Anda di halaman 1dari 3

PK 07- Pengurusan Mesyuarat

SMK MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU


MINIT MESYUARAT SUKAN/PERMAINAN BOLA TAMPAR BIL. 1/2017

Tarikh : 28 Disember 2016


Masa : 1.45 - 2.30 petang
Tempat : 3 EK 1
Pengerusi : Cik Noor Azreen binti Mohd Taib
Kehadiran : 8 orang

1.0 UCAPAN KETUA GURU PENASIHAT

Ketua guru penasihat selaku pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru
penasihat sukan/permainan bola tampar kerana menghadiri mesyuarat bilangan 1 tahun 2017.

Makluman: Semua guru

2.0 PELANTIKAN PENCATAT MINIT MESYUARAT

2.1 Cik Rawihah binti Zakria dilantik menjadi pencatat minit mesyuarat sukan/ permainan bola
tampar bilangan 1/ 2017.

Tindakan: Cik Rawihah binti Zakria

3.0 TAKWIM DAN PEMBAHAGIAN TUGAS PROGRAM / AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH.

3.1 Mesyuarat agung sukan permainan akan diadakan pada 15 Januari 2017 iaitu hari Ahad.
Semua pelajar diwajibkan hadir untuk pemilihan AJK Tertinggi.

Makluman/tindakan: Semua guru penasihat

3.2 Kem RIMUP & Kursus Kepimpinan AJK Tertinggi akan diadakan pada 8 April 2017. Kelab
sukan permainan bola tampar akan menghantar wakil AJK Tertinggi pada hari tersebut.

Tindakan: Cik Noor Azreen binti Mohd Taib

3.3 Guru penasihat sukan/permainan bola tampar akan menguruskan dan menghantar
peserta ke pertandingan bola tampar peringkat MSSD yang dijangka akan berlangsung
pada bulan Februari. Oleh yang demikian, sukan permainan bola tampar telah bersetuju
untuk melaksanakan lathan intensif bagi para pelajar yang mewakili sekolah, sepanjang
bulan Januari. (Seperti Lampiran)

Makluman/tindakan: Semua guru penasihat

3.4 Semua guru penasihat akan terlibat dalam setiap program dan latihan yang dianjurkan. Ini
bagi memastikan latihan dan program berjalan lancar serta menunjukkan sikap kerjasama
di antara semua guru penasihat.

Tindakan : Semua Guru Penasihat

Hak cipta terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012- Keluaran 03 /pindaan 00
PK 07- Pengurusan Mesyuarat

3.5 Pengerusi berharap agar Karnival Bola Tampar yang dijangka akan diadakan pada 11
April 2017 dapat berlangsung seperti yang dijadualkan. Pelajar senior akan dipilih untuk
membantu guru menjalankan tugas pada hari tersebut.
Tindakan/makluman: Semua guru penasihat

3.6 Kertas kerja hari Karnival Sukan dan Permainan Bola Tampar akan disediakan oleh ketua
guru penasihat bola tampar.

Makluman /tindakan : Cik Noor Azreen binti Mohd Taib

4.0 PENGURUSAN FAIL UNIT DAN BUKU PERSEDIAAN KOKURIKULUM.

4.1 Pengurusan Fail Unit dan Buku Persediaan Kokurikulum akan dibuat bersama perjumpaan
kali pertama dengan ahli sukan/ permainan bola tampar.
Tindakan : Semua Guru Penasihat

4.2 Pengurusan fail unit sukan permainan bola tampar dan buku persediaan akan
mengandungi perkara-perkara berikut:
a. Misi dan visi kokurikulum
b. Carta organisasi kokurikulum sekolah
c. Carta organisasi kelab bola tampar
d. Surat perlantikan AJK Pelajar
e. Borang-borang lengkap
f. Edaran-edaran
g. Kertas Konsep Aktiviti

Tindakan: Cik Noor Azreen binti Mohd Taib

5.0 PENDAFTARAN MURID TINGKATAN SATU DAN MURID BARU

5.1 Cik Noor Azreen Mohd Taib, Pn. Ismariatuladlina Ismail, Pn. Siti Rohani Raso, Cik
Rawihah Zakria dan Pn. Teo Huey Hun akan menguruskan pendaftaran pelajar tingkatan
1. Guru-guru akan bertugas pada 4 Januari 2017 (Rabu).

