Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

PAUL,
31800 TANJONG TUALANG, PERAK
KOD SEKOLAH : ABB2098

________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT
PANITIA MATEMATIK BIL 1/2016

TARIKH : 6 Januari 2016


HARI : Rabu
MASA : 1.30 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan SK St. Paul
KEHADIRAN : Tn Hj Razali Bin Zakaria - Guru Besar
En Mohd Safri Bin Abdul Raffar
Cik Khairunnisak Binti Mior Aziz
Pn Norizam Bt Mohamad
En Mohd Izar Shazery Bin Sahbudin

Agenda 1
Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Beliau berharap supaya
guru-guru yang terlibat dapat memberikan kerjasama sepenuhnya agar mesyuarat berjalan
dengan lancar.
Tindakan : Makluman

Agenda 2
Peranan dan Tanggungjawab
2.1 Pengerusi menerangkan peranan dan tanggungjawab umum Ketua Panitia dan guru-guru mata
pelajaran :-
 Ketua Panitia bertanggungjawab dalam memajukan panitia serta memastikan pelaksanaan
subjek berjalan dengan lancar.
 Guru merancang dan menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan serta
menyelaraskannya dengan pengajaran harian.
 Guru subjek menjaga prestasi kelas masing-masing.
 Panitia menyelaraskan penggunaan buku kerja dan buku tulis.
 Guru yang lebih berpengalaman mengajar guru baru mendapatkan latihan; menulis
Rancangan Pangajaran Harian, Rancangan Pengajaran Mingguan (jika ada), membina
soalan, melaksanakan ujian dan menanda kertas peperiksaan.
 Menentukan latihan untuk diberikan semasa cuti mingguan/penggal.
 Pengerusi akan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat panitia.
 Setiausaha panitia menyediakan laporan bertulis. Sesiapa sahaja dalam jawatankuasa
panitia boleh dilantik bagi pembentangan ulasan.
 Segala tindakan adalah di atas budi bicara pengerusi.
Tindakan : Makluman

Agenda 3
Jawatankuasa Panitia Matematik
3.1 Jawatankuasa Panitia Matematik bagi tahun 2016 melibatkan empat orang guru :-
 Cik Khairunnisak Bt Mior Aziz - Ketua Panitia, Guru Tahun 5 & 6
 Pn Norizam Bt Mohamad - Setiausaha, Guru Pemulihan
 Cik Elly Yuzreeza Bt Othman - Guru Tahun 1 & 3
 En Mohd Izar Shazery B Sahbudin - Guru Tahun 2 & 4
Tindakan : Makluman

Agenda 4
Rancangan Pengajaran
4.1 Semua guru mata pelajaran perlu ada Rancangan Pengajaran Tahunan.
4.2 Fail/Buku Persediaan Pengajaran perlu disediakan.
4.3 Panitia menyelaraskan cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran
Tahunan.
Tindakan : Makluman

Agenda 5
Prosedur Pembelian Barangan Panitia
5.1 Setiap pembelian perlu menggunakan Nota Minta.
5.2 Ketua Panitia perlu mengikut had peruntukan panitia.
5.3 Jika guru menggunakan duit sendiri untuk sebarang pembelian, guru perlu memaklumkan kepada
Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan kerani.
5.4 Sekiranya pembelian barangan melebihi peruntukan kewangan panitia, segala kos ditanggung
sendiri oleh guru.
5.5 Guru Besar yang turut hadir tidak menggalakkan pembelian secara kecil-kecilan.
5.6 Jawatankuasa perlu memikirkan barangan yang dibeli untuk panitia supaya dapat digunakan di
dalam bilik darjah.
Tindakan : Ketua Panitia

Agenda 6
Pencerapan Murid dan Guru
6.1 Pencerapan murid dan guru dilakukan secara berterusan.
6.2 Guru Besar mencerap guru pada setiap hari dan kelas Tahun 6 secara mingguan.
6.3 Guru harus memberi latihan kepada murid pada setiap kali pembelajaran.
Tindakan : Makluman

Agenda 7
Peperiksaan
7.1 Peperiksaan rasmi dijalankan dua kali setahun; Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan
Akhir Tahun.
7.2 Ujian bulan Mac dijalankan. Tarikh ujian akan dimaklumkan.
7.3 Bagi Tahun 6, ujian bulanan bagi setiap subjek teras akan dijalankan pada setiap 24 hb. Ujian
akan ditunda pada keesokan hari sekiranya tarikh tersebut terdapat sebarang kekangan.
7.4 Kertas model ujian boleh diambil daripada Penolong Kanan Pentadbiran.
Tindakan : Makluman

Agenda 8
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
8.1 Pengisian rekod offline dijalankan sepanjang tahun.
8.2 Rekod Transit dimasukkan ke dalam fail mengikut darjah bagi subjek masing-
masing.
8.3 Dokumentasi dijalankan sebanyak dua kali setahun; pertengahan tahun dan
akhir tahun.
Tindakan : Makluman

Agenda 9
Mengenalpasti masalah dan cara mengatasi
9.1 Guru harus mengenalpasti masalah murid di dalam kelas dan mencari cara penyelesaian masalah.

Tahun Masalah Cara mengatasi


1
2
3
4
5  Murid tidak menghafal sifir  Mewujudkan Buku Sifir –
digunakan sebelum P&P bermula
 Beri latihan pengukuhan dari masa
 Segelintir murid lemah ke semasa
kemahiran asas Matematik
6  Murid tidak menghafal sifir  Mewujudkan Buku Sifir –
digunakan sebelum P&P bermula
 Beri latihan pengukuhan dari masa
 Segelintir murid lemah ke semasa
kemahiran asas Matematik
Pemulihan

9.2 Atas arahan Guru Besar, sekiranya 50% daripada murid bermasalah, pengajaran akan ditunda
atau dihentikan sehingga murid-murid tersebut menyelesaikan tugasannya.
9.3 Murid yang membuat kesalahan sebanyak tiga kali, amaran akan diberikan.
9.4 Masalah di bilik darjah boleh disampaikan kepada Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Besar.
Tindakan : Makluman

Agenda 10
Program Panitia
10.1 Setiap guru menghasilkan Program Peningkatan bagi setiap darjah yang diajar
Tindakan : Makluman

Agenda 11
Laporan
11.1 Guru perlu menyediakan minit curai setiap kali selesai menghadiri kursus atau taklimat.
Tindakan : Makluman

Agenda 12
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
12.1 Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang boleh diaplikasikan di
dalam bilik darjah boleh dirujuk daripada email sekolah;
skspkongsinota@yahoo.com
Tindakan : Makluman

Agenda 13
Hal-hal lain
13.1 Guru menyediakan Dasar Panitia mengikut darjah sebagai asas guru.
13.2 Semua guru bersetuju membantu guru-guru Tahun 6 semasa kelas tambahan
untuk meningkatkan keputusan UPSR 2016.
13.3 Rancangan Pengajaran Harian boleh dibuat secara harian atau mingguan.
13.4 Rekod Pengajaran dihantar paling lewat pada hari Isnin.
13.5 Guru Besar meminta guru-guru memperkasakan penggunaan Frog VLE dan
mencadangkan supaya mewujudkan kumpulan Whatsapp bagi setiap darjah.
Tindakan : Makluman
Agenda 14
Ucapan Penangguhan

14.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana memberi pendapat,
cadangan serta kerjasama semasa mesyuarat ini dijalankan.
14.2 Menangguhkan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada 2:30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


……………………………………….. ……………………………………..
Pn Norizam Bt Mohamad Tn Hj Razali Bin Zakaria
Setiausaha Panitia Guru Besar
Matematik SK St. Paul
SK St. Paul

Anda mungkin juga menyukai