Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016


 SK.CHANGKAT TIN,TANJUNG TUALANG,PERAK.

MC & MASA ATURCARA UCAPAN CATATAN


8.30 am Para tetamu Pohon perhatian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi.
mengambil Dipohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk
tempat mematikan telefon atau meletakkannya dalam ‘silent
mode’. Terima kasih.

9.00 a.m Ketibaan Tetamu Hadirin yang dihormati sekalian,


syukri Khas
YB. Dato’ Drs. Mengumumkan ketibaan  YB. Dato’ Drs. Mohd Nizar b.
Mohd Nizar b. Zakaria ( Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam,
Zakaria Pendidikan Islam Dan Pembangunan Sahsiah, Negeri
Perak) diiringi oleh  Guru Besar Sk.Changkat Tin dan
tetamu kehormat. Para hadirin diminta berdiri.

Lagu Negaraku Nyanyian + audio

Sofila Kata-kata aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Pengerusi Majlis Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata


Syukri Sayang merbah di pohon cemara

1
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Sofila Mencari timba si anak dara


Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Syukri Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiring restu Illahi

YB. Dato’ Drs. Mohd Nizar b. Zakaria ( Pengerusi


Sofila Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam Dan
Pembangunan Sahsiah, Negeri Perak) ,
Yang Berusaha En. Laidi B. Shara,  Guru Besar
Sk.Changkat Tin,

Yang Berbahagia Datin Norma Hanum B. Dato’ Ibrahim (


Pengerusi Yayasan Pelajaran Kampar),

Yang Dihormati En. Zainal Abidin B. Selamat (Ahli Majlis


Daerah Batu Gajah)

Yang Dihormati En. Abdul Rahman B. Ainuddin


(Pengerusi JKKK Kg. Changkat Tin)

Yang Berusaha , En. Muhammad Shahadi Long Bin


Abdullah, YDP PIBG Sk. Changkat Tin,

2
Yang Berusaha Guru-Guru Kanan Sk.Changkat Tin,
Yang Dihormati tetamu-tetamu kehormat,
Yang diraikan Penerima Anugerah Kecemerlangan 2016
Seterusnya,guru-guru,ibu bapa, para hadirin sekalian.
Assalamualaikum Warohmatullah wabarokatuh,  Salam
Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Majlis mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan


kehadiran YB. Dato’ Drs. Mohd Nizar b. Zakaria
Syukri ( Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan
Islam Dan Pembangunan Sahsiah, Negeri Perak) serta
sidang hadirin sekalian ke Majlis Sambutan Hari
Anugerah Cemerlang Sk.Changkat Tin Tahun 2016

YB Dato’ dan sidang hadirin sekalian,

Majlis Sambutan Hari Anugerah Cemerlang pada hari ini,


akan turut disertakan dengan penyampaian anugerah lain
iaitu Anugerah Tokoh Sahsiah, Tokoh Akademik, Tokoh
Kokurikulum, Anugerah Khas Sijil Pendidikan Islam, dan
Terbaik Program jQAF, Tokoh Nilam murid dan guru,
anugerah khas pencapaian sekolah dan Tokoh Murid.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Sofila Bacaan Do’a Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

3
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Ustaz
Abdul Rahman B. Jusoh untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
BACAAN DOA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz
Syukri Abdul Rahman B. Jusoh atas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis kita diberkati dan dilimpahi rahmat
hendaknya. Amin

Faizil Ucapan Guru


Besar

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang


Berusaha En.Laidi B. Shara, Guru Besar Sk.Changkat Tin

4
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Yang


Berusaha Guru Besar Sk.Changkat Tin, En.Laidi b. Shara
sebentar tadi.
Ucapan Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Sofila Perasmian oleh Sungguh terkenal serata negeri,
YB. Dato’ Drs. Tuan sudah diberi kuasa,
Mohd Nizar b. Sudilah kira, pohon merasmi
Zakaria
Hadirin dan hadhirat yang dirahmati sekalian,
Majlis seterusnya menjemput YB. Dato’ Drs. Mohd Nizar b.
Zakaria untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Sambutan Hari Anugerah Cemerlang
Sk.Changkat Tin 2016. Majlis mempersilakan.

(A)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian
Yang Berhormat Dato’ menyampaikan ucapan perasmian
sebentar tadi.

Syukri Hadirin dan Hadirat yang dikasihi, 

Proses diajar, belajar dan mengajar


Membentuk modal insan lebih gemilang
Menghasilkan modal insan elok akhlaknya
Melahirkan watan yang mantap jati diri

5
Melahirkan generasi kemenjadian dan harapan

Sebagai halwa telinga dan penawar resah dan gelisah, pihak


Persembahan 1 majlis tampilkan satu persembahan yang akan disampaikan
oleh murid-murid Tahun 4 Sk.Changkat Tin. Dipersilakan

(A)

Begitulah tadi berakhirnya persembahan yang amat


Sofila menarik dari murid murid tahun 4 . Persembahan tadi telah
dipimpin oleh Cik Hafizatun Habsah Bt Zainuddin.

Bertanam Lada berbatas Rimbun,


Tumbuh di kali lebat buahnya
Berkat usaha disulam tekun
Sumur digali terbitlah airnya

Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya berbesar hati menjemput YB. Dato’ Drs.


Mohd Nizar b. Zakaria diiringi oleh Yang Berusaha En.
Laidi B. Shara, Guru Besar Sk.Changkat Tin bagi
menyempurnakan Majlis Graduasi Prasekolah dan Graduasi
Tahun 6. Majlis mempersilakan.

Syukri Penyampaian Majlis Graduasi ini melibatkan seramai 11 orang murid


Hadiah Sesi 1 Prasekolah dan 17 orang murid Tahun 6. Untuk itu,
(Graduasi dijemput :
Prasekolah)

6
Sofila & 1)    ( rujuk senarai nama Graduasi Prasekolah SKCT 2016)
Syukri
6)    

Syukri Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YB.


Dato’ Drs. Mohd Nizar b. Zakaria di atas kesudian tuan
menyempurnakan majlis.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid Prasekolah dan


Tahun 6.

Pergi Ke Kuala Menaiki Sampan,


Mesyusur Sungai Perlahan-lahan,
Persembahan 2 Berehat Sebentar Untuk Hiburan,
Sofila
Pendidikan Khas Persembahan Pendidikan Khas Buat Santapan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Ayuh kita rehatkan minda seketika. Kami tampilkan kepada


anda Persembahan seterusnya dari murid-murid
Pendidikan Khas Sk.Changkat Tin. Dipersilakan.

(A)

Syukri Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada murid-


murid dari Pendidikan Khas di atas persembahan yang
menghiburkan sebentar tadi. Semoga semua terhibur.

7
Terbang tinggi si burung helang
sofila Berkicau kenari sambil berterbangan
Penyampaian Insan cemerlang Negara terbilang
hadiah sesi 2 Anugerah diberi tanda kecemerlangan.
1) kelas
pendidikan Majlis Sambutan Hari Anugerah Cemerlang Murid-Murid
khas Sk.Changkat Tin dimulakan dengan penyampaian hadiah
2) kelas tahun 1-6 kepada murid yang mendapat tempat pertama, kedua dan
3) mata pelajaran ketiga juga matapelajaran terbaik dalam peperiksaan PKSR
terbaik 2 bagi Tahun 2016.

Sehubungan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha Guru Besar Sk.Changkat Tin, En. Laidi B.
Shara diiringi oleh Yang Berusaha GPK 1, Pn.Rozana bt
Mohd Yusof untuk menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah kepada pelajar terlibat.

(MUZIK GAMELAN BERMULA)

Sofila & BACA SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH MENGIKUT


Syukri URUTAN

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Guru Besar


Syukri Sk.Changkat Tin, En. Laidi B. Shara dan Yang Berusaha
GPK 1, Pn.Rozana bt Mohd Yusof di atas kesudian
menyempurnakan majlis.

8
Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Persembahan 3 Adat bersirih adat sejarah
(murid Untuk tuan kami sembahkan
prasekolah)
Hadirin & Hadirat Sekalian,

Majlis Penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi


memberi laluan kepada persembahan Murid-murid
Prasekolah Sk.Changkat Tin. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan


persembahan sebentar tadi. Untuk makluman persembahan
menarik tadi dipimpin oleh Pn.Maizatul Aznida dan Cik
Nurhamizah.

Sofila Penyampaian
Hadiah sesi 3

( Anugerah Khas
Sijil PAI, jQAF, Burung serindit riang berpacaran,
Tokoh2,Tokoh Petang menyusur terbang pulang,
Murid 2016) Terbit di hati siapa gerangan,
Penerima Anugerah Tokoh cemerlang?

9
Majlis pada petang ini diteruskan dengan penyampaian sijil
kecemerlangan, Anugerah2 Khas dan Tokoh-tokoh Tahun 2016.

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan penuh takzim


menjemput dan mempersilakan YB. Dato’ Drs. Mohd Nizar
b. Zakaria ( Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam,
Pendidikan Islam Dan Pembangunan Sahsiah, Negeri
Perak) diiringi oleh diiringi oleh Yang Berusaha Guru
Sofila & Besar Sk.Changkat Tin, En. Laidi b. Shara untuk
Syukri menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

(rujuk buku program)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YB.


Dato’ Drs. Mohd Nizar b. Zakaria dan En. Laidi b. Shara di
atas kesudian menyempurnakan majlis.

Awan bersua citra berkisah


Sofila Persembahan Khas Ukiran sukma kilauan kelisa
(Murid Tahun 6) Penyampaian anugerah selesai sudah
Persembahan penutup menyusul pula

10
Hadirin sekalian,
Acara kita sudah sampai ke kemuncaknya. Tanpa
melengahkan masa, kita tampilkan persembahan penutup
dari murid-murid tahun 6. Majlis mempersilakan.

Terima kasih di ucapkan. Semoga para hadirin terhibur dan


berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan.

Syukri
Seterusnya, dijemput YB. Dato’ Drs. Mohd Nizar b. Zakaria
Jamuan
serta tetamu jemputan ke Bilik Pendidkan Khas untuk
jamuan .

  Sementara para ibu bapa diminta menunggu untuk Program


Program Lambaian Lambaian Kasih bersama Datin Normah Hanum bt Dato’
Kasih Datin Ibrahim.
Normah Hanum

Sofila Sehingga itu sahaja daripada kami,


Saya  Sofila Bt Mat Ali
Dan Saya Muhammad Syukri B. Mohd Nor

11
Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum WBT.

12

Anda mungkin juga menyukai