Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT LINUS KALI KEDUA

TAHUN 2018

Tarikh : 05.07.2018
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Bilik Pemulihan
Agenda:
KEHADIRAN

1. En.M.Archunan (Guru besar SJKT Kampar)


2. En.L. Antony Samy (PK Pentadbiran)
3. En.N.Satheesh ( Ketua Penyelaras Linus )
4. Cik.X.Anitha
5. Puan.A.Divya
6. Cik.G.Rina Twinkle Balan
7. Puan.K. Selvamalar
8. Cik. Nornizah bt. Maideen
9. Puan.R.Kavitha

1. Perutusan Ketua Panitia


2. Perutusan Pengerusi
3. Pengesahan minit mesyuarat LINUS yang lalu
4. Pembentangan program tahunan LINUS
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penutup

1.0 PERUTUSAN KETUA PANITIA


1.1 Ketua jawatankuasa LINUS mempersilakan kehadiran semua guru ke
mesyuarat LINUS pada kali yang ketiga ini.
1.2 Ketua menyeru agar semua ahli Jawatankuasa LINUS agar memberi komitmen
tinggi untuk menjayakan program Linus.
Tindakan: Semua Guru Linus
2.0 PERUTUSAN PENGERUSI

2.1 Guru besar En.M.Archunan berterima kasih kepada semua guru yang hadir
ke mesyuarat jawatankuasa LINUS 2.0 sesi 3 /2018
2.2.Guru besar berharap pdp dirancang dengan sistematik dan dapat
meningkatkan penguasaan para murid dalam LBM,LBI dan Numerasi . Murid
perlu menguasai konsep asas dalam Matematik dan Bahasa Malaysia dan
melepasi saringan yang ditetapkan oleh NKRA .Guru besar menyeru
agar diadakan banyak program intervensi untuk mengurangkan murid lemah
literasi Bahasa Melayu tahun 3 dan tahun 2.
2.3 Guru besar meminta semua guru menyediakan pelan-pelan strategik,
taktikal dan operasi ketika mengendalikan aktiviti yang dirancang.Pelan-
pelan sebegini dapat menampakkan hasil yang produktif.
2.4 Guru besar juga meminta guru-guru supaya membimbing murid-murid
lemah dengan lebih efektif ketika pdp supaya mereka dapat menunjukkan
perkembangan yang baik dan konsisten
2.5 Guru besar turut meminta guru-guru menggunakan ICT dalam pdp agar
proses pembelajaran menjadi lebih berkesan dan efektif
2.6 Guru besar meminta guru-guru mengadakan PLC, learning walk dan Lesson
study dalam kalangan mereka, ke arah perkembangan dalam teknik
pengajaran yang berkesan
3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

3.1 Minit mesyuarat dicadang oleh Pn Selvamalar dan disokong oleh Cik X.Anitha.

4.0 Pekara Berbangkit

4.1 Guru besar meminta ketua penyelaras agar menyediakan bahan bacaan sampingan
di kantin terutamanya pada waktu rehat. Ketua penyelaras memberitahu akan
mengadakan New Reader Competition berdasarkan bahan bacaan yang sudah
tersedia ada di atas meja kantin.
4.2 Guru besar menyoal samada data yang dibentang dah dihantar ke PPDKS. Ketua
penyelaras memberitahu data yang dibentang telah dihantar ke PPDKS
5.0 Hal-hal Lain

5.1 Ketua Jawatankuasa LINUS membentang program yang dirancang akan

dilaksanakan seperti biasa.

5.2 Guru Besar menyokong ”Program Reading With Parents”. Guru besar meminta
agar program ini dilaksanakan dengan kadar segera.Ketua penyelaras bersetuju
dan akan merancang pelan operasi program tersebut

6.0 UCAPAN PENUTUP

6.1 Setiausaha mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

............................................. ...........................................

(PUAN.A.DIVYA)
SETIAUSAHA
JAWATANKUASA LINUS
SJK (T) KAMPAR .

Anda mungkin juga menyukai