Anda di halaman 1dari 13

Tarikh : 25 J un 2014

Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi


Tajuk : Ceramah Pemanatapan Akidah Ahli Sunnah Wal J amaah
Pensyarah Pembimbing : Ustazah Saidah Khadijah Bt. Ahmad

Catatan Aktiviti :
o Perhimpunan dikendalikan oleh Pasukan Pandu Puteri Kadet (PPK).
o Persembahan oleh pasukan PPK berkenaan dengan logo PPK yang terdapat
dalam bendera PPK.
o Ucapan oleh Encik Ismail Thani, Ketua Penyelaras UBF.
o Terdapat dua lagi tambahan unit beruniform iaitu Pengakap dan Kadet Remaja
Sekolah daripada kumpulan PISMP GSTT Semester 3.
o Selesai perhimpunan, semua ahli diminta untuk bergerak ke Dewan Tan Sri
Suffian Koroh bagi mengikuti sesi ceramah Pemantapan Akidah Ahli Sunnah
Wal Jamaah yang disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari luar.

Refleksi :

Semua ahli PPIM diminta untuk menghadiri satu sesi ceramah yang bertajuk
Pemanatapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dikendalikan oleh Unit JAPIM
IPG Kampus Keningau bertempat di Dewan Tan Sri Sufian Koroh setelah selesai
perhimpunan UBF. Ramai peserta dari luar yang turut menghadiri ceramah tersebut
antaranya ustaz dan ustazah daripada Tambunan, pelajar IPDAS dan ramai lagi.

Pada pendapat saya, program seperti ini adalah satu peluang yang sangat baik
dan akan merasa rugi sekiranya saya tidak memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Banyak ilmu baharu yang saya perolehi melalui ceramah ini yang banyak menekankan
berkenaan dengan akidah dan ajaran sesat yang kian berleluasa pada masa ini.
Ceramah ini disampaikan oleh Ketua Mufti Sabah. Beliau merupakan orang yang hebat
dalam bidang ini. Oleh yang demikian, saya sangat bersyukur kerana dapat menghadiri
ceramah ini.

Sebagai bakal guru, kita perlu memastikan bahawa akidah yang kita pegang
dan bawa adalah benar dan tidak terpesong daripada syariat Islam. Hal ini penting agar
kita dapat memberi didikan agama yang benar kepada anak anak murid kita kelak.
Secara kesimpulannya, saya dapat mempelajari dan memperolehi banyak ilmu baharu
sepanjang menghadiri sesi ceramah tersebut. Saya amat berharap agar dapat
menyertai program program ilmiah seperti ini pada masa akan datang.
Minggu 1






Tarikh : 2 J ulai 2014
Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi
Tajuk : Simpulan dan Ikatan
Pensyarah Pembimbing : Ustazah Saidah Khadijah Bt. Ahmad

Catatan Aktiviti :

o Perhimpunan dikendalikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (
BSMM).
o Persembahan oleh Unit BSMM yang berkaitan dengan jenis-jenis angkatan
yang boleh digunakan semasa pertolongan cemas.
o Ucapan oleh Encik Ismail Thani, Ketua Penyelaras UBF, IPG Kampus Keningau.
o Selesai perhimpunan, semua ahli PPIM berkumpul di kelas Babalitan untuk
perjumpaan seterusnya.
o Penerangan berkenaan dengan Proforma PPIM oleh pensyarah pembimbing.
o Menjalankan teori dan amli berkenaan dengan tajuk simpulan dan ikatan.

Refleksi :

Perjumpaan minggu ini dikendalikan oleh Ustazah Saidah Khadijah.Semasa
perjumpaan tersebut, beliau menerangkan dan memberi pendedahan kepada kami
berkenaan dengan Proforma PPIM. Setelah itu, kami mempelajari tentang teori ikatan
dan simpulan. Ustazah juga memberikan nota dalam bentuk powerpoint berkenaan
dengan teori tersebut. Kami juga diberi penekanan berkaitan cara penjagaan tali agar
ianya tidak mudah rosak. Sebelum ini, saya juga telah didedahkan dengan ikatan dan
simpulan semasa PPISMP Semester 2 dalam melaksanakan program Sukan dan
Rekreasi di TVRC, Tambunan. Kami didedahkan dengan jenis-jenis dan cara simpulan
tersebut. Pengalaman ini memberi pengukuhan kepada saya atas apa yang telah saya
pelajari dulu ketika berada di PPISMP.

Sebagai seorang bakal guru, pengetahuan ini amat penting kerana kita akan
mengajarkan perkara yang sama kepada anak anak murid kita kelak. Ikatan dan
simpulan ini bukan sahaja boleh digunakan dalam aktiviti perkhemahan malahan boleh
digunakan dalam kehidupan seharian kita. Seperkara lagi, pengetahuan ini amat
berguna kepada bakal guru yang akan mengajar di kawasan pedalaman. Mereka boleh
menggunakan pengetahuan ini semasa menghadapi situasi yang memerlukan kita
untuk mengaplikasikannya.
Minggu 2








Tarikh : 05 J ulai 2014
Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi
Tajuk : Simpulan & Ikatan dan Gajet
Pensyarah Pembimbing : Ustazah Saidah Khadijah Bt. Ahmad

Catatan Aktiviti :

o Kuliah ganti yang dilaksanakan pada hari Sabtu. Menggunakan jadual hari
Rabu. Kuliah ganti ini sempena dengan cuti berganti Hari Raya.
o Perhimpunan UBF tidak dilaksanakan pada hari ini. Setiap UBF dibenarkan
membuat perjumpaan lebih awal.

Refleksi :


Perjumpaan minggu ini diteruskan dengan amali ikatan dan simpulan.
Beberapa jenis ikatan dan simpulan diajarkan lagi kepada semua ahli PPIM yang hadir.
Setelah itu, pembelajaran diteruskan dengan tajuk baharu iaitu pembinaan gajet.

Gajet adalah satu alatan atau benda yang dihasilkan daripada bambu dengan
menggunakan tali sebagai bahan penyambung atau pengikat. Kebiasannya, gajet
gajet ini digunakan semasa aktiviti perkhemahan bagi menggantikan barang barang
yang tiada ketika itu. Contoh gajet yang kami pelajari ialah rak kasut, rak menyimpan
piring, kerusi dan ampaian kain.

Pada pendapat saya, pengetahuan ini amat penting dan boleh diaplikasikan
apabila menjadi guru pembimbing UBF di sekolah nanti. Selain itu, sebagai bakal guru
haruslah dapat menguasai cara pembinaan gajet untuk diajar kepada anak didik pada
masa akan datang. Malahan, pengetahuan mengenai ikatan dan simpulan serta gajet
ini sangat bermanfaat semasa mengikuti perkhemahan sama ada semasa menjadi guru
pelatih mahupun sebagai guru kelak.







Minggu 3







Tarikh : 09 J ulai 2014
Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi
Tajuk : Kraftangan
Pensyarah Pembimbing : Ustazah Saidah Khadijah Bt. Ahmad

Catatan Aktiviti :

o Perhimpunan UBF kali ini diteruskan seperti biasa. Unit BSMM mengendalikan
perhimpunan tersebut.
o Perhimpunan khas dilaksanakan bersempena dengan majlis perpisahan
bersam Cik Fadzliaton yang akan berpindah ke IPG Kampus Ipoh dalam masa
terdekat.
o Unit BSMM membuat satu persembahan nyanyian untuk Cik Fadzliaton.
Persembahan yang mereka sampaikan sangat menarik.
o Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, Tuan Haji Baharom B. Mohd Noor
turut menyampaikan ucapan beliau yang lebih tertumpu kepada ucapan terima
kasih kepada Cik Fadzliaton atas khidmat beliau di IPG Kampus Keningau.

Refleksi :

Perjumpaan minggu ini diteruskan lagi dengan mempelajari tajuk baharu iaitu
cara membuat kraftangan. Ustazah mengajar kami cara cara untuk membuat
kraftangan dengan menggunakan manik dan dawai penyambung. Ustazah memulakan
aktiviti dengan menunjukkan kepada kami contoh contoh kraftangan yang dibuat
oleh beliau sendiri seperti bakul, daun, bunga hiasan dan bermacam macam lagi.
Kami terpegun melihat kesemua hasil kraftangan yang kelihatan amat menarik dan
cantik.
Setelah itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan jenis
kraftangan yang berlainan untuk dihasilkan. Kumpulan saya dikehendaki
menghasilkan kraftangan daripada manik yang berbentuk daun. Pada mulanya saya
menghadapi sedikit kesukaran kerana aktiviti tersebut merupakan pengalaman
pertama saya dalam menghasilkan kraftangan. Saya gembira dengan hasil tunjuk ajar
dan bantuan dari kawan dan ustazah saya mampu menghasilkan dua hasil kraftangan
berbentuk daun. Pada pendapat saya, pengetahuan seperti ini memberikan manfaat
kepada saya sebagai seorang bakal guru. Pengetahuan ini dapat saya praktikkan dan
tunjukkan kepada anak murid pada masa akan datang.
Minggu 4







Tarikh : 16 J ulai 2014
Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi
Tajuk : Masakan Solar
Pensyarah Pembimbing : Ustazah Saidah Khadijah Bt. Ahmad

Catatan Aktiviti :

o Perhimpunan dikendalikan oleh Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM).
o Persembahan yang dilakukan oleh unit PPIM berkaitan dengan ikatan dan
simpulan. Mereka menunjukkan beberapa contoh ikatan dan simpulan beserta
dengan cara membuatnya.
o Ucapan disampaikan oleh Tuan Haji Baharom B. Mohd Noor, Timbalan
Pengarah IPG Kampus Keningau
o Selesai perhimpunan, semua ahli PPIM berkumpul di kawasan perkarangan
pusat sumber IPG Kampus Keningau.
o Aktiviti diteruskan dengan amali masakan solar.

Refleksi :

Perjumpaan minggu ini dikendalikan oleh Ustazah Saidah Khadijah Bt. Ahmad
dan beliau akan membimbing kami untuk membuat amali masakan solar. Masakan
solar ini merupakan masakan yang tidak menggunakan api dan sering dilakukan
semasa aktiviti perkhemahan dalam hutan.

Aktiviti ini merupakan pengalaman pertama saya dalam membuat masakan
solar. Pertama, ustazah menerangkan cara cara untuk membuat masakan solar.
Aktiviti masakan solar ini dilakukan secara berkumpulan dan kemudian setiap
kumpulan akan diberi bahan masakan yang perlu disiapkan. Antara bahan yang
diberikan ialah telur, sosej, lobak, bawang dan lain-lain.

Secara keseluruhannya, pada pendapat saya aktiviti ini memberi manfaat
kepada saya kerana ianya amat berguna apabila kita berada dalam situasi yand darurat
contohnya semasa mengikuti perkemahan. Semua guru pelatih haruslah dapat
menguasai kemahiran ini dan mengaplikasikannya semasa menjadi guru pembimbing
Unit Beruniform di sekolah kelak.

Minggu 5







Tarikh : 23 J ulai 2014
Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi
Tajuk : J ahitan
Pensyarah Pembimbing : Ustazah Hamidah Bt. J usoh

Catatan Aktiviti :

o Perhimpunan dikendalikan oleh Kadet Remaja Sekolah ( KRS)
o Persembahan oleh Unit KRS
o Ucapan oleh Encik Subramaniam A/L Surinarayanan, Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Keningau.
o Selesai perhimpunan, semua ahli PPIM berkumpul di kelas Babalitan untuk
perjumpaan seterusnya.
o Menjalankan teori dan amali berkenaan dengan tajuk jahitan.

Refleksi :

Pada minggu ini, perjumpaan PPIM dikendalikan oleh Ustazah Hamidah Bt.
Jusoh. Ustazah mengajar kami tajuk baharu iaitu jahitan. Sebelum mempelajari teori
dan amali jahitan, ustazah memberikan sedikit tazkirah. Beliau menceritakan kisah
Nabi Muhammad yang menjahit bajunya sendiri apabila terkoyak. Baginda tidak
mengharapkan isterinya semata mata. Ustazah turut berpesan agar apabila ingin
memulakan sesuatu aktiviti menjahit niat di hati untuk mengikuti sunnah supaya
mendapat pahala.
Ustazah memulakan aktiviti dengan mendedahkan kami dengan pelbagai jenis
jahitan seperti jahitan kia, insang pari, sembat dan beberapa jenis jahitan lagi berserta
dengan tunjuk cara di hadapan kelas. Sebagai seorang pelajar dan anak, saya
berpendapat bahawa jahitan merupakan salah satu kemahiran yang amat berguna
untuk dipelajari dan diterapkan kepada golongan muda agar mereka dapat
mengaplikasikan dalam kehidupan mereka untuk menjadi insan yang berdikari.
Selain itu, sebagai bakal guru, kemahiran jahitan yang dipelajari dapat
diaplikasikan dan diajar kepada anak murid pada masa akan datang. Kemahiran jahitan
juga terdapat dalam sukatan mata pelajaran lain seperti Kemahiran Hidup serta Unit
Beruniform PPIM. Oleh yang demikian, tidak mustahil bakal guru pelatih akan menjadi
guru UBF dan guru Kemahiran Hidup suatu hari nanti.

Minggu 6





Tarikh : 06 Ogos 2014
Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi
Tajuk : Hiasan Kek
Pensyarah Pembimbing : Ustazah Saidah Khadijah Bt. Ahmad

Catatan Aktiviti :

o Perhimpunan dikendalikan oleh Unit Pengakap.
o Persembahan yang dipersembahkan oleh unit Pengakap berkaitan dengan
jenis jenis ikatan dalam pertolongan cemas yang dapat digunakan.
o Ucapan oleh Encik Subramaniam A/L Soorinayanan, Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Keningau diikuti dengan ucapan daripada Puan Pengarah IPG
Kampus Keningau.
o Selesai perhimpunan, semua ahli PPIM berkumpul di kelas Babalitan untuk
perjumpaan seterusnya.
o Menjalankan amali menghias kek.

Refleksi :

Perjumpaan minggu ini dikendalikan oleh Ustazah Saidah Khadijah di mana
beliau mengajar kami cara untuk menghias kek. Hampir kesemua ahli PPIM tahu cara
untuk menghias kek. Kami semua amat gembira dan tidak sabar untuk memulakan
amali menghias kek. Ustazah menyediakan bahan bahan yang akan digunakan untuk
kek seperti krim, sebiji kek, pisau pemotong kek dan kami diarahkan untuk membawa
bekas dan garfu untuk digunakan semasa memukul krim tersebut agar kembang
sebelum diletakkan di atas kek.

Aktiviti ini diadakan secara berkumpulan mengikut opsyen, TESL, Prasekolah
dan Bahasa Melayu dan setiap opsyen mendapat sebiji kek untuk dihias. Setiap
opsyen menunjukkan bakat dan kreativiti yang berbeza dalam menghias kek. Pada
pendapat saya, pengalaman seperti ini sangat bermakna kerana kita dapat merasai
pengalaman sendiri mengenai cara untuk menghias kek jika dibandingkan dengan kita
menonton di televisyen. Tambahan pula, tidak semua ahli PPIM berpeluang untuk
merasai pengalaman ini jika tidak menyertai Unit PPIM kerana segelintir individu
berpendapat bahawa menghias kek merupakan satu kerja yang agak rumit dan remeh
tetapi hakikatnya ianya amat mudah dan memerlukan kesabaran serta kreativiti. Selain
itu juga, aktiviti ini dapat membantu kami mempertingkatkan nilai kerjasama antara ahli
PPIM yang lain.
Minggu 7






Tarikh : 13 Ogos 2014
Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi
Tajuk : Masakan Ala Rimba
Pensyarah Pembimbing : Puan Norhayati Bt. Idris

Catatan Aktiviti :

o Perhimpunan dikendalikan oleh Unit Pandu Puteri Kadet.
o Persembahan oleh Unit PPK berkenaan dengan masakan solar. Unit PPK
menunjukkan cara cara membuat puding roti menggunakan dapur solar dan
persembahan mereka diakhiri dengan persembahan nyanyian.
o Ucapan oleh Tuan Haji Baharom bin Mohd Noor, Timbalan IPG Kampus
Keningau.
o Selesai perhimpunan, semua ahli PPIM berkumpul di kelas Babalitan untuk
perjumpaan seterusnya.
o Mempelajari teori berkenaan dengan masakan ala rimba.

Refleksi :

Pada minggu ini, perjumpaan PPIM diteruskan lagi di bawah kendalian Puan
Norhayati bt. Idris. Ahli ahli PPIM didedahkan lagi dengan satu kaedah masakan
selain solar cooking iaitu masakan ala rimba atau turut dikenali sebagai ikhtihar
hidup dan masakan survival. Pensyarah pembimbing menerangkan dengan mendalam
bagaimana untuk memasak dalam keadaan berkhemah di hutan dengan menggunakan
kaedah masakan ini.
Kaedah ini boleh digunakan oleh peserta - peserta semasa menyertai
perkhemahan kerana mungkin pada ketika itu peralatan untuk memasak tidak
mencukupi seperti dapur dan gas untuk memasak. Oleh itu mereka perlu
menggunakan kaedah ini untuk memasak. Bagi saya pendedahan tentang aktiviti ini
sangat penting kerana memberi murid atau saya sendiri dalam menghadapi segala
kemungkinan ketika berada dalam aktiviti perkhemahan. Pengetahuan dan
pendedahan seperti ini amat penting dan dapat diaplikasikan apabila kita berada di
situasi yang memerlukan kita menggunakan kaedah ini. Sebagai bakal guru, kita perlu
mendedahkan tentang masakan ala rimba, kegunaannya dan cara untuk
mengalikasikannya kepada anak anak murid. Selain itu, melalui aktiviti ini kreativiti
guru pelatih dapat ditingkatkan. Kreativiti penting untuk menghasilkan masakan ala
rimba yang menarik.
Minggu 8







Tarikh : 20 Ogos 2014
Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi
Tajuk : Kursus PPIM
Pensyarah Pembimbing : Puan Afinah A.D Matsud
Puan Norhayati bt. idris

Catatan Aktiviti :

o Perhimpunan dikendalikan oleh Pergerakan Puteri Islam Malaysia ( PPIM )
o Persembahan mestamu bertemakan Kemerdekaan oleh Unit PPIM
o Ucapan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, Tuan Haji
Baharom b. Mohd Noor.
o Selesai perhimpunan, semua ahli PPIM berkumpul di kelas Babalitan untuk
perjumpaan seterusnya.
o Perbincangan berkenaan dengan kursus PPIM.

Refleksi :

Pada minggu ini, perjumpaan PPIM dihadiri oleh Puan Norhayati dan Puan
Afinah di mana mereka ingin membincangkan tentang kursus PPIM. Kursus PPIM akan
diadakan di IPG Kampus Keningau selama 3 hari 2 malam, bermula dari hari Jumaat (
6/9/2014 ) sehingga hari Ahad (8/9/2014 ). Pensyarah pembimbing unit PPIM dari IPG
Kampus Keningau yang akan mengendalikan setiap slot semasa kursus tersebut
berlangsung. Kami turut didedahkan serba sedikit berkenaan dengan perjalanan
kursus tersebut dan tugasan yang perlu kami lakukan semasa dan sebelum kursus
tersebut.
Kami akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan
dikehendaki menyediakan Rancangan Pengajaran Harian mengikut tunjang yang
diberikan.
Kursus ini akan memberikan pentauliahan kepada kami untuk menjadi guru
pembimbing Unit PPIM di sekolah kelak. Saya berazam untuk menggunakan peluang
ini dengan sebaik mungkin agar dapat menjadi pemimpin yang berkualiti apabila saya
memegang jawatan sebagai guru pembimbing PPIM nanti.




Minggu 9









Tarikh : 27 Ogos 2014
Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi
Tajuk : Permainan Tradisional
Pensyarah Pembimbing : Ustazah Hamidah Bt. J usoh

Catatan Aktiviti :

o Perhimpunan dikendalikan oleh Kadet Remaja Sekolah ( KRS)
o Persembahan oleh Unit KRS berkenaan dengan pakaian seragam ahli KRS.
o Ucapan oleh Encik Ismail B. Thani, Penyelaras UBF IPG Kampus Keningau.
o Selesai perhimpunan, semua ahli PPIM berkumpul di kelas Babalitan untuk
perjumpaan seterusnya.
o Aktiviti berkumpulan iaitu merancang permainan tradisional untuk
dipersembahkan semasa kursus PPIM.

Refleksi :

Perjumpaan diteruskan seperti biasa dan dikendalikan oleh Ustazah Hamidah
bt. Jusoh. Ustazah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan di mana setiap
kumpulan terdiri daripada lima orang ahli. Setiap kumpulan perlu memilih satu jenis
permainan tradisional dan akan dipersembahakan semasa kursus PPIM. Kumpulan
saya memilih permainan Ting-Ting. Semasa kursus PPIM kumpulan kami akan
mengendalikan permainan ini di mana kami akan menjadi pengelola permainan dan
ahli kumpulan lain akan menjadi peserta permainan ini. Pada masa yang sama, ustazah
turut mengarahkan kami untuk menghafal lagu PPIM dan asmaul husna bagi
memastikan kami semua lancar semasa menyanyikan lagu PPIM dan zikir asmaul
husna.

Secara kesimpulannya, perjumpaan kali ini memberi satu pengetahuan baharu
kepada saya iaitu berkaitan dengan permainan tradisional. Pada pendapat saya,
permainan tradisional yang sedia ada perlu diberikan nafas baru agar ia mampu
menarik perhatian generasi muda pada masa kini agar permainan ini tidak pupus
ditelan zaman. Saya juga menyukai cara ustazah yang meminta kami untuk menghafal
asmaul husna. Hal ini kerana, asmaul husna bukan sahaja perlu dihafal dan diketahui
oleh ahli PPIM tetapi juga sebagai individu muslim.
Minggu 10








Tarikh : 03 September 2014
Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi
Tajuk : Persembahan Kebudayaan
Pensyarah Pembimbing : Ustazah Hamidah Bt. J usoh

Catatan Aktiviti :
o Persembahan dikendalikan oleh Pengakap
o Persembahan berkenaan tepukan terima kasih dan yell
o Ucapan oleh Puan Rujinah Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau dan Encik
Ismail B. Thani, Penyelaras UBF IPG Kampus Keningau.
o Selesai perhimpunan, semua ahli PPIM berkumpul di kelas Babalitan untuk
perjumpaan seterusnya.
o Aktiviti berkumpulan iaitu merancang persembahan kebudayaan untuk
dipersembahkan semasa kursus PPIM.

Refleksi :
Perjumpaan minggu ini diteruskan seperti biasa dan dikendalikan oleh Ustazah
Hamidah bt. Jusoh. Sebelum kami memulakan perbincangan, Ustazah meminta kami
mengajukan soalan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. Kemudian, kami
dikehendaki duduk dalam kumpulan dan Ustazah menetapkan persembahan bagi
setiap kumpulan. Kumpulan saya dikendaki melakukan dua persembahan Qasidah
selama tidak kurang daripada 10 minit. Selain itu, antara persembahan yang akan
dijalankan ialah seperti nasyid, puisi dan lagu, teater muzikal dan lain-lain.
Setelah mengadakan sedikit perbincangan bersama ahli kumpulan, Ustazah
mengarahkan kami ke hadapan untuk memperdengarkan zikir asmaul husna, lagu
PPIM dan Surah Al-Fatihah secara individu. Pada pendapat saya, perjumpaan kali ini
memberikan pengetahuan baharu kepada saya terutama mengenai Qasidah. Qasidah
merupakan puisi, syair atau bait-bait tentang memuji Allah, rasul, para wali dan
sahabat. Qasidah juga adalah satu cara bagaimana kita melahirkan rasa cinta dan
rindu terhadap Allah, Rasulullah dan para wali Allah.
Walaupun saya masih belum menghafal sepenuhnya asmaul husna, namun
dengan dorongan Ustazah dan rakan-rakan saya akan tetap berusaha untuk
mengingatinya. Asmaul husna sangat berfaedah kerana mendapat pahala dan dapat
mengenal sifat-sifat Allah.

Minggu 11






Tarikh : 01 Oktober 2014
Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi
Tajuk : Pembentangan RPH dan Pengajaran Mikro
Pensyarah Pembimbing : Puan Afinah dan Ustazah Saidah Khadijah

Catatan Aktiviti :
o Persembahan dikendalikan oleh Pengakap
o Persembahan permainan Penyakit Berjangkit
o Ucapan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, Tuan Haji Baharom b.
Mohd Noor.
o Selesai perhimpunan, semua ahli PPIM berkumpul di kelas Prasekolah untuk
perjumpaan seterusnya.
o Pembentangan RPH dan pengajaran mikro oleh kumpulan 2 dan kumpulan 3

Refleksi :
Perjumpaan minggu ini diteruskan dengan melaksanakan pembentanga RPH
dan pengajaran mikro oleh setiap kumpulan mengikut bidang-bidang yang telah
ditetapkan. Pembentangan dimulakan dengan kumpulan 2 kerana kumpulan 1
kekurangan ahli kumpulan mereka. Tajuk bagi pengajaran kumpulan 2 adalah Sejarah
Rasulullah SAW. Antara aktiviti yang mereka laksanakan ialah seperti pengenalan
kepada biodata Rasulullah SAW, nyanyian nasyid dan pertandingan nasyid antara
kumpulan.
Pembentangan diteruskan oleh kumpulan 3 yang bertajuk pemakanan
seimbang. Antara aktiviti yang mereka laksanakan ialah piramid makanan, debat
mengikut kelas makanan antara kumpulan dan bacaan doa sebelum dan selepas
makan. Melalui pembentangan dan pengajaran mikro oleh kumpulan 2 dan 3, saya
dapat banyak ilmu pengetahuan. Sebagai bakal guru unit beruniform pada masa akan
datang haruslah menyediakan aktiviti dan bahan pengajaran yang kreatif agar murid
dapat mudah memahami isi pelajaran dan seronok semasa perjumpaan unit
beruniform.
Dalam masa yang sama, pengajaran mikro ini juga memberikan pengalaman
kepada guru pelatih untuk lebih bersedia sebagai bakal guru kelak. Di samping itu,
melalui kerja berkumpulan dapat memupuk semengat kerjasama antara ahli kumpulan.
Secara tidak langsung, telah membuatkan hubungan silaturrahim antara rakan-rakan
semakin rapat.

Minggu 13






Tarikh : 10 September 2014
Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi
Tajuk : Aktiviti sendiri
Pensyarah Pembimbing : Tiada

Catatan Aktiviti :
o Persembahan dikendalikan oleh Unit Pandu Putri Kadet
o Persembahan peragaan pakaian seragam PPK
o Ucapan oleh dan Encik Ismail Bin Thani, Penyelaras UBF IPG Kampus
Keningau.
o Selesai perhimpunan, semua ahli PPIM ke kelas masing-masing melakukan
aktiviti sendiri.

Refleksi :
Perjumpaan minggu ini tidak dapat dilaksanakan kerana semua pensyarah
pembimbing berada di luar kawasan. Mereka terlibat dengan aktiviti luar seperti
kursus, seminar dan lain-lain.
Oleh itu, semua ahli melakukan aktiviti sendiri seperti melengkapkan buku log dan
menyiapkan tugasan yang diberikan.

Minggu 12

Anda mungkin juga menyukai