Anda di halaman 1dari 9

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN, 08000 SUNGAI

PETANI, KEDAH LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK TEMPOH PELAKSANAAN OBJEKTIF : NURULAINI BINTI KUSMANIIRAT : PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JAN 2010 : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN : PERKHEMAHAN PERKASA UPSR TAHUN 6 : 4 5 JULAI 2013 :

Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk: Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Memantapkan disiplin para peserta. Melahirkan para peserta yang berketerampilan Menghargai masa dengan aktiviti yang bermanfaat. Mewujudkan daya ketahanan mental dan fizikal dikalangan peserta. Menyemai ilmu pengetahuan tentang perkhemahan kedalam diri setiap murid Tahun 6. Mewujudkan perpaduan kaum di kalangan para peserta.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH STRATEGI PELAKSANAAN: LAPORAN SEBELUM Kami berempat telah merancang untuk mengadakan aktiviti jati diri kepada murid-murid tahun 6. Justeru itu, kami telah berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling iaitu Encik Rusni Bin Ahmad untuk meminta pendapat dan persetujuan beliau. Alhamdullilah, beliau menyokong penuh akan usaha kami untuk mengadakan program jati diri tersebut. Maka, atas persetujuan beliau, kami telah menyediakan kertas kerja untuk diluluskan oleh Guru Besar SKTIN. Kami berasa sangat teruja kerana Guru Besar meluluskan permohonan kami dan mengizinkan kami untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Kami telah namakan program tersebut sebagai Program Perkhemahan Perkasa UPSR Tahun 6 dan akan dijalankan selama 2 hari 1 malam. Kami akan laksanakan aktiviti tersebut pada 4 hingga 5 Julai 2013, oleh itu, kami hanya mempunyai masa kurang dari 2 hari sebelum melaksanakan program perkhemahan tersebut. Justeru itu, dalam masa 2 hari tersebut, kami telah menyiapkan pamplet, surat kebenaran waris, senarai peralatan, bahan masakan dan sebagainya. Suatu mesyuarat tergempar bersama-sama guru juga telah diadakan pada 3 Julai 2013 bagi memaklumkan program yang akan kami laksanakan dan meminta kerjasama guru-guru untuk menjayakan program perkhemahan ini. Namun begitu, kebanyakan guru tidak dapat terlibat kerana Persatuan Guru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Langkawi pada 5 Julai 2013. Meskipun begitu, kami tetap bersemangat untuk melaksanakan program kerana masih terdapat guru yang sudi menyumbang tenaga dan masa untuk hadir ke program kami.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH Peruntukan RM200 telah disumbangkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sangat kami hargai kerana ia memudahkan kami untuk menyediakan peralatan yang perlu digunakan sepanjang program perkhemahan. Sekalung penghargaan diberikan kepada SKSP kerana sudi membenarkan kami meminjam khemah untuk program ini. Harapan kami berempat adalah supaya Program Perkhemahan ini dapat berjalan seperti yang diharapkan dan sekaligus dapat memberi manfaat kepada murid-murid tahun 6 yang terlibat. LAPORAN SEMASA Perkhemahan bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 3.00 petang. Terdapat seorang murid Tahun 6 yang gagal mengikuti perkhemahan ini kerana tidak mendapat kebenaran daripada ibu bapanya. Ini bermakna setelah sesi pendaftaran seramai 26 orang murid yang akan mengikuti Perkhemahan Perkasa UPSR ini. Selepas sesi pendaftaran murid-murid Tahun 6 berbaris di dalam barisan lelaki dan perempuan untuk mendengar taklimat ringkas daripada Ustaz Rusni. Kemudian, mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 2 kumpulan murid perempuan dan dua lagi kumpulan murid lelaki. Sebelum memasang khemah, guru-guru pelatih memberitahu peraturan sepanjang perkhemahan berlangsung. Di samping itu juga, murid-murid Tahun 6 diminta mencipta satu trademark kumpulan yang perlu ilmiah. Trademark tersebut akan dipersembahkan pada sebelah malam iaitu semasa sesi motivasi bersama guru-guru pelatih. Kemudian, muridmurid diajar untuk mendirikan khemah. Setiap kumpulan diberi 2 buah khemah. Setelah selesai memasang khemah, murid-murid berhimpun semula untuk menjalani sesi riadah. Sewaktu riadah murid-murid ditemani oleh Ustaz Rusni dan seorang guru pelatih untuk bersiar-siar di sekeliling kawan sekolah. Murid-murid diminta untuk memerhati dan

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH mengingat semula perkara yang mereka alami atau lihat sewaktu sesi riadah. Murid-murid juga diminta untuk mengambil daun kelapa. Daun kelapa itu akan digunakan untuk membuat seruling. Kemudian murid minum petang sebelum membersihkan diri untuk menunaikan solat asar. Selepas menunaikan kewajipan menunaikan solat asar, murid-murid duduk di surau untuk menunggu masuknya waktu maghrib. Selepas solat maghrib murid-murid membaca Yassin yang diketuai oleh Ustaz Rusni. Murid-murid diberi masa 10 minit untuk membersihkan khemah masing-masing dan diminta kembali semula ke surau bagi menunaikan solat fardu Isyak. Sekitar jam 9.00 malam, murid-murid menjamu selera bersama-sama dengan hidangan yang disediakan hasil gotong-royong guru-guru. Menu yang tersedia pada malam itu adalah kari ayam, sambal belacan, ikan masin goreng dan air sirap. Sekitar jam 9.30 malam, murid-murid dan guru-guru pelatih bergerak ke bilik tayangan untuk sesi bersama-sama guru pelatih. Slot ini bermula dengan persembahan setiap kumpulan berkaitan trademark kumpulan mereka. Kumpulan 1 mempersembahkan trademark yang berbunyi Jiwa Perkasa Semangat Membara. Manakala kumpulan 2 dengan semangat menyatakan trademark Badan Sihat Otak Cergas. Bagi kumpulan perempuan pula mereka mengutarakan trademark yang berunsurkan kerohanian iaitu Kami berusaha dan bertaqwa, Alhamdulillah dan Fokus Ke Hadapan Mencapai Kejayaan Insyaallah. Slot diteruskan dengan permainan Kamil Kata. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan murid -murid berasa sangat gembira. Permainan Kamil Kata ini bertujuan untuk menguji fokus murid. Di akhir permainan ini, murid-murid diingatkan supaya sentiasa fokus dalam semua pekerjaan yang mereka alami.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH Selepas permainan Kamil Kata, slot diteruskan dengan segmen Matematik. Guru pelatih memberikan dua soalan matematik yang tidak memerlukan pengiraan tetapi hanya memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis. Murid-murid diberikan masa selama 10 minit untuk menyelesaikan soalan tersebut. Kedua-dua soalan tidak dapat dijawab dengan tepat oleh murid-murid. Setelah memberikan jawapan yang sebenar murid-murid ketawa kerana mereka tidak menyangka bahawa jawapan yang diberi adalah mudah dan mereka tidak terfikir bahawa jawapan bagi soalan tersebut adalah seperti itu. Moral daripada slot ini mengingatkan murid-murid supaya mereka supaya tidak menganggap semua soalan susah. Mereka hanya perlu berfikiran terbuka dan berfikir secara kreatif dan kritis untuk mendapatkan jawapan yang betul. Kemuncak slot guru pelatih adalah pada aktiviti ketiga iaitu slot Muhasabah diri. Murid-murid disedarkan supaya tidak leka dan alpa dengan keseronokan dunia. Mereka diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa mereka. Mereka juga masih mempunyai masa untuk belajar dan memperoleh keputusan yang cemerlang pada peperiksaan UPSR yang bakal menjelma kurang daripada 2 bulan. Selepas sesi itu, murid-murid pergi ke tandas untuk membersihkan diri dan tidur tepat jam 11.45 malam. Pada keesokan harinya, murid-murid dikejutkan bangun pada jam 4.00 pagi dan bersiap-siap untuk Qiamullail. Selepas qiamullail dan solat fardu Subuh, murid-murid diberi rehat selama 1jam sebelum senaman pagi. Senaman pagi bermula pada 8.00 pagi. Muridmurid diminta berjoging sebanyak 2 pusingan. Selepas berjoging mereka diajar permainan belalang belatuk. Di sini dapat dilihat bahawa murid-murid bersemangat untuk memastikan

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH kumpulan mereka menang. Sementara menunggu sarapan pagi, murid diajak bermain Goreng Pisang. Kumpulan lelaki telah memenangi permainan itu. Kemudian murid dibawa ke dapur untuk melihat pembuatan cucur bawang. Murid diajar cara membancuh dan menggoreng cucur bawang. Selepas menjamu selera, murid pulang ke khemah masing-masing untuk membersihkan khemah dan bersiap sedia untuk bengkel Bahasa Inggeris yang akan dikendalikan oleh Madam Choong. Setelah selesai bengkel, murid bersama-sama meruntuhkan khemah dan bersiap sedia untuk upacara penutup Perkhemahan Perkasa UPSR Murid-murid Tahun 6. LAPORAN SELEPAS Program perkhemahan yang berlangsung selama 2 hari 1 malam berakhir pada 5 Julai pada pukul 10.30 pagi. Aktiviti terakhir yang berlangsung ialah aktiviti meruntuhkan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan. Murid-murid menunjukkan kerjasama yang baik dengan rakan-rakan mereka yang lain sewaktu aktiviti meruntuhkan khemah. Selepas aktiviti meruntuhkan khemah, majlis perasmian penutup diadakan. Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Pn. Norhayati binti Othman selaku Penolong Kanan Kokurikulum SK.Taman Intan. Beliau memberikan sedikit ucapan kepada murid-murid tahun 6. Beliau menyatakan program perkhemahan ini bertujuan sebagai persediaan minda dan fizikal dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Beliau mengucapkan syabas kepada kami guru-guru pelatih atas anjuran program perkhemahan ini. Malah, beliau juga menekankan program ini

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH bertujuan untuk memantapkan jati diri murid-murid dan seterusnya meningkatkan kemahiran komunikasi. Setelah ucapan perasmian penutup, Pn.Norhayati memberikan sijil penyertaan kepada murid-murid perkhemahan sebagai tanda menghargai penyertaan murid-murid dalam Perkhemahan Perkasa yang dianjurkan oleh kami bersama dengan Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Murid-murid berasa begitu gembira dan seronok selepas mendapat sijil penyertaan kerana ia penting sekirannya mereka ingin melanjutkan pelajaran di sekolah asrama penuh. Kami menganjurkan program Perkhemahan Perkasa Tahun 6 kerana ingin memantapkan jati diri murid-murid dan memberikan kekuatan kepada mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Bukan itu sahaja, mereka juga berpeluang mendekati dan bekerjasama dengan rakan-rakan mereka yang lain seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH REFLEKSI: 1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI Kekuatan yang pertama ialah dapat memberi peringatan awal kepada murid-murid tahun 6 berkaitan peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak kurang daripada 2 bulan lagi. Program yang diadakan awal kerana ingin memberi kesedaran kepada murid tahun 6 supaya mereka lebih bersedia dari segi mental dan emosi untuk menghadapi UPSR dan peperiksaan percubaan. Di samping itu juga, melalui perkhemahan ini peserta akan mendapat pendedahan tentang realiti kehidupan melalui aktiviti yang dijalankan. Setiap peserta perlu mematuhi masa dan disiplin diri sepanjang perkhemahan ini. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa depan.

2) KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI Kelemahan program ini adalah dari segi masa. Tarikh perkhemahan ini adalah sama dengan tarikh lawatan kelab guru SK Taman Intan ke Langkawi. Sehubungan dengan itu, tidak ramai guru yang turut serta dalam perkhemahan ini. Mereka hanya datang pada hari Khamis malam sahaja. Hal ini kerana pada hari Jumaat pagi mereka sudah perlu berangkat ke Langkawi. Kelemahan yang kedua dari aspek kewangan. Kewangan yang diperuntukkan sememangnya mencukupi, namun begitu sekiranya duit yang diperuntukkan mempunyai lebihan ia mungkin akan digunakan untuk menambah keperluan murid supaya murid berasa selesa dan dapat mengikut perkhemahan dengan baik dan kondusif.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datang: Pada masa akan datang, perancangan yang awal perlu dibuat dan masa yang dipilih tidak bertindan dengan aktiviti lain. Hal ini penting kerana tenaga guru yang ramai akan membantu dalam menjayakan aktiviti perkhemahan ini. Di samping itu juga, kami perlu meminta sponsor daripada pihak luar bagi menampung perbelanjaan sepanjang perkhemahan berlangsung. Sekiranya terdapat lebihan duit hasil daripada sumbangan yang diberikan ia boleh digunakan untuk menyediakan hadiah kepada murid terbaik perkhemahan. Melalui hadiah yang diberikan murid-murid akan berasa bersemangat dan bersaing sewaktu perkhemahan.

KESIMPULAN: Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan program mengikut perancangan yang dibuat. Melalui program ini, diharapkan semua warga sekolah termasuk guru dan murid terutamanya murid tahun 6 akan bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Mereka perlu menyiapkan diri mereka dari segi mental dan emosi supaya bijak membahagikan masa untuk mengulang kaji pelajaran. Selain itu, diharapkan program ini akan diteruskan pada tahun- tahun akan datang. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri.

Anda mungkin juga menyukai