Anda di halaman 1dari 14

TARIKH: 14 JUN 2017

MASA: 7:30 PAGI 9:30 PAGI

TAJUK: PENGENALAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM (PPIM)

TEMPAT: BILIK SIMULASI 2

NAMA GURU PEMIMPIN/PENCERAMAH/FASILITATOR

1. PUAN NORHAYATI BINTI IDRIS

CATATAN AKTIVITI

Mukadimah dimulakan dengan ucapan daripada guru penasihat iaitu Puan Norhayati
Binti Idris dengan memperkenalkan dirinya dan meminta semua ahli ppim untuk
memperkenalkan diri dan serba sedikit biodata diri masing-masing. Setelah
memperkenalkan diri Puan Norhayati menerangkan tentang etika yang perlu ada dalam
kalangan ahli PPIM. Puan Norhayati turut menerangkan sejarah ringkas PPIM, organisasi
PPIM, matlamat yang ingin dicapai melalui pergerakan PPIM di peringkat IPG.

Seterusnya ialah pembentukan ahli melalui suara majoriti tentang pemilihan ketua,
penolong serta biro-biro kecil. Pada minggu pertama ini kami lebih didedahkan dengan
pengetahuan ringkas tentang sejarah puteri Islam di IPG Kampus Keningau dan organisasi
yang dikendalikan pada tahun-tahun sebelumnya.

Kami juga membuat cabutan undi untuk menentukan bidang tugas yang akan kami
laksanakan untuk mengendalikan perhimpunan Unit Beruniform yang akan dikendalikan
oleh PPIM. Di saping itu kami diajar cara dan adab bersopan selaku ahli PPIM yang
membezakan kami dengan ahli unit beruniform yang lain serta boleh menunjukkan izah
serta kepimpinan pelajar muslimah di ipg ini.

REFLEKSI

Melalui aktiviti suai kenal pada minggu pertama ini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama
ahli PPIM kerana kami terdiri daripada opsyen yang berbeza. Walaupun dengan perkenalan
yang singkat tersebut dapat melihat kelebihan, kegemaran rakan-rakan yang berada dalam
pergerakan ini. Di samping itu dapat mendengar pengalaman yang telah dilalui oleh Puan
Norhayati sendiri selaku penasihat. Saya mendapat banyak maklumat baru yang diberikan
oleh guru penasihat serta cara berkomunikasi dengan baik dalam sesuatu kumpulan.
TARIKH: 21 JUN 2017

MASA: 7:30 PAGI- 9:30 PAGI

TAJUK: PENGENALAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM (PPIM)

TEMPAT:BILIK SIMULASI 2

NAMA GURU PEMIMPIN/PENCERAMAH/FASILITATOR

1. PUAN SAIDAH KHADIJAH BINTI AHMAD

CATATAN AKTIVITI

Perjumpaan UBF untuk PPIM pada kali ini ialah perjumpaan bersama dengan guru
penasihat iaitu Ustazah Saidah. Pada minggu ini Ustazah Saidah menerangkan visi dan misi
Pergerakan Puteri Islam sebagai wadah melahirkan puteri yang beriman , memiliki
kesepaduan dari segi spiritual , intelektual , emosi sosial dan fizikal berlandaskan prinsip-
pinsip Islam dan mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi terhadap keluarga , masyarakat
dan Negara. Ustazah Saidah menyatakan bahawa ahli PPIM tentang kebenaran Agama
Islam melalui aktiviti yang dijalankan. Puteri Islam haruslah merancang aktiviti yang
mencabar bagi melengkapkan puteri dengan pengetahuan dan kemahiran agar mampu
member sumbangan secara aktif dan positif.Beliau turut memberi penerangan tentang
kepentingan pendedahan PPIM untuk melahirkan pemimpin yang beridentiti dan
menunjukkan akhlak yang terpuji. Di samping itu juga pengenalan kepada logo serta
bendera PPIM.

REFLEKSI

Selaku ahli PPIM kami haruslah mengetahui struktur pentadbiran PPIM agar sewaktu
di sekolah nanti kami boleh mengendalikan serta boleh menjadi penasihat UBF yang baik.
Di samping itu juga melalui perjumpaan minggu kedua ini banyak pengetahuan tentang
PPIM yang diperoleh. Di samping itu juga logo serta bendera yang terdapat di dalam PPIM
haruslah difahami maksudnya manakala lagu PPIM haruslah dihayati dan dihafal oleh
kesemua puteri.
TARIKH: 5 JULAI 2017

