua peserta dan guru pengiring perlu menunggu
sehingga majlis penutupan acara merentas desa.
• Video laluan track merentas desa akan diberikan melalui
medium Telegram atau WhatsApp
6 Penutup
• Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua
yang hadir pada mesyuarat kali ini.
• Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Pegawai Pelapor

------------------------------
(Pn. Haslinda binti Jamaluddin)

Anda mungkin juga menyukai