Anda di halaman 1dari 23

TEKS UCAPAN JURU ACARA

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DAN PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PRASEKOLAH SK TETABUAN 2019
TARIKH: 20 NOVEMBER 2019
TEMPAT: SK TETABUAN BELURAN

BIL MASA CUE ANN CATATAN


1 7.00-8.00 KEHADIRAN
JEMPUTAN

2 MAKLUMAN UMUM Pengumuman:


1. Mohon para hadirin berdiri semasa VVPP
diumumkan masuk. JANET
2. Kerjasama juga dipohon agar tidak meninggalkan
majlis sebelum berakhir
4 PENGUMUMAN Bunga seputeh tidak layu,
KETIBAAN VVIP AZRUL
Daunnya lebar tidak berbatang,
Tepak sireh kebudayaan melayu,
TARIAN SAMBUT Adat penyambut orang datang
TAMU- ZAPIN
Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dihormati:
Mengumumkan ketibaan rombongan-rombongan VVIP.

Terimalah persembahan Tarian Zapin daripada murid-


murid SK Tetabuan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman


hadirin sekalian, persembahan Zapin itu tadi adalah
dibawah bimbingan Cik Mimi Hasnida dan Cik Rohani
Binti Hj Bani.

LAGU NEGARA KU, Mohon hadirin sekalian berdiri untuk nyanyian LAGU

1
SABAH TANAH AIRKU NEGARA KU dan SABAH TANAH AIRKU. JANET

Hadirin serta tetamu jemputan diminta berdiri.

Terima Kasih..Hadirin dijemput duduk

Senarai Protokol GONG BERGEMA PUSAKA BANGSA


DIPALU OLEH SI ANAK DARA JANET
HADIR TUAN PUAN MERIAHKAN SUASANA
KAMI MENYAMBUT PENUH GEMBIRA

INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG


BERARAK MEGAH DI SK TETABUAN AZRUL
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

Bismillahirrahmanirrahim
Selaut kasih seuntai rasa,

1. Yg. Berusaha Encik Mohd Parizal Hj Abdul


Rahman AZRUL
(Guru Besar SK Tetabuan)

2. Yg. Berusaha Puan Ahada Hj Johan


(Yang Di-Pertua PIBG SK Tetabuan) JANET

3. Yang Berusaha Puan Sinar Bulan Bin Kulah


(Naib yang Di-Pertua PIBG SK Tetabuan) AZRUL

4. Yang Dihormati Encik Azman Bin Sabdani
(MPKK Kampung Tetabuan) JANET

2
5. Yang Dihormati Encik Anchain Bin Baharum
(Ketua Kampung Tetabuan) AZRUL

6. Guru-guru, ibu bapa dan penjaga, murid-murid,


seterusnya para hadirin sekelian. JANET

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan selamat


datang ke Majlis Anugerah Cemerlang dan Penyampaian AZRUL
Sijil Tamat Prasekolah SK Tetabuan 2019.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


BACAAN DOA Dahan terikat tali perkasa; JANET
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
AZRUL
Bersama kita memohon rahmat,
Semoga majlis mendapat berkat.

Bagi memulakan acara pada pagi ini, majlis


mempersilakan Encik Ahmadiah Bin Hj Bani untuk JANET
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Al-Fadhil Imam Muda Imam
Ahmadiah Hj Bani atas bacaan doa itu sebentar tadi. AZRUL

3
Sidang Hadirin yang dihormati sekelian.
UCAPAN
- pengerusi majlis BELI BAJU DI KEDAI MAMA
- Ketua Kg KEDAI TERLETAK DIPEKAN BELURAN AZRUL
- YPD ANUGERAH CEMERLANG DIBERI NAMA
MENJADI PERANGSANG MURID TERSAYANG

Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa,


Di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh di jiwa JANET
Di sini ada pendidik yang tidak pernah kenal erti putus asa
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia

Indah Pulau Tetabuan di tepi muara


Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput, JANET
Besar niat di dalam hati.

Meneruskan acara pada pagi ini, dijemput :

Puan Siti Khuzaimah Binti Zainul Abidin, selaku pengerusi AZRUL


majlis untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih di atas ucapan pengerusi majlis. JANET

Ke Pekan Beluran membeli bingka,

4
Sayang pesanan terlupa sudah; AZRUL
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Seterusnya, majlis menjemput Encik Anchain Bin


Baharum, ketua kampung Tetabuan untuk menyampaikan JANET
ucapan beliau.Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Terima kasih kepada En Anchain Bin Bharum Selaku AZRUL


Ketua Kampung Tetabuan di atas ucapan itu sebentar
tadi.

KERIS TAMING SARI WARISAN SEJATI


JANET
MENJADI KEBANGGAAN SEISI NEGERI
UCAPAN PERASMI MEMANG DINANTI
CANTIK MOLEK LAGI BERSERI

KALAU TUAN PIKAT KENARI


JANGAN PATAHKAN BATANG JERAMI AZRUL
KEPADA YDP PIBG AMANAT DIBERI
MOHON CERIAKAN MAJLIS KAMI

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Puan


Ahada Hj Johan selaku Yang Di-Pertua PIBG untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

5
Majlis Anugerah Cemerlang dan Penyampaian Sijil Tamat
Prasekolah SK Tetabuan 2019. Dengan itu majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan :

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada YDP PIBG atas ucapan dan kesudian
merasmikan majlis kita pada hari ini.

Berbudi bahasa berhemah tinggi,


GIMIK PERASMIAN Tuanku bertitah rakyat dengari, AZRUL
Semua jemputan tuanku hadiri;
Asalkan rakyat rasa dihargai.

Cincin bertatah intan permata,


Hadiah teruna kepada si dara, JANET
Kepada rakyat ramah dan mesra,
Itulah sifat Tuanku yang mulia

Patik merafak sembah menyembahkan ucapan setinggi-


tinggi menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat mencemar duli AZRUL
ke majlis ini dan seterusnya menyempurnakan Gimik
Perasmian Pada Pagi Ini.

„AMPUN TUANKU‟ JANET


„DIPOHONKAN TITAH PERASMIAN‟

Dengan Itu dipersilakan Puan Ahada Binti Hj Johan

6
Selaku Tuanku yang diiringi oleh En Mohd Parizal Bin Hj
Abdul Rahman Selaku Bendahara, En Anchain Bin
Baharom selaku Laksamana, En Azman Bin Sabdani
Selaku Penghulu Bendahari, En Abdillah Bin Hj Hairun, AZRUL
En Alimardah A.Kahar Selaku Temenggong dan hulu
balang-hulu balang Pahlawan Melayu Melaka dalam
menyempurnakan Gimik Perasmian Pada pagi ini.

Majlis dengan ini dipersilakan. JANET

*Pantun- scroll (YDP), Gong, Pom2 JANET

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun AZRUL


Mohon Patik untuk meneruskan acara majlis

Kajang Pak Malau kajang berlipat,


Kajang hamba mengkuang layu, AZRUL
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba terbuang lalu.

Sempurna lah sudah acara perasmian kita pada pagi ini


yang bertemakan kepada Kesultanan Melayu dalam acara
Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil Tamat JANET
Persekolahan Pra Sekolah Bagi Tahun 2019.

7
PENGAGGIHAN Hadirin yang dihormati sekalian,
BANTUAN KOSAN
Majlis diteruskan dengan pengagihan bantuan KOSAN AZRUL
bagi Tahun 2020 kepada semua murid Tabika,
Prasekolah dan sekolah rendah SK Tetabuan.

Untuk Makluman Sidang Hadirin dan hadirat sekalian,


Bantuan-bantuan sekolah ini di kendalikan di bawah
Pengurusan Hal Ehwal Murid Bantuan Dan Kebajikan
Diketuai oleh En Azrul Bin Awang serta di urus oleh Cik AZRUL
Jusreen Martha Siun untuk sekolah rendah dan pra
sekolah oleh Puan Siti Khuzaimah Binti Zainul Abiddin,
tanpa usaha daripada mereka segala bantuan-bantuan
tidak akan sampai seperti mana bak kata pepatah Melayu
Yang Bulat Tidak Datang Bergolek, Yang Pipih Tidak
Akan Datang Melayang

Oleh itu kita berikan tepukan yang gemuruh bagi


menghargai pengorbanan mereka atas Pengurusan Hal JANET
Ehwal Murid Bantuan dan kebajikan serta keperihatinan
mereka di sekolah ini.

Dimulakan dengan,
AZRUL
Pengagihan bantuan KOSAN kepada murid-murid Tabika
kemas-
Majlis menjemput. Cik Nooraini dan diiringi oleh PGA
untuk menyampaikan bantuan.

Diucapkan Terima Kasih atas kesudian


Menyampaikan bantuan Sebentar Tadi. JANET

8
PRA SEKOLAH
Majlis menjemput. Puan Siti Khuzaimah Binti Zainul
Abiddin dan diiringi oleh Puan Ahada Binti Hj Johan untuk AZRUL
menyampaikan bantuan Prasekolah.

Diucapkan Terima Kasih atas kesudian


Menyampaikan bantuan Sebentar Tadi. JANET

Thn 1 & 2 – Ustaz Husni & Gandam


Majlis menjemput. Ustaz Husni dan diiringi oleh En JANET
Gandam untuk menyampaikan bantuan.

Diucapkan Terima Kasih atas kesudian AZRUL


Menyampaikan bantuan Sebentar Tadi.

Thn 3 & 4 – Francis & Kauloh


Majlis menjemput. En Fransic Miskinan dan diiringi oleh JANET
En Kauloh untuk menyampaikan bantuan bantuan
Sebentar Tadi.

Diucapkan Terima Kasih atas kesudian AZRUL


Menyampaikan bantuan Sebentar Tadi.

Thn 5 & 6 – Jusren & NYDP


Majlis menjemput Cik Jusreen Martha Siun dan diiringi
oleh Puan Sinar Bulan untuk menyampaikan bantuan. JANET

Diucapkan Terima Kasih atas kesudian Menyampaikan AZRUL


bantuan Sebentar Tadi.

9
PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati : AZRUL
ANUGERAH :
BAHAGIAN 1 Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan acara
penyampaian Sijil Tamat Prasekolah.
Prasekolah

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berusaha Encik Mohd Parizal Hj Abd Rahman Guru
Besar Sk Tetabuan dengan diiringi oleh Puan Siti JANET
Khuzaimah Zainul Abiddin, Guru Prasekolah SK
Tetabuan untuk menyempurnakan penyampaian
anugerah. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

 SETERUSNYA SESI BERGAMBAR


DIMINTA MURID-MURID PRA SEKOLAH MAJU KE
HADAPAN UNTUK SESI BERGAMBAR.

* Rujuk buku program ( Nama-nama murid Prasekolah)

Seterusnya, penyampaian Hadiah Khas Cemerlang


Prasekolah.

Anugerah * Rujuk buku program ( Nama-nama murid


Prasekolah)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd


Parizal Hj Abd Rahman atas kesudian menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN MURID

10
TAHAP 1 Dari Beluran Ke Kg Tetabuan AZRUL
Hendak bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Moga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu terimalah persembahan Action Song yang


terdiri daripada murid-murid Tahap 1. Majlis dengan JANET
sukacitanya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas persembahan


itu tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan JANET
nyanyian itu tadi adalah dibawah bimbingan Encik Marvin
Eldon

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil anugerah JANET


ANUGERAH Prasekolah.
CEMERLANG –
PRASEKOLAH Dimulakan dengan,

SIJIL PENGHARGAAN KETUA KELAS DAN PENOLONG


KETUA KELAS
1. MOHAMMAD AL-RAYAAN –
KETUA KELAS
2. ADAM MIKHAIL BIN
ABDULLAH – PENOLONG
KETUA KELAS

KATEGORI TERBAIK KO-KURIKULUM


- ADAM MIKHAIL BIN ABDULLAH

11
PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati,
ANUGERAH :
BAHAGIAN 3 Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan
bagi pengawas, pustakawan, Ketua Kelas dan Penolong AZRUL
Sijil Penghargaan: Ketua Kelas sekolah. Sijil ini disampaikan sebagai
- Pengawas penghargaan di atas khidmat mereka membantu pihak
- Pustakawan sekolah dalam melaksanakan tugas dan amanah yang
- Ketua Kelas diberikan.
- Penolong Ketua
Kelas

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan USTAZAH KAMILAH BINTI CHE RAMLI
dengan diiringi oleh CIK JUSREEN MARTHA SIUN untuk JANET
menyampaikan sijil penghargaan.

Dimulakan dengan sijil penghargaan Pengawas sekolah.

* Rujuk buku program ( Nama-nama Pengawas)

Pustakawan sekolah

* Rujuk buku program ( Nama-nama Pustakawan)

Ketua kelas

* Rujuk buku program ( Nama-nama Ketua Kelas)

Penolong Ketua Kelas

* Rujuk buku program ( Nama-nama Penolong Ketua


Kelas)

12
Majlis mengucapkan terima kasih kepada USTAZAH
KAMILAH BINTI CHE RAMLI atas kesudian
menyampaikan sijil penghargaan sebentar tadi.

WATIKAH Hadirin sekalian,


PERLANTIKAN
Majlis diteruskan dengan pengagihan Watikah Perlantikan AZRUL
Tahun 2020 dan diikuti dengan Bacaan Ikrar dan
menandatangani Sijil Ikrar Pelajar bagi Pengawas
Sekolah, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan
Pustakawan Sekolah.

Untuk Makluman Sidang Hadirin dan hadirat sekalian,


Watikah Perlantikan ini di kendalikan di bawah Hal Ehwal
Murid dalam Unit Disiplin dan Unit Kaunseling yang di
kendalikan oleh Cikgu Fransic Miskinan untuk unit disiplin JANET
manakala Unit Kaunseling dikendalikan Miss Janet Joan
Joseph seperti mana bak kata pepatah Tuah Ayam
Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu.

Untuk Makluman Sidang Hadirin dan Hadirat sekalian, EN


Fransis Miskinan mempunyai pengalaman yang luas yang
mana beliau pernah menjalankan tugas Sebagai Guru AZRUL
Besar di SK Monopod, Penolong Kanan Kurikulum, Hal
Ehwal Murid dan Kokurikulum. Manakala Miss Janet Joan
Joseph Kini telah menyambung pelajaran ke peringkat
Master Of Education di Universiti Malaysia Sabah.

Oleh itu kita berikan tepukan yang gemuruh kepada


mereka semoga murid-murid di SK Tetabuan boleh AZRUL

13
dijadikan sebagai Inspirasi dalam memajukan diri mereka
ke peringkat yang lebih tinggi lagi di masa hadapan.

Sebelum itu dijemput Ketua Kampung, En Anchain Bin


Baharom dengan diiringi oleh Ustazah Kamilah Binti Che JANET
Ramli untuk menyampaikan watikah perlantikan

Dimulakan Dengan

A. Pengawas Sekolah JANET

B. Ketua Kelas

C. Penolong Ketua Kelas

D. Pengawas Perpustakawan

 Bacaan Ikrar Pengawas Sekolah

Dijemput En Mohd Parizal Bin Hj Abdul Rahman, Guru


Besar SK Tetabuan dengan disaksikan oleh Ketua
Kampung, En Anchain Bin Baharom dengan diiringi oleh AZRUL
Ustazah Kamilah Binti Che Ramli dalam menandatangani
Sijil Ikrar Pelajar…
Dipersilakan Naik Ke Pentas…

 Sesi Bergambar

PENYAMPAIAN PENAT BERKERJA MUDAH MELENTING AZRUL


ANUGERAH MELIHAT JANDA TERUS TERPIKAT
: Murid Terbaik Mata KERJASAMA PIBG & GURU SANGAT LAH PENTING
Pelajaran Setiap kelas PRESTASI MURID PASTI MENINGKAT

14
Hadirin sekalian, kita meneruskan majlis dengan JANET
penyampaian anugerah murid terbaik mata pelajaran
setiap kelas.

Sebelum itu dijemput Naib Yang DiPertua, Puan Sinar


Bulan Binti Kulah dengan diiringi oleh Penolong Kanan 1, JANET
Encik Abdillah Hj Hairun untuk menyampaikan anugerah

.
Dimulakan dengan

Tahun 1.

Tahun 2.

Tahun 3.

Tahun 4.

Tahun 5.

Tahun 6.

Hadirin Yang dihormati, majlis akan berehat sebentar. JANET


PERSEMBAHAN MURID
TAHAP 2 Tanpa melengahkan masa majlis menjemput murid-murid
daripada kalangan Tahap 2 untuk mempersembahkan
1. Persembahan Tarian Mika-Mika ataupun lebih dikenali dengan nama
Mika-mika/ Pakirin Bajaunya, Tarian Pakirin.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

15
Terima kasih di atas atas persembahan itu tadi. Untuk
makluman hadirin sekalian, persembahan tarian mika-
mika itu tadi adalah dibawah bimbingan Mohd Sukri dan
Mohd Kamaruddin. AZRUL

Pembentangan aktiviti Hadirin yang dimuliakan, sepanjang tahun 2019, SK


sepanjang tahun 2019. Tetabuan telah mengadakan pelbagai aktiviti yang AZRUL
- Tayangan Pamer bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu sekolah baik
Keunggulan SK daripada segi kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum
Tetabuan
Secara tidak langsung, aktivi-aktiviti seperti ini juga
berjaya mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah
dan penduduk setempat. Oleh itu, tanpa membuang masa JANET
marilah kita bersama-sama menyaksikan Tayangan
Pamer Keunggulan SK Tetabuan tahun 2019.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas tanyangan itu


sebentar tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, tayangan
itu disediakan oleh Encik Roy Lester. AZRUL

Hadirin dan hadirat sekalian,


PERSEMBAHAN
PRASEKOLAH Persembahan pelajar menyusul lagi
Daripada putera-puteri bestari JANET
– TARIAN SUMANDAK Dengan penuh gemalai dan seni
SABAH Dalam seni suara dan juga tari

- NYANYIAN LAGU Hadirin yang dihormati, marilah kita berikan tepukan yang
TERIMA KASIH CIKGU gemuruh kepada murid-murid Prasekolah yang
mempersembahkan Tarian Sumandak Sabah dan JANET
Nyanyian lagu Terima Kasih Cikgu. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Untuk makluman

16
hadirin, tarian itu tadi adalah dibawah bimbingan Puan Siti AZRUL
Khuzaimah.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dimuliakan, majlis graduasi disambung JANET


ANUGERAH : semula dengan Penyampaian hadiah dan anugerah
kepada murid-murid SK Tetabuan.
BAHAGIAN 4
Dengan itu,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan MPKK
Kampung Tetabuan, Encik Azman Bin Sabdani dengan JANET
diiringi oleh Encik Alimardah A Kahar untuk
menyampaikan Anugerah Sahsiah, Kehadiran dan
Kokurikulum Terbaik murid tahun 2019.

Majlis dimulakan dengan, Anugerah Sahsiah Terbaik

* Rujuk buku program (Sahsiah Terbaik) AZRUL

Anugerah Kehadiran Terbaik

* Rujuk buku program (Kehadiran Terbaik)

Anugerah Kokurikulum Terbaik


* Rujuk buku program (Kokurikulum Terbaik)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Azman Bin


Sabdani atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar
tadi. AZRUL

Majlis diteruskan lagi dengan Anugerah Kedudukan

17
Terbaik setiap kelas dan Anugerah Pemulihan 2019.
Dijemput NYDP SK Tetabuan, Puan Sinar Bulan Binti JANET
Kulah dengan diiringi oleh Cik Jusren Martha untuk
menyampaikan anugerah.

Anugerah Kedudukan Terbaik Tahun 1.....


* Rujuk buku program (Akademik Terbaik Thn 1-6)

AZRUL
Anugerah Pemulihan Terbaik
* Rujuk buku program (Pemulihan Terbaik)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Sinar AZRUL


Bulan Binti Kulah atas kesudian menyampaikan anugerah
sebentar tadi.
JANET
Seterusnya, majlis menjemput Guru Besar SK Tetabuan,
Encik Mohd Parizal Hj Abd Rahman dengan diiringi oleh
Encik Abdillah Hj Hairun untuk menyampaikan Anugerah
Kelas Terbaik SK Tetabuan 2019. JANET

Anugerah kelas Terbaik bagi tahun 2019 jatuh kepada


Tahun 2.
DUET
Dipersilakan,

* Rujuk buku program (Tahun 6)


Janet

PENYAMPAIAN: Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian dokumen JANET


Bahagian 5 murid-murid Tahun 6 SK Tetabuan.

Dipersilakan,
Penyampaian dokumen * Rujuk buku program (Tahun 6)

18
murid Tahun 6
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd
Parizal atas kesudian menyampaikan dokumen sebentar
tadi.

- Persembahan Dengan itu, marilah kita sama-sama menyaksikan


murid Tahun 6 persembahan daripada murid-murid Tahun 6 SK
Tetabuan.

Berburu Ke Padang Datar


Dapat Rusa Belang Kaki AZRUL
Berguru Kepalang Ajar
Ibarat Bunga Kembang Tak Jadi

Berikan tepukan gemuruh kepada murid-murid tahun 6


Sebentar Tadi. Untuk pengetahuan hadirin, persembahan
itu tadi adalah di bawah bimbingan Encik Francis
Miskinan.

