Anda di halaman 1dari 5

‫ﺴﮑﻮﻠﻪ ﻣﻨﻌﻪ ﻛﺒﻌﺴﺄﻦ ﻛﻔﻼ ﺑﺎﺘﺲ‬

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPALA


BATAS
JALAN TIGA, 13200 KEPALA BATAS,
SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
Tel/Fax : 04-5792911 E-Mail : pea2087@moe.gov.my
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

_______________________________________________________________________________________
PROGRAM PEMBANGUNAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
PROGRAM GURU MUDA
‘SAYA SEDIA MEMBANTU’
BERSAMA KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG (KMPP)
1 Pendahuluan
Program Guru Muda adalah satu program yang dirancang dan dirangka bagi membantu
murid-murid 5 Diamond SMK Kepala Batas yang pencapaian sederhana dan lemah dalam
dalam mata pelajaran Aliran Sains. Murid-murid ini akan dibantu oleh pelajar-pelajar Kolej
Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) yang berprestasi baik dalam gred pencapaian
peperiksaan. Mereka inilah yang bertindak untuk membantu guru membimbing murid-muris
SMK Kepala Batas dan digelar Guru Muda.

2 Rasional
2.1. Mewujudkan hubungan jalinan dan jaringan antara SMK Kepala Batas dan Kolej
Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP).

2.2. Menggalakkan sikap bantu - membantu dan bersaing secara sihat dalam
pelajaran.

2.3. Membina dan mengembangkan sifat kepimpinan di kalangan murid yang


berpotensi dan berbakat.
2.4 Membantu guru untuk melaksanakan aktiviti pengukuhan di dalam bilik darjah
melalui bimbingan berterusan pada waktu jadual guru gantian, kelas
tambahan dan ‘study group’ pada waktu lapang.
2.5 Membantu sekolah mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik kerana
adanya kumpulan lulus , kumpulan berpotensi dan kumpulan cemerlang
3 Matlamat
3.1 Membantu sekolah dalam peningkatan keputusan peperiksaan yang lebih baik
dengan adanya kumpulan murid lulus, berpotensi dan cemerlang.
4 Objektif
4.1 Meningkatkan pencapaian murid dalam setiap mata pelajaran.
4.2 Melahirkan murid yang berkebolehan dan mempunyai keyakinan diri.
4.3 Memupuk kerjasama antara murid melalui amalan ‘Mengajar sambil Belajar;
4.4 Membantu guru mengatasi masalah pembelajaran murid melalui bimbingan
rakan sebaya yang digelar Guru Muda
5 Konsep dan Pelaksanaan
5.1 Guru Muda adalah terdiri daripada pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
yang mempunyai pencapaian terbaik dalam mata pelajaran tertentu atau
keseluruhan mata pelajaran.
5.2 Seramai 5 hingga 8 orang Guru Muda (1 Guru Muda : 2 hingga 5 murid)
dipilih dalam setiap kelas melalui guru mata pelajaran.
5.3 Guru Muda diberi bimbingan lebih awal oleh guru mata pelajaran untuk
menguasai topik tertentu, penggunaan Modul, pelbagai bahan pembelajaran,
soalan topikal dan sebagainya.
5.4 Guru Muda ditugaskan untuk membimbing rakan dalam kumpulan semasa
waktu jadual guru gantian, kelas tambahan dan ‘study group’ pada waktu
lapang.
5.5 Bahan pembelajaran yang akan digunakan oleh Guru Muda perlu disediakan
oleh guru atau murid sendiri (dengan bimbingan guru) Bahan-bahan ini perlulah
mudah diakses bila-bila masa dan di mana sahaja bimbingan boleh
dilakukan.
5.6 Guru Muda perlu merekod jumlah sesi bimbingan dengan ahli kumpulan dan
berbincang tentang keberkesanannya bersama guru mata pelajaran.

6 Sasaran
5.1 Semua kelas Ibnu Sina Tingkatan 1 - 5 (1ISN, 2ISN, 3ISN, 4ISN, DAN 5ISN)
5.2 Semua guru subjek mata pelajaran kelas tersebut.

7 Tempat : SMK Pedas


Tarikh : April – November 2017

8 Sumber Kewangan
12.1 Persatuan Ibu bapa dan Guru(PIBG) SMK Pedas
12.2 Murid yang terlibat

9 Jawatankuasa Program Guru Muda


Pengerusi : Pn. Zuraidah Bt Md. Nor
(Pengetua SMK Pedas)
Naib Pengerusi : Pn.Hjh. Nomi bt. Anoh
(GPK Akademik)
Penyelaras : Pn. Hashimah Bt. Osman
(GKMP Teknik & Vokasioanal)
Setiausaha : Pn. Nor Aida Bt Osman
Penolong Setiausaha : Puan Rafizah Bt Ahmad

Ahli Jawatankuasa : Semua guru mata pelajaran kelas Ibnu Sina


(Ting 1 hingga 5)

10 Penutup
Program Guru Muda ini diharap dapat membantu pihak sekolah, panitia, guru-guru dan diri murid-
murid sendiri dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti kecemerlangan dalam sesuatu mata
pelajaran. Sesuai dengan nama Guru Muda secara tidak langsung, mrid ini dapat menyedari
tanggungjawab yang perlu dipikul bagi memastikan diri sendiri dan rakan - rakan dapat menguasai
pencapaian dalam mata pelajaran.
Pihak sekolah juga boleh merancang dalam memberikan sumbangan dan kredit kepada
Guru Muda dan ahli kumpulan yang mendapat pencapaian cemerlang dalam ujian atau
peperiksaan.

Disediakan oleh; Disahkan oleh:

(HASHIMAH BINTI OSMAN) (PUAN ZURAIDAH BT. MD NOR


Penyelaras Pengetua
Program Guru Muda SMK Pedas
SMK Pedas.

Lampiran 1
CARTA GANTT PELAKSANAAN PROGRAM GURU MUDA

BIL. AKTIVITI Jan Feb Mac Apr Me Jun Jul Ogs Sep Okt
i
1 Membentuk
jawatankuasa dan
x
menyediakan kertas
kerja untuk
dibentangkan kepada
pengetua dan AJK
terlibat.

2 Edaran brosur dan x x


perasmian

3 Mengadakan taklimat
kepada semua guru
x x
yang terlibat.
(Panitia/guru
matapelajaran
menyediakan bahan,
modul dsbgnya)

4 Menjalankan program x x x x x x x
mengikut jadual yang
ditetapkan. Proses
pemilihan Guru Muda
dan bimbingan berjalan.

5 Pemantauan pihak x x x x x x x
sekolah. Guru Muda
merekod aktiviti dengan
kumpulan ahli.

6 Mengadakan intervensi
bagi mengatasi
x x x
kelemahan pelajar yang
dikenalpasti.
7 Penyelaras mengumpul
dan membuat penilaian
x x
berkaitan perjalanan
program.
Pelaksanaan/ Modus Aktiviti Tarikh
Operandi

Perancangan  Mesyuarat JK Kerja Program 13 April 2017


 Persediaan pengumpulan bahan
 Menyediakan Jadual

Perlaksanaan  Taklimat kepda guru pembimbing


 Pemilihan Guru Muda 14 - 27 April 2017
 Proses bimbingan
Penilaian  Penyediaan laporan program oleh
guru dan diserahkan kepada 15 Jun 2017
penyelaras
 Menilai keberkesanan program

Tindakan Susulan
 Latihan diteruskan
 Penganugerahan sijil 5 Julai 2017
kecemerlangan selepas 5 Oktober 2017
peperiksaan pertengahan tahun
dan percubaan

Anda mungkin juga menyukai