Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KALI KEDUA 2018

SJK (C) POOI AING 36300 SUNGAI SUMUN

TARIKH : 27-6-2018
TEMPAT : BILIK GERAKAN
MASA : 2:30 PM – 3:30PM
Kehadiran:
1. Foo Ting Ai Guru Besar
2. Kee Wei Yi Guru Kanan Pentadbiran
3. Ong Chai Eng Guru HEM
4. Fong Peh Yean Guru Kanan Ko-Kurikulum
5. Tan Zhi Leng
6. George Ling
7. Anisah Othman
8. Muhammad Harizan
9. Chew Wei Chin
10. Nur Syafina Low
11. Koh Fee Ying

Urus Setia:
1. Nur Syafina Low Ketua Panitia Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
2. Tan Zhi Leng Setiausaha

1. Ucapan Penasihat – Pn Foo Ting Ai (Guru Besar)

1.1 Penasihat mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Teknologi Maklumat dan
Komunikasi 2/2018 pada petang ini.

1.2 Penasihat mengharapkan guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat meningkatkan
pembelajaran dan pencapaian murid dalam menguasai pengetahuan dan kemahiran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang perlu dipelajari.
Tindakan: Guru TMK

2. Ucapan Pengerusi

2.1 Mengucapkan terima kasih kerana guru-guru dapat meluangkan masa menghadiri
mesyuarat panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diadakan hari ini.
2.2 Pengerusi memberikan kata-lata perangsang kepada semua guru dan berharap semoga
guru-guru dapat menjalankan aktiviti sepanjang tahun dengan lancar seperti yang telah
dirancangkan.
Tindakan : Semua Guru
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1 Pn. Nur Syafina Low selaku Panitia membentangkan minit mesyuarat bilangan 1/2018.
Pn. Fong Peh Yean mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. En. Harizan
menyokong cadangan tersebut.

Tindakan : Panitia TMK

4. Perkara-perkara yang dibangkitkan

4.1 Prestasi TMK dibuat secara offline. Tahap penguasaan diisi pada format yang ditetapkan
dan keputusan dicetak dan disimpan di dalam fail.
4.2 Peruntukan waktu bagi mata pelajaran TMK adalah sebanyak 60 minit seminggu dan
diajar secara bergilir dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
4.3 Guru yang mengajar matapelajaran TMK mestilah mengikut format pengajaran harian
TMK yang terbaru.
Tindakan : Guru TMK
5. Hal-hal lain

5.1 Ujian TMk akan diadakan di sekolah dua kali setahun dan ujian Pentaksiran Berasaskan
Sekolah akan diadakan selepas setiap topik dihabiskan.
5.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir dan berharap
semoga kerjasama semua dapat meningkatkan kecemerlangan murid-murid kita.
Tindakan : Semua Guru

Ucapan Penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:30 petang

Disediakan oleh,

……………………………
Cik. Tan Zhi Leng
Setiausaha

Disemak oleh,

……………………….…..
Pn. Nur Syafina Low
Ketua Panitia

Disahkan oleh

……………………………..
Pn. Foo Ting Ai
Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai