Anda di halaman 1dari 9

SK KIMONDOU RANAU

KERTAS KERJA
PROJEK INTERSHIP MEMBACA
TAHUN 3 & 4

TEMPAT :
SK KIMONDOU RANAU

TARIKH :
23-25 Ogos 2022

MASA :
7.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI

ANJURAN :
PEMULIHAN SK KIMONDOU
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KERTAS KERJA PROGRAM BERSAMA MURID PEMULIHAN

1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan, perkataan pulih bermaksud kembali seperti biasa, sembuh,
atau baik semula. Maksud perkataan pulih di sini adalah berkait rapat dengan kanak-kanak
yang menghadapi kesulitan daalm pembelajaran. Pendidikan pemulihan biasanya dikaitkan
dengan usaha-usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan dan membetulkan sesuatu yang
tidak betul. Ianya bertujuan untuk mengatasi masalah kelemahan yang dihadapi oleh guru
dan murid dalam proses pengajaran dan pemulihan.

Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk


membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran
asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah
yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata
pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.

2.0 Matlamat
Antara matlamat utama program pemulihan ialah :

ª membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk menguasai


kemahiran tertentu.
ª membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku yang
menjejaskan pembelajaran.
ª memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap
pembelajaran.
ª Murid yang berpotensi untuk dipulihkan dalam masa yang singkat

3.0 Objektif
Program ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid :
ª menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dipilih dan
menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian dengan kemampuan murid.
ª mendapatkan layanan dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan dan
perkembangan mental individu.
ª mengurangkan beban masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah melalui
bantuan guru dan pihak yang berkenaan (pihak sekolah dan ibu bapa.
ª mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih
maju.
ª memperoleh serta mengukuhkan keyakinan diri dan sifat berdikari apabila berada
dalam kumpulan dan masyarakat.
ª mendapat peluang yang sama seperti rakan-rakan mereka dengan melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti social di dalam dan di luar bilik darjah.
ª meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang
bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
ª Persediaan murid menghadapi Saringan LINUS dan seterusnya mensifarkan LINUS
TEGAR dan LINUS SK Kimondou Ranau.

4.0 Tempat:
Makmal Komputer SK Kimondou Ranau/Dewan Terbuka Sk Kimondou Ranau
Tarikh:
23-25 Ogos 2022
Masa:
8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

5.0 Sasaran
Sasaran Program Bersama Murid Pemulihan Tahun 3 dan Tahun 4 yang belum menguasai
kemahiran asas membaca. Murid ini perlu dipulihkan sebelum masuk tahap 2.

6.0 Anjuran dan Kerjasama


ª Unit Bimbingan dan Kaunseling
ª Jawatankuasa Pemulihan
7.0 Tentatif Program
Tarikh: 23 Ogos 2022 (Selasa)
Tempat: Makmal SK Kimondou Ranau
Jumlah Murid: 7 orang murid

Masa Aktiviti
7.40 Pagi Ice Breaking ( Pengendali: Guru Pemulihan)
8.30 Pagi Slot 1:
Aktiviti PdP Pemulihan Bahasa Melayu
Jumlah Peserta/Murid: 8 orang.
Dikendalikan oleh guru pemulihan
9.30 Pagi Slot 2:
Aktiviti PdP Pemulihan Bahasa Melayu
Jumlah Peserta/Murid: 8 orang.
Dikendalikan oleh guru pemulihan
10.10 Pagi Rehat
10.30 Pagi Slot 3:
Aktiviti Bimbingan dan Motivasi yang dikendalikan oleh Guru
Bimbingan Kaunseling Sekolah.
Penceramah: Puan Noratiqa Lahadi
Jumlah Peserta/Murid: 8 orang.
11.30 T/Hari Selesai

Tarikh: 24 Ogos 2022 ( Rabu)


Tempat: Makmal SK Kimondou Ranau
Jumlah Murid: 7 orang murid

Masa Aktiviti
7.40 Pagi Ice Breaking ( Pengendali: Guru Pemulihan)
8.30 Pagi Slot 4:
Ujian Pengesanan Kemahiran Membaca
Jumlah Peserta/Murid: 8 orang.
Dikendalikan oleh guru pemulihan
10.10 Pagi Rehat
10.30 Pagi Slot 5:
Saringan Membaca dan menulis
Jumlah Peserta/Murid: 8 orang.
Dikendalikan oleh guru pemulihan
11.30 T/Hari Selesai

ATURCARA PROJEK PROGRAM PEMULIHAN

Tarikh : 25 Ogos 2022 ( Khamis)


Tempat : Makmal Komputer
Masa : 8.00-12.00
Masa Aktiviti
7.40 Pagi Pendaftaran Ibu/Bapa/Penjaga
7.50 Pagi Ketibaan Guru Besar/Penolong Kanan
8.15 Pagi Bacaan Doa oleh Ustaz Azman Said
8.30 Pagi Ucapan Guru Besar SK Kimondou
9.00 Pagi Taklimat dan Panduan Program Pemulihan Khas
dikendalikan oleh penceramah jemputan dari
SKK Kauluan Ranau
( Puan Felurinah Malandi)
11.00 Pagi Penyampaian cenderahati kepada penceramah
11.10 Pagi Penyampaian cenderahati ibubapa dan murid
11.15 Pagi Sesi Bergambar
11.30 Pagi Majlis dijangka selesai
11.50 Pagi Jamuan Ringan

8.0 Anggaran Perbelanjaan


Belanjawan

Bil Item Kuantiti/Harga (RM) Jumlah

1. Alat-alat/Bahan:-

Gunting Kertas 8 x RM3.00 RM24.00

Gam Kertas 8 x RM2.00 RM16.00

Pensel Warna 8 x RM12.50 RM100.00

Fail Murid 8 X RM2.50 RM20.00

Marker Pen 1 set x RM20.00 RM20.00

2 Kertas Putih 80gsm 5 RIM x RM17.00 RM85.00


3 Kertas Warna pelbagai 80gsm 1 RIM x RM32.00 RM32.00

4 Kertas Leminate 1 RIM x RM65.00 RM65.00

5 Buku Latih tubi Bahasa Melayu 8 set X RM10.00 RM80.00

JUMLAH RM442

Pendapatan

PCG Bimbingan dan Kaunseling RM 442.00

9.0 Jawatankuasa Pengelola Program

JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM PEMULIHAN

Penasihat : Encik Abas Bin Saidin (Guru Besar)


Pengerusi : Puan Salbiah Hamin (GPK 1)
Naib Pengerusi 1 : Puan Jumiati Suparman (GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Encik Pascalis George Odis (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Puan Artine Modi (Guru Pemulihan)
Bendahari : Puan Salmiah Rusley

AHLI JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM

Dokumentasi:
Puan Artine Modi ( pemulihan)
Puan Noratiqa Lahadi (Bimbingan dan Kaunseling)

Jemputan Penceramah/ ibubapa murid pemulihan:


Puan Artine Modi

Pengacara:
Puan Noratiqa Lahadi

PA Sistem:
Encik Suhiji Latimin
Jamuan Ringan:
Puan Salmiah Rusley

Bacaan Doa:
Ustaz Azman Said

Jurukamera:
Puan Artine Modi

Hadiah dan Cenderamata:


Puan Artine Modi

10.0 Penutup

Di harapkan agar program yang dijalankan ini dapat memberi impak positif kepada para
peserta serta motivasi dan minat untuk terus belajar dan tidak ketinggalan dalam matapelajaran di
samping dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ...........................................
( Puan Artine Binti Modi ) ( Encik Abas Hj Saidin )
Guru Pemulihan Guru Besar

Disemak oleh,

...........................................
( Puan Salbiah Hamin)
Penolong Kanan Pentadbiran
Lampiran 1

Senarai nama peserta Program Bersama Murid Pemulihan


TAHUN 3 & 4

BIL NAMA MURID BM MT


1 FRENZLEY / /
2 SHAWN / /
3 CARLEO / /
4 FARHAD / /
5 LYSTA / /
6 FRED /
7 ROWENDER /
8 MOHD AYDIL / /

Anda mungkin juga menyukai