Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM MEMPERKASAKAN KEM BESTARI SOLAT &

PEMANTAPAN KEMAHIRAN JAWI (KCJ) 2017

Pada 3 November 2017 (Jumaat) bersamaan dengan 14 Safar 1439 Hijrah telah diadakan
program Memperkasakan Kem Bestari Solat & Pemantapan Kemahiran Jawi (KCJ). Pada
awalnya program ini melibatkan 6 buah sekolah termasuklah sekolah kami sendiri namun
disebabkan ada hal lain yang tidak dapat dielakkan maka program ini hanya melibatkan sekolah
kami sahaja. Rancangan sebelum ini yang melibatkan 5 buah sekolah lain itu adalah disebabkan
peruntukan kewangan bagi kem bestari solat dan juga kem cemerlang jawi telah dimasukkan ke
sekolah kami dan peruntukan tersebut mestilah diagihkan ataupun digabungkan dalam satu
program yang melibatkan sekolah-sekolah yang berkaitan. Antara sekolah-sekolah yang
termasuk di dalam peruntukan kewangan ini adalah Sekolah Kebangsaan Sira Krian, Sekolah
Kebangsaan Pesang Begu, Sekolah Saint Bernard Sadir, Sekolah Saint Augustine dan Sekolah
Saint James Rayang. Dengan tidak berkesempatan sekolah-sekolah ini menyertai program pada
kali ini maka sekolah-sekolah tersebut meminta agar modul-modul dapat diberikan kepada
sekolah mereka.

Segala kertas kerja, surat jemputan dan agihan tugas telah siap sebelum program bermula.
Fasilitator terdiri daripada ustaz dan ustazah sekolah kami dan juga ustazah-ustazah KAFA. Pada
hari tersebut semua murid dan fasilitator berkumpul untuk taklimat ringaks daripada penyelaras
program iaitu Ustazah Nor Syahirah Binti Abu Bakar. Setelah taklimat dibuat, agihan kumpulan
telah dibuat mengikut fasilitator masing-masing. Pada awal program telah dimulakan slot Jawi di
dalam kumpulan bersama-sama dengan fasilitator dari pukul 08:00 pagi hingga 10:00 pagi.
Semua murid diminta mengikut fasilitator masing-masing sepanjang latihan dalam kumpulan
(LDK) tersebut. Kemudian, semua murid dan fasilitator berehat dari pukul 10:00 pagi hingga
10:20 pagi. Program diteruskan lagi pada pukul 10:30 pagi hingga 11:50 pagi dengan slot
taklimat, LDK dan ceramah tentang solat oleh Ustaz Sufian Bin Md Sabri. Program
ditangguhkan tepat jam 11:50 pagi dan semua bersurai untuk solat Jumaat.

Yang benar,

......................................................................
(SITI NURFITRI BINTI MOYANG
Setiausaha
Surau Baitul ’Izzah
LAPORAN BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai