Anda di halaman 1dari 3

Azizul Bin Abdul Aziz (830924-08-6151) DPLI-SR MT/PM SEM 2 2012

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyertai dan turut sama melaksanakan Bengkel Gaya Hidup Lestari ini dengan jayanya. Bengkel ini merupakan salah satu tugasan projek yang dikelolakan di bawah kursus Pendidikan Alam Sekitar (ASK2202W) bagi tujuan melestarikan IPG KTB dengan melibatkan semua guru pelatih DPLI 2012 Semester Dua. Tugasan projek ini bertujuan untuk melatih guru pelatih merancang, mengurus dan melaksanakan projek berkaitan dengan pendidikan alam sekitar iaitu Bengkel Gaya Hidup Lestari selaras dengan keperluan sukatan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar (ASK2202W). Program ini juga merupakan salah satu komponen alam sekitar yang sangat penting yang perlu didedahkan kepada semua guru pelatih. Ianya membantu mereka dalam membentuk nilai cinta kepada alam sekitar selaras dengan perlaksanaan dan perkembangan program melestarikan Institut Pendidikan Guru. Proses merealisasikan bengkel ini memerlukan semangat kerjasama yang tinggi bermula dengan taklimat awal tugasan, perbincangan awal program yang bakal dilaksanakan, perlantikan jawatankuasa(JK), beberapa siri perbincangan dan mesyuarat sehinggalah perlaksanaan program. Sepanjang tempoh tersebut, saya berupaya untuk menguji kemahiran sedia ada dan berusaha untuk mempelajari sesuatu yang baru bagi seorang bakal guru. Perkara sebegini adalah sangat wajar dipupuk dalam usaha untuk memperoleh pengalaman dan ilmu mengenai perlaksanaan program seumpamanya terutamanya berkaitan tugas yang telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua bakal guru mempunyai ilmu yang cukup untuk disesuaikan dengan tugas dan profesion perguruan. Selain itu, pengalaman melaksanakan dan menyertai bengkel seperti ini sangat wajar untuk dikuasai bagi memperlengkapkan diri untuk menghadapi rutin harian sebagai seorang guru yang berilmu dan berpengetahuan luas. Tugasan program bengkel telah dilaksanakan oleh guru-guru pelatih DPLI MT/PM Semester 2 2012 dengan kerjasama Jabatan Sains Sosial dibawah proforma

subjek Pendidikan Alam Sekitar dan disertai oleh 89 orang guru-guru pelatih DPLI Semester 2 2012. Proses dimulakan dengan taklimat khas oleh Dr. Nagamah sebagai penyelaras Kursus Pendidikan Alam Sekitar, perlantikan JK, perbincangan bersama Penyelaras JK Perlaksana iaitu Puan Hajah Hanunah, beberapa siri perbincangan dan mesyuarat sehinggalah perlaksanaan program. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengerusi JK Perlaksana bengkel tersebut. Setelah itu, beberapa sesi perbincangan dan mesyuarat dipengerusikan bagi memastikan setiap ahli memahami tugas masing-masing dalam usaha untuk memastikan program dapat dilaksanakan dengan baik. Hasil mesyuarat telah memutuskan untuk melaksanakan Ceramah Gaya Hidup Lestari, Latihan Dalam Kumpulan (mencipta bahan-bahan P&P dari bahan terbuang), Pembentangan Kumpulan dan Majlis Perasmian Penutup Bengkel Gaya Hidup Lestari sebagai acara sepanjang bengkel berlansung. Bengkel Gaya hidup Lestari selama satu hari telah dirancang dan berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Hamdan, IPG Kampus Tuanku Bainun pada 19 September 2012. Pelbagai aktiviti telah berjaya dianjurkan iaitu Ceramah Gaya Hidup Lestari, Latihan Dalam Kumpulan (mencipta bahan -bahan P&P dari bahan terbuang), Pembentangan Kumpulan dan Majlis Perasmian Penutup Bengkel Gaya Hidup Lestari. Saya sebagai pengerusi bertindak sebagai moderator dalam memastikan tentatif program diikuti dan sebarang permasalahan bagi setiap JK dapat diselesaikan bagi melancarkan perlaksanaan program tersebut. Program bermula dengan Ceramah Gaya hidup Lestari yang telah disampaikan oleh 2 orang penceramah jemputan iaitu Encik Don dan Madam Myleen. Saya bertanggungjawab untuk menyambut, mengiringi dan membantu penceramah sepanjang ceramah perjalanan aktiviti tersebut. Program diteruskan dengan LDK iaitu mencipta bahan bantu mengajar menggunakan bahan kitar semula dan pembentangan kumpulan terlibat. Bagi aktiviti tersebut saya bertindak sebagai pemerhati dan moderator bagi memastikan program tersebut berlansung seperti yang dirancang. Program diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutupan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Tuan Haji Daud bin Md Saman. Saya bertindak untuk memastikan semua JK melaksanakan tugas masing-masing disamping berperanan untuk menjemput dan mengiringi Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan Sains Sosial Encik Aznan Harun sepanjang majlis berlansung. Dalam majlis tersebut saya juga telah menyampaikan ucapan alu-aluan Pengerusi Bengkel, Mengetuai Bacaan Ikrar Lestari, Mengetuai

Majlis Menandatangani Ikrar Lestari bersama Pengerusi Projek yang lain, mengiringi Perasmi dan Ketua Jabatan sepanjang majlis termasuklah dalam perlaksanaan Gimik Perasmian dan Penyampaian Hadiah/Cenderahati. Sepanjang program tersebut rakan guru pelatih DPLI MT/PM dan para peserta bengkel telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Contohnya, semua 89 guru pelatih DPLI Sem 2 2012 memberikan kerjasama yang baik bersama-masa JK bengkel hadir sehari sebelum perlaksanaan bengkel dan mengecop tapak tangan tanda menyokong Gaya Hidup Lestari. Kesemua pelatih juga menunjukkan disiplin dan komitmen yang baik kerana hadir awal dan bersungguh-sungguh dalam setiap aktiviti bengkal. Saya bersama dengan JK Induk dan JK perlaksana yang lain telah berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan program yang dirancang berjalan dengan jayanya. Untuk itu, saya sangat berterima kasih kepada semua JK yang bertugas dibawah saya dan seluruh peserta kerana tanpa usahasama yang erat dan komunikasi yang baik sesama rakan pelatih, program yang dirancang ini tidak mungkin akan berjaya seadanya. Saya amat berpuas hati dengan prestasi semua JK Perlaksana dan usaha mereka itu pasti menjadi perkara yang sentiasa diingati dan dikenang. Tugasan yang diberikan amat baik dan bersesuaian dengan matlamat Kursus Pendidikan Alam Sekitar ini. Saya amat berterima kasih kepada para pensyarah Jabatan Sains Sosial dan Pensyarah Subjek iaitu Puan Hajah Hanunah atas jasa mereka yang tidak jemu membimbing kami dalam menjayakan tugasan ini. Melalui tugasan ini bakal guru berjaya didedahkan dengan program yang sangat bermanfaat. Hal ini amat bertepatan dengan matlamat Institut untuk melahirkan bakal guru yang cemerlang sahsiah dan ilmunya. Oleh yang demikian, saya menyokong penuh tugasan seumpamanya diteruskan bagi program ini dan diharap melaluinya setiap bakal guru berupaya untuk memperkasakan diri dalam mendidik murid-murid di sekolah kelak. Semoga dengan terlaksananya program ini, bakal guru dapat mengambil manfaat dan berjaya menguasai ilmu yang diperlukan selaras dengan keperluan guru untuk menjadi pendidik berkemahiran dan berupaya memelihara nama baik profesion perguruan.

Anda mungkin juga menyukai