Anda di halaman 1dari 9

Contoh Ucapan Pengacara Majlis (MC) bagi Majlis Makan

Malam
Tips-tips untuk mengacara majlis sebagai MC (masters of ceremony) atau pengacara majlis.

1. Cari informasi acara dan tentukan samada majlis diadakan secara formal atau
tidak formal.
2. Jaga penampilan diri sebagai MC kerana penampilan diri dapat mengelakkan
pandangan negatif daripada penonton dalam acara tersebut.
3. Jika anda berganding bahu dengan orang lain semasa mengendalikan acara,
pastikan anda kenal pasangan anda dan berkerjasama.
4. Senaman muka - dilakukan bagi mengelakkan kepayahan dalam menyebut
perkataan / mengelakkan salah dalam sebutan.
5. Latihan hendaklah dilakukan dan seelok-eloknya dilakukan dalam sebutan
baku bagi acara formal. Sekiranya tidak formal, bolehlah diselit-selikan dengan
sebutan bukan baku.
6. Point-point ucapan hendaklah dicatit di atas nota atau skrip ucapan bagi
elakkan kesilapan. Pastikan anda tahu siapa yang hadir terutamanya VVIP dalam
majlis tersebut.
7. Have fun di dalam majlis tersebut untuk elakkan tekanan semasa
mengacarakan majlis.

Berikut adalah contoh ucapan Pengerusi Majlis bagi acara majlis makan malam untuk
dikongsi dan dijadikan panduan bersama-sama.

Majlis GATHERING DAY of Yusri Maju 2016


Raja Dagang Resort Cherang Ruku Tok Bali 12 November 2016

PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN


Awal Majlis Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar
lagi.

Dijemput semua hadirin sekalian mengambil


tempat duduk masing-masing untuk menunggu
ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif YMSB dan dif-
dif terhormat.

Mengumunkan ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif


Yusri Maju Group, En Muhammad Yusri bersama
keluarga dan dif-dif terhormat, para hadirin
dijemput berdiri untuk mengalu-alukan kedatangan
beliau, top management company dan dif-dif
jemputan.
UCAPAN PEMBUKAAN Selamat malam dan salam sejahtera. Izinkan saya
berpantun bagi memulakan majlis makan malam
pada malam ini.

Bunga melati tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,


Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana


dengan limpah Kasih Nya dapat kita bersama-
sama dalam Majlis GATHERING DAY of Yusri
Maju 2016 di Raja Dagang Resort, Cherang Ruku
Tok Bali pada malam ini.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan


kedatangan tuan-tuan dan puan-puan serta dif dif
terhormat.

Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif


Yusri Maju Group, En. Muhammad Yusri, ahli
keluarga beliau dan dif-dif jemputan kerana sudi
meluangkan masa pada malam ini di dalam majlis
yang tidak seberapa ini.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Majlis


Gathering Day of Yusri Maju Group ini merupakan
salah satu program yang dirancang dan dijalankan
oleh pihak pengurusan syarikat dan kakitangan
untuk menjalinkan hubungan mesra dan
mengeratkan silalturahim antara top management
dan kakitangan syarikat.

Garam ada, kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada, ucapan pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Semoga majlis mendapat berkat.

Dengan segala hormatnya, majlis menjemput


bakal juara Imam Muda Musim Ke-10, Encik
Hisamuddin memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Imam


Muda Hisamuddin di atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.
UCAPAN ALU-ALUAN OLEH Hadirin yang dihormati,
CEO YMSB
Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-


sama mendengar ucapan alu-aluan daripada
Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En
Muhammad Yusri bin Muhammad Nor naik ke
pentas untuk memberi sepatah dua kata sebagai
kata-kata semangat kepada semua kakitangan
syarikat sebelum perasmian majlis makan malam
pada malam ini.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


ACARA PERASMIAN MAJLIS Seterusnya, Majlis menjemput En Saupi,
merangkap sebagai Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif syarikat untuk mengiringi En
Muhammad Yusri naik ke atas pentas untuk
menyempurnakan acara perasmian majlis makan
malam.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


En. Muhammad Yusri di atas kesudian
merasmikan majlis makan malam.

PENYAMPAIAN ANUGERAH Majlis diteruskan dengan acara


pengumuman anugerah-anugerah khas bagi
tahun 2016, bertujuan untuk memberi semangat
dan penghargaan kepada kakitangan yang
memberi sumbangan kepada syarikat. Terdapat 8
anugerah yang disediakan pada kali ini dan
anugerah-anugerah tersebut ialah:

1. Anugerah Perkhidmatan Paling Lama


2. Anugerah Khas CEO 2016
3. Anugerah Perhargaan Bussines Assioate dan
Director
4. Anugerah Pekerja Cemerlang 2016
5. Anugerah Operator Terbaik
6. Anugerah Operator Muda Berbakat
7. Anugerah Pekerja Serba Boleh
8. Tokoh Yusri Maju 2016

Tanpa dilengahkan masa lagi, acara diteruskan


dengan acara pengumuman bagi kategori
anugerah – anugerah yang dinyatakan sebentar
tadi.

Kata orang tuah ayam nampak di kaki,


tuah orang siapa yang tahu…

Dipersilakan Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju


Group, En. Muhammad Yusri diiringi En. Mohd
Saupi naik ke atas pentas untuk menyampaikan
hadiah bagi anugerah-anugerah tersebut.
Dipersilakan.....

Nama acara:_____________________________
Nama pemenang:_________________________

Terima kasih kepada En. Muhammad Yusri dan


En. Saupi diatas kesudian menyampaikan hadiah.

Pada minggu yang lalu, kita ada mengadakan


acara sukan di Kompleks Belia dan Sukan Panji
Kota Bharu. Pada hari tersebut, terdapat beberapa
kategori suka dipertandingkan telah diadakan.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian


hadiah Hari Sukan kepada para pemenang.
Dipersilakan En. Sukri bin Muhammad diiringi En.
Wan Khairul naik ke atas pentas untuk
menyampaikan hadiah Hari Sukan.

Nama acara:_____________________________
Nama pemenang:_________________________

Terima kasih kepada En. Sukri dan En. Wan


Khairul diatas kesudian menyampaikan hadiah.

BERSURAI Dengan berakhirnya acara penyampaian


anugerah dan hadiah hari sukan itu tadi, maka
berakhirlah tugas saya sebagai MC pada kali ini,
tahun depan pastikan orang lain pula bertugas
nanti.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak dalam


menjayakan majlis penyampaian anugerah dan
hadiah itu tadi. Sebelum kita menjamu selera,
dengarkanlah dua rangkap pantun daripada saya,
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia berjumpa kembali.
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan belum kami nak ucapkan.
Silalah menjamu selera hidangan sedang
menunggu.

Dijemput para hadirin menjamu selera dengan


hidangan yang telah disediakan di luar dewan. Di
samping itu, majlis diteruskan dengan aktiviti
persembahan dan pertandingan karaoke serta
cabutan bertuah. Saya serahkan acara majlis
seterusnya kepada En Arman dan Cik Wahida.
Dipersilakan....

AGENDA TEKS MC
1. Kata Aluan Selamat Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
datang Yang berbahagia, Mejar Bersekutu (PA), En Mohd Amin bin Ali, Pengarah Kolej
Komuniti Pekan Pahang
Yang dihormati En. Dusuki bin Ahmed, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran.
En Mohd Azwan bin Ja’afar, Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Ketua-ketua program, Pegawai kanan Kolej Komuniti Pekan, barisan pensyarah,
Pn Ramlah bt Lahadi, selaku mantan Penolong Pegawai Tadbir
dan Zan Nur Aini bt Zainal, selaku Penolong Pegawai Tadbir
staf-staf sokongan dan tetamu-tetamu jemputan.

Mari makan sirih puan,


Sirih dipetik di Tasik Chini,
Selamat datang tuan dan puan,
Menjadi penyeri majlis ini.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita sama-sama dapat berkumpul untuk menjayakan
majlis penghargaan dan majlis perpisahan pada hari yang mulia ini.

2. Bacaan doa Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Menadah tangan tanda kesyukuran,


Lafaz bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan sukacitanya majlis menjemput En.
Mohd Shafiq b. Ismail bagi memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan…

*habis baca doa

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En.
Mohd Shafiq b. Ismail.

3. Ucapan
Pak petani menyabit rumput,
Rumput diberi makan ternakan,
Jemput bukan sebarang jemput,
Jemput menyampai kata aluan.

Bagi meneruskan majlis pada petang ini, dijemput Pn. Yusnita bt Abd Rahman, untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*siap berucap

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Pn. Yusnita Bt Abd Rahman selaku
Pengerusi Kelab Staf. Pihak majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika ada dayung tiada sampannya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, dijemput En. Mohd Amin b. Ali, selaku
pengarah Kolej Komuniti Pekan untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan…

*siap berucap

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Mohd Amin b. Ali diatas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Ketua Jabatan Kejuruteraan dan
Kemahiran, En. Dusuki b. Ahmed yang akan bertukar pada 1/1/2016 ke kolej komuniti
kuantan untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

*siap berucap

Terima kasih diucapkan kepada En. Dusuki b. Ahmed di atas ucapan yang
disampaikan. Kami warga KKPP sentiasa mengingati segala budi dan bakti serta
kepimpinannya sepanjang tempoh berkhidmat di sini.

Seterusnya, majlis menjemput Pn. Ramlah bt Lahadi selaku mantan Penolong Pegawai
Tadbir yang akan bertukar ke kolej komuniti kemaman untuk memberi sedikit
ucapan. Majlis mempersilakan…

*siap berucap

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn. Ramlah bt Lahadi atas ucapan itu tadi.

4. Tayangan montaj Para hadirin yang dimuliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,


Itu adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar untuk ditelan,
Tapi kaki tetap mengorak jalan,
Selagi hayat dikandung badan.

7. Majlis Serah Tugas Untuk itu, marilah kita menyaksikan tayangan montaj sempena Majlis Perpisahan ini.

*siap tayangan montaj

Demikianlah tadi, dapat kita saksikan tayangan montaj yang mengamit perasaan. Terima
kasih kepada unit multimedia yang telah menyediakan montaj itu tadi.

Para hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis seterusnya ialah penyerahan nota serah tugas daripada En. Dusuki bin Ahmed
kepada Pn. Yusnita Bt Abd. Rahman dan Pn Ramlah bt Lahadi kepada Cik Zan Nur Aini
bt Zainal dengan disaksikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Pekan, En Mohd Amin b. Ali.

*siap bagi tugas

Terima kasih untuk upacara nota serah tugas itu tadi…

8. Anugerah Pekerja Seterusnya, dipersilakan En. Dusuki mengiringi En. Mohd Amin bin Ali, pengarah Kolej
cemerlang Komuniti Pekan untuk menyampaikan anugerah pekerja cemerlang peringkat Kolej
Komuniti Pekan.

*siap baca nama (NADIA)

Terima kasih kepada En Mohd Amin dan tahniah kepada yang berjaya menerima
anugerah itu tadi…

9. Pemberian hadiah Majlis diteruskan dengan menjemput Pn. Yusnita diiringi oleh Pn. Zahidah untuk
kelab staff 2015 pemberian hadiah hari lahir daripada kelab staff…

*siap baca nama (NADIA)

Seterusnya untuk penerima hadiah bayi daripada kelab staf ialah …

*siap baca nama (SHIDA)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Yusnita diatas pemberian hadiah itu tadi.

10. Pemotongan kek Majlis seterusnya menjemput semua staff Kolej Komuniti Pekan untuk upacara
memotong kek harijadi.

11. Cabutan Bertuah


(5 0rg) Hadirin yang dihormati,

Tuah ayam tampak di kaki,


Tuah kita siapa yang tahu.
Sebentar lagi kita akan tahu siapa yang bertuah di kalangan kita.

Bagi slot yang pertama, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Mohd
Azwan b. Ja’afar untuk membuat 5 cabutan dan menyampaikan hadiah tersebut. Majlis
mempersilakan…

*siap baca nama (SHIDA)

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Azwan b Ja’afar.


12. Persembahan
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Doa sudah ucapan pun sudah,
Tiba masa menjamu selera.

Hadirin yang dihormati, sambil menikmati hidangan, majlis diserikan lagi dengan
persembahan daripada ‘THE TOWNERS’. Tanpa membuang masa, majlis
mempersilakan…

Terima di atas persembahan yang menarik itu tadi.

13. Cabutan Bertuah


(5 0rg) Seterusnya dijemput En Dusuki b. Ahmed untuk membuat 5 lagi cabutan dan
menyampaikan hadiah. Dipersilakan…

*siap baca nama (SHIDA)

Terima kasih diucapkan kepada En. Dusuki. Tahniah kepada yang bertuah. Yang tidak
bertuah sila cuba lagi tahun depan…

14.
Pengumuman hadi Sebelum kita mengakhiri majlis hari ini, majlis menjemput Tn. Pengarah, En Mohd Amin
ah utama bin Ali untuk membuat satu pengumuman. Majlis mempersilakan…

15. Penutup
Dengan berakhirnya pengumuman itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari
ini.

Mari dipetik sirih puan,


Sirih dipetik di tepi perigi,
Terima kasih tuan dan puan,
Di lain masa berjumpa lagi.

Makan nasi bersayur kailan,


Lepas makan terus bersugi,
Selamat pulang hadirin sekalian,
Ada umur bersua lagi.

Sekian wbt… wasalam

Anda mungkin juga menyukai