Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (PBSM)

SJK (T) MAMBANG DIAWAN

TAHUN 2017

Perkhemahan Unit Beruniform (PBSM)

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULAM

DENGAN KERJASAMA

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan ini merupakan satu platform bagi menyuburkan potensi murid dalam
semua aspek perkembangan fizikal dan mental, menguasai kemahiran di luar bilik darjah
serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan ahli-ahli persatuan unit beruniform
sekolah. Program perkhemahan ini bakal mendedahkan kepada para pelajar tentang aktiviti
perkhemahan yang mencabar fizikal dan mental disamping memberi pengetahuan
tentang teknik-teknik perkhemahan seperti memasang dan membuka khemah,
menjaga dan melindungi diri daripada bahaya serta pengurusan diri semasa perkhemahan.
Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan
pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan
tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar berkeperluan khas
mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi
mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik.

2.0 RASIONAL

Perkhemahan ini sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian
daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan
kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk menimbulkan keyakinan, kecekalan dan kesedaran
diri dalam diri para murid. Perkhemahan ini juga dapat mewujudkan sikap dan nilai murni
dalam kalangan murid. Dengan menjalankan perkhemahan ini murid dapat menambahkan
ilmu pengetahuan mereka dan mendapat pengalaman baru.

4.0 OBJEKTIF

i. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.

ii. Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.

iii. Meningkatkan disiplin dan nilai jati diri.


iv. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.
v. Melahirkan insan yang bersemangat patriotik dan bertanggungjawab kepada
negara.

5.0 NAMA PROGRAM DAN TEMA

Nama: Perkhemahan Unit Beruniform

Tema: Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui perkhemahan unit beruniform.

6.0 TEMPAT PELAKSANAAN

Tempat: SJK (T) Mambang Di Awan, 31950 Kampar, Perak.

7.0 TARIKH

26 September 2017

8.0 MASA

7.30 pagi hingga 3.00 petang

9.0 KUMPULAN SASARAN

Semua Murid (Tahap 1 dan Tahap 2)

Murid Tahap 1 Dan Tahap 2:


Tahun 1 11 orang
Tahun 2 09 orang
Tahun 3 11 orang
Tahun 4 08 orang
Tahun 5 09 orang
Tahun 6 13 orang
Guru Dan Warga Sekolah 20 orang
_________________________________________________________________________
JUMLAH 81 orang
_________________________________________________________________________

10.0 PENGANJURAN

Unit Disiplin dengan Kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling.


11.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM 

Pengerusi : Pn. Denis Mary A/P Savarimuthu

Timbalan Pengerusi : Pn. Komathy A/P Ainak

Naib Pengerusi : Pn. Pachiamal A/P Veeraiah

Setiausaha : Cik. Praveena A/P Kalimuthu

Naib Setiausaha : Cik. Yogha Priyisha A/P Vadivelu

AJK Cenderamata : Cik. Vasantha A/P Muniandy

AJK Hadiah (Murid)  : Pn. Shamala A/P Kunasantheran

AJK Persiapan Tempat : Pn. Aruna A/P Thulluganam

AJK Pendaftaran : Pn. Sigapee A/P Mayalagu

AJK Keselamatan : En. Kumaresen A/L Munisamy dan Semua Guru


Dan Disiplin Murid

AKTIVITI:

i) Senaman Pagi / Senam robik

ii) Membersihkan kawasan penginapan dan mendirikan khemah

iii) Pertandingan Mencari Harta Karun Bagi Semua Murid

iv) Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

v) Persembahan Kebudayaan
12.0 JADUAL PERLAKSANAAN

BIL AKTIVITI MASA TEMPAT CATATAN

Semua Murid
 Pendaftaran Dan 7.00 pagi – Padang
1. Dan Guru
Pengagihan Peserta 7.30 pagi Sekolah
Terlibat
 Sarapan pagi
 Membersihkan kawasan
7.30 pagi – Padang
2. penginapan dan mendirikan Semua Murid
8.30 pagi Sekolah
khemah
 Senaman Pagi/Senamrobik
 Taklimat
- Persembahan Semua Murid
Kebudayaan 8.30 pagi – Kantin Dan Guru
3.
- Keselamatan Peserta 9.00 pagi Sekolah Terlibat
- Peraturan Perkhemahan
- Nama Setiap Kumpulan

 Pertandingan mencari Harta 9.00 pagi – Kawasan


4. Semua Murid
Karun 10.30 pagi Sekolah

 Latihan Dalam Kumpulan


Semua Murid
- Ikatan Dan Simpulan 10.30 pagi –
5. Bilik Darjah 1 Dan Guru
- Balutan Dan Gigitan 12.30 tengahari
Terlibat
- CPR

12.30 tengahari
6.  Makanan Tengahari Kantin Sekolah Semua Murid
– 1.00 petang

 Persiapan Persembahan 1.00 petang – Kawasan


7. Semua Murid
Kebudayaan 1.40 petang Sekolah

1.40 petang –
8.  Persembahan Kebudayaan Bilik Darjah 1 Warga Sekolah
2.40 petang

 Majlis Penyampaian Hadiah


2.40 petang – Tapak
9. Dan Cenderamata Warga Sekolah
3.00 petang Perhimpunan
 Majlis Penutupan

10.  Majlis Berakhir 3.00 petang - Warga Sekolah

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Sijil dan Hadiah RM 50

2 Makanan ( 81 orang × RM 5) RM 405

3 Aktiviti RM 100

4 Cenderahati RM 10

5 Peralatan RM 100

Jumlah Besar RM 665

 Jumlah perbelanjaan ditanggung oleh pihak sekolah.

13.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk membina keyakinan diri,
membentuk sahsiah dan motivasi diri pelajar dalam masyarakat berbilang kaum. Segala
program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan amalan terbaik
untuk murid-murid. Justeru itu diharapkan segala perancangan dan perlaksanaan nanti akan
memberikan hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya kepada murid-murid
yang terlibat dalam program ini.

Disediakan Oleh,

…………………………………………

PRAVEENA A/P KALIMUTHU


Setiausaha Program
Perkhemahan Unit Beruniform (PBSM)
SJK (T) Mambang Diawan

Disemak oleh,
…………………………………….........

EN KUMARESAN A/L MUNISAMY


Guru Kanan Kokurikulum
SJK (T) Mambang Diawan

Diluluskan oleh,

……………………………………………..

DENIS MARY A/P SAVARIMUTHU


Guru Besar
SJK (T) Mambang Diawan

Anda mungkin juga menyukai