Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI SINAR UPSR 2010

ACHIEVE YOUR TARGET

TARIKH

: 17 JULAI 2010

TEMPOH PELAKSANAAN: 7.00 PAGI 5.00 PETANG

OBJEKTIF
Program Motivasi Sinar UPSR 2010 Achieve Your Target ini diadakan
umumnya bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki
UPSR untuk mengenalpasti dan mengetahui strategi-strategi ataupun tips-tips yang
betul bagi menjawab soalan-soalan peperiksaan. Panduan ini diberikan dengan
harapan agar murid-murid dapat menjawab soalan peperiksaan tanpa menyimpang dari
panduan yang betul dan mengelak daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang
boleh menyebabkan berlakunya pengurangan markah.
Penganjuran program ini juga diadakan bertujuan untuk memberikan galakan
dan semangat kepada murid-murid untuk menduduki peperiksaan. Satu slot motivasi
dari pihak Baitulmal telah diadakan untuk merealisasikan tujuan ini. Melalui slot ini,
murid-murid telah diberikan suntikan semangat dan motivasi ekstrinsik daripada pihak
motivator dalam usaha untuk memupuk motivasi intrinsik dalam diri murid-murid agar
mereka sendiri berupaya untuk bergerak ke arah kecemerlangan.

Di samping itu juga, program ini juga dilaksanakan untuk meemantapkan


jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) supaya murid-murid dapat menghadapi
peperiksaan UPSR dengan tenang dan bersemangat..
Selain daripada itu juga, program motivasi ini bertindak sebagai batu loncatan
kepada para pelajar Tahun 6 untuk memberikan kesedaran bahawa titik permulaan ke
arah kejayaan ialah mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
Dari segi psikomotor pula, program ini dijalankan untuk memastikan para pelajar
sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan
dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh para penceramah.

STRATEGI PELAKSANAAN
Program motivasi ini telah dijalankan selama 10 jam dalam bentuk ceramah.
Dalam melaksanakan program ini, beberapa tindakan telah dijalankan iaitu:
1. Merangka kertas kerja.
Satu usul kertas kerja telah disediakan setelah mendapat persetujuan daripada
pihak sekolah mengenai program yang ingin dilaksanakan oleh pihak sekolah
tetapi belum lagi dilaksanakan. Setelah berbincang dengan pihak pentadbiran,
kedua-dua pihak sekolah dan guru pelatih bersetuju untuk melaksanakan
program motivasi ini.
2. Membentangkan kertas kerja.
Kertas kerja tersebut telah dikemukakan kepada Guru Besar pada 06 Julai 2010
untuk dipertimbangkan. Guru Besar telah menerima kertas kerja tersebut dan

tindakan susulan mula diambil. Pihak sekolah bersetuju untuk melaksanakan


program ini pada 17 Julai 2010.
3. Mengadakan mesyuarat.
Mesyuarat pertama telah diadakan pada keeskokan harinya iaitu 07 Julai 2010
bertempat di bilik guru tepat pada jam 12.00 tengahari. Dalam mesyuarat ini,
sekali lagi kertas kerja telah dibentangkan kepada semua guru-guru dan senarai
nama AJK juga telah dikemukakan.
4. Perlantikan AJK dan pembahagian bidang tugas.
AJK program telah dilantik di dalam mesyuarat yang sama. Setiap AJK telah
diberikan satu senarai semak bidang tugas dan mula diarahkan untuk
menjalankan tanggunggjawab dan tugas masing-masing.
5. Membuat persiapan keperluan.
Sepanjang minggu pertama dan kedua ( 8 16 Julai), semua AJK sedang sibuk
menyiapkan segala keperluan seperti menaip dan menghantar surat jemputan,
menyediakan fail pelajar, buku program, persiapan dewan, persiapan jamuan,
sijil dan cenderamata dan sebagainya.
6. Taklimat akhir persiapan program.
Satu taklimat akhir atau morning prayer telah diadakan pada 15 Julai 2010
untuk meneliti semula keperluan-keperluan yang telah disediakan dan keperluan
yang masih belum disediakan untuk tindakan akhir setiap AJK.
7. Melaksanakan program.
Program telah dilaksanakan pada 17 Julai 2010. Kaunter pendaftaran peserta
telah dibuka seawal jam 7.15 pagi. Sebanyak 2 kaunter telah disediakan iaitu
kaunter untuk peserta tuan rumah dan kaunter untuk peserta dari 3 buah sekolah
jemputan yang lain. Pada jam 7.40 pagi, program telah dimulakan dengan
nyanyian lagu, bacaan doa, ucapan alu-aluan Guru Besar serta taklimat ringkas
daripada pengerusi program mengenai perjalanan program pada hari tersebut.

Ceramah 1 telah bermula lewat 10minit daripada jadual asal. Penceramah


jemputan telah tiba awal ke sekolah. Tetapi kelewatan ini berlaku disebabkan
program tersebut bermula agak lewat sedikit kerana menanti beberapa peserta
yang belum tiba. Oleh itu, ceramah 2 juga lewat berrmula tetapi faktor masa ini
dapat diatasi dengan memendekkan waktu rehat peserta.
Setelah rehat, ceramah 3 telah bermula lewat selama setengah jam. Ini berlaku
kerana penceramah jemputan tidak dapat hadir tepat pada masa yang
ditetapkan disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan. Masa kosong
ini telah diisi dengan nyanyian lagu tema program Kau Boleh oleh para peserta.
Bagi ceramah terakhir pula, penceramah telah ditukar di saat-saat akhir. Ini
kerana, penceramah jemputan yang asal tidak dapat menghadiri sesi tersebut
kerana mempunyai masalah peribadi. Penceramah yang menggantikan beliau
merupakan guru Sains di S.K Pati yang juga merupakan pemeriksa kertas
peperiksaan.

Tidak

berlaku

sebarang

masalah

di

sini

memandangkan

penceramah asal telah memaklumkan lebih awal mengenai ketidakhadiran


beliau. Oleh itu, penceramah pengganti dapt menyediakan bahan dengan lebih
awal.
Tentatif diteruskan lagi dengan aktiviti solat hajat dan solat zohor. Aktiviti ini
bukan saja melibatkan peserta tetapi juga ibu bapa dan guru. Setelah selesai
solat, para jemputan telah dijamu dengan hidangan tengahari yang dimasak
sendiri secara gotong royong oleh guru-guru seawal pagi tersebut. 3 bilik jamuan
telah disediakan masing-masing untuk VIP, ibu bapa dan para pelajar.
Program selepas itu diteruskan lagi dengan sesi motivasi dari pihak Baitulmal.
Seramai 2 orang wakil dari Baitulmal telah menerima jemputan kami. Salah

seorang daripada mereka telah menyampaikan motivasi untuk semua peserta


dan ibu bapa.
Akhir sekali, majlis penutupan telah dirasmikan oleh Guru Besar dan
cenderamata dan sijil telahpun disampaikan kepada semua peserta, guru
pengiring serta para penceramah.
Sebelum pulang, para jemputan sekali lagi dijamu dengan hidangan minum
petang.
8. Penilaian
Borang penilaian keberkesanan program telah diisi oleh peserta-peserta di akhir
program agar urusetia program dapat menilai semula kekuatan program dan
mencari aspek-aspek yang perlu diperbaiki.

REFLEKSI
1) Kekuatan projek / aktiviti
Kekuatan projek ini adalah setiap AJK telah bertindak awal untuk melaksanakan
tugasan masing-masing terutamanya persiapan sebelum hari pelaksanaan
program seperti kelengkapan fail peseta, sijil dan cenderamata serta surat-surat
jemputan. Kedua, semua penceramah yang dijemput adalah para pemeriksa
kertas peperiksaan yang arif dalam bidang mereka. Ketiga, jamuan yang
disediakan adalah sangat memuaskan dan mencukupi di samping tempat
jamuan yang disusun atur dan dihias dengan cantik dan member keselesaan
kepada tetamu. Keempat, sijil bagi peserta yang baru mendaftarkan diri pada
hari pelaksanaan dapat disiapkan dengan segera. Keempat, bahan edaran yang
diberikan kepada para peserta adalah mencukupi. Kelima, lagu tema yang dipilih

adalah bersesuaian dengan program dan dapat menaikkan semangat para


peserta. Keenam, susun atur dewan dan peserta dapat mengeratkan hubungan
di antara pelajar sekolah tuan rumah dengan sekolah jemputan. Ketujuh,
persiapan surau bagi tujuan solat hajat adalah baik dan muat untuk menampung
bilangan ibu bapa, pelajar dan guru.

2) Kelemahan projek / aktiviti


Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki dalam penganjuran
program ini. Pertama, terdapat penceramah yang lewat menghadiri sesi ceramah
disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan. Kedua, air mineral yang
telah disediakan lewat diagihkan kepada para peserta dan jemputan. Terakhir,
ceramah kelihatan begitu formal dan mungkin menyebabkan pelajar bosan. Ini
mungkin disebabkan kurangnya aktiviti bengkel atau aktiviti dalam kumpulan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Mendapatkan maklumbalas yang lebih awal daripada pihak penceramah
mengenai ketidakhadiran ataupun kelewatan mereka dalam menghadiri program
agar pihak penganjur dapat menyediakan bahan atau aktiviti bersesuain untuk
mengisi ruangan/slot tersebut buat sementara waktu.
2. Menyediakan satu sistem penyampaian sijil dan hadiah yang lebih teratur dan
berprotokol agar program yang dijalankan kelihatan lebih sistematik.
3. Menyediakan teks pengacaraan majlis dengan lebih awal agar majlis dapat
dikendalikan dengan lebih lancar.
4. AJK protokol lebih awal bersiap sedia menyambut kedatangan ibu bapa.

5. Mengagihkan air mineral kepada peserta dengan lebih awal.


6. Menyediakan satu slot atau bengkel aktiviti kumpulan kepada para peserta agar
program menjadi lebih menarik dan tidak begitu formal bagi mengurangkan
tekanan pelajar.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan baik seperti yang
dirancangkan. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kepincangan dari segi pengurusan
masa yang berlaku atas sebab-sebab di luar kawalan. Dari aspek kerjasama di antara
AJK, semua AJK dapat memberikan komitmen yang baik dan telah menjalankan tugas
mereka dengan bersungguh-sungguh. Kesimpulannya, program ini telah dilaksanakan
dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai