Anda di halaman 1dari 6

MALANG TIDAK BERBAU

Tn. Hj. Salleh b Idris ( Lampiran 1 ), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kerayong,
Daerah Hulu Selangor memikirkan Program Kem Motivasi dan Pemantapan Diri, pelajar
tahun enam yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
pada bulan September. Kem ini perlu diadakan segera pada masa cuti. Beliau telah
mengarahkan Pn. Azrinah selaku guru bimbingan dan kaunseling ( Lampiran 1 ) agar
merancang Kem tersebut secepat mungkin. Beliau amat berharap kem itu diadakan
lebih awal berbanding pada tahun yang lepas. Satu mesyuarat khas telah diadakan
bersama PK HEM ( Lampiran 1 ), Penyelarasa Program serta guru-guru tahun 6 yang
lain.

Mesyuarat Khas Kem Motivasi Tahun Enam ( KEMUDI ).


( Tarikh: 20 Januari 2009 )
Guru Besar : Dalam mesyuarat kali ini, kita akan dapat kata putus tentang
aktiviti kem motivasi dan pemantapan diri pelajar tahun enam.
Terima kasih atas kehadiran semua dalam mesyuarat ini.
Rasanya elok kita dengar pandangan Penyelaras Program, Pn.
Azrinah dahulu tentang program kita ini.

Penyelaras Program : Saya telah menerima maklumat daripada beberapa orang pelajar
tahun enam bahawa Cuti Tahun Baru Cina ini adalah hari yang
sesuai untuk diadakan aktiviti perkhemahan ini. Kebetulan pula,
cuti itu bersambung dengan cuti Maal Hijrah. Lagipun, slot kem
motivasi kita berkait dengan persoalan akhlak pelajar, keyakinan
diri pelajar, pengurusan masa waktu belajar dan kemahiran
belajar yang berkesan untuk menduduki UPSR pada tahun ini.

PK HEM : Tuan pengerusi, saya rasa cuti Tahun Baru Cina ini tidak elok
diganggu. Ramai guru kita ingin balik ke kampung kerana cutinya
agak panjang.

Guru Besar : Bukankah kita baru saja balik balik kampung cuti penggal akhir
tahun lepas? Takkan nak balik lagi!.
Penyelaras Program :Saya setuju Tuan Pengerusi. Lagipun, apa salahnya kia
berkorban untuk aktiviti murni ini? Kita bukannya ada guru dan
pelajar berbangsa Cina untuk kita raikan.

Guru Tahun 6 Pintar : Saya setuju dengan pandangan penyelaras program itu Tuan
Pengerusi. Kita banyak fikir tentang diri kita saja hingga lupa
tentang kepentingan pelajar kita.

Guru Tahun 6 Bestari : Saya dengar daripada beberapa pelajar tahun enam bahawa
mereka bersetuju Kem Motivasi KEMUDI ini diadakan waktu cuti
Tahun Baru Cina ini iaitu pada 4 dan 5 Febuari 2009. Mereka
sanggup untuk tidak balik pada hujung minggu itu walaupun
cutinya panjang. Menurut mereka lagi aktiviti perkhemahan perlu
diadakan awal kerana selepas ini, mereka akan menelaah untuk
peperiksaan UPSR pula.

Penyelaras Program : Di Kem Lembah Genting, Batang Kali, saya kira sangat sesuai
Tuan Pengerusi. Di sana kawasannya luas dan lengkap dengan
peralatan untuk latihan kecergasan. Tempat itu memang popular
dan banyak sekolah telah mengadakan kem di tempat tersebut.
Selain daripada itu Kem tersebut ada menyediakan pekej
termasuk jurulatih program, latihan kecergasan , penyediaan
makanan sebanyak 6 kali sehari, musalla tempat sembahyang,
dewan kuliah dan banyak lagi kemudahan disediakan seperti
peralatan P.A Sistem. Harga yang dikenakan pada setiap pelajar
juga berpatutan iaitu RM 60.00 dua hari satu malam untuk
seorang pelajar.

Guru Besar : Kalau begitu, cikgu Dzul selaku PK HEM kenalah mengambil
tindakan selepas persediaan awal, maklumkan kepada unit HEM
di Jabatan Pelajaran Negeri secepat mungkin kerana program kita
ini sudah dekat. Kalau tidak sempat secara surat rasmi, telefon
saja dahulu kepada yang berkenaan.
Mesyuarat Jawatankuasa Kem Motivasi
( 5 Februari 2009 )

Guru Besar : Terima kasih kepada tuan-tuan yang hadir dan tahniah kerana
dilantik menjadi Ketua jawatankuasa kecil tertentu yang kita kira
penting untuk perancangan dan persiapan Kem kita . Dalam
mesyuarat yang lepas, telah kita tetapkan waktu kem dan
tempatnya. Terima kasih kepada Pn. Azrinah selaku penyelaras
program kerana menyediakan kertas kerja kem motivasi tahun
enam dan senarai jawatankuasa kecil ( Lampiran 2 ) yang akan
memastikan kem kita berjalan lancar. Terima kasih juga kepada
Cikgu Dzul kerana menyediakan jadual Kem dengan slot-slot
tertentu ( Lampiran 3 ). Silakan cikgu Dzul dahulu untuk
menjelaskan kedudukan dan perjalanan kem ini.

PK HEM :Tuan Pengerusi, pelajar kita seramai 66 orang akan bertolak ke


sana pada hari Jumaat pada pukul 3.00petang. Kita akan
menyewa sebanyak 2 buah bas untuk membawa pelajar-pelajar
kita ke Kem Lembah Genting, Batang Kali. Guru-guru yang
bertugas seramai 40 orang akan menaiki kenderaan sendiri
manakala 2 orang guru iaitu jawatankuasa keselamatan akan
menaiki bas bersama-sama pelajar untuk ke Kem. Saya harap
cikgu Ismail selaku Kem Komandan memastikan Kem kita ditinjau
dan dipastikan sempurna digunakan.

Guru Besar : Bagaimana dengan kebenaran ibu bapa pelajar yang terlibat
dalam perkhemahan ini?

Penyelaras Program : Mereka sudah mendapatkan kebenaran ibu bapa mereka


( Lampiran 4 ) waktu balik kampung minggu lepas.

Guru Besar : Bagaimana dengan makan minum pelajar di kem tersebut?


Penyelaras Program : Makanan disediakan oleh pihak Kem kerana kita menggunakan
harga pekej sebanyak RM 60.00 dikenakan ke atas setiap peserta
program. Jawatankuasa makanan hanya bertugas mengagihkan
makanan dan mengawasi pelajar pada waktu makan.

Guru Besar : Siapa yang akan bermalam bersama-sama pelajar sepanjang


dua malam di situ?

Penyelaras Program : Kita telah edarkan senarai guru-guru bertugas Tuan pengerusi.

Guru Besar : Kalau begitu, kita akan bincangkan tugas-tugas jawatankuasa


kecil satu persatu.

Di Tapak Kem
Pelajar-pelajar tiba di tapak Kem Lembah Genting, Batang Kali pada jam 3.45 petang.
Pelajar-pelajar beratur di tapak perhimpunan di kem tersebut untuk mendengar taklimat
daripada Kem. Komandan dan wakil pihak Kem berkenaan kemudahan, kebersihan,
disiplin dan keselamatan di Kem tersebut. Penyelaras Program dan guru-guru lain juga
sampai tidak lama kemudian. Guru Penolong Kanan HEM , cikgu Dzul belum sampai.
Begitu juga dengan sesetengah guru yang sependapat dengan cikgu Dzul tidak
kelihatan pada petang itu.

Guru Besar , Penolong Kanan Kurikulum dan Penolong Kanan HEM tiba waktu pelajar
sedang makan malam. Guru Besar dan PK Kurikulum turut makan setelah dipelawa oleh
Cikgu Azrinah dan para pelajar. Cikgu Dzul menolak pelawaan untuk makan bersama
dengan alasan telah kenyang.

“ Tak patut sekali kem ini diadakan pada cuti umum begini”, dengus Cikgu Dzul di satu
sudut kawasan Kem. “Memang betul tu!”, balas Cikgu Wari yang juga guru disiplin
sekolah ini. “Akupun malas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktivit kem ini..”,
tambahnya lagi. “ Kita tengok dari jauh saja dahlah”, sampuk Cikgu Dzul tanda
menyokong.
Pada hari terakhir, jam 2.00 petang telah diadakan majlis penutup yang dirasmikan oleh
Guru Penolong Kanan Kurikulum. Guru Besar tidak dapat hadir kerana menghadiri
Majlis Anugerah Sekolah Kebangsaan Cemerlang peringkat negeri di Dewan Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Gayong. Sekolah Kebangsaan Lembah Bertam berjaya
meraih gelaran Sekolah Kebangsaan Terbaik pada tahun itu.

Pada pukul 3.00 petang selesai majlis penutup dan pelajar-pelajar mengemas semua
peralatan individu. Pukul 3.30 petang pelajar menunggu ibu bapa mereka datang
menjemput untuk bercuti di rumah masing-masing pada hari Isnin dan Selasa.

Ramai pelajar telah menemui Cikgu Azrinah meminta izin mandi di sungai yang terdapat
di dalam kawasan Kem Lembah Genting itu, cuaca begitu baik sekali. Airnya tidak
dalam dan tidak deras. Melihatkan cuaca sedemikian, tanpa ragu-ragu, cikgu Azrinah
telah membenarkannya. Mereka mandi-manda dengan ditemani oleh tiga orang guru
disiplin sekolah yang turut sama mandi. Pelajar-pelajar itu kelihatan gembira dan
seronok sekali. Malang tidak berbau, tiba-tiba tanpa diduga dan disedari salah seorang
pelajar perempuan tergelincir di atas batu yang licin lalu jatuh ke dalam air manakala
kepalanya terhantuk di atas batu yang besar. Guru yang berada berhampiran pelajar
tersebut cuba untuk menyelamatkannya, malangnya tidak sempat untuk memberi
bantuan. Pelajar perempuan itu didapati mengalami cedera parah di bahagian kepala
dan tangan kanannya.

Cikgu Azrinah segera membawa pelajar terbabti ke hospital berhampiran. Dzul segera
menelefon Guru Besar memberitahu kejadian tersebut. Hasil rawatan mendapati pelajar
tersebut mengalami kecederaan patah tangan di sebelah kanan dan terpaksa menerima
26 jahitan di bahagian kulit kepala yang koyak akibat hentakan di atas batu. Cikgu
Azrinah amat sungul sekali kerana kesilapannya membuat keputusan membenarkan
pelajar-pelajarnya mandi di sungai tersebut.. Tn. Hj. Salleh b. Idris begitu terkejut dan
kebingungan mendengar berita sedih itu. Dalam kotak fikirannya timbul kebimbangan
untuk menghadapinya dan menguruskan perkara-perkara yang berkait dengan tragedi
itu.

Anda mungkin juga menyukai