Anda di halaman 1dari 20

PENGHARGAAN

Kami berasa bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami
bertiga menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana memberi peluang kepada
kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan
bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan
kami.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada En. Hajimolkan Bin Abu Bakar yang telah
banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak
tugasan ini sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan kerana memberi
kepercayaan kepada kami dan rakan- rakan sekelas kami dalam menjalankan tugasan ini
sehingga jayanya.

Tidak lupa kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan dan dorongan
dalam menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan- rakan yang lain. Malah,
jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-
lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar- tukar idea dalam membantu kami
menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang.

1
2
ULASAN ARTIKEL

Satu artikel surat khabar menyatakan tahap risiko pencemaran amat tinggi daripada
yang dijangka. Artikel ini mengenai kemusnahan dan pencemaran terumbu karang. Menurut
penyelidik pencemaran atau kemusnahan terumbu karang berlaku disebabkan oleh cuaca dan
juga kegitan manusia membuang sambah, bahan toksik dan sebagainya ke dalam laut. Selain
itu, mineral yang digunakan untuk membentuk terumbu karang, dicemari oleh karbon dioksida
yang terbentuk melalui pembakaran. Mengikut pakar kimia, tahap pH menjadi rendah dan
terbentuk kristal yang baru iaitu kalsium carbonate. Satu buku bernama Nature
Communications diterbitkan oleh para saintis dari Australia da South Arabia mengenai
penciptaan model baru untuk memelihara dan memulihara terumbu karang dan
mengklasifikasikan mengikut Great Barrier Reef. Tetapi ia tidak berkesan.

PENGENALAN

Antara Khazanah semula jadi laut yang amat berharga ialah terumbu karang. Terumbu
karang menyediakan tempat berlindung dan bekalan makana yang sangat banyak kepada ikan.
Terumbu karang juga dapat menghalang kejadian hakisan pantai. Hal ini demikian kerana
terumbu karang dapat mengurangkan had laju ombak yang memukul ombak. Terumbu karang
menyerupai sebuah taman bunga pelbagai jenis, warna, bentuk dan rupa. Ketinggian terumbu
karang boleh mencapai berpuluh meter dan keluasannya pula boleh menjangkau pulihan ribu
kilometer persegi seperti yang terdapat di Great Barrier Reef, Australia yang mempunyai
terumbu karang seluas 2000 kilometer persegi (sebesar negeri Johor). 

‘John Bruno (1968), a  coral expert who was not part of the study, called the findings
"really grim" and reflecting loss even higher than deforestation in the tropics, a topic that
generally gets much more attention.’

Hal ini menyatakan terumbu karang mengalami pemusnahan dan pupusan kerana
kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Lebih daripada 10% terumbu karang di dunia
musnah akibat tindakan manusia. Lebih banyak lagi terumbu karang yang sedang terancam.
Walau pun terumbu karang yang terdapat di Malaysia masih lagi 'sihat' dan tidak diancam,
hanya 65% sahaja yang dianggap masih di dalam keadaan terbaik. Menurut Kegiatan manusia

3
misalnya perhotelan, menangkap ikan dan sebagainya boleh menyebabkan air tercemar.
Sebagai contoh tumpahan minyak dan penggunaan pukat tunda. Penggunaan bahan letupan
untuk mengebom ikan juga boleh merosakkan kawasan terumbu karang.
Apabila kapal dilabuhkan pada pantai, ini juga merupakan salah satu sebab terumbu karang
rosak. [CITATION Placeholder1 \l 17417 ] menyatakan bahawa Ia menyebabkan berlakunya
pelunturan batu karang yang menjadi ancaman kepada kesihatan terumbu karang. Situasi itu
memberi kesan terhadap biodiversiti marin, perikanan, terumbu karang dan industri
pelancongan di Malaysia. Satu lagi laporan penyelidik menyatakan pemusnahan terumbu
karang akan disebabkan oleh situasi cuaca yang tidak tertentu.

