Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI CHIKU 2

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

BIL 1/2023

TARIKH : 11 APRIL 2023

HARI : SELASA

TEMPAT : BILIK WACANA

Kehadiran

1. En.Noor Azmi bin Ahmad (Penasihat)


2. Pn.Nuraznini binti Abdul Ghani (Pengerusi)
3. En.Amran bin Che Wil
4. En.Mohd Syafiq bin Che Omar
5. En.Juhari bin Jariah
6. En.Azlan bin Ismail
7. Pn.Norhana binti Zakaria
8. Pn.Norafida binti Abdullah Aziz (Setiausaha)

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
1.2 Ucapan selamat datang kepada guru baharu yang bakal mengajar subjek Bahasa Melayu bagi
tahun 2023/2024.
1.3 Pengerusi berharap guru-guru dapat bekerjasama dalam meningkatkan prestasi dalam
subjek Bahasa Melayu.
Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Encik Mohd Sayfiq mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Encik Amran.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA 2023/2024


4.1 Puan Norafida dilantik sebagai setiausaha Panitia Bahasa Melayu bagi Sesi 2023/2024.
Tindakan : Makluman

4.2 Senarai guru yang mengajar mengikut tahun:


4.2.1 1 Pintar - Puan Norafida
4.2.2 1 Bestari – Puan Nuraznini
4.2.3 2 Pintar - Encik Mohd Juhari
4.2.4 2 Bestari – Encik Mohammad Syafiq
4.2.5 3 Pintar – Puan Norafida
4.2.6 3 Bestari – Puan Nuraznini

1
4.2.7 4 Pintar – Encik Juhari
4.2.8 4 Bestari – Encik Azlan
4.2.9 5 Pintar – Encik Amran
4.2.10 5 Bestari – Puan Nuraznini
4.2.11 6 Pintar - Puan Norafida
4.2.12 6 Bestari – Encik Azlan
4.2.13 Pemulihan – Puan Norhana
Tindakan : Makluman

5.0 PENYEDIAAN DSKP,RPT,RPH DAN PBD


5.1 Puan Nuraznini menyatakan bahawa DSKP Bahasa Melayu perlu diselitkan dalam fail
RPH.Beliau juga memaklumkan setiap guru perlulah mempunyai RPT yang terkini dan setiap
RPH mengandungi tiga elemen utama iaitu objektif, aktiviti dan refleksi.
Tindakan : Semua guru

5.2 Pelaksanaan PBD adalah sepanjang tahun. Guru-guru perlu merekod pencapaian murid
mengikut tahap penguasaan yang dinilai pada bahagian belakang fail RPH.Puan Nuraznini
juga berharap guru dapat menjalankan PBD ini secara berterusan semasa pdpc dan berusaha
membantu murid menguasai kemahiran yang lemah.
Tindakan: Semua guru

6.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


6.1 Bulan Bahasa untuk panitia Bahasa Melayu akan diadakan pada bulan JUN Bersama dengan
panitia Bahasa Inggeris.
Tindakan : Semua guru

6.2 Sudut panitia di laluan yang ditetapkan akan diuruskan oleh Puan Norhana.Sudut ini akan
dikemaskini dari semasa ke semasa. Carta organisasi jawatankuasa juga akan diletakkan pada
papan kenyataan sudut tersebut.
Tindakan : Puan Norhana

6.3 Puan Nuraznini juga memaklumkan PLC akan diwujudkan bagi membincangkan
permasalahan atau idea-idea dalam pdpc.
Tindakan : Makluman

6.4 Program-program intervensi yang akan diadakan pada tahun ini seperti Program Bantu Baca
yang akan dikendalikan oleh Puan Norhana, guru pemulihan dan program yang melibatkan
ibu bapa tahun tiga di bawah panitia Bahasa Melayu.
Tindakan : Semua guru

6.5 Program yang melibatkan ibu bapa ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa
supaya lebih cakna tentang anak-anak mereka dan turut membantu guru-guru untuk
memantau dan membantu anak-anak mereka yang masih belum boleh membaca.Semoga
program-program ini akan membantu meningkatkan tahap penguasaan di kalangan murid
yang sebelum ini agak teruk.
Tindakan : Makluman

2
6.6 Selain itu, Puan Nuraznini juga memaklumkan bahawa mengikut saranan PPD supaya guru-
guru yang mengajar subjek Bahasa melayu seboleh-bolehnya menggunakan Bahasa baku
dalam pdpc.
Tindakan : Makluman

6.7 Puan Norhana memaklumkan bahawa jumlah semua murid pemulihan adalah seramai 24
orang. Beliau juga memberitahu jika ada murid yang baru pindah masuk dan belum kenal
huruf atau tidak boleh membaca langsung, guru-guru boleh memaklumkan kepada beliau.
Tindakan : Makluman

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN DAN HAL-HAL LAIN.


7.1 Penasihat mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau pada mesyuarat kali ini dan
berjaya mengadakan mesyuarat panitia pada hari ini.Beliau juga memaklumkan bahawa
panitia memainkan peranan penting dalam meningkatkan kurikulum.
Tindakan : Makluman

7.2 Selain itu, penasihat juga memaklumkan bahawa panitia perlu ada pelan strategik untuk
merancang aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun.Beliau juga menyatakan bahana dari
PKP sepanjang wabak Covid19 selama dua tahun, ramai murid yang tidak dapat menguasai
asas membaca.Oleh yang demikian, beliau berharap agar guru-guru tidak mudah putus asa
untuk membimbing murid-murid yang lemah membaca ini.
Tindakan : Makluman

7.3 Panitia juga perlu merancang program seperti PLC sebagai tambah nilai untuk memberi idea-
idea baru dalam proses pdpc.Penasihat juga berharap apa yang dirancang oleh panitia boleh
mengatasi KPI 3M oleh JPN. Beliau juga menyatakan adalah satu kejayaan buat seorang guru
jika murid yang lemah membaca itu dapat membaca dengan lancar dan mencapai kejayaan.
Tindakan : Makluman

8.0 PENUTUP
8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, 17 APRIL 2023

…………………………………….

(NORAFIDA BINTI ABDULLAH AZIZ)

Setiausaha,

Panitia Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 2.

Anda mungkin juga menyukai