Anda di halaman 1dari 5

BERCERITA KISAH DARIPADA AL-QURAN MTQ 2018

( DAKWAH NABI HARUN DAN NABI MUSA )

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih tuan pengerusi acara. Barisan hakim yang arif lagi bijaksana.
Guru-guru yang dihormati dan rakan-rakan sekalian.

Dakwah Nabi Harun dan Nabi Musa ( NASYID )


Mari dengarkan kisah yang mulia

Nabi Harun dan Nabi Musa adalah anak kepada Imran bin Qahits, daripada
keturunan Nabi Yaaqub alaihissalam.

Mereka diutuskan kepada kaum Bani Israil dan hidup pada zaman Firaun yang
zalim.

Nabi Musa kuat dan perkasa ( PANTUN )


Nabi Harun fasih berbicara

Allah mengutuskan Nabi Harun untuk membantu saudara kandungnya Nabi


Musa dalam usaha dakwah.

Surah Maryam ayat 53.


Maksudnya: Dan Kami kurniakan kepadanya daripada rahmat Kami,
saudaranya: Harun, yang juga seorang Nabi.

Ya rakan-rakan…

Jagalah hubungan silaturrahim, sesama saudara.

Malangnya hari ini, ada adik yang sanggup membunuh abang sendiri kerana
dadah durjana.

1
Rakan-rakan yang dihormati…

Nabi Harun dan Nabi Musa menyeru Firaun agar menyembah Allah Yang Esa.

Tetapi Firaun yang angkuh dan sombong, enggan menerima.


Sebaliknya.. Firaun mengaku dirinya Tuhan dan mencabar Nabi Harun dan
Nabi Musa untuk membuktikan kebenaran mereka.

“Kumpulkan semua ahli sihir istana… Kalahkan Harun dan Musa.” Perintah
Firaun.

Dengan kuasa Allah…

Harun dan Musa kalahkan mereka ( NASYID )


Tongkat dicampak jadi ular yang besar
Lalu memakan ular tukang sihir istana
Lantas berimanlah tukang sihir semuanya

Firaun menjadi murka. Lantas menyiksa dan membunuh semua tukang


sihirnya yang telah beriman.

Surah Toha ayat 70 yang bermaksud :


Para ahli sihir berkata, “Kami beriman kepada Tuhan Harun dan Musa”

Rakan-rakan,

Peliharalah iman dalam diri kita.

Jauhilah ajaran sesat seperti Millah Abraham dan ajaran syiah yang semakin
berleluasa.

2
Hadirin sekalian…

Firaun yang marah merancang untuk membunuh Nabi Musa dan Nabi Harun
serta semakin keras menyiksa kaum Bani Israil.

Nabi menyeru kaumnya agar terus bersabar dan berdoa kepada Allah.

Allah Yang Kuasa turunkan azab-Nya ( SAJAK )


Taufan.. Belalang.. Kutu.. Katak dan darah
Firaun berpura-pura bertaubat
Namun kemudian kembali menyiksa
Bani Israil akhirnya meminta
Untuk keluar dari Mesir dengan segera

Apa lagi… Firaun mengejar dengan tenteranya.

Alhamdulillah.. Nabi Musa, Nabi Harun dan kaumnya berjaya menyeberangi


laut yang terbelah dengan mukjizat Allah. Sebaliknya Firaun yang cuba
mengejar.. ditenggelamkan oleh Allah bersama tenteranya.

Surah al-Baqarah ayat 50 yang bermaksud :


“Dan Kami tenggelamkan Firaun serta bala tenteranya
sedangkan kamu melihat.”

Kawan-kawan yang budiman…

Allah Maha Berkuasa.

Lihat sahaja cuaca sejuk yang melanda negara baru-baru ini.

Jika Allah berkata jadi.. Maka jadilah ia.

3
Rakan-rakan…

Setelah terselamat daripada dibunuh oleh Firaun, Nabi Harun dan Nabi Musa
meneruskan perjalanan mereka.

Mereka berhenti di Sinai dan berkampung di situ. Nabi Musa telah melantik
Nabi Harun sebagai ketua kerana baginda hendak menaiki Jabal Musa dan
beruzlah di sana.

Nabi Harun menjalankan amanah saudaranya dengan setia.

Namun…
Bani Israil mula derhaka ( SYAIR )
Dihasut Samiri sekutukan Yang Esa
Anak lembu disembah, diukir berhala
Lupakan syariat Harun dan Musa

Nabi Harun tetap tabah berdakwah.. menjalankan amanah Nabi Musa untuk
memimpin kaumnya.

Surah Al-A’raf ayat 142 yang bermaksud :


Musa berkata kepada saudaranya Harun,
“Gantikan aku dalam (memimpin) kaumku.”

Kawan-kawan…

Tunaikanlah amanah… Bak kata pepatah, “Kerbau dipegang pada talinya.


Manusia dipegang pada janjinya.”

Contohilah Perdana Menteri yang menunaikan janji transformasinya melalui


program TN50.

Rakan-rakan yang dihormati…

4
Sekembalinya Nabi Musa….

Alangkah terkejutnya baginda apabila melihat Bani Israil menyembah patung


anak lembu Samiri.

Lalu baginda berdoa agar Allah mengampunkannya dan saudaranya Nabi


Harun.

Akhirnya…
Doa nabi Allah makbulkan ( NASYID )
Bani Israil diazab Yang Esa
40 tahun dalam kesesatan
Sehingga kewafatan Harun dan Musa

Begitulah kawan-kawan…

Kisah Dakwah Nabi Harun dan Nabi Musa.


Semoga menjadi pengajaran berguna.

Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai