Anda di halaman 1dari 7

Skrip Drama dan teater kanak- kanak

Sinopsis
Bermulalah kisah pada suatu petang seekor tikus sedang duduk berhampiran dengan
sungai. Dia berfikir bagaimana hendak menyebarangi sungai yang mendalam. Tikus
merupakan seorang yang naif dan baik hati. Tiba- tiba seekor katak sedang berjalan –
jalan seorang diri. Katak tersebut merupakan seorang sombong dan degil. Ia telah
melihat seekor tikus sedang duduk berhampiran dengan sungai. Katak yang jahat
tersebut berpura – pura menghulurkan bantuan. Tikus yang naif itu, telahpun terima
kata – kata katak yang jahat itu. Katak tersebut telah mengikat rumpun di atas kakinya
dan mengikat rumpun tersebut di hujung ekor tikus. Katak fikir ia sangat menarik
walaupun dia tahu bahawa tikus mungkin menderita. Selepas itu, katak menarik tikus ke
dalam sungai. Tikus tersebut telahpun mati, apabila katak menarik tikus ke dalam air
sungai. Pada masa itu, burung helang terbang menyebarangi sungai dan lalu melihat
tikus yang telah mati. Burung helang tersebut terbang dan merampas badan tikus
tersebut. Kaki katak masih terikat pada ekor tikus. Jadi, katak juga dibawa oleh helang.
Pada akhirnya, tikus naif dan katak jahat sama-sama dimakan oleh burung helang.

Watak – Perwatakan

 Tikus
 Katak
 Ikan
 Helang
Babak 1

(Seekor tikus sedang duduk berhampiran dengan sungai. Dia berfikir bagaimana
hendak menyebarangi sungai yang mendalam.)

Tikus : Saya tidak boleh pergi ke seberang sungai.

Katak : (Tiba- tiba seekor katak sedang berjalan – jalan seorang diri.) Itu tikus yang

Bodoh. Aku akan membulikannya. Hahahaha

Tikus : Ada sesiapa boleh tolong saya?

Katak : Selamat pagi Tuan Tikus. Kau nampak sedih hari ini. Apa masalahnya? (Dia

mendengar apa yang dikatakan tikus itu)

Tikus : Saya nak menyebarangi sungai, tetapi sungai ini sangat mendalam. Saya tidak

tahu berenang. (sambil menangis)

Katak : Ah! aku sedang santai saja. Apa kata saya tolong awak untuk menyebarangi

sungai itu.

Tikus : ya ke? Macam mana awak boleh tolong saya Tuan katak?

Katak : (katak sedang berfikir)

Tikus : Eeeeeee. Saya takut dengan air la!

Katak : Haaiyaa. Janganlah takut sangat Tuan tikus, kan saya ada di sini untuk

menolong

awak.

(Tikus tersebut telah percaya katak dan sangat gembira. Dia berfikir katak mahu

menolongnya.)

Katak : aaahhhhh! Saya ada satu idea. Saya akan mengikat rumpun di atas kaki saya
dan di hujung ekor awak. Ini akan membantu awak untuk menyebarangi sungai

ini.

Tikus : Aaaah! Bolehkah macam itu?

Katak : Boleh tuan tikus, saya akan tarik awak ke dalam sungai dan turut membawa

awak

menyebarangi sungai. Rumpun ini akan membantu awak.

(Katak tersenyum sambil mengikat rumput ke kakinya. Dia fikir ia sangat menarik

walaupun dia tahu bahawa tikus mungkin menderita. Selepas ini katak menarik tikus ke

dalam sungai. )

Babak 2

Tikus : Saya takut dengan air la!

Katak : Jangan takut saya kan ada. (sambil menarik tikus ke dalam sungai.)

Tikus : Air sungai ini sangat sejuk la….

Katak : Memanglah sejuk… kan masa ini musim hujan.

(Semasa mereka meneruskan perjalanan, tiba – tiba ikan patin lalu di sungai itu.)

Ikan : Heii tuan katak apa awak buat ni?

Katak : Saya membantu tuan tikus untuk menyebarangi sungai ini.

Ikan : yea ke? Cara ini boleh membantu tuan tikus ke?

Katak : Boleh, tuan ikan. Tolong awak jangan risau tentang tuan tikus.

Ikan : (Ikan patin tidak boleh percaya dengan kata – kata katak. Lalu ikan patin itu

Memberi amaran kepada tikus.) Tuan tikus…………..

Katak : (Terkejut)…ahhh yea apa masalah tuan ikan, awak boleh beritahu saya.
Ikan : ahhh tidak ada apa – apa tuan katak… cuma nak berkenalan dengan tuan

tikus.

Katak : Haaiyaa tengoklah sendiri situasi tuan tikus sekarang ini. Inikah masa yang baik

untuk berkenalan dengan tikus.

Ikan : yea la… yea la….. Bawa tuan tikus dengan baik tau… jangan mempermainkan

tuan tikus ya.

(Tikus sudah berasa keraguan terhadap katak lalu tengok ikan patin untuk mendapat

maklumat tentang katak, tetapi ikan patin tidak dapat memberikan maklumat tentang

katak.)

Tikus : Apa yang tuan ikan itu bagi tahu dengan awak?

Katak : Tidak ada apa- apa la. Awak tolong jangan risau.

Tikus : Saya berasa sangat sejuk la. Tolong bawa saya secepat mungkin tuan katak.

Katak : Macam mana boleh macam itu. Sungai ini sangat besar tuan tikus.

(memperbodohkan tikus.) ooh, betapa sejuk air ini. (sambil berenang dengan

gembira.)

Tikus : Tuan katak, saya tidak boleh tahan sejuk la…tolong saya bawa balik dari air

sungai ini. (Turut menjerit dengan kuat) Tolong! …Tolong! (Tikus itu berasa

sangat takut.) Tolong bebaskan saya. Saya akan tenggelam.

Katak : ooh, jangan bimbang tuan katak. Awak akan terbiasa dengannya.

Tikus : Tolonglah tuan katak. Saya tidak biasa dengan air sungai ini. (sambil

menangis)

(Mereka telah sampai ke tengah – tengah sungai. Tiba – tiba katak menjunam jauh ke

dalam air sungai. Tikus juga turut diseret ke dalam air sungai.)
Tikus : aahhhhhh! Tuan katak apa awak buat ni? Saya tidak boleh bernafas dalam air.

Katak : (sambil ketawa). Awak jarang mandi. Awak harus mandi hari ini. Hahahaha

(Tikus yang malang itu cuba melepaskan diri daripada katak, tetapi tidak dapat

melepaskan dirinya.)

Tikus : Tolong! Tolong! …. Adakah awak benar-benar mahu menenggelamkan saya?

Katak : Bukan tuan tikus. Saya nak main dulu dalam air ye. Selepas itu, saya bawa

awak

ke tepi sungai. Jangan risau tuan tikus.

Tikus : Saya tidak boleh berna……fassss... (Tikus mula berpengsan kerana

kekurangan

oksigen dalam air)

Babak 3

(Katak telah berenang di dalam sungai dengan gembira. Dia tidak peduli dengan jeritan

tikus itu. Sebentar kemudian tikus itu mati, badannya terapung di atas air. Pada masa

itu, burung helang terbang berlalu sungai tersebut. Burung helang telah melihat tikus

yang sudah mati. )

Helang : Aahhh ada tikus di sungai. Ermmmm laparnya… saya nak mengambil tikus

itu.

Hahaha.

(Dia terbang menuju ke sungai dan merampas badan tikus itu. kaki katak masih terikat

pada ekor tikus. Jadi, katak juga dibawa oleh burung helang. Burung helang itu tidak

tahu bahawa dia juga membawa katak.)

Katak : Tunggu ….tunggu….


Helang : (helang tengok bawa tikus dari mana suaranya itu datang.)

Katak : Biar saya pergi. Anda mahu makan tikus, bukan saya.

(Hanya selepas itu, burung helang menyedari bahawa katak itu tergantung dari ekor

tikus)

Helang : Jangan risau… ikut saya. (kata helang itu dan tersenyum)

Katak : Tolong … jangan apa – apakan saya. Bebaskan saya.

Helang : Saya suka makan tikus tetapi saya lebih suka makan katak. (sambil

tersenyum)

(Burung helang telah membawa tikus dan katak ke sarangnya.)

Helang : Saya sangat bernasib baik hari ini.

Katak : ( katak telah tengok tikus yang telah mati berada di sebelahnya lalu berasa

sangat

sedih dengan kelakuan yang begitu jahatnya.) Tolong maafkan saya tuan tikus.

(sambil menangis)

(Pada akhirnya tikus bodoh dan katak jahat sama-sama dimakan oleh burung helang.)

Helang : Ermmmm…. Sedapnya katak dan tikus ini.

(Lampu digelapkan dan tirai ditutup.)

Anda mungkin juga menyukai