Tindakan : Guru Penasihat terlibat

5.2 Borang pendaftaran akan diberi kepada guru yang bertugas dikaunter dan guru
pendaftaran akan memasukkan maklumat pendaftaran ke dalam sistem yang disediakan
oleh pihak sekolah.
Tindakan : Guru Penasihat terlibat

6.0 PENGURUSAN PELAJAR DALAM KUMPULAN DAN PENANDAAN KEHADIRAN SEMASA


PERJUMPAAN KELAB / PROGRAM/ MAJLIS KOKURIKULUM SERTA TARIKH LATIHAN

6.1 Cik Noor Azreen Mohd Taib, Cik Rawihah Zakria, Pn. Ismariatuladlina Ismail, Pn. Siti
Rohani Raso, En. Abdullah Zakaria dan Pn. Teo Huey Hun akan menguruskan kehadiran
pelajar sesi pagi. Buku kokurikulum pelajar perlulah dicap pada setiap aktiviti.

Tindakan : Guru Penasihat terlibat

Hak cipta terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012- Keluaran 03 /pindaan 00
PK 07- Pengurusan Mesyuarat

6.2 Cik Wan Zulaika Wan Yahya, Pn. Lailatul Hamidah Abdul Rahman, Cik Lau Paik Ngoh,
dan Pn. Irza Hasrina Shahrim akan menguruskan kehadiran pelajar sesi petang. Buku
kokurikulum pelajar perlulah dicap pada setiap aktiviti.

Tindakan : Guru Penasihat terlibat

6.3 Guru-guru perlu menandatangi dan cap buku kokokurikulum /kad pelajar setiap kali
aktiviti. Bagi sesi petang masa latihan adalah pada waktu pagi (8.00pagi hingga 9.30
pagi) manakala sesi pagi masa latihan pada waktu petang( 3.30 petang hingga
5.00petang) mengikut tarikh yang ditetapkan di dalam takwim sekolah dan surat
makluman kepada ibubapa akan diedarkan kepada pelajar.

Tindakan : Semua Guru Penasihat

6.4 Tarikh-tarikh latihanuntuk kejohanan MSSD telah ditetapkan dan ahli mesyuarat sebulat
suara ingin mendapat kebenaran untuk menyelesaikan semua aktiviti unit sebelum
bulan Mei. Hal ini bertujuan memberi laluan kepada pelajar-pelajar SPM dan PT3.

Tindakan : Semua Guru Penasihat

7.0 PENGURUSAN DATA KEAHLIAN DAN DATA KEHADIRAN

7.1 Segala pengurusan data ahli kelab (Kelas Murid, Kes Murid Pindah Masuk & Pindah
Keluar) serta Data Kehadiran pelajar adalah di bawah penyeliaan Ketua Guru Penasihat
(pelajar sesi pagi) dan Penolong Ketua Guru Penasihat (pelajar sesi petang)

Tindakan: Cik Noor Azreen binti Mohd Taib dan Pn.


Lailatul Hamidah Abdul Rahman

7.0 HAL-HAL LAIN


7.1 Perancangan aktiviti untuk sukan/ permainan bola tampar akan dibuat dari semasa ke
semasa mengikut kesesuaian waktu.

8.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. …………………….................
(Cik Rawihah Zakria) (Cik Noor Azreen Mohd Taib)
Setiausaha Sukan/Permainan Bola Tampar, Ketua Penasihat Sukan/Permainan Bola Tampar
SMK Mutiara Rini, Johor Bahru SMK Mutiara Rini, Johor Bahru
Tarikh: 02 Januari 2017 Tarikh: 02 Januari 2017

Hak cipta terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012- Keluaran 03 /pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai