Anda di halaman 1dari 8

TEKS MC MAJLIS KESYUKURAN BIGAWAI RAYA 2019

PROGRAM TEKS UCAPAN CATATAN

Mengumumkan ketibaan
Yang berbahagia _______________________________________ Mengumumkan ketibaan
Pegawai pejabat Pendidikan Daerah Padawan Yang berusaha Ustaz Abang Su’uadi
Serta tetamu-tetamu jemputan. bin Abang Hj Yak.
PERARAKAN
Semua hadirin dijemput duduk Serta tetamu-tetamu jemputan. Semua
hadirin dijemput duduk

----------------TARIAN-------------------

TARIAN Terima kasih, atas persembahan itu tadi.

Untuk makluman semua, tarian itu tadi merupakan tarian BRNGI SRAMAT MANDUG iaitu
tarian selamat datang.

Tarian ini adalah untuk mengalu-alukan kedatangan semua tetamu ke sesuatu majlis.

Persembahan itu tadi di bawah bimbingan kelab tarian SK SEB

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada petang ini. dijemput para hadirin berdiri dan bersama-
LAGU NEGARAKU & sama menyanyikan lagu kebangsaan Lagu Negaraku dan diikuti pula lagu Ibu Pertiwiku
IBU PERTIWIKU dengan iringan muzik .
-------------------NYANYIAN LAGU----------------------
Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin atas nyanyian itu tadi. Semua hadirin
dipersilakan duduk.

Bismillahirahmanirahim….
Aluan pengacara
majlis 1) ENCIK FAUZI BIN DZULKIFLI,
PENGURUS KAWASAN FELCRA BHD (KAWASAN BELIMBING/SIBURAN)
2) YANG BERUSAHA USTAZ ABANG SU’UADI BIN ABG HAJI YAK
( GURU BESAR SK SAINT EDWARD BELIMBING)

3) YANG BERUSAHA TUAN HAJI ARIFIN BIN HAJI MOHD SYAID


(YDP PIBGK SK SAINT EDWARD BELIMBING)

4) YANG DIHORMATI CIKGU ISMAIL BIN SWUADI

5) USTAZ SUFIAN BIN MD SABRI (GURU PENOLONG KANAN


PENTADBIRAN)

6) CIKGU MARIETA AK DEWOK (GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL


MURID)

7) CIKGU MOHD NAZLI BIN BERSELI (GURU PENOLONG KANAN


KOKURIKULUM)

8) BARISAN PEMIMPIN MASYARAKAT DAN KETUA-KETUA KAUM

9) AHLI JAWATANKUASA PIBGK & LEMBAGA PENGURUS SEKOLAH,

10) BARISAN WARGA PENDIDIK, IBUBAPA, MURID-MURID


DAN SELURUH WARGA SK. SAINT EDWARD BELIMBING SERTA
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIMULIAKAN.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, dan salam menjulang SKSEB


ke persada

Mencari timba si anak dara,


Dibawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua, maka kita masih
diberikan kesempatan untuk meraikan MAJLIS KESYUKURAN BIGAWAI RAYA DAN
UPACARA SERAH TUGAS GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT EDWRAD
BELIMBING BAGI TAHUN 2019.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
- BACAAN DOA - Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Sufian Bin Md Sabri . majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
------------BACAAN DOA-----------
Amin Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih Ustaz Sufian Bin Md Sabri atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dimuliakan..

UCAPAN ALU-ALUAN
Memulakan bingkisan ucapan,  majlis  dengan penuh takzimnya mempersilakan yang berusaha
YDP PIBG
Yang Dipertua PIBGK SKSEB Tuan Haji Ariffin Bin Hj Mohd Syaid untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.
------------UCAPAN YDP PIBG-----------
Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Yang Dipertua PIBGK SKSEB.

AMANAT KHAS seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan dan amanat yang akan
GURU BESAR disampaikan oleh guru yang diraikan iaitu Ustaz Abang Su’uadi bin Abang Hj Yak.

Oleh yang demikian majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Abang Su’uadi
bin Abang Hj Yak untuk menyampaikan ucapan serta merasmikan MAJLIS KESYUKURAN
BIGAWAI RAYA dan UPACARA SERAH TUGAS GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN
SAINT EDWRAD BELIMBING BAGI TAHUN 2019. . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
------------UCAPAN GB-----------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Abang
Su’uadi Bin Abang Hj Yak atas ucapan itu tadi.

Jasamu dikenang,
Budimu tidak terbilang,
Semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti Ustaz Abang Su’uadi Bin Abang Hj
Yak sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Tiada kata yang dapat mengungkapkan
kesungguhan beliau dalam menabur bakti di sekolah ini.

Seterusnya, majlis mempersilakan Cikgu __________________________ untuk memberikan sepatah


UCAPAN dua kata.
BALAS BAKAL Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
GURU BESAR
------------UCAPAN BAKAL GB-----------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada _______________ atas
ucapan itu tadi.

Seterusnya, majlis kita kan diserikan dengan persembahan dari murid SK ST Edward Belimbing.
Dipersilakan.
PERSEMBAHA
N MURID ----------------TARIAN-------------------

Terima kasih, atas persembahan itu tadi.

Untuk makluman semua, tarian itu tadi merupakan tarian __________________________________


dari Kelab Tarian SK ST Edward Belimbing.

Persembahan itu tadi di bawah bimbingan Cikgu Muntabey ak Mandes & Encik Farouk.

Persembahan Seterusnya, kita akan diserikan dengan persembahan khas dari cikgu muntabey ak mandes,
khas majlis mempersilakan..
------------PERSEMBAHAN-----------
Begitulah tadi persembahan yang merdu dari Cikgu Muntabey Ak Mandes.

Upacara
penyerahan Para hadirin dan hadirat sekalian,
tugas Guru
Besar Majlis seterusnya ialah upacara penyerahan tugas daripada TUAN GURU BESAR USTAZ
ABANG SU’UADI BIN ABANG HAJI YAK kepada CIKGU ISMAIL BIN SWAIDI. Majlis
mempersilakan.
------------PENYERAHAN TUGAS GB-----------
Terima kasih diucapkan atas penyerahan tugas guru besar itu tadi..
Banyak Duri Perkara Duri
Penyampaian Tidak Sama Duri Mengkuang
cendderahati Banyak Budi Perkara Budi
Tidak Sama Budimu Seorang

Malam Hari Berlagu Unggas


Mencecah Kesunyian Di Dalam Hutan
Walaupun Terpisah Tempat Dan Tugas
Budi Tuan Dalam Ingatan

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan


buat insan yang kita raikan iaitu Ustaz Abang Su’uadi Bin Abang Hj Yak.

Sebelum itu, majlis menjemput YDP PIBGK Tuan Haji Ariffin Bin Hj Mohd Syaid untuk
menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Ustaz Abang Su’uadi Bin Abang Hj
Yak.Majlis mempersilakan.
----------------CENDERAHATI -------------

*majlis menjemput Ustaz Abang Su’uadi bin Abang Hj Yak untuk menerima
cenderahti. Mjalis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP atas kesudian menyampaikan
cenderahati itu tadi.

 Mohon untuk semua guru berada di pentas untuk sesi fotografi


Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat mempelai direnjis dipilis
jamuan Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita di penghujung majlis.
Ketupat lemang nasi impit laksa
Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia
dihidangkan.

Para hadirin sekalian kita telah pun sampai ke hujung acara

Pada yang pergi meninggalkan kita di skseb,

Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,


Sapalah kami andai mesra akrab berpadu,
Selamat bertugas di tempat yang baru
Semoga Allah sentiasa memberkati

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz Abang Su’uadi bin Abang haji Yak
atas kesudian beliau untuk bersama-sama dalam majlis hari ini. Kami mendoakan
kesejahteraan beliau dan ceria dan bahagia sentiasa.

Majlis juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ismail ______________________ dan semua
tetamu jemputan dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis
pada petang ini.
Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis kesyukuran
bigawai raya dan upacara serah tugas guru besar dapat dilangsung dengan meriahnya.
Sekian, wassalamualaikum wbt. Dan selamat hari raya adilfitri, maaf zahir batin dan Sramat
andu gawai.

 Dijemput semua hadirin untuk menikmati jemuan yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai