Anda di halaman 1dari 17

TEKS JURUACARA

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2015


SMK(P) KAPAR
42200 KAPAR
AGENDA PERKARA CATATAN

PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan, Yang ATIE


KETIBAAN Berbahagia,
Tuan Saiful Anuar Bin Abdullah Salleh
Pengurus Daerah Klang
Lembaga Zakat Selangor

Dato’ Salleh Bin Sukir

diiringi, oleh Puan Nor Faridah Bt A.


Bakar, Pengetua, SMK PEREMPUAN
KAPAR.

Kompang bergema pusaka bangsa,


Dipalu oleh si anak dara,
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu


Negaraku.. Hadirin dan hadirat sekalian
diminta berdiri dan bersama –sama
menyanyikan Lagu Negaraku .
LAGU NEGARAKU ATIE
Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berbahagia

1
Tuan Saiful Anuar Bin Abdullah Salleh
Pengurus Daerah Klang
Lembaga Zakat Selangor

Dato’ Salleh Bin Sukir


Yang Dipertua PIBG SMK Perempuan
Kapar

Yang Berusaha Puan Nor Faridah Bt A.


Ucapan Pengerusi Bakar
Pengetua SMK Perempuan Kapar
ATIE
Pn. Che’ Noor Aizam Bt Sheikh
Abdullah
Penolong Kanan HEM

Pn. Rusmah Bt Baharuddin


Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Maznah Bt Abu Hassan



Penolong Kanan Petang

Yang Dihormati
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran

Barisan AJK PIBG, SMK Perempuan


Kapar

Guru-guru, tuan-tuan  dan puan-puan


sidang hadirin yang dimuliakan sekalian.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran,


kerana dengan izin, serta limpah rahmat
Nya, kita diberikan kekuatan, untuk
berhimpun dalam Majlis Perasmian,
Anugerah Kecemerlangan, SMK (P)
Kapar , 2014.  Semoga majlis ini

2
menjadi bertambah meriah , penuh
cemerlang, dan membawa makna kepada
kita semua.

Bagi pihak ahli jawatankuasa, berbesar


hati mengalu-alukan kehadiran ,
Yang  Berbahagia,

Tuan Saiful Anuar Bin Abdullah Salleh


Pengurus Daerah Klang
Lembaga Zakat Selangor

Dato’ Salleh Bin Sukir,


Yang Dipertua PIBG, SMK Perempuan
Kapar,  ke Majlis Perasmian, Anugerah ATIE
Kecemerlangan, SMK (P) Kapar 2014

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin yang dihormati,

Bagi memula dan memuliakan majlis,


marilah sama-sama kita menadah tangan,
memohon keberkatan Illahi, agar segala
urusan mendapat rahmat.  Untuk itu,
majlis dengan hormatnya menjemput
En. Jamil Bin Maslan,
memimpin bacaan doa.  Dipersilakan.

Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih,
kepada
En. Jamil Bin Maslan,
atas bacaan doa itu tadi.

3
Tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati,

Berat Sama di pikul


Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang diibaratkan
Ibubapa dan guru saling perlu
memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan
dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama
BACAAN DOA mimpi
Jika kita bersatu hati.

Sudilah puan jalan berlapan,


ATIE
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah puan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Hadirin yang dihormati,

Majlis pada pagi ini dimulakan, dengan


mempersilakan,
Yang Berusaha Puan Nor Faridah Bt A.
Bakar
Pengetua SMK Perempuan Kapar
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang ATIE


Berusaha Puan Nor Faridah Bt A. Bakar,
Pengetua SMK Perempuan Kapar .
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selasih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

4
Hadirin yang dihormati,
Majlis dengan sukacita mempersilakan
Yang Berbahagia Dato’ Salleh Bin Sukir
Yang Dipertua PIBG SMK Perempuan
Kapar
bagi menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis  merakamkan setinggi-tinggi


UCAPAN ALUAN penghargaan, dan ucapan terima kasih,
PENGETUA kepada Yang Berbahagia Dato’ Salleh
Bin Sukir, kerana sudi menyampaikan
ucapan.

ATIE
Menjemput Tuan untuk berdiri,
Memberikan ucapan kepada kami
Kepada Tuan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Hadirin yang dihormati,

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim


mempersilakan
Yang Berbahagia

Tuan Saiful Anuar Bin Abdullah Salleh


Pengurus Daerah Klang
Lembaga Zakat Selangor

bagi menyampaikan ucapan, dan


seterusnya menyempurnakan, Majlis
Perasmian Anugerah Kecemerlangan,
SMK (P) Kapar  2014.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan Bismillah kita mulai,

5
Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Majlis ini, dengan rasa terhutang budi,


dan kasih,  merakamkan setinggi-tinggi
UCAPAN penghargaan, dan ucapan terima kasih,
PERASMIAN kepada Yang Berbahagia ATIE
Tuan Saiful Anuar Bin Abdullah Salleh,
kerana sudi menyampaikan ucapan, dan
seterusnya merasmikan majlis pada hari
ini.

Pohon Meranti tiga sebatang ATIE


Ditebang orang tiga pemuka
Tuan dinanti  sudahlah datang
Apa perkara nan kita buka...

Tuan-tuan dan puan-puan

Menggunung tinggi harapan kami,


semoga perjalanan majlis pada pagi ini
berlangsung cemerlang, dan seterusnya
mencapai hasrat murni kami, untuk
memelihara budaya gemilang

AGENDA PERKARA CATATAN

Penyampaian Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin YANI


Anugerah 1 budiman sekalian,

Tuah ayam dilihat pada tajinya


Tuah ikan dilihat pada sisiknya
            Tuah kain pada elok tenunnya
            Tuah kayu pada elok buahnya.

Kepada ibu bapa yang berada di Dataran

6
Puteri ini,
tahniah kami ucapkan.
Kejayaan anak-anak anda adalah simbol
kejayaan anda sebagai ibu dan bapa yang
cemerlang , gemilang lagi terbilang.

Bertuah kita pada hari ini kerana dapat


bersama meraikan anak-anak kita
sempena
Hari Anugerah Kecemerlangan 2014,
SMK Perempuan Kapar.

Bagi merintis acara penyampaian


anugerah ini majlis mempersilakan,
Yang Berusaha Puan Nor Faridah Bt A.
Bakar,
dengan diiringi Pn. Che’ Noor Aizam Bt
Sheikh Abdullah,
untuk menyampaikan anugerah dan sijil
penghargaan kepada pelajar cemerlang
2014.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

AGENDA PERKARA CATATAN

Kategori Pelajar Terbaik Setiap YANI


Kelas

Penerima anugerah ini ialah:

A. Kelas Peralihan

B. Tingkatan 1

7
C. Tingkatan 2

D.        Tingkatan 4

Kategori Pelajar Terbaik Keseluruhan YANI


Tingkatan:

Penerima anugerah ini ialah:

A. Tingkatan 1

B. Tingkatan 2

C.        Tingkatan 4

Majlis merakamkan setinggi-tinggi YANI


penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berusaha Puan Nor Faridah Bt A.
Bakar,
di atas penyempurnaan penyampaian
anugerah itu tadi.

8
Penyampaian Kesinambungan majlis kita teruskan, LYNN
Anugerah 2
Majlis dengan penuh hormat
mempersilakan,
Yang Berbahagia Dato’ Salleh Bin Sukir,
dengan diiringi Puan Hjh Hanimah Bt
mohsin, untuk menyampaikan anugerah
dan sijil penghargaan kepada pelajar
cemerlang dan gemilang  2014.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

Pelajar terbaik Bagi LYNN


untuk subjek-subjek Penerima Anugerah Pelajar Terbaik
Pentaksiran Untuk Subjek-subjek Pentaksiran
Tingkatan 3 tahun Tingkatan 3 tahun 2014
2014
Majlis mempersilakan
1. nurin adibah binti zamri daripada
kelas 3 rancangan khas iaitu
pelajar terbaik dalam
matapelajaran Bahasa Melayu
Dipersilakan
2. mizan adilah bt azhar daripada
kelas 3 rancangan khas iaitu
pelajar terbaik dalam
matapelajaran bahasa inggeris dan
lisan bahasa inggeris
Dipersilakan
3. siti nur izzah hani bt ngabdul basir
daripada kelas 3 rancangan khas
iaitu pelajar terbaik dalam
matapelajaran sejarah, sains,
kemahiran hidup perdagangan dan
keusahawanan dan juga lisan
bahasa melayu.
Dipersilakan
4. firzanah bt ahmad badruddin
daripada kelas 3KAA iaitu pelajar
terbaik dalam matapelajaran
matematik.
9
Dipersilakan
5. nur aminina amili bt nor azami
mahmud daripada kelas 3
rancangan khas iaitu pelajar
terbaik dalam matapelajaran
geografi.
Dipersilakan
6. siti nur khalidah bt rosman
daripada kelas 3 bersih iaitu
pelajar terbaik dalam
matapelajaran geografi.
Dipersilakan
7. Aida Syamimi bt Azhar daripada
kelas 3 bersih iaitu pelajar terbaik
dalam matapelajaran kemahiran
hidup sains pertanian.
Dipersilakan
8. Nur Anis bt Sulimanizam daripada
kelas 3 rancangan khas iaitu
pelajar terbaik dalam
matapelajaran bahasa arab.
Dipersilakan
9. Divyani a/p Murugan daripada
kelas 3 Amanah iaitu pelajar
terbaik dalam matapelajaran
Bahasa tamil.
Dipersilakan
10.Tan Xin Ci daripada kelas 3
Amanah iaitu pelajar terbaik
dalam matapelajaran Bahasa cina.
Dipersilakan
11. Siti Nur Aina Bt Ismail daripada
kelas 3 Bersih iaitu pelajar terbaik
dalam matapelajaran Pendidikan
Islam.
Anugerah Pelajar LYNN
Cemerlang Beralih kita ke Anugerah Pelajar
Pentaksiran Cemerlang bagi Pentaksiran Tingkatan 3
Tingkatan 3 tahun tahun 2014
2014
Majlis mempersilakan
1. Mizan Adilah bt Azhar daripada
kelas 3 rancangan khas yang telah
10
berjaya mendapat keputusan 9A
dan 1B
Dipersilakan
2. Rabiatul Nadia Izzati bt jailani
daripada kelas 3KAA yang telah
mendapat 8A, 1B dan 2C
Dipersilakan
3. Nurin Adibah bt Zamri daripada
kelas 3 rancangan khas yang telah
mendapat 8A dan 2B
Dipersilakan
4. Siti Nor Nadirah bt Ibrahim
daripada kelas 3KAA yang telah
mendapat 7A, 3B dan 1C
Dipersilakan
5. Nur Syamiela bt roslan daripada
kelas 3 rancangan khas yang telah
mendapat 7A, 1B dan 2C
Dipersilakan
6. Firzanah bt ahmad badruddin
daripada kelas 3KAA yang telah
mendapat 6Adan 5B
Dipersilakan
7. Nur Nabilah Azzahrah bt
Mohamed sharfudeen daripada
kelas 3KAA yang telah mendapat
6A, 4B dan 1C
Dipersilakan
8. Kirubashini a/p loganathan
daripada kelas 3 rancangan khas
yang telah mendapat 6A, 1B dan
2C
Dipersilakan
9. Nur anessa najwa bt azman
daripada kelas 3 rancangan khas
yang telah mendapat 6A, 2B dan
2C
Dipersilakan
10.nur aminina amili bt nor azami
mahmud daripada kelas 3
rancangan khas yang telah
mendapat 5A, 4B dan 1C
Dipersilakan

11
11.nur atikah bt farus azhan daripada
kelas 3KAA yang telah mendapat
5A, 5B dan 1C
Dipersilakan
12.siti zulaikha bt zainol nor Rashid
daripada kelas 3 rancangan khas
yang telah mendapat 5A, 3B dan
2C
Dipersilakan
13.Amelia a/p marku daripada kelas 3
rancangan khas yang telah
mendapat 4A, 5B dan 1C
Dipersilakan
14.Nurul wahida bt suria hidayat
daripada kelas 3KAA yang telah
mendapat 4A, 5B dan 2C

Anugerah pelajar Seterusnya, penyampaian Anugerah LYNN


gemilang PT3 2014 Pelajar Gemilang bagi Pentaksiran
Tingkatan 3 tahun 2014.

Majlis dengan bangganya


mengumumkan penerima Anugerah
Pelajar Gemilang bagi Pentaksiran
Tingkatan 3 tahun 2014.

Majlis mempersilakan Siti Nur Izzah


Hani bt Ngabdul Basir daripada kelas 3
rancangan khas. Beliau telah berjaya
memperoleh 11A bagi semua subjek
yang diambil.

Anugerah Tokoh Beralih kita ke penyampaian Anugerah


Pelajar bagi Tokoh Pelajar bagi Pentaksiran
Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2014.
Tingkatan 3 tahun
2014 Beliau merupakan pelajar yang aktif di
sekolah sama ada dalam kurikulum mahu
pun kokurikulum.

Beliau adalah seorang pengawas pusat


sumber sekolah, pengawas skim lencana
12
anti dadah atau SLAD dan setiausaha
kelab rukun Negara.

