Anda di halaman 1dari 12

SULIT

BM
MAC /
2016

Nama Pelajar : ______________________________________________


Kelas

: __________________________________________

MARKAH
SK CHANGKAT TIN

PEPERIKSAAN BULAN MAC


2016
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
TAHUN 3
Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU


1.

Kertas soalan ini mengandungi 34 SOALAN.

2.

Jawab semua soalan

3.

Jika hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian,
Tuliskan jawapan yang baharu

_________________________________________________________________________
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(MUHAMMAD SYUKRI BIN MOHD NOR)


GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3

(ENCIK ABDUL HAFIDZ BIN MAT SAAD)


KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

Disahkan oleh,

(ENCIK LAIDI BIN SHARA)


GURU BESAR, SK CHANGKAT TIN

1.

Gotong-royong menjadikan sekolah kami bersih dan________


A. Ceria
B. Suram
C. Muram

2.

Muri-murid_________kerana sekolah mereka telah bersih.


A. Sedih
B. Kecewa
C. Gembira

3.

Pokok-pokok bunga yang ditanam semakin_________kerana dibajai.


A. Layu
B. Subur
C. Rendah

4.

Bersukan menjadikan badan kita______


A. Lincah
B. Cerdas
C. Cergas

5.

Badan kita akan menjadi lebih________jika kita rajin bersukan.


A. Muram
B. Lemah
C. Sihat

6.

_______, lajunya larian peserta itu!


A. Wah
B. Aduh
C. Wahai

7.

_______, mana perginya kayu hoki saya!


A. Eh,
B. Nah
C. Wah

8.

Cikgu Hafiz sedang______________bangku yang rosak itu.


A menyambung
B . membuat
C merawat
D membaiki
9.Hamzah ____________sampah ke dalam tong sampah.
A mengumpul
B membuang
C membawa
D mengatur

10 ________kah nama pengawas itu? Tanya Cikgu Sudin kepada Cikgu Masni.
A Siapa
B Apa
C Mengapa
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hari ini sekolah Nana menganjurkan pertandingan melukis. Pertandingan
melukis ini diadakan di Dewan Utama sekolahnya. Pertandingan melukis ini
diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kanak-kanak. Nana juga menyertai
pertandingan melukis itu.
Sebelum pertandingan dimulakan, semua murid yang ingin menyertai
pertandingan melukis itu dimestikan mendaftarkan diri kepada Cikgu Sadiah. Cikgu
Sadiah ialah Setiausaha Pertandingan Melukis itu. Murid-murid juga mesti
membawa alat tulis dan pensel warna ataupun krayon. Kertas lukisan akan
dibekalkan oleh pihak sekolah.
Pertandingan melukis ini berlangsung selama dua jam. Para peserta
dibenarkan untuk memilih mana-mana soalan daripada empat soalan yang
diberikan. Nana melukis lukisannya dengan tekun.
Pertandingan itu tamat. Keputusan pertandinagn diumumkan. Siti zulaikha
Adnan, iaitu kawan sekelas Nana menjadi johan. Nana mengucapkan tahniah
kepada Siti zulaikha.
Walaupun hanya mendapat hadiah sagu hati, Nana tidak berasa kecewa.
11. Pertandingan apakah yang diadakan di sekolah Nana pada ari tiu?
A Pertandingan menulis
B Pertandingan menyanyi
C Pertandingan Mewarna
D Pertandingan Melukis
12. Siapakah Cikgu Sadiah?
A Guru Kelas Nana
B Guru Besar
C Setiausaha pertandingan Melukis
D Pemenang Pertandingan Melukis
13. Perkataan menganjurkan sama erti dengan
A menyertai
B mengadakan
C mewakili
D merasmikan

14. Apakah yang mesti dibawa oleh peserta pertandingan itu ?


A Alat tulis dan pensel warna atau krayon
B Kertas lukisan, alat tulis, dan pensel warna.
C Alat tulis dan kertas lukisan.
D Pensel warna, krayon, alat tulis, dan kertas lukisan.
15. siapakah yang menjadi juara pertandingan itu?
A Nana
B Cikgu Sadiah
C Siti Zulaikha
D Encik Adnan
Soalan 16 hingga 20
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Ainul : Tahniah, Khairul kerana telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Makmal Komputer!
Khairul : Eh, kamu pun ada di sini! Terima kasih, Ainul.
Ainul : Saya hendak mencari bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh
Cikgu Herman. Khairul, bagaimana dengan tugas baharu kamu ini?
Khairul : saya berasa agak seronok dengan tugas baharu saya ini.Saya mesti memastikan
murid-murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, menggunakan computerkomputer ini dengan baik dan menjaga kebersihan makmalk omputer ini.
Ainul : Baguslah kalau begitu. Tetapi,bagaimana dengan latihan hoki nanti?
Khairul : Saya Cuma bertugas pada hari ini, Khamis, dan Jumaat. Jadi, kita masih boleh
mengikuti latihan hoki.
Ainul : Khairul, boleh kamu ajar saya menggunakan mesin pencetak? Saya hendak
mencetak maklumat yang saya perlukan itu.
Khairul : Boleh. Marilah, Ainul.
16. Siapakah Ketua Pengawas Makmal Komputer itu?
A Ainul dan Khairul
B Khairul
C Ainul
D Cikgu Herman
17. Mengapakah Ainul pergi ke makmal computer itu?
A Untuk nberjumpa dengan Khairul
B Untuk mengucapkan tahniah kepada Khairul
C Untuk mencari bahan bagi tugasannya
D Untuk mencari bahan bagi Cikgu Herman

18. Apakah hubungan antara Ainul dan Khairul?

A
B
C
D

Rakan sekelas
Sahabat pena
Kawan lama
Kawan sepasukan

19. Manakah antara berikut bukan tugas Khairul?


A Mengajar murid dengan menggunakan computer
B Menjaga kebersihan makmal computer
C Memastikan murid menggunakan computer dengan baik
D Memastikan murid mematuhi peraturan
20. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang dialog di atas.
A Khairul dan Ainul ahli pasukan hoki
B Ainul tidak tahu menggunakan mesin pencetak
C Khairul hendak menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Herman
D. Latihan hoki tidak diadakan pada hari Khamis
Soalan 21 pilih kata seerti yang betul.

21.
Kami bersantai di tepi Pantai Damai, Kuching selama dua
hari.
Perkataan seerti bagi bersantai ialah
A. Berehat
B. Termenung
C. Duduk
D. Bekerja
Soalan 22 dan soalan 23
Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat
kosong.
22.
A.
B.
C.
D.

Kami bercadang untuk ___________ di Pulau Langkawi.


Makan hati
Makan angin
Ambil angin
Bawah angina

23.
A.
B.
C.
D.

Diana ___________ hendak melanjutkan pelajaran ke Jepun.


Hati waja
Hati batu
Ada hati
Keras hati

Soalan 24 dan soalan 25


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
24.
II
III
IV
A.
B.
C.
D.
25.
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

I
Harga baju ini rendah mutu.
Mata Ali rendah bila waktu malam.
Orang yang suka mencuri dipandang rendah oleh masyarakat.
Zaid diejek kerana rendah
I dan II
I,II dan III
III dan IV
IV Sahaja
I
Baju penyanyi itu lapang.
Tanah lapang itu telah ditanam dengan nanas.
Sekolah itu telah lapang setelah semua murid pulang.
Kakak membaca novel waktu lapang.
I dan II
II , III dan IV
III dan IV
IV Sahaja

Soalan 26 berdasarkan gambar di bawah

26.
Ruth Ervina leka memerhati lembu datuknya ___________
rumput.
A. Memakan
B. Makanan
C. Memakai
D. Memakanan
Soalan 27 berdasarkan gambar di bawah

27.
Murid-murid bergotong royong ___________ pokok bunga di
kawasan sekolah.
A. Menanam
B. Menanami
C. Ditanam
D. Ketanaman
Soalan 28 berdasarkan gambar di bawah

28.
Rahim sedang mencuci kereta _________ abangnya menyiram
pokok bunga.
A. Atau
B. Manakala
C. Tetapi
D. Walaupun
29.
Simu __________ tentang kehilangan wangnya kepada Cikgu
Juliana.
A. Menulis
B. Menyatakan
C. Mencatatkan
D. Memberitahu

30.
A.
B.
C.
D.

Adik membantu ibu ___________ kain di ampaian.


Menjemur
Sidai
Mengantung
Meletak.

BAHAGIAN B
(20 markah)
Soalan 31
Pilih perkataan paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan diberi.
sebilah

sebuah

sehelai

seekor

seorang

Ahmad mempunyai ____________ basikal. Ibu meminta Ahmad untuk


membeli ______________ ayam di pasar awam. Dia pergi ke pasar dengan menaiki
basikalnya itu. Ketika di pasar, Ahmad terjumpa ____________ penjual ayam yang
sedang memegang _____________ parang yang tajam. Ahmad membeli ayam
daripada penjual ayam tersebut dan memberikan beberapa ____________ wang
kertas kepada penjual ayam tersebut.
(5 markah)

Soalan 32
a. Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Jawapan : Oh, ibu saya sudah sembuh sepenuhnya daripada demam yang dialami.
(2 markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.


Baiknya adik comel
Mengapa adik
menolong nenek?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(2 markah)
c. Soalan berikut berdasarkan gambar dibawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
LAWATAN KE HUTAN LIPUR GUA NIAH

(2 markah)

Kelab Kembara Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau akan mengadakan


Soalan ke
33 Hutan Lipur Gua Niah. Maklumat tentang aktiviti tersebut adalah
lawatan
seperti
yang berikut
:
Baca makluman
di bawah.
Kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Tarikh
Hari
Masa bertolak
Tempat berkumpul
Aktiviti
pasti

:
:
:
:
:

12 Oktober 2013
Sabtu
8.00 pagi
Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau
Membersihkan kawasan sekitar serta mengenal
tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya.

Ahli-ahli yang berminat, sila daftarkan nama kepada Encik Mohd Hamizan bin
Harsidi berserta dengan bayaran tambang sebanyak RM 30.00 sebelum 7
Oktober 2013.

a. Bilakah lawatan itu akan diadakan?


______________________________________________________________
______________________________________________________________
b. Berapakah tambang bagi menyertai lawatan itu?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
c. Pukul berapakah rombongan itu akan bertolak?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
d. Tarikh akhir pembayaran untuk menyertai lawatan itu ialah
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
e. Siapakah yang menganjurkan lawatan ini?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(5 markah)
Soalan 34
Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

21, Jalan Perdana 8,


Taman Pulai
Perdana,
81110 Johor Baharu,
Johor.

08 Oktober 2013
Menemui sahabatku Aina yang berada di Gurun, Kedah semoga sihat
hendaknya.
Saudari,
Terima kasih saya ucapkan kerana mengirim surat kepada saya.
Surat saudari telah saya terima seminggu yang lalu. Saya amat tertarik
mendengar cerita percutian saudari di Pulau Pangkor.
Pada cuti sekolah yang lalu, sekolah saya telah mengadakan
lawatan ke Terengganu. Saya dan rakan-rakan berpeluang menyertai
lawatan tersebut. Kami berada di sana selama empat hari tiga malam.
Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah.
Semasa berada di sana banyak tempat yang kami lawati seperti
Rantau Abang, Air Terjun Sekayu, Masjid Negeri. Kami juga berpeluang
melihat perusahaan membuat batik dan tembaga.
Sebelum pulang, kami sempat membeli cenderamata sebagai buah
tangan untuk keluarga. Saya berasa seronok dapat melawat Terengganu.
Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Salam daripada saya
khas untuk saudari sekeluarga.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu;

Fatin Azura

a. Di manakah Aina tinggal?


______________________________________________________________
______________________________________________________________
b. Apakah yang dibawa pulang oleh penulis dari Terengganu?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
c. Apakah tempat yang dilawati oleh rombongan tersebut?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
d. Bilakah Fatin Azura menerima surat Aina?

______________________________________________________________
______________________________________________________________
(4 MARKAH)

- KERTAS SOALAN TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai