Anda di halaman 1dari 10

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBEF 2703 KO-KURIKULUM


SEMESTER : MEI 2012 TUGASAN KURSUS KUMPULAN

NAMA NO. IC NO.MATRIK NO. TEL.

: MISRAM BIN ABDULLAH : 770102-01-8131 : 770102018131001 : 0179483240

Tarikh Hantar Tutor

: 15 hb. Ogos 2012 : Tengku Noor Kasmelia bt Tengku Ibrahim

Learning Centre

: Pusat Pembelajaran Terengganu Kampus UITM Chendering Kuala Terengganu, Terengganu.

BIODATA

BIODATA

NAMA NO K/P NO. MATRIK NAMA SEKOLAH

: MISRAM BIN ABDULLAH : 770102-01-8131 : 770102018131001 : SK KG BAHARU FELDA NERAM 1 24060 CHENEH KEMAMAN.

PENG. MENGAJAR : 7 TAHUN OPSYEN KELULUSAN : PM/PL : DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA MALAYSIA 2003 - 2005 MAJOR SMP : BAHASA MELAYU

JURNAL PENULISAN REFLEKTIF

Refleksi Mingguan

Minggu Pertama Ini adalah minggu di mana aku dan guru-guru mengadakan mesyuarat kali pertama bagi membincangkan tentang perancangan aktiviti ko kurikulum iaitu kejohanan sukan, padang, dan balapan SKSG yang akan diadakan pada 2012.Pada mesyuarat tersebut, aku dan guru-guru membincangkan tentang penetapan tarikh, masa dan tempat program tersebut yang dicadangkan akan berlangsung pada bulan Julai.Pada mesyuarat kali ini setiap guru memberi pandangan masing-masing mengenai acara yang akan diadakan.Untuk acara balapan dan padang, ramai dikalangan guru-guru bersetuju untuk mengekalkan acara seperti mana tahun-tahun sebelumnya.Dalam acara sukaneka pula, beberapa orang guru tidak berpuas hati dengan cadangan yang diberikan tentang acara yang akan diadakan seperti acara pakaian beragam dan membawa air dalam sudu. Kebanyakkan guru berpendapat aktiviti tersebut tidak berapa sesuai dan juga merupakan aktiviti yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Guru tersebut telah memberi cadangan agar dua acar tersebut ditukar dengan acara baru seperti acara Formula One dan Grand Prix. Kesemua guru bersetuju dengan cadangan yang telah diberikan.Walaubagaimanapun, mesyuarat ini merupakan peringkat awal kerana penetapan tarikh ,masa dan tempat belum diputuskan Cuma apa yang dibincang dalam mesyuarat ini adalah tentang acara yang akan diadakan dan juga persiapan mengenai latihan yang akan diadakan sebelum kejohanan bermula

Minggu Kedua Pada minggu ini, guru-guru serta murid-murid mengadakan sesi perjumpaan bersama rumahrumah sukan untuk membuat pemilihan mengenai acara yang bakal disertai oleh setiap murid mengikut rumah masing-masing.Situasi pada hari ini menjadi riuh rendah dengan murid-murid yang agak bising pada sesi pemilihan untuk acara pertandingan. Masing-masing mencalonkan nama mereka untuk menyertai acara.Aku sebagai guru baru di sekolah SKSG tidak berapa tahu sangat mengenai latar belakang murid-murid yang ingin menyertai acara yang dipertandingkan. Walaubagaimanpun, aku telah dibantu oleh seorang guru senior di mana beliau telah memberitahu tentang latar belakang murid-murid yang pernah menyertai acara pada tahun lepas.Aku berbincang dengan Pn. Zalia mengenai pemilihan murid dalam acara yang akan dipertandingkan.Aku telah mencatat beberapa nama orang murid yang dikenalpasti untuk menyertai acara dalam kejohanan ini.walaubagaimanapun, saringan perlu dibuat terlebih dahulu untuk memastikan peserta yang dipilih memmang betul-betul layak. Walaupun penat pada hari itu, tetapi hatiku amat gembira kerana murid-murid memberi kerjasama sepanjang sesi pemilihan dijalankan.

Minggu Ketiga Pada minggu ini ianya lebih kepada minggu untuk latihan kepada murid. Hampir ke semua murid hadir untuk sesi latihan dan pemilihan.Guru-guru juga turun ke padang untuk melihat latihan murid serta membuat pemilihan peserta. Namun apa yang tidak aku sangka pada hari ini ialah satu kejadian yang tidak diingini berlaku di mana seorang murid perempuan terjatuh ketika menyertai latihan acara larian.Lututnya dan tangannya berdarah kerana terkena batu-batu kecil di atas padang.Aku pada masa itu berasa panik lalu mendapatkan beberapa orang guru untuk membantu.Pada masa itu juga aku berasa risau kerana takut keluarga murid itu akan menyalahkanku mengenai kejadian yang telah berlaku kepada anaknya.Aku dengan segera menelefon keluarganya untuk memberitahu apa yang berlaku.Alhamdulilah, beberapa minit kemudian keluarga murid itu pun datang untuk mengambil anaknya untuk di bawa ke klinik.Ibubapa murid itu mengucapkan terima kasih kepadaku.Selepas itu, sesi latihan disambung semula sehingga jam 6 petang. Sebelum murid pulang, aku telah mengambil beberapa nama orang murid yang layak untuk menyertai acara padang dan balapan pada kejohanan ini.Bagiku insiden yang berlaku pada hari ini menjadi pengajaran buat diriku supaya mengingatkan murid-murid supaya lebih bersikap berhati-hati dan tindakan segera yang telah aku buat membuktikan keprihatinan serta tanggungjawab aku sebagai seorang guru.

Minggu Keempat Pada minggu ini, aku dan guru-guru menghadiri mesyuarat kali kedua mengenai pembentangan kertas kerja untuk kejohanan olahraga, balapan dan sukaneka 2012.Sepanjang perjalanan mesyuarat,berlaku sedikit perasaan tidak puas hati segelintir guru mengenai agihan tugas yang diberikan. Segelintir mereka menyatakan agar tugas-tugas yang berat akan digalas oleh guru lelaki. Walaubagaimanapun, penasihat iaitu Guru Besar tidak bersetuju dengan cadangan ini. Beliau berpendapat agar tugas yang diberikan sama rata. Maksudnya walaupun ianya seorang guru perempuan ianya tidak menjadi isu atau masalah sekiranya guru tersebut bertugas di padang. Cuma apa yang diharapkan oleh penasihat supaya pengerusi akan membuat sistem giliran untuk cikgu-cikgu bertugas pada masa akan datang.Maksudnya di sini penasihat mahukan agar semua guru merasa setiap tugas yang diberikan dan tidak hanya bergantung kepada guru yang sudah mempunyai pengalaman. Kata penasihat lagi, paling tidak pun seseorang guru itu mempunyai pengalaman dalam tugas baru yang diberikan.Idea yang diberikan penasihat itu diterima oleh semua guru tanpa sebarang bantahan.Dikalangan mereka pun berasa amat puas hati atas cadangan yang diberikan oleh penasihat.Memandangkan aku guru baru di sekolah itu, aku menerima sahaja tugas yang diamanahkan. Bagiku semua tugas itu tidak menjadi masalah buatku.Mengenai perancangan belanjawan kejohanan pula, pengerusi membentangkan cadangan tersebut dan dipersetujui oleh semua guru Cuma yang menjadi masalah sekarang ini sumber kewangan sekolah yang terhad. Walaubagaimanapun, penasihat akan meminta sedikit bantuan kewangan daripada pihak PIBG dan juga sumber-sumber luar seperti syarikat-syarikat swasta

yang berdekatan. Apa yang diharapkan oleh beliau adalah semoga program yang dirancangkan ini akan berjalan dengan lancar. Alhamdulilah mesyuarat pada petang ini berakhir dengan baik tanpa ada perasaan tidak puas hati dikalangan guru-guru.

Minggu Kelima Pada perjumpaan kali ini, aku dan guru-guru bertugas sekali lagi membuat perjumpaan bersama murid pada petang itu untuk sesi latihan dan pemilihan.Pada kali ini aku dan guru-guru bertugas memilih dan menyusun murid-murid yang layak untuk acara 100 M, 200 M, 4 x 100 M, lontar peluru dan juga lompat jauh. Apa yang masalah di sini ialah peserta yang menyertai kejohanan ini adalah orang yang sama. Oleh sebab itu, aku dan guru-guru berbincang serta memberi pandangan masing-masing. Sebagai contohnya dalam acara 4 x 100 M, aku dan guru-guru berbincang mengenai susunan peserta memandangkan ada dikalangan mereka yang menyertai acara-acara lain sebelum itu dan memerlukan rehat dan stamina yang cukup untuk acara seterusnya. Alhamdulilah, dalam perbincangan ini aku dan guru-guru telah membuat keputusan untuk memilih dan menentukan susunan murid-murid yang sepatutnya.Walaupun penat, aku melihat murid-murid amat gembira dengan latihan yang mereka jalankan pada hari ini.Latihan pada hari ini berakhir pada jam 6 petang.Alhamdulilah pada petang aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.Guru-guru yang bertugas juga memberi kerjasama sepanjang latihan diadakan.

Minggu Keenam Pada minggu ini, susulan mesyuarat mengenai perkembangan Kejohanan Sukan, Balapan dan Padang diadakan. Setiap ketua rumah sukan membentangkan perkembangan tentang aktiviti latihan yang telah dijalankan.Masing-masing membuat laporan mengenai latihan yang telah dijalankan.Apa yang disuarakan oleh ketua rumah-rumah ialah mengenai peralatan yang tidak cukup semasa sesi latihan dan juga tentang keselamatan murid-murid.Cikgu Nazri mencadangkan agar venue acara lari dalam guni ditukar ke kawasan di dadapan kantin.Beliau berpendapat kawasan itu lebih selamat berbanding tempat sebelumnya yang berbatu dan berdekatan dengan tempat pelupusan sampah.Ianya amat tidak sesuai kerana mendatangkan ketidakselesaan seperti bau yang busuk.Pengerusi amat bersetuju dengan cadangan En. Nazri dan kawasan kantin menjadi lokasi baru pertandingan.Saya pula mencadangkan agar guru-guru yang bertugas semasa sesi latihan dibekalkan dengan peti kecemasan dengan peralatan perubatan yang mencukupi.Tuan pengerusi bersetuju dengan cadangan saya dan beliau mengarahkan agar ketuaketua rumah sukan mengambil peti kecemasan di biliknya. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan.Alhamdulilah syukur kehadrat Ilahi mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang bakangan daripada

guru-guru yang menghadiri mesyuarat.Segala permasalahan juga dapat diselesaikan dengan cara yang baik.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Minggu Ketujuh Pada minggu ini, aku dan guru-guru mula sibuk membuat perancangan tentang hari kejohanan.Aku dan guru-guru mula berbincang tentang persiapan, barang-barang yang diperlukan dan juga makanan dan minuman untuk murid.Aku dan guru-guru bersetuju untuk memungut RM 2.00 daripada murid-murid untuk makanan dan minuman mereka pada hari kejohanan tersebut.Aku telah diberi kepercayaan untuk menguruskan makanan dan minuman murid-murid.Guru-guru mencadangkan agar air mineral, roti dan mee hoon disediakan untuk sarapan pagi murid.Semua guru bersetuju dengan menu sarapan itu.Mengenai barang-barang untuk hiasan rumah sukan pula, aku dan guru-guru bersetuju untuk memungut RM 10 setiap seorang untuk membeli barang-barang keperluan untuk hiasan rumah.Perjumpaan pada kali ini lebih kepada taklimat mengenai persiapan rumah sukan yang diadakan lebih kurang 30 minit sahaja.Alhamdulilah perjumpaan pada kali ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang bakangan daripada mana-mana guru.Aktiviti latihan diadakan seperti biasa mengikut jadual acara yang telah ditetapkan.Walaupun aku berasa sedikit letih, tetapi aku berasa amat gembira menjalankan aktiviti yang telah diamanahkan.

Minggu Kelapan Hari kejohanan sebenar hanya tinggal 2 Minggu sahaja lagi. Aku dan guru-guru mula sibuk membuat persiapan. Tugas yang telah diamanahkan telah digalas oleh semua guru dengan baik.Ada yang sibuk menyediakan borang untuk peserta, membuat buku program, membuat surat-surat jemputan, mencetak sijil, menyusun medal, membungkus hamper dan sebagainya.Dalam masa yang sama juga beberapa orang guru sedang sibuk di padang untuk membuat trek dan persiapan tempat untuk acara padang.Walaupun aku sibuk atau pun jadual kelas aku padat, sekiranya ada kelapangan masa aku pun turut serta membantu kawan-kawan di padang atau membuat kerja-kerja lain yang berkaitan dengan persediaan kejohanan.Pada minggu ini ada sedikit masalah di mana peralatan sukan tidak mencukupi seperti skitel, stopwatch, pundi kacang, terompah gergasi, kon besar dan kecil dan juga peralatan-peralatan lain.Aku telah memberitahu perkara ini kepada penyelaras program iaitu En. Afsanisham dan beliau berkata akan memaklumkan perkara ini kepada penasihat.Di dalam hatiku berharap agar barang-barang yang diperlukan ini cukup untuk hari kejohanan nanti.Alhamdulilah masalah dapat diselesaikan apabila pengerusi meminta aku dan kawan-kawanku mengambil barang barang keperluan ini dibiliknya.Rupa-rupanya pengerusi tidak mengeluarkan barang-barang tersebut kerana belum direkodkan lagi.Dalam masa yang sibuk itu, aku telah merekod barang-barang tersebut sebelum dikeluarkan.Aku rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana segala kelengkapan untuk acara sukaneka

sudah tersedia ada sebelum hari kejohanan.Bagiku persediaan sesuatu perkara itu amat penting kerana ianya melancarkan sesuatu kejohanan atau program yang diadakan.

