Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL KALI PERTAMA TAHUN

2021

Tarikh : 18 Januari 2021 (Isnin)


Masa : 11.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Kediaman masing- masing
Pengerusi : Cik Ngan Wai Fun (Guru Besar)

Kehadiran

Bil Nama Jawatan

1 Cik Ngan Wai Fun Guru Besar

2 Pn. Halizah Abd Hamid Guru Penolong Kanan Pentadbiran


Guru Tahun 3 & 5
3 Pn. Nurul Hidayah Zakaria Ketua Panitia
Guru Tahun 6
4 Cik Hemaneswary a/p Rethnam Guru Tahun 1

5 Pn. Nurul Farihah Guru Tahun 1

6 Cik Ardini Izzati Guru Tahun 3

7 Cik Chia Boon Ping Guru Tahun 2

8 Pn. Nur Anis Atiqah Guru Tahun 3

9 Pn. Lee Shye Lih Guru Tahun 4

10 Pn. Yusnita Mustapha Guru Tahun 5

Tidak Hadir Bersebab


Bil Nama Guru Jawatan

1. Pn. Siti Norlisa Norsham Guru Penolong Kanan Hal Ehwal


Murid

Setiausaha

1. Pn. Nur Anis Atiqah binti Yahya Pencatat


AGENDA

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Guru Besar, Cik Ngan Wai Fun mengucapkan selamat datang kepada semua
guru Panitia Pendidikan Moral ke mesyuarat panitia kali pertama.

Tindakan: Makluman

1.2 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama guru-guru


Pendidikan Moral sebelum ini kerana menjadikan Panitia Pendidikan Moral
sangat aktif.

Tindakan: Makluman

2.0 Ucapan Penyelaras Panitia Pendidikan Moral

2.1 Puan Hidayah mengalu-alukan kedatangan kesemua guru Panitia Pendidikan


Moral dan berharap dapat bekerjasama dengan baik.

Tindakan: Makluman

3.0 Pengesahan Minit

Disahkan oleh: Cik Ardini Izzati

Disokong oleh: Cik Ngan Wai Fun

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Tiada Perkara Berbangkit

5.0 Agenda Baru

5.1 Jadual Pendidikan Moral Secara PdPR (Pengajaran Dan Pembelajaran


Di Rumah)

5.1.1 Subjek Pendidikan Moral akan diajar secara ‘offline’ ketika PDPR. Guru
menghantar tugasan di telegram dan murid menghantar semula tugasan yang
sudah siap ke ruangan telegram semula.

Tindakan: Semua guru


5.2 Peperiksaan Moral

5.2.1 Format soalan peperiksaan yang dijalankan adalah berbentuk objektif.

Tindakan: Makluman

5.3 Kandungan Pembelajaran Pendidikan Moral

5.3.1 Guru boleh menyampaikan dan memperkenalkan pembelajaran subjek


Pendidikan Moral dalam bentuk video, kuiz dan lakonan.

Tindakan: Semua guru

5.4 Penjajaran Tahun Semasa

5.4.1 Guru- guru tahun 2,3,4,5 dan 6 hanya perlu melakukan sisipan untuk
pengajaran Pendidikan Moral jika pembelajaran pada tahun 2020 tidak sempat
dihabiskan.

Tindakan: Semua guru

5.5 DSKP / RPH /RPT

5.5.1 Semua guru perlu memastikan DSKP & RPT adalah yang terkini dan perlu
hantar kepada Puan Hidayah.

5.5.2 Sisipkan nilai sivik dan KBAT dalam RPT.

Tindakan: Semua guru

5.6 Pelaporan PdPR

5.6.1 Guru- guru perlu mengisi pelaporan PdPR secara online pada KPM dan
sekolah dalam bentuk ‘Google Form’

Tindakan: Semua guru


5.7 eRPH

5.7.1 Guru- guru perlu masukkan elemen ‘perasaan’ yang terlibat ketika sesi
pengajaran dalam eRPH.

Tindakan: Makluman

5.8 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) / PLC

5.8.1 Ketua Panitia menggalakkan guru-guru untuk memasukkan nama ke


dalam sistem SPL-KPM.

5.8.1 Ketua panitia mengingatkan bahawa pelaporan PBD perlu dijalankan


setiap bulan. Namun begitu, untuk tujuan perekodan, guru- guru perlu
menghantar 2 kali laporan PBD dalam masa setahun.

Tindakan: Makluman

5.9 Pencerapan

5.9.1 Semua guru perlu bersedia dan akan dicerap oleh para pentadbir.
Pencerapan akan dijalankan 2 kali setahun.

Tindakan: Makluman

5.10 Penggunaan Buku Latihan Dan Buku Kerja

5.10.1 Tahap 1 tidak menggunakan apa-apa buku aktiviti atau buku kerja
manakala murid-murid Tahap 2 akan mempunyai 2 buku kerja.

Tindakan: Makluman

5.11 Minggu Panitia

5.11.1 Aktiviti minggu panitia akan dibincangkan kemudian.

Tindakan: Makluman
6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Puan Hidayah mengingatkan bahawa guru- guru perlu


mengaplikasikan KBAT dalam sesi pengajaran Pendidikan moral. Guru
boleh rujuk di dalam buku teks.

Tindakan: Makluman

7.0PENANGGUHAN MESYUARAT
7.1Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………… ........................................ ..............................

(NUR ANIS ATIQAH BINTI YAHYA) (NURUL HIDAYAH ZAKARIA) (HALIZAH ABD HAMID)

Pencatat Panitia P.Moral, Ketua Panitia P. Moral, GPK Pentadbiran,

SK St. Mary, SK St. Mary, SK St. Mary,

Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai