Anda di halaman 1dari 6

SK CHANGKAT TIN

TANJUNG TUALANG PERAK


SKRIP MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2014
NAMA : MUHAMMAD SYUKRI BIN MOHD NOR
NAMA : SOFILA BT MAT ALI
Pengumuman

Para hadirin, guru-guru dan murid-murid mengambil tempat

Ketibaan Guru Besar


Mengumumkan ketibaan En Laidi bin Shara (Guru Besar SK Changkat Tin)
diiringi Puan Rozana Bt Mohd Yusof (Penolong Kanan Pentadbiran), En Aznam
(Penolong Kanan HEM) masuk ke dewan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulilahhirabbilalamin..Wasssala tuwassalamu ala asyarafil


ambia iwal mursalin. Waala alihi wasahbihi ajmain...
Assalammmualaikum wbt dan salam sejahtera.
Yang Berusaha, En Laidi bin Shara Guru Besar SK Changkat Tin.
Yang Berusaha, Puan Rozana Bt Mohd Yusof, Penolong Kanan Pentadbiran.
Yang Berusaha En Khairul Aznam bin Razali, Penolong Kanan HEM.
Yang Berusaha En paul Raj a/l Sosay Penolong Kanan Kokurikulum.
Yang Berusaha barisan Panitia Agama Islam SK Changkat Tin
Yang Berusaha barisan Jawatankuasa Program Ihya Ramadhan dan Khatam AlQuran.
Yang berusaha barisan Jawatankuasa Program Sambutan Hari Raya Peringkat
Sekolah.
Yang di hormati ketua-ketua panitia, guru-guru, staf-staf sokongan, ibu bapa,
seterusnya murid-murid dan hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

....

Alhamdulilah, Maha Suci Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha


Penyayang, marilah bersama melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T, maka dengan izin dan limpah taufik hidayah dan inayahNya, dapat
kita bersama-sama berhimpun di Dewan Sekolah SKCT yang indah ini,
pada pagi yang penuh barakah bagi menjayakan Majlis Khatam Al-Quran
Peringkat Sekolah Tahun 2014.
Majlis dengan penuh takzim dan rasa berbesar hati mengalu-alukan
kesudian kehadiran semua hadirin hadirat sekalian ke majlis yang penuh
barakah ini.
Syukran Jazilan
Ribuan terima kasih diucapkan.
Bunga melur bunga kenanga
Cantik disusun penyeri anjung
Generasi berilmu ibarat permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung
Hadirin hadirat yang dimuliakan.
Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak
sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid di dalam bidang
Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang
seimbang duniawi dan ukhrawi.
Tadarus Al-Quran telah dijalankan pada sepanjang Ramadhan dengan
dibimbing oleh para ustaz dan ustazah serta guru-guru.
Kesungguhan guru-guru dan kecaknaan ibu bapa pastinya melahirkan
anak-anak yang cemerlang dan gemilang bukan sahaja dari segi intelektual
namun menyeluruh pada segi rohani, sepertimana yang diimpikan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dan bersesuaian dengan ajaran
Rasulullah s.a.w .Mudah-mudahan segala usaha dan perjuangan dalam
melaksanakan syiar Islam dengan penuh keikhlasan akan diberkati dan
dirahmati Allah. InsyaAllah...
Al Quran diturunkan sebagai penyuluh
Menerangi hati membuka rahmat
Mengangkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon agar selamat
Bacaan Doa

Tuan2 dan Puan2, warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,


Marilah kita menadah tangan memohon keberkatan atas Majlis kita pada
pagi ini.
Dengan itu Majlis menjemput Ustaz Abdul Rahman bin Jusoh untuk
memimpin bacaan Doa. Dipersilakan.
2

Ameen, ameen, Ya Robbal Alameen. Terima kasih di ucapkan kepada ustaz


Rahman Bin Jusoh atas bacaan doa sebentar tadi.

Selesai bacaan doa

Tuan2 dan Puan2, warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,


Ucapan Perasmian Guru
Besar

Majlis dengan berbesar hati menjemput En Laidi bin Shara Guru Besar SK
Changkat Tin untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis
Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah SK Changkat Tin 2014

Selesai
Besar

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan Guru
Besar SK Changkat Tin sebentar tadi

ucapan

Guru

Gimik perasmian

Hadirin yang dihormati sekalian, sebagai tanda perasmian dan santapan halwa
telinga, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Al-Quran dari surah Luqman ayat
13-17 yang akan disampaikan oleh
- Muhammad Hadzrin Hafiz
- dan terjemahan oleh Nur Eriza Nisha
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Tuan2 dan Puan2, warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

Khatam Al-Quran

Seterusnya tibalah masa untuk kita bersama-sama menghayati dan mendengar


alunan bacaan ayat2 Al-Quran al-kareem dan seterusnya menyempurnakan
majlis Khatam Al-Quran kita pada hari yang mulia ini.
Dengan ini, majlis dengan berbesar hati menjemput Ustaz Abdul Rahman bin
Jusoh sebagai khalifah untuk menyempurnakan majlis Khatam Al-Quran.
Terima kasih diucapkan.

Tuan2 dan Puan2, warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,


Indah seni bacaan alQuran,
Penerang hati penenang jiwa
Khatamlah kini alunan bacaan
Moga diberkati segala usaha.

Penyampaian Hadiah

Majlis kini diteruskan dengan penyampaian anugerah dan cenderamata


kepada murid-murid yang telah memenangi beberapa kategori
pertandingan yang dijalankan sepanjang program Ihya Ramadhan tahun
2014 ini.
Dengan ini majlis berbesar hati menjemput En Laidi bin Shara Guru Besar SK
Changkat Tin dengan diiringi oleh, Puan Rozana Bt Mohd Yusof, Penolong
Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan anugerah dan cenderamata kepada
murid-murid tersebut.

Penutupan

Tuan2 dan Puan2, warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,


Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati
berkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat
Sekolah Tahun 2014 menutup tirai.
semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang
mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat
martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk
utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan
akhirat. Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang


amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang
menggembirakan orang-orang yang beriman yang
mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala
yang besar
Surah al-Isra':9
Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih
juga atas sokongan semua ibu bapa yang hadir ke majlis
ini pada kali ini. Tidak lupa, tahniah juga kepada semua
murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya.
Bunga mawar cantik berseri
Mekar disirami si embun pagi
Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.
Assalamualaikum w.b.t
4

Sarana PIBG

Tuan2 dan Puan2, warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,


Dewan akan diteruskan dengan program Sarana PIBG
yang akan disampaikan oleh yang berusaha En Laidi bin
Shara Guru Besar SK Changkat Tin sebentar sahaja lagi.
Sebelum itu, para tetamu dan ibubapa akan diedarkan satu
borang soal selidik yang akan diedarkan oleh
Jawatankuasa program. Diminta kerjasama para tetamu
dan ibubapa untuk melengkapkan borang soal selidik
tersebut sebelum kita memulakan majlis. Terima kasih.
Kini majlis menjemput yang berusaha En Laidi bin Shara
Guru Besar SK Changkat Tin untuk menyampaikan sarana
PIBG.
Majlis mempersilakan.

Selesai Sarana
Terima kasih diucapkan atas ucapan Sarana PIBG yang
telah disampaikan oleh yang berusaha En Laidi bin Shara
Guru Besar SK Changkat Tin sebentar tadi.
Tuan2 dan Puan2, warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,
Hari raya hari gembira
Saling bermaafan sesama kita
Marilah kita menjamu selera
Pelbagai santapan telah disedia
Syawal menjelma seindah ramadhan
Berwarna ceria cantik bergaya
Bergembira bersama di hari lebaran
Lupakan sengketa di hari raya
Tuan2 dan Puan2, warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian
para hadirin hadirat menghadiri majlis ini.
Di kesempatan ini, warga SK Changkat Tin ingin
mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014
DAN MAAF ZAHIR BATIN!!!!!!
Dijemput dif2 kehormat, guru-guru, para tetamu, ibubapa
serta murid2 sekalian untuk menjamu selera sempena
Sambutan hari raya peringkat sekolah SK Changkat Tin
2014.
Sekian. Terima kasih.
5

Anda mungkin juga menyukai