Minggu Kesembilan Minggu ini merupakan minggu terakhir latihan peseta kejohanan.Para peserta menunjukkan bakat mereka masing-masing.Segala persiapan di padang seperti trek balapan dan juga venue acara sudah selesai.Satu mesyuarat khas telah diadakan sebelum aktiviti temasya kejohanan ini dirasmikan. Penyelaras program, ketua-ketua rumah dan semua Ajk yang terlibat dalam program ini membentangkan persiapan mereka masing-masing. Penasihat program iaitu tuan guru besar amat berpuas hati dengan persiapan yang telah dibuat oleh guru-guru SKSG.Aku sebagai guru berasa amat gembira kerana mempunyai guru besar seperti beliau.Beliau amat mengambil berat tentang sesuatu perkara dan selalu bersama-sama guru atau murid menjayakan program yang dijalankan.Beliau juga sering menjaga kabajikan guru-gurunya.Nasihat beliau agar guru bersama-sama bekerjasama dalam menjayakan program kejohanan ini.Dalam minggu-minggu terakhir ini, beliau sering turun ke padang untuk melihat dan memantau segala persiapan dan juga aktiviti latihan acara yang dijalankan oleh guru-guru.Tiada sebarang komen yang negatif beliau berikan sebaliknya memberi kata-kata semangat kepada guru-guru dan murid-murid dalam menjayakan temasya pada kali ini. Aku berasa amat gembira dan tidak sabar-sabar untuk menunggu hari kejadian yang sebenar.Begitu juga dengan murid-murid yang mengambil acara dan membuat persembahan tidak sabar-sabar lagi untuk menunjukkan bakat mereka masingmasing.

Minggu Kesepuluh Ini adalah minggu terakhir persiapan kejohanan. Aktiviti sukantara telah diadakan pada waktu petang untuk ahli-ahli setiap rumah untuk mengumpul mata bagi rumah sukan mereka masingmasing.Walaupun temasya sebenar belum lagi bermula, sorakan dan kata-kata semangat daripada ahli-ahli rumah sukan telah membuatkan suasana yang agak riuh-rendah daripada murid-murid.Guru-guru rumah sukan juga turut turun pada padang untuk memberi sokongan kepada ahli-ahli rumah sukan mereka. Acara sukantara ini dijalankan selama 2 hari bermula pada jam 2.30 5.30 petang.Acara ini tidak dijalankan pada waktu pagi kerana tidak mahu mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Pada minggu ini satu insiden telah berlaku di mana salah seorang guru rumah sukan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan. Aku melihat sendiri bagaimana insiden itu berlaku.Ianya bagaikan satu pergaduhan kecil berlaku antara guru.Guru tersebut tidak berpuas hati kerana salah seorang pengadil mengatakan batal kepada murid dalam acara lontar peluru.Kalau diikutkan memang lontaran peserta itu batal kerana teknik lontaran yang tidak betul. Dengan bantuan guru-guru lain yang bertugas, mereka memperjelaskan peraturan acara tersebut. Guru yang tidak berpuas hati itu

terpaksa akur dengan pandangan dan keputusan beberapa orang pengadil. Apa yang aku berasa amat terharu, guru tersebut meminta maaf atas sedikit kekasaran yang telah beliau lakukan terhadap guru yang menjadi pengadil tadi.Alhamdulilah, segala perkara-perkara yang tidak diingini dapat doselesaikan dengan cara yang baik.Pada hari ini, murid-murid berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing untuk memberikan sokongan kepada murid-murid yang mengambil bahagian. Acara ini berakhir pada jam 5.30 petang.Walaupun diriku berasa sungguh letih, tetapi hatiku berasa amat gembira kerana dapat bersama-sama guru dan murid dalam menjayakan aktiviti pada petang ini.Aku juga berasa tidak sabar lagi untuk menunggu hari perasmian temasya kejohanan

Anda mungkin juga menyukai