Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Program ini adalah satu program bersepadu yang dijalankan bagi mencapai visi yang
telah direncanakan oleh pihak sekolah.Program ini dijalankan untuk murid sesi petang
iaitu untuk murid Tahap Satu.

RASIONAL

Program ini dirancang bagi mengatasi masalah kebisingan murid-murid sesi petang
pada waktu sebelum masuk ke kelas setiap hari. Di samping itu program ini juga
diharapkan agar dapat memupuk minat dan tahap membaca dalam kalangan murid-
murid di Tahap Satu dan seterusnya agar dapat meningkatkan pencapaian Bahasa
Melayu dan Bahasa Iggeris murid-murid. Selain itu , program ini juga diharapkan dapat
memupuk sifat kepimpinan murid sejak di tahap satu lagi agar menjadi pelapis kepada
murid-murid tahap dua nanti.

MATLAMAT

1 Mewujudkan suasana mencintai ilmu dalam kalangan murid.

2 Memupuk minat membaca dalam kalangan murid Tahap Satu.

3 Meningkatkan jumlah bacaan buku bagi murid-murid Tahap Satu.

4 Meningkatkan tahap disiplin murid Tahap satu dengan mengurangkan tahap

kebisingan pada waktu sebelum masuk ke kelas.

5 Mewujudkan suasana yang lebih kondusif untuk PdP bagi kelas-kelas Tahap

Dua.

SASARAN

Semua Murid Tahap Satu (sesi petang).

TEMPOH :

Pertengahan Mac 2014 hingga akhir tahun .


KOS :

BIL Perkara Sumber kewangan JULAH (RM)


1 Buku-buku PSS 4,000.00
2 Bakul/Kontena PIBG 180.00
3 Bena pelancaran PIBG 60.00
4 Hadiah /penghargaan PIBG 20x7 bln =140.00
JUMLAH 4,380.00

AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi Tn Hj Mat Yunus Yusof


(Guru Besar )
N/Pengerusi 1 Pn Rasmani Bt Mat Jusoh
N/Pengerusi 2 Pn Salmah Bt Abd Jalil
N/ Pengerusi 3 Pn Halijah BT Abdul
Penyelaras Pn Cher Ai Lin
Ahli Pn Goh Ai Wah (KP B I)
En Abdul Hisham(KP BM)
Pn Azizah Ismail (Guru Disilin Sesi Petang)
En Saufi Rashid (Guru Disiplin Sesi Pagi)
Semua AJK Kerja PSS

PERINCIAN PROGRAM

Hari / Masa Tempat Murid Aktiviti Guru Pemantauan


12.20 thr-1.10 terlibat Bertanggung
ptg jawab
Isnin Tahun2 & 3 Murid membaca Penyelaras
Selasa Tahun1 & 3 buku. PSS , Guru GB dan GPK
Rabu Tahun 1,2
Astaka Murid mencatat Bertugas dan
&3
Tahun 1& 2 dalam buku Guru Disiplin
Khamis
Nilam .

PENUTUP

Adalah diharapkan agar aktiviti ini dapat berjalan dengan baik dan mendapat
kerjasama dan komitmen dari semua pihak.Segala cadangan dan penambahbaikan
dialu-alukan .
Disediakan oleh

(RASMANI MAT JUSOH)

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

SK Bukit Sekilau

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SEKILAU, KUANTAN

KERTAS CADANGAN PROGRAM SATU HARI SATU BUKU

Disediakan oleh;

Pn Rasmani Bt Mat Jusoh

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

SK Bukit Sekilau,Kuantan
Mesyuarat Program Satu Hari Satu Buku

Tarikh : 13 Mac 2014 (Khamis )

Masa : 01.20 petang

Tempat : Bilik Info

Agenda : 1 Ucapan aluan

2 Membincangkan pelaksanaan program

- Pembahagian tugas

- mengurus bahan/ alatan

- Mengawal / menyelia murid

- Pemantau program

3 Menetapkan masa pelaksanaan program

4 Majlis pelancaran

- Tarikh

- Perasmian

Anda mungkin juga menyukai