Anda di halaman 1dari 15

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

SK KUALA BESUT II KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG 2013

Pendahuluan Sekolah akan mengadakan program gotong royong 2013 .Murid bersama-sama guru dan AJK PIBG akan membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman dan mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan SK uala Besut II 1.0 Objektif 1.1 Merapatkan silaturrahim di antara guru ,murid dan AJK PIBG SK Kuala Besut II 1.2 Memberi peluang kepada murid murid bekerjasama dengan guru-guru dan AJK PIBG dengan lebih optimum. 1.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin keselamatan murid-murid sewaktu belajar. 2.0 2.0 Kumpulan Sasaran Semua warga SK Kuala Besut II, murid-murid tahap 2 dan guru-guru. 3.0 3.0 Rasional Menjayakan Program 3.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah. 3.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. 4.0 4.0 Justifikasi Guru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid dan pekerja menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

5.0 5.0 Lokasi Cadangan Kawasan sekolah SK Kuala Besut II 6.0 6.0 Tarikh Perlaksanaan 20 September 2013 (Jumaat)

7.0 7.0 Struktur Organisasi Pengerusi Naib Pengerusi : Pn. Hjjh Fauziah bt Mohd Yusuff : Tn Hj Harun bin Saleh En. Mohd Nor bin Jusoh Pn Hjh Hazizian bt Mohd Zain Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa : 1. Pn Azirah bt Abd Rahman 2. En. Mohd Noor bin Hussain 3. YM Tuan Roslin bin Tuan Lah 4. Pn. Jorafida bt Mohd Zin : En Wan Mohd Zailani bin Wan Ishak : Pn Azizah bt Hanafi

8.0 8.0 Tentatif Program : MASA 07.30 pagi 07.40 pagi 08.00 pagi 10:30 pagi 10.45 pagi 11.05 pagi 12.05 tengahari 9.0 9.0 Penutup AKTIVITI Berkumpul di Tapak Perhimpunan Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi Gotong Royong bermula Berkemas/membersihkan alatan/diri Rehat Jamuan Bersihkan kelas

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

Program Gotong Royong Perdana adalah sempena sambutan bulan Kemerdekaan dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari murid-murid dan guru-guru srta PIBG Kuala Besut II. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan "Sekolahku, rumahku".

Disediakan Oleh; . (WAN MOHD ZAILANI BIN WAN ISHAK) Setiausaha Program 3K Sk Kuala Besut II

Disahkan Oleh,

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013 10.0 8.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN

Sumber kewangan adalah daripada peruntukan ko-kurikulum iaitu sebanyakRM 60


11.0 9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN MAKANAN DAN PERALATAN

Perkara Baldi kecil Span / tuala kecil Sardin Roti Timun Gula Teh 3 biji 6 4 tin

Kuantiti/ Anggaran Harga X X X X X X X RM 3.50 RM 1.00 RM 5.00 RM 3.35 RM 1.00 RM 2.50 RM 3.10

Jumlah Perbelanjaan RM 10.50 RM 6.00 RM 20.00 RM 13.40 RM 2.00 RM 5.00 RM 3.10 RM 60.00

4 bungkus 2 kg 2 kg 1 bungkus

JUMLAH BESAR

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

LAMPIRAN 1: LOKASI TERLIBAT

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

KAWASAN A B C E F G H I

BUTIRAN KAWASAN KANTIN KAWASAN TEMPAT LETAK BASIKAL KAWASAN PONDOK PENGAWAL KAWASAN BELAKANG BILIK DISIPLIN/KELAS 6AF /STOR SUKAN/MAKMAL SAINS KAWASAN PADANG DAN SEKELILING PAGAR KAWASAN BELAKANG/TEPI PRA SEKZAMRUD/D DEPAN KEDAI BUKU SEKOLAH/TAMAN BURUNG, DEPAN BILIK GURU PEREMPUAN TEMPAT LETAK KERETA GURU BLOK A/TAMAN BAHASA MELAYU TAMAN BUMI HIJAU,BBILIK KH GELANGGANG TERBUKA DAN SEKELILING PAGAR

CATATAN

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

GAMBAR GOTONG-ROYONG

Aktiviti di Taman ICT (cd yang telah siap digantung pada pokok)

Membuat batas tanaman di Taman Herba

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

Aktiviti di sekitar Taman Orkid(kiri) dan Taman Bahasa Malaysia(kanan)

Aktiviti di kawasan Pra Sekolah

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

Golongan bapa membuat jalan baru untuk laluan para ibu bapa / penjaga

Jalan yang telah siap

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

Berehat sebentar (saya memakai baju biru)

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

BIG 4 - LAPORAN & REFLEKSI


12.0 LAPORAN AKTIVITI Program Bina Insan Guru (BIG) adalah hasil gabungan daripada beberapa aktiviti yang terancang dari segi pengurusan masa, kewangan dan perlu melalui beberapa peringkat iaitu sebelum program dijalankan, semasa program dijalankan dan selepas program BIG dijalankan. Proses untuk menjayakan sesuatu program seperti ini akan mengambil masa dan bermula dari peringkat awal penubuhan jawatankuasa sehingga kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Peringkat yang pertama adalah berkaitan dengan segala aktiviti yang dilakukan sebelum program ini dilaksanakan. Pada peringkat ini, kami telah diberikan taklimat untuk menjalankan program BIG yang disampaikan oleh pensyarah bertanggungjawab dan Ketua Jabatan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Kehadiran semua pelajar diambil termasuklah kumpulan kami yang mengambil opsyen Pendidikan Khas. Taklimat diberikan adalah mengikut sukatan dan kurikulum yang telah disediakan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru bagi semester keempat ini, yang merupakan Program perkhemahan dan anak angkat. Selepas taklimat diberikan, kami telah mengadakan perbincangan bersama bagi memilih lalu menubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan program perkhemahan dan anak angkat ini (senarai ahli jawatankuasa boleh telah dikemukakan di muka surat sebelum ini). Sebanyak 14 jawatankuasa telah ditubuhkan dimana semua pelajar kelas PK/PJ 02 terlibat dan mesyuarat pertama telah diadakan yang mana tugas-tugas Ahli Jawatankuasa telah diterangkan oleh setiausaha. Selepas mendapat taklimat dan penerangan tentang tugasan masing-masing, pelajar-pelajar telah bergerak dimana sebahagian pelajar terlibat untuk merancang aktiviti, tentukan tarikh manakala sebahagian yang lain pula menyediakan alatan dan ada yang menyediakan bahanbahan untuk aktiviti program. Antara aktiviti yang telah dicadangkan ialah latihan dalam kumpulan, adik angkat, sukaneka, gotong royong bersama penduduk kampung dan tazkirah yang dirangkumkan atas satu nama iaitu Semarak kasih. Bagi jawatankuasa

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

induk pula, mereka telah ditugasan untuk menyiapkan kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak pentadbiran yang mencakupi hal-hal jadual aktiviti, kewangan dan permohonan menggunakan kenderaan bas Institut. Seminggu sebelum tarikh program, mesyuarat susulan diadakan bagi membincangkan tentang perkembangan setiap ahli jawatankuasa dan melakukan persiapan terakhir. Peringkat kedua pula merupakan perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti semasa program dijalankan dan selepas kertas kerja mendapat kelulusan daripada bahagian pentadbiran. Pada hari pertama (5/8/2009), kami bertolak ke lokasi akitiviti program Semarak kasih ini iaitu Felda Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah pada jam 8.30 pagi yang turut disertai oleh mentor kesayangan kami, Pn Harlina Bt Haji Ishak. Setelah tiba di lokasi, kami melakukan persediaan bagi aktiviti pendaftaran adik angkat dan aktiviti Ice-breaking. Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan kami sebagai fasilitator, abang dan juga kakak angkat kepada peserta program adik angkat ini. Manakala pada sebelah malam pula, selepas pengurusan diri aktiviti Latihan dalam Kumpulan telah dijalankan. Pada waktu ini, kami sebagai abang dan kakak angkat akan membantu adik angkat masing-masing dengan memberi bimbingan berdasarkan lembaran kerja akademik yang telah diberikan mahupun kerja-kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru semasa disekolah. Ini merupakan alternatif kepada murid yang lemah sebelum mereka menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Pada hari kedua pula (6/8/2009), kami telah melakukan aktiviti seterusnya iaitu senaman pagi bersama penduduk-penduduk kampung selama dua jam bermula pukul 7.00 pagi. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan bergotong royong bersama pendudukpenduduk kampung. Kumpulan kami telah dipecahkan kepada dua kumpulan utama untuk melakukan aktiviti ini. satu kumpulan dikehendaki membersihkan kawasan masjid dan yang selebihnya membersihkan balai raya Felda Teloi Timur termasuklah saya. Aktiviti ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan pada dua jam berikutnya kami hanya melakukan pengurusan diri. Pada sebelah petang iaitu dari jam 2.30 hingga 6.00, persiapan dilakukan untuk aktiviti sukaneka bersama murid-murid dan pihak waris dan aktiviti malam kami pada hari itu diisi dengan majlis bacaan yaasin bersama penduduk kampung dan sedikit tazkirah berkenaan kecemerlangan hidup didunia dan akhirat khusus buat murid-murid tersebut. Pada jam 9.30 hingga 10.30

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

pula, dilakukan aktiviti latihan dalam kumpulan yang menekankan cara untuk membina keyakinan diri. Hari terakhir kami (7/8/2009) sekali lagi dimulakan dengan aktiviti senaman pagi bersama penduduk kampung di dewan Felda Teloi Timur selama satu jam bermula pada pukul 7.00pagi. seterusnya, pada jam 9.00 pagi, telah diadakan ceramah motivasi untuk murid-murid merangkap adik-adik angkat kami. Ceramah telah diberikan oleh seorang pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Darulaman dari Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling iaitu En Rosli B. Ahmad. Selepas tamat sesi ceramah motivasi, program kami ditutup oleh wakil Pengerusi Felda Teloi Timur beserta jamuan kecil. Peringkat seterusnya ialah melakukan perkara yang berkaitan selepas program selesai dilaksanakan. Antaranya ialah mengemas dewan yang telah digunakan untuk melakukan sebahagian besar aktiviti program bersama murid-murid dan majlis penutup. Setelah pulang ke Institut pada jam 5.00 petang, kami memulangkan semula alatan kepada pihak stor Institut sebagai tugas terakhir. Selain itu, pada peringkat ini juga kami diminta menyediakan laporan dan dokumentasi berhubung segala aktiviti yang telah dijalankan sepanjang BIG siri keempat tahun 2009.

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

13.0 REFLEKSI INDIVIDU Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam program Semarak Kasih ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani. Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas kami yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusanurusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut. Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi penduduk Felda Teloi Timur itu sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh dalam seiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan kawasan untuk aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam menjayakan program ini. Contohnya semasa aktiviti senaman pagi dan gotong royong yang sekaligus mengeratkan hubungan di antara kami. Kami juga turut rasa dihargai dan berbaloi merancang program Bina Insan Guru di tempat tersebut. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang menggangu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai. Pertama dari segi cuaca, sepanjang tiga hari dua malam berada disana iklim cuaca

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

tidak begitu menentu. Tetapi apa yang sudah tentu, hujan akan turun dalam pada sebelah pagi mahupun malam dalam satu hari. Walaupun dewan telah disediakan namun, proses kedatangan murid-murid merangkap adik angkat kami turut terganggu. Mereka terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti baru dapat hadir ke dewan dan ini secara tidak langsung telah menjejaskan kelicinan perjalanan program yang telah dirancang. Kelemahan kedua ialah, masa yang singkat. Sepanjang tiga hari, dua malam kami berada disana masa kami bersama adik-adik angkat tidak banyak. Kami hanya dapat berjumpa dengan mereka selepas mereka pulang dari sekolah dan juga pada sebelah malam. Kebanyakan masa kami juga telah dibahagikan untuk program dan aktiviti yang lain. Oleh itu, cadangan yang dapat saya utarakan bagi mengatasi masalah ini ialah pada masa akan datang dan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar junior supaya mungkin apabila menjalani Bina Insan Guru siri keempat, pastikan tarikh yang dipilih tidak bertemu dengan hari persekolahan dan mungkin lebih elok jika program seperti ini dilakukan pada waktu cuti sekolah. Masalah cuaca juga boleh diselesaikan jika pemilihan terikh dilakukan dengan merujuk ramalan kaji cuaca sekiranya terdapat aktiviti yang memerlukan kawasan luar dewan yang luas. Sekaligus, perjalanan program yang telah dirancang berjalan dengan lancar.

Gotong Royong Perdana SK Kuala Besut II 2013

14.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh tiga hari dua malam kita perlu mempunyai perancangan yang rapi bermula dari peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat postmortem supaya program yang dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian. jadikan pengalaman orang lain dan pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat pertimbangan bijak untuk menghadapi masalah yang mendatang. Selain itu, seorang bakal guru perlu merasai pengalaman hidup bersama masyarakat dan membiasakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti gotong royong, aktiviti bacaan yaasin dan lain-lain kerana ia dapat membantu para guru apabila dihantar mengajar kelak. Setiap latarbelakang komuniti dalam sesebuah masyarakat adalah berbeza dan guru harus tahu petua dan larangan jika ke tempat orang. Jadi, melalui program seperti ini, guru dilatih untuk memerhati dan cuba mengadaptasi dengan komuniti dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosial seperti berkomunikasi. Akhir sekali, untuk menjadi seorang guru yang berjaya seseorang guru haruslah mampu melakukan interaksi sosial yang berguna dengan masyarakat kerana guru berperanan sebagai agen sosial dalam masyarakat selain menjadi rujukan disekolah. Tugas guru ialah menggalakkan sosialisasi dalam masyarakat melalui didikan kepada generasi baru yang penuh cabaran dan juga melalui integrasi merentasi kurikulum, agama serta bangsa malah guru juga boleh menggantikan pemimpin kerana kualiti kepimpinan dan sikap tanggungjawab yang terdapat pada seseorang guru.

Anda mungkin juga menyukai