Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PEWARIS

PRASEKOLAH KALI KE-1 SJK(T) JERANTUT TAHUN 2017

TARIKH : 17 MAC 2017 (JUMAAT)

MASA : 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

HADIR

1. EN KUMARASAMY A/L RAJAGOPAL (GURU BESAR)


2. PN MAHALETCHIMY A/P KRISHNAN (GPK KURIKULUM)
3. EN BATMANATHAN A/L AIYAPPAN (GPK HAL EHWAL MURID)
4. EN RAMAN A/L PONNUSAMY (GPK KOKURIKULUM)
5. EN BALACHANDER A/L BALASUBRAMANIAM (PENGERUSI PEWARIS)
6. EN SELVAM A/L CHELLATHURAI (NAIB PENGERUSI PEWARIS)
7. EN V. KANAGARAJAH (PENGERUSI PIBG)
8. EN PURUSOTHMAN A/L VELLAITHAN (PENGERUSI LPS)
9. CIK RUBINI DEVI A/P MUTTHUSAMY (GURU PRASEKOLAH/SU)
10. PN V.SHASHIREKHA (PPM GANTI)

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Setiausaha
2. Ucapan Guru Besar
3. Ucapan GPK Hem
4. Ucapan Pengerusi Pewaris Prasekolah
5. Ucapan Guru Prasekolah
6. Ucapan Penangguhan

1.0 UCAPAN SETIAUSAHA


1.1 Setiausaha mengalu-alukan kedatangan Guru Besar, Guru Penolong Kanan
kurikulum, Pengerusi LPS, Pengerusi PIBG, Pengerusi Pewaris Prasekolah
guru-guru, pembantu pengurusan murid dan AJK Pewaris prasekolah.
1.2 Setiausaha mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di atas kehadiran
ke perjumpaan AJK Pewaris Prasekolah kali pertama sesi 2017.

2.0 UCAPAN GURU BESAR


2.1 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada AJK pewaris prasekolah yang
dapat menghadirkan diri pada perjumpaan kali ini.
2.2 Guru besar menjelaskan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk
membincangkan tentang isu-isu semasa prasekolah. Berikut merupakan isu-isu
semasa yang telah dibincang.
Kekurangan guru prasekolah.
Kekurangan pengurusan pembantu murid (PPM).
Makanan akan dimasak oleh pekerja sekolah.
Kekurangan meja dan kerusi bagi prasekolah baru.

3.0 UCAPAN GPK HAL EHWAL MURID


3.1 Ucapan salam dan selamat datang kepada semua guru dan ibu bapa.
3.2 Memaklumkan tentang e-daftar bagi murid 6 tahun. Bermula tahun ini,
pendaftaran Baru Tahun 1 akan menggunakan Sistem Pendaftaran Atas Talian
(E-daftar). Tempoh permohonan adalah 1 Mac hingga 30 April 2017.

4.0 UCAPAN PENGERUSI PEWARIS PRASEKOLAH


4.1 Ucapan salam dan selamat datang kepada guru besar, guru-guru penolong
kanan dan AJK pewaris prasekolah.
4.2 Memaklumkan tujuan mesyuarat diadakan untuk menyenaraikan cadangan
program dan aktiviti yang boleh dilaksanakan di prasekolah. Antaranya adalah
cadangan program yang telah dicadangan oleh pengerusi pewaris prasekolah
Lawatan sambil belajar ke Deerland, Pusat Sains Negara, Genting
Highlands dan sebagainya.
Karnival prasekolah
Jom makan Pizza
Graduasi Prasekolah

5.0 UCAPAN GURU PRASEKOLAH


5.1 Memaklumkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bulan April iaitu Hari
Keluarga dan sambutan hari lahir murid bagi murid yang lahir dari bulan Januari
hingga April.

6.0 Hal-hal lain


6.1 Program Transformasi
6.2 Program Perpaduan

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN


7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK pewaris prasekolah yang
hadir dan mengharapkan guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid
memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program yang telah
dirancangkan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...
(CIK M. RUBINI DEVI ) (EN. B. BALACHANDER)
GURU PRASEKOLAH, PENGERUSI PEWARIS,
SJK(T) JERANTUT. PRASEKOLAH,
SJK(T) JERANTUT.

Anda mungkin juga menyukai