“Satu kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir 75% terumbu batu
karang di dunia sedang terancam. Buat pertama kalinya kajian ini juga meliputi ancaman
daripada perubahan iklim, termasuklah peningkatan suhu lautan dan kandungan keasidan air
laut. “Spoolman, E. Scott, Miller, Jr. Tyler (2001)

Ancaman dunia pula melibatkan kenaikan suhu lautan dan juga keasidan air laut melalui
pencemaran gas karbon dioksida. Menurut kajian, sekiranya terumbu batu karang tidak
dipantau dan dipelihara, lebih daripada 90% kawasan terumbu batu karang akan terancam
menjelang tahun 2030, manakala seluruh sistem terumbu batu karang dunia akan terancam
pada tahun 2050.

Kesan pemusnahan atau pencemaran karang akan menyebabkan ketidakseimbangan


ekosistem di dalam lautan. Hal ini demikian kerana terumbu karang merupakan sumber
makanan utama kepada kehidupan laut. Selain itu, kesan pemusnahan terumbu karang
merupakan berlaku kekurangan oksigen kepada semua kehidupan laut ini juga menyebabkan
kematian ataupun kepupusan kehidupan laut. Ini juga akan menyebakan ketidakseimbangan
ekosistem.

Jadi, apakah langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara tertumpu karang ini
dan mengelak kepupusannya? Menurut [ CITATION Noo09 \l 17417 ] Kita harus menjimatkan
air: Kurang air kita gunakan, kurang larian dan air buangan akan mencemarkan lautan kita. Kita
sebagai manusia harus membantu mengurangkan pencemaran serta menjaga kesejahteraan
alam sekitar. Kita boleh menggunakkan pengangkutan awam. Misalnya, berjalan, basikal atau
menunggang bas. Asap buangan fosil daripada kereta-kereta industri membawa kepada
pemanasan lautan yang menyebabkan jisim pelunturan batu karang dan boleh memimpin untuk
kemusnahan meluas terumbu.

4
Di samping itu, mengikut Nayan (2009), kita tidak harus menggunakan hanya baja
ekologi atau organik. Walaupun kita boleh hidup beribu batu daripada satu ekosistem terumbu
karang, produk ini mengalir kepada sistem sungai, mencemarkan lautan, dan boleh
merosakkan terumbu karang dan hidupan laut. Seterusnya, kita perlu memberi sokongan
kepada syarikat-syarikat yang menekankan kepentingan pemuliharaan terumbu karang. Kita
boleh mensnorkel pengendali-pengendali bagaimana mereka melindungi terumbu. Pasti
mereka menjaga hidup ekosistem terumbu dan meminta jika organisasi bertanggungjawab
adalah sebahagian satu pengurusan sistem ekologi terumbu karang usaha. Dalam satu buku
berjudul Corporate Enviromental Management Welford,1996 Mengamalkan akitiviti-aktiviti
menyelam dan snorkel yang selamat dan bertanggungjawab:  Kita perlu menyertai aktiviti-
aktiviti sukarela dalam pembersihan terumbu karang
Kita juga melaporkan kepada wakil-wakil kerajaan supaya mereka mengambil tindakan
untuk melindungi terumbu karang, menghentikan pencemaran kumbahan lautan kita, kita juga
boleh menyebarkan maklumat. Mengikut Rajvaidya (2005) kita haruslah mengimbau kembali
keseronokan kita sendiri apabila mempelajari mengenai kepentingan terumbu karang kepada
dunia kita dan ianya merupakan salah satu ekosistem marin yang kompleks. Berkongsi
keseronokan ini dan menggalakkan orang lain untuk mengambil bahagian.
Oleh itu, kami ahli jawatankuasa Penyayang Alam Sekitar telah menganjurkan Kem
Terumbu Karang yang bertemakan Memelihara Dan Memulihara Terumbu Karang di Pulau
Tioman.

5
INSTITUT
PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
KEM TERUMBU KARANG

TARIKH :
15, 16 dan 17 APRIL 2016

TEMPAT :
PUSAT TAMAN LAUT PULAU TIOMAN 
KAMPUNG TEKEK
PULAU TIOMAN

6
Jawatankuasa Penyayang Alam Sekitar,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.
______________________________________________________________________

Kepada:

Tuan Hj. Kamarulizham Bin Hazizi,


Pengarah ,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

Melalui dan salinan:


En. Salehuddin B. Hussein,
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, ,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

En. Zulkifli Bin Hassan ,


Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

En. Hajimolkan Bin Abu Bakar,


Penyelaras Kursus PKES 3043,
Jabatan Sains Sukan,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

7
Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN KEM TERUMBU KARANG DI PUSAT


TAMAN LAUT PULAU TIOMAN

Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penyayang Alam Sekitar telah bercadang untuk


mengadakan Kem Terembu Karang di Pusat Taman Laut Pulau Tioman seperti yang berikut:

2. Kem Terumbu Karang ini diharapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan tentang
terumbu karang dan berusaha untuk mengekalkan keaslian, kecantikan dan keunikan terumbu
karang. Di samping itu, kem ini juga akan memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga
keaslian laut di negara kita.

Hari : 15, 16 dan 17 April 2016


Tempat : Pusat Taman Laut, Pulau Tioman, Kampung Tekek, Pulau Tioman

3.
Dengan ini diharapkan bahawa pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini dan merestuinya.

“SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Yang menjalankan tugas,

……………………………..

(SYALINI NAIR A/P KUMARAN)


Setiausaha,
Jawatankuasa Penyayang Alam Sekitar,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Ipoh.

Disemak oleh,

8
………………………………………….
(EN. HAJIMOLKAN BIN ABU BAKAR)
Penyelaras Program,
Jabatan Sains Sukan,
IPG Kampus Ipoh.

KEM TERUMBU KARANG


PUSAT TAMAN LAUT PULAU TIOMAN
KAMPUNG TEKEK,
PULAU TIOMAN.
NAMA PROJEK : KEM TERUMBU KARANG

1.0 PENGENALAN
Jawatankuasa Penyayang Alam Sekitar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ingin
mengadakan Kem Terumbu Karang di Pusat Taman Laut Pulau Tioman dengan
bantuan Jabatan Taman Laut Malaysia. Kem ini bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan tentang terumbu karang dan memberi kesedaran tentang kepentingan
menjaga keaslian laut di negara kita.

2.0 RASIONAL
Kem ini diadakan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan mengekalkan dan
meningkatkan produktiviti dan keadaan semulajadi ekosistem. Kem ini bukan sahaja
membolehkan melahirkan rasa keprihatinan akan alam sekitar sekaligus mendedahkan
tentang etika-etika dalam memulihara dan melindungi kepelbagaian biologi komuniti laut
dan habitatnya.

3.0 MATLAMAT
Matlamat Kem Terumbu Karang adalah untuk memupukkan perasaan menjaga flora dan
fauna akuatik, dan melindungi, memelihara habitat hidupan akuatik dengan memberi
perhatian utama kepada spesis flora dan fauna yang unik, sukar dijumpai atau
terancam.

4.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada pelajar sekolah Tingkatan lima untuk memahami

9
kepentingan hidupan akuatik seperti terambu karang kepada ekosistem.
3.2 Mendedahkan tentang kepentingan terambu karang kepada ekosistem dan
keunikannya
3.3 Melahirkan masyarakat yang membentuk persekitaran komuniti yang sihat.
3.4 Menyedarkan tentang kepentingan menjaga kesihatan persekitaran agar kesuburan
dan kelestarian alam berterusan.
5.0 TEMA
Meningkatkan kesedaran memelihara hidupan akuatik iaitu terambu karang yang
semakin pupus. “Memelihara dan Memulihara Terumbu Karang” dipilih sebagai tema
untuk Kem Terumbu Karang.

6.0 TARIKH KEM TERUMBU KARANG


15, 16 dan 17 April 2016

7.0 MASA
Hari Pertama (15 April 2016) : 7.15pg – 12.00mlm
Hari Kedua (16 April 2016) : 5.00pg – 12.00mlm
Hari Ketiga (17 April 2016) : 5.00pg – 11.30pg

8.0 TEMPAT
Pusat Taman Laut Pulau Tioman,
Kampung Tekek,
Pulau Tioman,
26800 Kuala Rompin,
Pahang.

9.0 GOLONGAN SASARAN


Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang terdiri daripada dua puluh satu orang
guru pelatih dan tiga orang pensyarah. Dua puluh satu guru pelatih dari ahli
jawatankuasa
Penyayang Alam Sekitar dan tiga orang pensyarah yang terdiri daripada dua pensyarah
Lelaki dan seorang pensyarah wanita.

10.0 BILANGAN PENYERTAAN


Warga IPG Kampus Ipoh:

10
AJK Penyayang Alam Sekitar 21
Pensyarah 3
Sekolah Sri Mahawangsa:
Pelajar Tingkatan Lima: 30

JUMLAH 54

11.0 JAWATANKUASA JAMUAN

Penaung : Tn. Hj. Kamarulizham bin Hazizi

(Pengarah IPG Kampus Ipoh)

Penasihat : En. Hajimolkan Bin Abu Bakar

Pengerusi : Yogha Priyisha A/P Vadivelu

Naib Pengerusi : Hong An Ni

Setiausaha : Syalini Nair A/P Kumaran

Bendahari : Niveshwarry A/P Subramaniyan

AJK Protokol : Noor Hanna Binti Mansor

Lelahraani A/P Ganeson

AJK Makanan : Ooi Yong Jun

Uthashini A/P Murugiah

AJK Logistik : Ummul Nadzirah Binti Mohd Nadzori

Ng Wooi Wei

AJK Fotografi : Phavetra A/P Thanapalan

Nur Zalia Binti Yasin

AJK Publisiti : Meenah A/P Thiagarajan

11
Lim Guan Wen

AJK Kebersihan : Tan Xin Yi

AJK Keselamatan : Jayanthy A/P Arumugom

12.0 ATURCARA KEM TERUMBU KARANG

TARIKH MASA AKTIVITI


7.00pg – 7.15 pg Melaporkan diri.
7.15pg – 7.30pg Kudapan pagi.
7-30pg – 10.00pg Bertolak ke Pulau Tioman
10.00pg – 10.30 pg Berhenti di R&R untuk bersarapan pagi
10.30pg – 12.00ptg Tiba di Pulau Tioman
12.00ptg – 12.45ptg Taklimat tentang peraturan Kem Terumbu Karang
15 April 2016 12.45ptg – 2.00ptg Pengurusan diri & makan tengah hari
2.00ptg – 4.00ptg Taklimat Pencemaran Laut ( Kemusnahan Terumbu Karang)
4.00ptg – 5.00ptg Minum petang
5.00ptg – 7.00ptg Explorace tentang kepentingan kebersihan laut
7.00ptg – 8.00mlm Pengurusan Diri
8.00mlm – 9.00mlm Makan malam
9.00mlm – 10.00mlm Ceramah “karang adalah benda hidup”
10.00mlm – 11.30mlm Sesi soal jawab tentang terumbu karang
11.30mlm – 12.00mlm Kudapan malam

12
5.00pg – 6.30pg Pengurusan Diri.
6.30pg – 7.15pg Senaman pagi
7.15pg – 7.45pg Sarapan pagi
7.45pg – 10.00pg Pembersihan pantai
16 April 2016 10.00pg – 11.00pg Minum pagi
11.00pg – 1.00ptg Aktiviti etika ‘snorkeling’
1.00ptg – 2.00ptg Pengurusan diri
2.00ptg – 2.30ptg Makan tengah hari
2.30ptg – 4.00ptg Lawatan tapak bersama perunding
4.00ptg – 6.30ptg Aktiviti gotong –royong di dalam laut
6.30ptg – 7.00ptg Pengurusan diri

7.00mlm – 8.00mlm Makan malam


8.00mlm – 9.00mlm (Kerja kumpulan) sketsa tentang kepentingan kebersihan laut
9.00mlm – 10.00mlm Persembahan sketsa
10.00mlm – 11.30mlm Taklimat Cintailah Alam Sekitar
Mohd Asri Bin Awalluddin
(Penolong Pegawai Perikanan)
1.30mlm – 12.00mlm Kudapan malam

5.00pg – 6.30pg Pengurusan Diri


6.30pg – 7.00pg Senaman pagi
7.00pg – 7.45pg Sarapan pagi
17 April 2016
7.45pg – 8.45pg Sesi soal jawab
8.45pg – 11.00pg Ucapan Penutupan
Mohd Fazli Bin Long
(Pengarah Jabatan Taman Laut Negeri Pahang)
11.00pg – 11.30pg Minum pagi
11.30pg Bertolak ke Ipoh

13.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

13
PENDAPATAN
AJK Penyayang Alam Sekitar RM 1200
(RM 50 × 24 orang)
Pelajar Tingkatan 5 RM 600
(RM 20 × 30 pelajar)
Penajaan
Jabatan Taman Laut Malaysia RM 4000

JUMLAH RM 5800

PERBELANJAAN

BIL Perkara Kuantiti Harga Jumlah


seunit
(RM)

1. Makanan dan minuman

Sarapan pagi (3 hari ) RM 2.00 324.00

Makan Tengahari & malam (3 hari) 54 orang RM 5.00 1080.00

Minum Petang & kudapan (3 hari) RM 1.20 194.00

2. Pengangkutan - - 2000.00

3. Cenderahati - - 200.00

4. Sijil 54 orang 100.00

5 Alat Tulis - - 100.00

5 Yuran Tapak 54 orang RM 15.00 810.00


Jumlah RM 4808.00

Baki RM 992.00

14
14.0 PENUTUP

Melalui Kem Terumbu Karang ini, satu kesedaran tentang kepentingan memelihara dan
memulihara hidupan akuatik akan wujud dalam kalangan pelajar- pelajar sekolah . Segala budi
baik dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Disediakan oleh,

……………………………………..
(SYALINI NAIR A/P KUMARAN)
Setiausaha,
Jawatankuasa Penyayang Alam Sekitar,
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak.

Disemak oleh:

……………………………………
(EN. HAJIMOLKAN BIN ABU BAKAR)
Penyelaras Projek,
Jabatan Sains Sukan,
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak.

Disokong oleh:

15
…………………………………
(TUAN HAJI KAMARULIZHAM BIN HAZIZI)
Pengarah,
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak.

Diluluskan oleh:

……………………………………
(EN. ZULKIPLY BIN MOHD NOOR)
Ketua Unit Kokurikulum,
Unit Kokurikulum,
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak

REFLEKSI

Saya Yogha Priyisha A/P Vadivelu di sini ingin merakamkan sekalung budi kepada
semua yang telah menghulurkan bantuan dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini secara
langsung mahupun tidak langsung. Saya telah diberi tugasan untuk menyiapkan kerja kursus
PKES 3043 Pendidikan Kesihatan Persekitaran pada 2 Februari 2016. Secara keseluruhannya
tugasan ini amat memberi impak positif kepada kami. Ini merupakan tugasan kedua kami dalam
program PISMP semester kedua. Kami telah diberi taklimat untuk kerja kursus ini sebagai satu
panduan untuk menyiapkan tugasan ini. Sebelum saya menerima tugasan ini, saya berasa
amat bimbang dan risau mengenai tajuk yang diberi dalam tugasan tersebut kerana ilmu
pengetahuan mengenai tajuk tersebut amat kurang. Walau bagaimanapun, saya mengambil
inisiatif untuk mencari maklumat tentang tajuk tersebut.

Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak
lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih
lanjut. Saya mencari bahan dan maklumat berkaitan dengan aspek-aspek pencemaran di dalam
laut. Saya juga mendapat segelintir maklumat di perpustakaan berkaitan dengan tajuk tersebut.

16
Saya telah meminjam buku Isu – isu & Pengurusan Alam Sekitar Fizikal daripada senior. Buku
tersebut telah memberi banyak maklumat tentang intipati tentang isu-isu alam sekitar.

Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekumpulan yang begitu memahami
serta banyak membantu dan menyumbangkan idea dan sokongan kepada saya. Saya juga
berbincang dalam kumpulan dan berkongsi idea yang saya dapat. Saya dan rakan saya juga
mencari bahan di dalam surat khabar, majalah, jurnal dan artikel.

Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah iaitu Encik. Hajimolkan
Bin Abu Bakar untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai
tugasan ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan. Saya telah
diberi tugasan untuk membuat sebuah tugasan secara berkumpulan bertiga untuk membuat
satu reviu yang kritis terhadap salah satu artikel yang diterbitkan berkaitan dengan isu-isu alam
sekitar dan juga merancang satu program pendidikan kesihatan persekitaran dalam bentuk
penulisan. Kerja kursus ini telah mendatangkan banyak faedah kepada saya. Melalui kerja
kursus ini saya juga mendapat tahu banyak perkara tentang terumbu karang yang terdapat di
dalam laut.

Dengan ini, saya juga dapat menjelaskan prinsip Pendidikan Kesihatan Persekitaran
bagi meningkatkan tahap kesihatan yang optimum. Melalui kerja kursus ini, saya juga dapat
merancang Program Pendidikan Persekitaran berdasarkan pencemaran persekitaran dalam
kumpulan bagi membentuk persekitaran komuniti yang sihat. Selain itu, saya juga dapat
mengaplikasi pengetahuan pendidikan Pengetahuan Persekitaran untuk menyelesaikan
masalah dalam kehidupan seharian. Seterusnya, saya juga mendapatkan ciri-ciri kepimpinan
dan kebolehan bekerja secara berkumpulan semasa melaksanakan tugasan.

Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian tertentu. Saya membuat


kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk
memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah
kerja kursus ini dengan jayanya.

Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan
teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya berpuas hati dengan hasil ini kerana
berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses
menyiapkan kerja kursus saya ini. Sekian terima kasih.

17
REFLEKSI

Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang
untuk menyiapkan tugasan ini. Sepanjang menjalankan tugasan ini, pelbagai cabaran dan
halangan telah saya hadapi. Saya Niveshwarry Subramaniyan telah berjaya melaksanakan
tugas ini.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul
di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan ini memandangkan pada masa
yang sama terdapat beberapa tugasan yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang
sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk
melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah
memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut
arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang
diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk

18
yang masih baru dan asing bagi kami. Malah, bahan-bahan yang perlu disediakan berdasarkan
kehendak tugasan sebenarnya telah disediakan lebih awal dalam pembelajaran setiap minggu.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolabrasi dengan rakan-rakan dan pensyarah
pembimbing. Perbincangan dan kolabrasi ini sesungguhnya sangat membantu saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada
rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapat hasil
yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolabrasi tersebut sebenarnya juga telah saya
mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu lagi. Kolabrasi-kolabrasi
tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan
dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolabrasi seumpama ini telah
banyak membantu saya menyiapkan tuagasan ini dengan baik.

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa
perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan
yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya
mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang
tinggi terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya tugasan yang
perlu dilaksanakan menggunakan komputer selaras dengan tajuk tugasan ini. Oleh itu, sebagai
pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan komputer dengan
baik. Jika seseorang guru boleh menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang
berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.

Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan
tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan
ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya
haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung.
Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat
mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan
yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah
ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan
berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-
mata untuk menyiapkan tugasan ini.

19
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan
saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran agar lebih
proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa
yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat
menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk
tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan
tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada
saya.

20

Anda mungkin juga menyukai