MASA: 7:30 PAGI- 9:30 PAGI

TAJUK: GAJET PERKHEMAHAN DAN KEBUDAYAAN

TEMPAT: ASTAKA IPG KAMPUS KENINGAU

NAMA GURU PEMIMPIN/PENCERAMAH/FASILITATOR

1. ENCIK ISMAIL BIN THANI


2. ENCIK BUJANG BIN SABLI

CATATAN AKTIVITI

Ucapan pada minggu ketiga dimulakan dengan ucapan oleh Encik Ismail Bin Thani. Beliau
memberikan keterangan tentang penyediaan dan penjagaan khemah. Setiap ahli unit beruniform
haruslah memastikan penjagaan khemah dijaga dengan sebaiknya kerana khemah sangat rumit
untuk dijaga hal ini kerana setiap 3 bulan khemah harus dibuka. Beliau turut menyatakan terdapat
pelbagai jenis khemah antaranya ialah khemah V dan khemah Oval. Beliau turut memeberikan
pendedahan berkenaan dengan gajet serta tujuan gajet yang merupakan pengganti kepada perabot
yang ada di rumah. Gajet sangat penting untuk menguji dan mempraktikkan ikatan serta simpulan.
Gajet terdiri daripada gajet pintu,tower, tempat tinggal dan gajet dapur. Terdapat beberapa perkara
yang perlu ditekankan dalam pembuatan gajet antaranya ialah ringkas dan praktikal, senang dibina,
kukuh, diperbuat daripada bahan semulajadi, ikatan dan simpulan yang betul serta elakkan
menggunakan bahan-bahan yang buruk. Beliau meminta setiap UBF mencipta gajet dan ahli PPIM
diminta menyediakan 3 gajet.

Sesi yang seterusnya disampaikan oleh Encik Bujang Bin Sabli. Beliau menerangkan tentang
aspek kebudayaan yang perlu ada dalam perkhemahan serta kepentingannya dan katanya melalui
kebudayaan dapat melatih kepimpinan, dapat membina keyakinan diri, berani, mempunyai sifat
keterbukaan, dapat melatih sifat kerjasama serta saling menghargai sumbangan orang lain. Melalui
aktiviti kebudayaan juga boleh menghayati persembahan orang lain, dapat menghilangkan rasa
bosan, melatih dari aspek pengurusan masa serta mengikis rasa malu yang tidak bertempat. Beliau
turut mengajar kami beberapa lagu yang sesuai dinyanyikan semasa perkhemahan antaranya ialah
lagu Mendolo-Mendolo Dipapali. Aktiviti penerangan mengenai kebudayaan sangat
menyeronokkan dan setiap UBF dapat menggambarkan suasana aktiviti kebudayaan.

REFLEKSI

Melalui pendedahan aktiviti perkhemahan dan kebudayaan ini saya menyedari bahawa
seorang guru bukan hanya mengendalikan aktiviti akademik semata-mata tetapi skop bidang tugas
guru lebih luas daripada itu melalui perhubungan dengan masyarakat serta belajar cara untuk
survival di dalam hutan. Melalui penerangan yang diberikan oleh guru penasihat kami dapat
meningkatkan lagi kreativiti dalam memikirkan aktiviti sesuai semasa perkhemahan.
TARIKH: 12 JULAI 2017

MASA: 7:30 PAGI- 9:30 PAGI

TAJUK: MASAKAN SOLAR

TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN

NAMA GURU PEMIMPIN/PENCERAMAH/FASILITATOR

1. PUAN RAITI BINTI NAIMAN


2. PUAN NOEMI BINTI LINUS

CATATAN AKTIVITI

Pada minggu keempat kami melaksanakan aktiviti memasak menggunakan solar cooking.
Kami berbincang sesama ahli UBF untuk menyediakan menu masing-masing dan mengikut kaedah
yang telah dipelajari dalam penyediaan solar cooking. Kami hanya perlu memastikan dapur solar
cooking sentiasa menghadap matahari untuk memastikan bahan yang disediakan masak sempurna.
Kami meninggalkannya dan akan kembali melihat hasilnya selepas beberapa jam nanti. Cuaca pada
hari ini sangat tidak menggalakkan untuk meneruskan aktiviti ini pada awal paginya. Kami turut
berasa bimbang namun begitu setelah hampir tengahari cahaya matahari semakin terik dan harapan
kami makin cerah. Ahli PPIM telah memilih untuk memasak tpmyam dan pucuk ubi masak lemak cili
api. Kami bekerjasama untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan masing-masing
mempunyai peranan kerana kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setelah hampir
berapa jam masakan ditinggalkan di bawah panas matahari, kami memeriksa masakan masing-
masing dan ternyata hampir kesemuanya masak dengan sempurna. Kami menghidang masakan
yang telah dimasak dan merasa masakan bersama-sama dengan pensyarah. Pensyarah-pensyarah
membuat ulasa berdasarkan hasil masakan kami. Kami mendapat pujian kerana telah memasak
pucuk ubi masak lemak cili api dengan sedap walaupun tomyam kami tidak berapa menyerlah dari
segi warna.

REFLEKSI

Dapat saya simpulkan bahawa sebagai bakal guru penting untuk kita menyedari serta mempelajari
alternative-alternatif yang sesuai sekiranya kita mengadakan perkhemahan di dalam hutan dan sukar
untuk memasak. Maka melalui pendedahan solar cooking ini saya dapat mempelajari cara lain
memasak selain menggunakan dapur serta dapat mengaplikasikannya ketika saya telah menjadi guru
nanti.
TARIKH: 19 JULAI 2017

MASA: 7:30 PAGI- 9:30 PAGI

TAJUK: ORIENTERING DAN JALAN LASAK

TEMPAT: DEWAN TSSK

NAMA GURU PEMIMPIN/PENCERAMAH/FASILITATOR

1. ENCIK ISMAIL BIN THANI


2. ENCIK SUBRAMANIAM A/L SOORINARAYANAN

CATATAN AKTIVITI

Pada minggu kelima ini kami belajar kemahiran perkhemahan iaitu jalan lasak dan pandu
arah. Kami belajar tentang prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi semasa dalam aktiviti
pengembaraan serta alat-alat bantuan yang disediakan seperti kompas, radio amatur serta peta topo.
Kami diterangkah cara-cara penggunaan alatan ini oleh Encik Subra. Tujuan utama jalan lasak ialah
ketika perkhemahan atau aktiviti luar yang melibatkan perjalanan dari satu tempat ke suatu tempat
ekspedisi. Aspek penting yang dinilai ialah kecekapan pancaindera melalui penggunaan symbol, batu
ranting apa yang didengar dan apa yang dilihat melalui penglihatan. Di samping itu melalui
pengembaraan dapat melatih sifat sabar, ketabahan serta boleh mengadaptasikan diri dalam
keadaan yang serba kekurangan. Di samping itu juga dapat menghayati keindahan alam misalnya air
terjun serta hutan hujan tropika yang luas. Pada masa yang sama dapat melatih ahli-ahli UBF untuk
patuh kepada setiap arahan yang diberikan. Ahli-ahli UBF haruslah membuat persediaan contohnya
dengan meninjau laluan serta dapatkan kebenaran pihak sekolah untuk melaksanakan aktiviti jalan
lasak sekiranya telah ditempatkan di sekolah nanti. Guru juga haruslah memaklumkan kepada pihak
hospital, bomba dan polis tentang keberadaan mereka iaitu tempat aktiviti jalan lasak diadakan untuk
memudahkan pihak keselamatan membantu sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Kami juga
belajar cara menggunakan radio amatur, peta topo serta kompas. Di akhir sesi ini kami diberikan
beberapa tugasan oleh Encik Subra iaitu melakar peta IPG Kampus Keningau, mencari koordinat
pejabat pentadbiran dan beberapa latihan yang dikehendaki.

REFLEKSI

Selaku bakal guru kami perlu mahir menggunakan peta topo, radio amatur dan kompas agar
dapat mengahapi peristiwa yang sukar dijangkakan sekiranya mengadakan aktiviti di luar kawasan
sekolah yang luas atau di dalam hutan.Pengetahuan ini dapat membantu kami untuk mengutamakan
aspek keselamatan murid sewaktu berada di sekolah nanti.
TARIKH: 26 JULAI 2017

MASA: 7:30 PAGI- 9:30 PAGI

TAJUK: IKATAN, SIMPULAN TALI DAN KAWAD KAKI

TEMPAT: DEWAN TSSK

NAMA GURU PEMIMPIN/PENCERAMAH/FASILITATOR

1.PENSYARAH UBF PENGAKAP DAN PPK

CATATAN AKTIVITI

Pada minggu ini kami telah belajar ikatan, simpulan dan kawad kaki. Terdapat pelbagai jenis
ikatan namun kami hanya mempelajari beberapa jenis ikatan sahaja. Hal ini bagi memudahkan kami
untuk mengaplikasikan ikatan tersebut dalam kehidupan seharian. Ikatan dan simpulan merupakan
dua aspek yang berbeza namun memiliki fungsi yang hampir sama. Contohnya ikatan seraya dan
ikatan simpul manuk yang dibezakan melalui cara penghasilan ikatan dan penggunaan ikatan
tersebut. Semua ahli diajar cara untuk mengikut bagi memudahkan mereka menghadapi perkemahan
yang akan dijalankan.

