Anda di halaman 1dari 4

TEKS MC PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2019

PROGRAM TEKS UCAPAN CATATAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini. dijemput para hadirin berdiri dan
LAGU NEGARAKU & bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Lagu Negaraku dan diikuti pula lagu
IBU PERTIWIKU Ibu Pertiwiku dengan iringan muzik dan penuh bersemangat.
-------------------NYANYIAN LAGU----------------------
Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin atas nyanyian itu tadi.
semua hadirin dipersilakan duduk.

Assalamualaikum WBT… selamat pagi dan “Salam Sayangi Malaysiaku..

Aluan pengacara Yang dihormati tuan guru besar ENCIK ISMAIL BIN SWAIDI ,
majlis barisan penolong kanan SK ST Edward Belimbing,
guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Sambut merdeka sekali setahun, Irama beralun gendang dipalu


Keringat tercurah pejuang berjasa, Langkah diayun berpasang-pasangan
Malaysiaku merdeka 62 tahun, 62 tahun telah berlalu,
Itulah sejarah perjuangan bangsa. Malaysia megah menyambut kemerdekaan.

Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur pada hari ini kita
dapat bersama-sama berkumpul pada Majlis Penutupan Karnival Sayangi Malaysiaku
peringkat sekolah bagi tahun 2019.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat,
- BACAAN DOA - Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon agar selamat.

Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis, marilah sama-sama kita mengaminkan


bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara _________________________. Diersilakan

Amin Ya Rabbal Alamin.. Terima kasih ______________________________ atas pimpinan


bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis akan berlangsung dengan lancar dan di berkati
oleh Yang maha Esa.

Jangan tertawan alpa duniawi, dini hari mengail ikan,


Hanya indah serupa mimpi, dapat seekor ikan haruan,
UCAPAN GB
Aduhai pahlawan kesateria pertiwi, tuan Guru Besar kita persilakan,
Hulurkan madah kata perasmi. Sudilah kiranya memberi ucapan.

Dijemput yang berusaha Tuann Guru Besar Encik Ismail Bin Swaidi, guru Besar SK ST
Edward Belimbing untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan
Karnival sayangi malaysiaku peringkat sekolah tahun 2019. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
------------UCAPAN GB-----------
Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar SK ST Edward Belimbing.

Hadirin dan hadirat sekalian,


HADIAH kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah kepada para
pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan
Karnival sayangi malaysiaku.

Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan yang berusaha Encik Ismail
Bin Swaidi, Guru Besar SK ST Edward Belimbing untuk menyampaikan sijil & hadiah.
Dipersilakan.

1. pertandingan kelas patriotic


2. pertandingan mewarna
3. pertandingan melukis poster kemerdekaan
4. pertandingan mendeklamasi sajak kemerdekaan
5. pertandingan “selfie” malaysiaku

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang berusaha Encik Ismail Bin
Swaidi atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Slide show Menerusan acara seterusnya,


selfie Marilah sama-sama kita menyaksikan tayangan slide show “selfie Malaysiaku.” .
malaysiaku dipersilakan..

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan tayangan slide show selfie malaysiaku dari
murid-murid sk st Edward belimbing.

Persembahan Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan juara deklimasi sajak yang bertajuk
khas sajak “____________________________________” . sajak ini akan dideklamasikan oleh
__________________________________ dari tahun ______. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

penutup Dengan berakhirnya persembahan dekmasi sajak itu tadi, maka tamatlah sudah majlis
kita pada hari ini.

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu
di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan bulan kemerdekaan
dapat dilangsung dengan meriahnya.

Sekian, wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai