Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih pengacara majlis.

Yang berusaha Puan Guru Besar Pn Norainon bt


Salleh, yang berusaha en laidi bin shara, yg berusaha penolong kanan-penolong
kanan sk changkat tin, guru-guru serta rakan2 sekalian,

Hadirin sekalian, 

Sebagaimana yang kita maklum, majlis ini merupakan majlis perpisahan En laidi bin
Shara, seorang guru yang amat berpengalaman di sekolah ini. Cikgu Arshad ialah
seorang guru yang bertanggujawab dan berdedikasi. Dengan perpindahan beliau,
hilanglah seorang guru yang kita sanjungi dari sekolah ini. 

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya, setiap perpisahan
pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama,
pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari
ini, kami berasa sedih kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan
cintai. Pada kami, guru ini bukan sekadar guru, tetapi ibarat bapa kami dalam
sebuah keluarga besar yang sentiasa memimpin kami menjadi insan yang berguna. 

Hadirin-hadirat yang dihormati, 

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid-murid Sekolah Kebangsaan


Changkat Tin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
perpisahan En laidi bin Shara yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan
mengorbankan waktu demi kami, anak-anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah
S.W.T akan melimpahkan rahmat-Nya kepada tuan sekeluarga, dipanjangkan usia,
diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat
agama, bangsa dan negara.

Akhir sekali, saya bagi mewakil rakan-rakan saya yang lain ingin memohon ampun
dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati
dan perasaan tuan samada disedari ataupun tidak. Halalkanlah segala ilmu yang
telah tuan beri kepada kami selama ini.
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari perigi,
Hari yang mana bulan yang mana,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih. 

Anda mungkin juga menyukai