Anda di halaman 1dari 5

Bil Perkara Keterangan

1. Tarikh 14 Februari 2011


2. Masa 11.30 pagi – 6.45 petang
3. Bidang Kaunselor
4. Aspek Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
5. Objektif Pada akhir sesi orientasi, guru dapat:
1. Memberi pendedahan dan gambaran tentang kerja-kerja pengurusan
sekolah khususnya pengurusan bimbingan dan kaunseling.
6. Aktiviti 1. Taklimat pengurusan bimbingan dan kaunseling.

7. Penilaian Perbincangan diadakan di bilik kaunseling sekolah berkenaan pengurusan


bimbingan dan kaunseling. Guru permulaan diberi taklimat berkenaan unit
ini yang memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada para pelajar
dan juga guru. Bimbingan bukan hanya diberikan kepada pelajar yang
bermasalah sahaja. Terdapat juga sesi pencegahan dan sesi bimbingan yang
diadakan untuk pelajar-pelajar di SMK Senai ini. Selain itu, unit ini juga
telah menganjurkan beberapa program contohnya Program Pasca PMR bagi
pelajar-pelajar Tingkatan Tiga yang baru sahaja menamatkan peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah mereka dan pelbagai program lain baik di
sekolah mahu pun luar sekolah.
8. Rumusan Pendedahan terhadap pengurusan bimbingan dan kaunseling banyak
memberi input yang berguna kepada guru permulaan.

………………… …………………….

Tandatangan guru Tandatangan Mentor

Bil Perkara Keterangan


1. Tarikh 16 Februari 2011
2. Masa 11.30 pagi – 6.45 petang
3. Bidang Pentadbiran dan pengurusan kurikulum
4. Aspek 1. Sistem fail dalam pengurusan panitia
2. Peranan panitia dan GKMP
3. Proses pencerapan oleh GKMP
5. Objektif Pada akhir sesi orientasi, guru dapat:
1. Dapat mengetahui mengenai sistem fail dalam pengurusan panitia
2. Mendapat pendedahan mengenai peranan panitia dan GKMP
3. Dapat mengetahui prosedur dalam proses pencerapan oleh GKMP
6. Aktiviti 1. Penerangan mengenai tugas-tugas GKMP
2. GKMP memberi nasihat mengenai proses pengajaran dan
pembelajaran jika terdapat murid yang tidak memahami pertuturan
dalam Bahasa Melayu dengan baik.
3. GKMP memberi penekanan kepada item-item yang diuji pada
borang pencerapan P&P.
7. Penilaian Sesi pada kali ini sangat penting bagi meningkatkan tahap profesionalisme
seorang guru. Guru permulaan mendapat pelbagai input baru yang dapat
membantu untuk menjalankan tugas sebagai seorang guru di SMK Senai.
8. Rumusan Guru permulaan mendapat pelbagai input terutama sekali dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi subjek Pendidikan Islam.

………………… …………………….

Tandatangan guru Tandatangan Mentor

Bil Perkara Keterangan


1. Tarikh 17 Februari 2011
2. Masa 7.30 – 9.30 pagi
3. Bidang Ko-kurikulum
4. Aspek Latihan rumah sukan (Hijau)
5. Objektif Pada akhir sesi orientasi, guru dapat:
1. Mendapat pendedahan berkenaan kewajipan menyertai aktiviti
kokurikulum di sekolah.
2. Dapat mengetahui mengenai ketetapan hari bagi setiap aktiviti
kokurikulum.
3. Dapat mengetahui mengenai latihan rumah sukan.
6. Aktiviti 1. Senaman ‘warm-up’ dan disertai oleh guru dan semua murid rumah
sukan (Hijau).
2. Penerangan mengenai aktiviti pada hari ini (larian 100 meter dan
lompat jauh) untuk pemilihan bagi acara mini sukan.
3. Mengambil kehadiran semua murid yang hadir.
7. Penilaian Sesi pada kali ini dapat dikendalikan dengan baik. Terdapat beberapa orang
murid yang lambat hadir untuk latihan rumah sukan tetapi ia tidak
menjejaskan aktiviti rumah sukan yang dijalankan.
8. Rumusan Aktiviti rumah sukan ini diadakan dua minggu sekali bagi meningkatkan
penglibatan murid dalam bidang kokurikulum dan merupakan salah satu
platform untuk mencungkil bakat murid untuk diketengahkan pada peringkat
yang lebih tinggi.

………………… …………………….

Tandatangan guru Tandatangan Mentor

Bil Perkara Keterangan


1. Tarikh 18 Februari 2011
2. Masa 2.15 – 6.45 petang
3. Bidang Hal Ehwal Murid
4. Aspek Tugas guru dalam mendisiplinkan pelajar
5. Objektif Pada akhir sesi orientasi, guru dapat:
1. Dapat mengetahui mengenai disiplin pelajar di SMK Senai dengan
lebih jelas.
2. Dapat mengetahui mengenai tugas-tugas guru dalam mendisiplinkan
pelajar.
3. Dapat mengaplikasikan tugas guru dalam mendisiplinkan pelajar
dengan betul.
6. Aktiviti 1. Pengedaran risalah berkenaan dengan kes yang berkaitan dengan
kecuaian guru.
2. Mesyuarat yang berkaitan dengan pengurusan disiplin murid.
3. Merujuk pada buku pengurusan sekolah berkaitan dengan hal ehwal
murid.
7. Penilaian Aktiviti yang dijalankan berlangsung dengan baik. Hal ini seterusnya dapat
meningkatkan pengetahuan guru berkenaaan dengan pengurusan hal ehwal
murid.
8. Rumusan Semua aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada guru-guru
kerana mesyuarat yang dijalankan turut dimuatkan dengan peringatan dan
nasihat berkenaan dengan pengurusan hal ehwal murid.

………………… …………………….

Tandatangan guru Tandatangan Mentor

Bil Perkara Keterangan


1. Tarikh 19 Februari 2011
2. Masa 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
3. Bidang Pengurusan
4. Aspek Refleksi, perbincangan dengan guru-guru permulaan
5. Objektif Pada akhir sesi orientasi, guru dapat :
1. Refleksi diri untuk meningkatkan keyakinan diri dan motivasi dalam
diri guru permulaan.
2. Berkongsi masalah yang dihadapi sepanjang persekolahan.
3. Bertukar maklumat dan pandangan sesama guru permulaan
6. Aktiviti 1. Guru permulaan mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi.
2. Guru permulaan mengadakan sesi motivasi untuk meningkatkan
semangat diri sebagai pendidik anak bangsa.
7. Penilaian Refleksi dan perbincangan dengan guru-guru permulaan amat berguna dan
memberi pelbagai input baru. Di samping itu, perbincangan ini dapat
mengeratkan silaturrahim antara guru permulaan dan dapat mengenali guru
dengan lebih dekat lagi.
8. Rumusan Sesi perbincangan berjalan dengan lancar dan perlu diadakan secara
berterusan untuk memantapkan profesion keguruan. Segala hasil
perbincangan dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

………………… …………………….

Tandatangan guru Tandatangan Mentor

Anda mungkin juga menyukai