Anda di halaman 1dari 9

Musafir Papa

Barang siapa yang kenal dirinya maka kenallah dia akan Tuhannya

THURSDAY, 10 NOVEMBER 2016

Contoh Ucapan Pengacara Majlis (MC) bagi Majlis Makan Malam


Tips-tips untuk mengacara majlis sebagai MC (masters of ceremony) atau pengacara majlis.

1. Cari informasi acara dan tentukan samada majlis diadakan secara formal atau tidak formal.
2. Jaga penampilan diri sebagai MC kerana penampilan diri dapat mengelakkan pandangan negatif daripada penonton dalam acara
tersebut.
3. Jika anda berganding bahu dengan orang lain semasa mengendalikan acara, pastikan anda kenal pasangan anda dan
berkerjasama.
4. Senaman muka - dilakukan bagi mengelakkan kepayahan dalam menyebut perkataan / mengelakkan salah dalam sebutan.
5. Latihan hendaklah dilakukan dan seelok-eloknya dilakukan dalam sebutan baku bagi acara formal. Sekiranya tidak formal,
bolehlah diselit-selikan dengan sebutan bukan baku.
6. Point-point ucapan hendaklah dicatit di atas nota atau skrip ucapan bagi elakkan kesilapan. Pastikan anda tahu siapa yang hadir
terutamanya VVIP dalam majlis tersebut.
7. Have fun di dalam majlis tersebut untuk elakkan tekanan semasa mengacarakan majlis.

Berikut adalah contoh ucapan Pengerusi Majlis bagi acara majlis makan malam untuk dikongsi dan dijadikan panduan bersama-sama.  

Majlis GATHERING DAY of Yusri Maju 2016


Raja Dagang Resort Cherang Ruku Tok Bali 12 November 2016

PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN


Awal Majlis Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.
Dijemput semua hadirin sekalian  mengambil tempat
duduk masing-masing untuk menunggu ketibaan
Ketua Pegawai Eksekutif YMSB dan dif-dif terhormat.

Mengumunkan ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif


Yusri Maju Group, En Muhammad Yusri bersama
keluarga dan dif-dif terhormat, para hadirin dijemput
berdiri untuk mengalu-alukan kedatangan beliau, top
management company dan dif-dif jemputan.
UCAPAN PEMBUKAAN Selamat malam dan salam sejahtera. Izinkan saya
berpantun bagi memulakan majlis makan malam pada
malam ini.

Bunga melati tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,


Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana


dengan limpah  Kasih Nya dapat kita bersama-sama
dalam Majlis GATHERING DAY of Yusri Maju 2016 di
Raja Dagang Resort, Cherang Ruku Tok Bali pada
malam ini.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan


tuan-tuan dan puan-puan serta dif dif terhormat.

Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yusri


Maju Group, En. Muhammad Yusri, ahli keluarga
beliau dan dif-dif jemputan kerana sudi meluangkan
masa pada malam ini di dalam majlis yang tidak
seberapa ini.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Majlis Gathering
Day of Yusri Maju Group ini merupakan salah satu
program yang dirancang dan dijalankan oleh pihak
pengurusan syarikat dan kakitangan untuk
menjalinkan hubungan mesra dan mengeratkan
silalturahim antara top management dan kakitangan
syarikat.

Garam ada, kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada, ucapan pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Semoga majlis mendapat berkat.

Dengan segala hormatnya, majlis menjemput bakal


juara Imam Muda Musim Ke-10, Encik Hisamuddin
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Imam Muda
Hisamuddin di atas pimpinan bacaan doa sebentar
tadi.
UCAPAN ALU-ALUAN OLEH Hadirin yang dihormati,
CEO YMSB
Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-


sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Ketua
Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En Muhammad
Yusri bin Muhammad Nor naik ke pentas untuk
memberi sepatah dua kata sebagai kata-kata
semangat kepada semua kakitangan syarikat
sebelum perasmian majlis makan malam pada malam
ini.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


ACARA PERASMIAN MAJLIS Seterusnya, Majlis menjemput En Saupi, merangkap
sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat
untuk mengiringi En Muhammad Yusri naik ke atas
pentas untuk menyempurnakan acara perasmian
majlis makan malam.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.


Muhammad Yusri di atas kesudian merasmikan majlis
makan malam.

PENYAMPAIAN  ANUGERAH Majlis diteruskan dengan acara pengumuman


anugerah-anugerah khas bagi tahun 2016, bertujuan
untuk memberi semangat dan penghargaan kepada
kakitangan yang memberi sumbangan kepada
syarikat. Terdapat 8 anugerah yang disediakan pada
kali ini dan anugerah-anugerah tersebut ialah:

1.    Anugerah Perkhidmatan Paling Lama


2.    Anugerah Khas CEO 2016
3.    Anugerah Perhargaan Bussines Assioate dan Director
4.    Anugerah Pekerja Cemerlang 2016
5.    Anugerah Operator Terbaik
6.    Anugerah Operator Muda Berbakat
7.    Anugerah Pekerja Serba Boleh
8.    Tokoh Yusri Maju 2016

Tanpa dilengahkan masa lagi, acara diteruskan


dengan acara pengumuman bagi kategori anugerah –
anugerah yang dinyatakan sebentar tadi.

Kata orang tuah ayam nampak di kaki,


tuah orang siapa yang tahu…

Dipersilakan Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju


Group, En. Muhammad Yusri  diiringi En. Mohd Saupi
naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah bagi
anugerah-anugerah tersebut. Dipersilakan.....

Nama acara:_____________________________
Nama pemenang:_________________________

Terima kasih kepada En. Muhammad Yusri dan En.


Saupi diatas kesudian menyampaikan hadiah.
Pada minggu yang lalu, kita ada mengadakan acara
sukan di Kompleks Belia dan Sukan Panji Kota Bharu.
Pada hari tersebut, terdapat beberapa kategori suka
dipertandingkan telah diadakan.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah


Hari Sukan kepada para pemenang. Dipersilakan En.
Sukri bin Muhammad diiringi En. Wan Khairul naik ke
atas pentas untuk menyampaikan hadiah Hari Sukan.

Nama acara:_____________________________
Nama pemenang:_________________________

Terima kasih kepada En. Sukri dan En. Wan Khairul


diatas kesudian menyampaikan hadiah.

BERSURAI Dengan berakhirnya acara penyampaian anugerah


dan hadiah hari sukan itu tadi, maka berakhirlah tugas
saya sebagai MC pada kali ini, tahun depan pastikan
orang lain pula bertugas nanti.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak dalam


menjayakan majlis penyampaian anugerah dan
hadiah itu tadi.   Sebelum kita menjamu selera,
dengarkanlah dua rangkap pantun daripada saya,
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia berjumpa kembali.

Kiri jalan kanan pun jalan


Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan belum kami nak ucapkan.
Silalah menjamu selera hidangan sedang
menunggu.

Dijemput para hadirin menjamu selera dengan


hidangan yang telah disediakan di luar dewan. Di
samping itu, majlis diteruskan dengan aktiviti
persembahan dan pertandingan karaoke serta
cabutan bertuah. Saya serahkan acara majlis
seterusnya kepada En Arman dan Cik Wahida.
Dipersilakan.....

Anda mungkin juga menyukai