Antara pencapaian beliau ialah


- Merupakan imamah muda
peringkat sekolah.
- Telah menyertai kawad kaki kadet
polis peringkat sekolah
- Telah menyertai pertandingan
syarahan peringkat daerah
- mendapat johan Da’ei solehah
peringkat sekolah
- telah menyertai kem rukun Negara
peringkat negeri
- telah menyertai pertandingan coral
speaking peringkat daerah
- mendapat anugerah sahsiah
terbilang
- mendapat anugerah pengetua bagi
pentaksiran tingkatan 3
- telah menyertai kursus inter
Malaysia-thailand english
language training in Malaysia.
- Beliau juga telah Berjaya
merangkul Anugerah Pelajar
Gemilang bagi Pentaksiran
Tingkatan 3 tahun 2014.

Pelajar yang dimaksud kan ialah Siti Nur


Izzah Hani bt Ngabdul Basir daripada
kelas 3 rancangan khas. Majlis dengan
bangganya mempersilakan ibu dan bapa
kepada Siti Nur Izzah Hani naik ke
pentas bagi bersama-sama berkongsi
kegembiraan dan kejayaan di atas
pencapaian yang membanggakan.
Mudah- mudahan ia menjadi suntikan
motivasi kepada ibu bapa dan pelajar-
pelajar yang lain.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Dato’ Salleh Bin Sukir

13
di atas penyempurnaan penyampaian
anugerah itu tadi.

YANI
Penyampaian Kesinambungan majlis kita teruskan,
Anugerah 3 Majlis dengan penuh hormat
mempersilakan,
Yang Berbahagia
Tuan Saiful Anuar Bin Abdullah Salleh,
dengan diiringi Puan Nor Faridah Bt A.
Bakar,
untuk menyampaikan anugerah dan sijil
penghargaan kepada pelajar cemerlang
dan gemilang  2014.
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

YANI
Kategori Pelajar Gemilang SPM 2014

Tuan-tuan dan Puan-puan,


Pelajar Gemilang SPM ialah pelajar yang
memperoleh A+, A  atau A-  bagi semua
subjek SPM sebenar.
Dengan bangganya diumumkan,
penerima anugerah
Pelajar Gemilang SPM 2014,

1.

Beliau memperoleh  ................ bagi


semua subjek SPM yang diambil.

Beliau juga penerima anugerah terbaik


dalam subjek

SPM 2014.

Syabas diucapkan kepada:

14
Seterusnya,
YANI
Kategori Pelajar Cemerlang
SPM 2014

Tuan-tuan dan Puan-puan,


Pelajar cemerlang SPM ialah pelajar
yang memperoleh minimum 6 subjek
A+, A  atau A-  dan lulus Bahasa
Melayu.

Untuk Anugerah Pelajar Cemerlang SPM


2014, penerimanya ialah:

Beliau juga penerima anugerah terbaik


dalam subjek

SPM 2014.

YANI
Kategori terbaik subjek-subjek
SPM 2014

Penerima Anugerah Kecemerlangan


subjek-subjek terbaik SPM 2014
seterusnya ialah:
Untuk Subjek:

ANUGERAH Upacara penyampaian anugerah LYNN


PANITIA diteruskan dengan anugerah khas kepada
TERBAIK panitia yang memperoleh pencapaian
100% dan peningkatan yang tinggi
dalam Pentaksiran Tingkatan 3 dan Sijil
Pelajaran Malaysia.

Dipersilakan tampil ke pentas untuk


menerima anugerah,

15
Panitia…

Penyampaian Tuan-tuan dan puan-puan, LYNN


Cenderahati

Ada padi adalah beras


Bertanak nasi periuk tembaga
Ada budi adalah balas
Orang berbudi kita berbahasa

Untuk itu, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha, Puan Nor Faridah Bt A.
Bakar, untuk menyampaikan cenderahati
kepada
Yang Berbahagia Tuan Saiful Anuar Bin
Abdullah Salleh

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berusaha, Puan Nor Faridah Bt A.
Bakar, di atas penyampaian cenderahati
itu tadi.

Penutup Dengan itu maka berakhirlah majlis LYNN


gilang gemilang
Anugerah Kecemerlangan 2014
Sekolah Menengah Kebangsaan
Perempuan Kapar.
Kepada yang berjaya , syabas kami
ucapkan . Semoga anda lebih cemerlang
lagi pada masa-masa akan datang.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi LYNN


16
penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan majlis ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin


sekalian,

Tiup api embun berderai


Patah galah haluan perahu
Rasa hati tak ingin bercerai
Namun kuasa Allah takdir penentu.

Maka dengan itu, kami menyusun


sepuluh jari, maaf dipinta, andai
tergelincir budi bicara ketika kami
mengendalikan majlis ini.

Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah


Wassalamualaikum WTH.

17

Anda mungkin juga menyukai