Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KEDUA 2017

Tarikh : 26 April 2017 ( Rabu )


Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer
Pengerusi : En. Laidi bin Shara

KEHADIRAN :

1. EN. LAIDI BIN SHARA


2. PN. ROZANA BINTI MOHD YUSOF
3. EN. KHAIRUL AZNAM BIN RAZALI @ GHAZALI
4. TN. HAJI WAHIDUDDIN BIN MOHD ARIFF
5. PN. SITI ZUBAIDAH BINTI HAJI SARIAAT
6. EN. ABDUL HAFIDZ BIN MAT SAAD
7. PN. MEK SIAH BINTI CHE DAUD
8. PN. SITI ZARMI BINTI MAT GHANI
9. PN. NORAIDA BINTI MAT ZAIN
10. PN. AZLIN BIN CHE OM
11. EN. FAEZIL AHFAAZ BIN CHE BASAR
12. CIK HAFIZATUN HABSAH BINTI ZAINUDIN
13. PN. SOFILA BINTI MAT ALI
14. EN. MUHAMMAD SYUKRI BIN MOHD NOR
15. EN. MUHAMMAD AKMAL BIN MAT YUSOF
16. PN. NORLIZA BINTI NAZRI
17. TN. HAJI IZHAR BIN MEGAT GHAZALI
18. PN. HAJJAH AZIZAH BINTI MOHAMMED
19. EN. ABDUL RAHMAN BIN JUSOH
20. CIK NOORHASLINDA BINTI AZAMUDDIN
21. EN. MOHAMMAD QHAIRUL NIZZAM BIN BASIRON
22. PN. MAIZATUL AZNIDA BINTI MAT ISA
23. PN. NORUL HUDA BINTI RAZALI
24. PN. NORHASMIRA BINTI WAHIB

TIDAK HADIR

1. TIADA
1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat menghadirkan diri
dalam mesyuarat kali ini.

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dalam menjayakan Kursus Kepimpinan
Kokurikulum yang telah dijalankan pada bulan Februari.

1.3 Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat menjayakan
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah dan Kejohanan Olahraga & Balapan MSSD Kinta Selatan.

1.4 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada pasukan perempuan yang berjaya menjadi Naib Johan
Bola Baling Daerah Kinta Selatan dan tempat keempat bagi pasukan lelaki. Terima kasih juga diucapkan
kepada guru-guru yang bertungkus lumus melatih murid-murid sehingga mencapai kejayaan.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Minit Mesyuarat Kokurikulum kali pertama 2017 telah dibentangkan oleh Setiausaha En.
Muhammad Syukri bin Mohd Nor.
Tindakan : Setiausaha Kokurikulum

2.2 Minit Mesyuarat Kokurikulum kali pertama 2017 telah dicadangkan untuk disahkan oleh
En. Abdul Hafidz bin Mat Saad dan telah disokong oleh Cik Hafizatun Habsah binti Zainudin.

Tindakan : Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT

- Tiada Perkara Berbangkit

4. AGENDA SEMASA

4.1 Pelaksanaan PAJSK

- PK Kokurikulum memaklumkan bahawa pelaksanaan pentaksiran aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
bagi tahun ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6.

- Pihak sekolah telah menyediakan sebuah buku pentaksiran PAJSK bagi setiap murid untuk diisi segala
maklumat yang berkaitan.

- Guru Penasihat bertanggungjawab untuk mengisi segala maklumat yang terkandung di dalam buku
tersebut.

Tindakan : Makluman

4.2 Laporan Aktiviti Kokurikulum dan 1 Murid 1 Sukan

- PK Kokurikulum memaklumkan bahawa Kejohanan Bola Baling MSSD Kinta Selatan telah berlangsung di
SK Bukit Pekan pada bulan Mac 2017.
- PK Kokurikulum memaklumkan Kursus Kepimpinan Kokurikulum telah dijalankan pada 18-2-2017
( Sabtu) yang melibatkan seramai 30 orang.

- PK Kokurikulum memaklumkan bahawa Perkhemahan Unit Beruniform telah dijalankan pada 9 & 10 April
2017 bertempat di SK Changkat Tin. Seramai 30 orang peserta terlibat.

- Pengerusi memperingatkan agar aktiviti kokurikulum dan 1 Murid 1` Sukan dapat diajalankan
seperti mana yang telah dirancang. Guru hendaklah memastikan murid melibatkan diri dan
mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan terutama aktiviti yang
melibatkan pergerakan fizikal.

- PK Kokurikulum memaklumkan bahawa kejohanan merentas desa telah dijalankan pada bulan
Januari 2017 manakala kejohanan tahunan balapan & padang (olahraga) dan sukan tara telah
dijalankan dengan jayanya pada 6 Mac 2017.

- Sekolah juga telah menghantar 12 orang peserta merentas desa peringkat daerah Kinta Selatan
pada 30 Januari 2017 di SK Malim Nawar.

- Sekolah juga telah menghantar 13 peserta ke kejohanan olahraga balapan & padang peringkat
daerah Kinta Selatan pada 1 – 3 Mac 2017 bertempat di Medan Gopeng.

- 5 orang murid Pasukan Bola Baling Changkat Tin telah mewakili pasukan Kinta Selatan ke peringkat negeri
dalam acara bola baling di mana pasukan perempuan telah mendapat tempat ketiga peringkat Negeri
Perak.

- 8 orang peserta telah menyertai Majlis Tadarus al-Quran peringkat Zon Batu Gajah.

Tindakan : Makluman

4.3 PELAPORAN SEGAK

- Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru PJ tahap 2 kerana telah melaksanakan
ujian SEGAK bagi bulan Mac. Data hendaklah diisi dalam format yang telah ditetapkan.

- Pengerusi mengingatkan guru PJ tahap 2 untuk menjalankan ujian SEGAK kali kedua pada bulan
Ogos. Data tersebut akan dihantar ke PPD.

Tindakan : Guru PJ Tahap 2

4.4 PELAPORAN PAJSK

- Pengerusi menerangkan tentang penilaian PAJSK yang mengandungi maklumat berikut :-


1. Laporan SEGAK
2. Kehadiran dalam aktiviti 3 bidang kokurikulum.
3. Penyertaaan dalam aktiviti 3 bidang kokurikulum
4. Pencapaian dalam aktiviti 3 bidang kokurikulum
5. Penglibatan dalam ekstra kurikulum.

- Pengerusi mengingatkan tentang penilaian PAJSK yang akan mula dijalankan pada tahun ini.
Semua guru penasihat dikehendaki menyediakan maklumat yang lengkap berkaitan dengan
penilaian PAJSK.

Tindakan : SU Kokurikulum & Guru Penasihat Unit Kokurikulum


5. HAL-HAL LAIN

5.1 Guru digalakkan memakai pakaian uniform setiap hari Rabu dan murid diwajibkan memakai
pakaian uniform lengkap atau sebahagian.
Tindakan : Semua guru

5.2 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum akan diadakan pada hari pertama minggu ketiga setiap
bulan.
Tindakan : Penyelaras & Guru Penasihat Unit Beruniform

5.3 Pengerusi mengingatkan tentang keselamatan murid perlu diutamakan sama ada sewaktu di
kelas, padang mahupun tapak permainan. Pastikan guru bertugas ada bersama dengan murid-
murid yang terlibat.
Tindakan : Guru Penasihat Bertugas

5.4 Pengambilan barangan ( keluar – masuk ) dari stor sukan hendaklah dicatatkan. Guru yang
berkenaan hendaklah mengawasi pengambilan dan penghantaran barangan tersebut.

Tindakan : Guru yang terlibat

5.5 Pengerusi mengharapkan semua guru yang terlibat melahirkan pasukan sekolah dapat
mengadakan latihan intensif agar dapat mencapai kejayaan yang terbaik.

Tindakan : Guru yang terlibat

6. UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua guru dalam
mesyuarat kali ini. Semoga kecemerlangan kokurikulum dapat dilonjakkan di masa akan
datang.

6.2 Majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-asr.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.40 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

( MUHAMMAD SYUKRI BIN MOHD NOR ) ( LAIDI BIN SHARA )


Setiausaha Kokurikulum Guru Besar
SK Changkat Tin SK Changkat Tin

Cadangan disahkan oleh :………………………………………………………………………………………….

Cadangan disokong oleh : ………………………………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai