Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA PUSAT 2

LINTASAN SEMARAK
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA

MINIT MESYUARAT GURU PERSATUAN BAHASA MELAYU


BILANGAN 1 TAHUN 2023

Tarikh : 5 APRIL 2023

Masa : 1.45 – 1.15 Petang

Tempat : Bilik Guru

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. MAZIAH BINTI ABDULLAH Penyelaras
2. NURUL MURNI BINTI MOHD HALUWI Setiausaha
3. PN.NOR HARIZA BT HARUN

AGENDA

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Penasihat Persatuan
Bahasa Melayu yang hadir secara bersemuka .

2. AKTIVITI PERSATUAN SEPANJANG TAHUN 2023

2.1 Perjumpaan kali pertama diadakan pada bulan April.Perjumpaan diadakan dua
minggu sekali iaitu pada hari Khamis.Guru merancang pelbagai aktiviti untuk
meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Melayu dalam PdP.

2.2 Menggalakkan murid menyertai pertandingan yang diadakan atas talian sekiranya
ada penganjuran.Guru penasihat akan membimbing ahli dalam penyertaan yang
disertai.

2.3 Sepanjang pelaksanaan aktiviti, Persatuan merancang untuk mengadakan 14


aktiviti rujuk lampiran agar dapat melahirkan beberapa orang murid yang berjaya
dalam bercerita dan bersyair.Aktiviti ini akan diteruskan lagi pada setiap tahun
ini.Dalam menyertai aktiviti ini ahli persatuan daan guru mendapat banyak impak :

2.3.1 Kekuatan

1. Memberi kemahiran kepada guru mengakses gajet untuk melaksanakan


aktiviti.

2. Menyemai sikap berani dalam diri murid untuk membuat persembahan.


3. Memberi kemahiran kepada murid mengakses gajet atau komputer.

4. Dapat melaksanakan aktiviti yang dirancangkan sepanjang tahun,

2.3.2 Kelemahan :

1. Murid tidak memahami aktiviti yang hendak dijalankan.

2. Murid tidak mempunyai keyakinan diri untuk bercakap di hadapan


kamera.Oleh demikian mereka mengambil keputusan untuk tidak
melaksanakan tugas yang diberikan.

2.3.3 Cara Mengatasi

1. Aktiviti yang dirancang tidak melibatkan penggunaan gajet.

2. Memberi tempoh masa yang panjang untuk mu rid menyiapkan tugasan.

3. Memberi tawaran hadiah yang hebat untuk menggalakkan murid menyertai


aktiviti.

4. Guru perlu mendalami ilmu gajet untuk mengeksploitasi aktiviti.

3. HAL-HAL LAIN

3.1 Guru penasihat berharap agar aktiviti yang dijalankan ini dapat menarik minat
para pelajar dalam bidang Bahasa Melayu dan dapat meningkatkan kualiti
pembelajaran.Disamping dapat mendidik pelajar menjadi lebih berketrampilan dan
berani untuk ke depan.

3.2 Peratus kehadiran ahli Persatuan Bahasa Melayu amat membanggakan sehingga
mencapai 96 % kehadiran sepanjang tahun.Semoga kehadiran dapat ditingkatkan
lagi pada masa depan.

Tindakan : Guru Penasihat

4. PENUTUP

Mesyuarat tamat pada jam 1.15 petang dan pengerusi mengucapkan terima kasih
kepada semua ahli kerana memberi kerjasama dan komitmen dalam menjalankan
tugas.
DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH:

....................................................... ........................................
(NURUL MURNI BT MOHD HALUWI) (MAZIAH BT ABDULLAH)

SETIAUSAHA PENYELARAS
PERSATUAN BAHASA MELAYU PERSATUAN BAHASA MELAYU
SKJP2
Tarikh: 07 APRIL 2023
SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA PUSAT 2
LINTASAN SEMARAK
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA

MINIT MESYUARAT PERSATUAN BAHASA MELAYU


BILANGAN 1 TAHUN 2022

Tarikh : 7 APRIL 2022

Masa : 12.40 – 1.40 Petang

Tempat : 6 Akasia

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. HJH RUMANI ABD HADI Pengerusi
2. NUR NABILA BINTI AHMAD ZUKI Setiausaha
3. PN.NOR HARIZA BT HARUN
4. SEMUA AHLI PERSATUAN BAHASA MELAYU

AGENDA

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Persatuan Bahasa
Melayu yang hadir secara bersemuka .

2. Pelantikan Ahli Jawatan Kuasa Baharu

Rujuk lampiran mesyuarat.

AKTIVITI PERSATUAN SEPANJANG TAHUN 2022

3.1 Rujuk lampiran.

3.2 Menyampaikan sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa Persatuan Bahasa


Melayu.

Tindakan : Guru Penasihat


4. HAL-HAL LAIN

3.1 Guru penasihat berharap agar aktiviti yang dijalankan ini dapat menarik minat
para pelajar dalam bidang Bahasa Melayu dan dapat meningkatkan kualiti
pembelajaran.Disamping dapat mendidik pelajar menjadi lebih berketrampilan dan
berani untuk ke depan.

3.2 Peratus kehadiran ahli Persatuan Bahasa Melayu amat membanggakan sehingga
mencapai 96 % kehadiran sepanjang tahun.Semoga kehadiran dapat ditingkatkan
lagi pada masa depan.

Tindakan : Guru Penasihat

5. PENUTUP

Mesyuarat tamat pada jam 1.40 petang dan pengerusi mengucapkan terima kasih
kepada semua ahli kerana memberi kerjasama dan komitmen dalam menjalankan
tugas.

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH:

....................................................... ......................................................
SETIAUSAHA
PERSATUAN BAHASA MELAYU PENGERUSI
SKJP2 ( PERSATUAN BAHASA MELAYU)
Tarikh: 06 APRIL 2022

Anda mungkin juga menyukai