Anugerah Tokoh Murid


Kereta kuda pedati lembu,
Singgah mari di tepi kuala; JANET
Tuan sutera sahaya belacu,
Manakan boleh berganding sama!

Burung jelatik sarang kedidi, 


Sarang tempua, sarang berjuntai, 
Sungguhpun cantik sutera diuji,  AZRUL
Belacu juga tahan dipakai. 

19
Seterusnya, penganugerahan Khas Tokoh Murid Tahun
2019. JANET

Anugerah ini disampaikan sebagai penghargaan kepada


murid-murid di atas usaha keras mereka dari segi
Kurikulum dan Kokurikulum. Sebelum itu, kita mendengar
serba sedikit tentang biodata mereka.

Dilahirkan pada 26/2/2007 di Hospital KL. Mata Pelajaran


kegemarannya ialah Bahasa Inggeris dan hobinya ialah
membaca buku cerita. Seorang yang rajin dan suka
bersaing dalam pelajaran. Usahanya terbukti
membuahkan hasil apabila dia sentiasa mendapat tempat
pertama dalam kelas dan terbaik dalam semua mata
pelajaran. Dia juga telah mewakili sekolah ke peringkat
daerah Beluran dalam Pertandingan Scrabble dan
mendapat tempat ketiga. Moto hidupnya: “tiada hasil
tanpa usaha, tiada ilmu tanpa belajar”.

Anugerah Tokoh Kurikulum 2019 jatuh kepada,


adik Siti Nurfahtihah Binti Armeh.

Seterusnya, dilahirkan pada 5/7/2008. Dia suka membaca


buku dan mata pelajaran kegemarannya ialah Bahasa
Melayu. Seorang yang fokus dalam apa juga yang
dilakukannya, dia juga berjaya mendapat tempat pertama
dalam pertandingan Sahibba peringkat daerah Beluran
dan seterusnya mewakili Beluran ke peringkat negeri
dengan mendapat tempat kelima. Dia berpegang pada
moto “tanpa doa, tidak semestinya berjaya”.

Anugerah Tokoh Kokurikulum 2019 jatuh kepada,


adik Nadia Arnilla Binti Abdullah.

20
PERSEMBAHAN- Hadirin sekalian, kini tibalah masa untuk sama-sama kita
menyaksikan persembahan Tarian Khas Jurulatih, Joget AZRUL
JOGET ANGAN TAK Angan Tak Sudah dari lagu yang dipopularkan oleh jay-jay
SUDAH disekitar tahun 1997…terimalah…

(TARIAN KHAS
JURULATIH) Terima kasih di atas persembahan itu tadi. Untuk
pengetahuan pihak hadirin, penari-penari persembahan
itu tadi terdiri daripada jurulatih-jurulatih khas yang telah JANET
bertunggus lumus melatih persembahan anak-anak murid
kita.

21
Hadirin yang dimuliakan :
JANET
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita, AZRUL
Salah Silap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.

Kiri jalan kanan pun jalan


Tengah-tengah pohon mengkudu JANET
Selamat jalan belum kami nak ucapkan.
Silalah menjamu selera hidangan sedang
menunggu.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi.
AZRUL
jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Saya Azrul Bin Awang


Dan Saya Janet Joan Joseph
Adalah Pengacara Majlis Pada pagi yang penuh DUET
bersejarah memohon ampun dan maaf jika ada
tersalah dan tersilap tutur atur cara selama kami
mengacarakan majlis pada pagi ini.

TERIMA KASIH..TERIMA KASIH KEPADA SEMUA…X2


TERIMA KASIH..TERIMA KASIH KAMI UCAPAKAN..X2

22
TERIMA KASIH..TERIMA KASIH BERJUMPA LAGI...X2 DUET

Dengan itu maka Majlis Graduasi dan Kecemerlangan


Pelajar SK Tetabuan Beluran 2019 melabuhkan tirainya.
Kami bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada
semua yang hadir, terutamanya kepada rombongan-
rombongan VVIP, ibu bapa serta penjaga atas Janet
kesudian hadir dalam majlis ini. Kami juga memohon
maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan
kepincangan semasa perjalanan majlis ini.

Majlis mempersilakan rombongan-rombongan VVIP


serta hadirin sekelian untuk menjamu selera.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh. AZRUL

23

Anda mungkin juga menyukai