Terdapat banyak ilmu baharu yang telah kami pelajari daripada pensyarah yang banyak
memberikan tunjuk ajar kepada kami. Setelah diterangkan cara-cara membuat ikatan kami diminta
sendiri untuk membuat ikatan tersebut bagi mengukuhkan lagi kefahaman kami. Antara ikatan yang
paling saya ingat ialah ikata manuk kerana ikatan ini bagi saya sangat mudah untuk diingat dan
diaplikasikan. Tambahan pula melalui pengajaran ikatan ini dapat memberikan kesedaran kepada
saya bahawa pentingnya mengetahui jenis ikatan dan kegunaannya keran selama ini saya hanya
mengikat menggunakan kaedah saya sendiri tanpa pengetahuan mengenai jenis ikatan. Dalam
aktiviti pada minggu ini juga banyak mengajar saya tentang kepekaan serta fokus. Hal ini kerana kita
haruslah fokus untuk mendapatkan ilmu pengetahuan agar kita benar-benar faham konsep yang ingin
disampaikan. Kami semua sangat fokus apabila pensyarah memberikan penerangan tentang cara
ikatan dan jenis-jenis ikatan. Di samping itu juga melalui aktiviti seperti ini dapat mengeratkan
hubungan antara pelajar dan juga pensyarah. Melalui aktiviti kawad juga banyak mengajar kami
tentang disiplin dan pentingnya mendengar arahan daripada ketua. Hal ini penting untuk diaplikasikan
semasa di sekolah nanti. Apabila kita tidak fokus , maka arahan yang diterima akan salah.

REFLEKSI

Saya meneyedari bahawa banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari bagi memudahkan saya sebagai
seorang guru semasa di sekolah nanti. Seorang guru perlulah lebih banyak pengetahuan daripada
murid-muridnya agar apabila murid menyoal guru, guru lebih mengetahui. Melalui pembelajaran
ikatan ini saya merasakan bahawa saya boleh mengaplikasikan pembelajaran ini di rumah dan
melalui kawad dapat membentuk disiplin diri saya.
TARIKH: 2 OGOS 2017

MASA: 7:30 PAGI- 9:30 PAGI

TAJUK: PERTOLONGAN CEMAS

TEMPAT: DEWAN TSSK

NAMA GURU PEMIMPIN/PENCERAMAH/FASILITATOR

1. PUAN NORHAYATI BINTI IDRIS


2. ENCIK SUBRAMANIAM A/L SOORINARAYANAN

CATATAN AKTIVITI

Pada minggu ketujuh ini kami mempelajari tentang prinsp pertolongan cemas. Pertolongan
cemas merupakan rawatan awal yang diberikan kepada seseorang mangsa sebelum ketibaan
ambulans/pakar medics. Hal ini untuk menyelamatkan nyawa,mencegah kecederaan lanjutan serta
menggalakkan pemulihan. Tanggungjawab yang perlu dimiliki oleh setiap ahli ialah sentiasa tenang
serta memberikan rawatan yang sesuai kepada mangsa. Oleh itu pensyarah penasihat kami iaitu
puan Norhayati telah mengajar beberapa contoh ikatan dengan menggunakan kain anduh. Puan
Norhayati lebih memfokuskan kepada cara balutan yang betul. Terdapat beberapa jenis pendarahan
yang kami pelajari antaranya ialah pendarahan di luar dan pendarahan dalaman. Setelah selesai cara
balutan kain anduh sesi yang seterusnya pula disambung oleh Encik Subra iaitu kami diminta
melakukan simulasi berdasarkan keadaan sebenarnya yang berlaku misalnya pelajar pengsan,
dilanggar serta mengalami luka yang teruk. Kami diminta untuk membuat balutan yang betul
berdasarka apa yang telah dipelajari. Beberapa orang ahli menjadi pengganggu untuk mengganggu
proses balutan yang dilakukan oleh ahli yang lain. Pengganggu ini diibaratkan sebagai orang awam
yang hanya menyaksikan kejadian tetapi tidak dapat membantu apa-apa dan ,ada diantaranya yang
hanya mengambil gambar sahaja untuk disebarkan ke media sosial tetapi tidak berniat membantu.

REFLEKSI

Banyak jenis balutan yag dapat saya pelajari berdasrkan penerangan oleh guru penasihat. Di
samping itu juga saya diperlihatkan dengan situasi sebenar masyarakat apabila berdepan dengan
situasi seperti kemalangan , masyarakat memili untuk menyebarkan berita ke media sosial terlebih
dahulu sebelum membantu maangsa. Hal ini memberikan pengajaran kepada saya selaku bakal guru
haruslah mempelajari cara-cara untuk membalut luka dan mengutamakan mangsa terlebih dahulu
sebelum menyebarkan ke media sosial. Oleh itu penting sebagai seorang guru mempelajari prosedur
membalut serta membuat ikatan dengan betul.
TARIKH:

MASA: 7:30 PAGI- 9:30 PAGI

TAJUK: TATACARA PERJUMPAAN PPIM

TEMPAT: Bilik Simulasi 2

NAMA GURU PEMIMPIN/PENCERAMAH/FASILITATOR

1. Puan Afinah Binti Matsud

CATATAN AKTIVITI

Dalam tatacara perjumpaan PPIM kami belajar cara serta kemahiran apabila perjumpaan
PPIM. Puan Afinah mengajar kami cara bersalam dan cara berkawad yang betul. Kami diterangkan
tentang cara menurunkan bendera dengan betul, cara melipat bendera seterusnya cara untuk keluar
baris, dan bersalam-salaman yang betul. Pemimpin membuat laporan tentang bilangan ahli dan
disebut secara serentak dan beramai-ramai siap sedia untuk menerima arahan yang selanjutnya.
Ketua puteri memberi arahan kepada ahli puteri islam. Kami belajar berkawad dengan betul dan apa
yang seharusnya dilakukan semasa tatacara perjumpaan. Walaupun agak kekok pada mulanya
namun kami belajar sedikit demi sedikit untuk menambahkan ilmu pengetahuan kami. Penjelasan
yang diberikan oleh pensyarah juga sangat jelas beserta simulasi yang tepat dan padat. Kami dapat
melihat sendiri di depan mata simulasi yang dilakukan.

REFLEKSI

Penerangan tentang tatacara perjumpaan PPIM yang betul memberikan manfaat kepada
kami agar dapat mematuhi etika serta tatacara perjumpaan yang betul agar apabila sudah mengajar
kami akan mengajar murid tatacara yang sebetulnya. Kepentingan simulasi dalam penerangan
adalah sangat penting terutamanya bagi bakal guru agar murid faham apa yang cuba disampaikan
oleh guru.
TARIKH:

MASA: 7:30 PAGI- 9:30 PAGI

TAJUK: NAPKIN DAN BONSAI

TEMPAT: Di perpustakaan

NAMA GURU PEMIMPIN/PENCERAMAH/FASILITATOR

1. Puan Saidah Khadijah

CATATAN AKTIVITI

Pada minggu ini kami diajar cara-cara membuat napkin. Terdapat beberapa jenis napkin yang telah
kami pelajari antaranya ialah lipatan classic, lipatan bird of paradise dan lipatan piramid. Kami
menggunakan kertas tisu yang keras untuk membuat liptan sambil diberi tunjuk ajar oleh ustazah
Saidah. Kami belajar membuat berdasarkan video yang dipaparkan melalui laptop. Setelah kami
boleh menguasai satu jenis lipatan barulah kami beralih ke lipatan yang seterusnya. Setelah
mempelajari jenis lipatan napkin, ustazah mengaar kami cara untuk membuat bonsai dengan
menggunakan manik. Manik tersebut terdiri daripada pelbagai warna dan dimasukkan ke dalam
dawai. Setelah membentuk bunga barulah kesemuanya diikat bersama untuk membentuk bonsai.
Aktiviti membuat bonsai dengan menggunakan manik yang telah disediakan sangat menarik. Puteri-
puteri PPIM sangat tekun untuk menghasilkan bonsai yang menarik.

REFLEKSI

Terdapat banyak pengalaman serta ilmu semasa membuat lipatan napkin. Antaranya ialah
kepentingan sabar dalam membuat sesuatu pekerjaan agar hasil yang terbaik dapat dihasilkan.
Sabar buka saya perlu kepada bakal guru bagi menghadapi pelbagai kerenah anak murid pada
masa kini. Disamping itu juga fokus dan ketelitian semasa melihat video cara melipat napkin juga
sangat penting. Kurangkan percakapan agar apa yang hendak disampaikan jelas dan memudahkan
urusan kita untuk belajar. Di samping itu juga saya belajar tentang seni apabila belajar membuat
bonsai. Seni itu mementingkan keindahan dan ketelitian. Semasa mengasilkan bonsai semua puteri
menginginkan hasil yang terbaik dan bunga yang sangat cantik. Di samping itu juga perlunya sifat
kerjasama bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik.
TARIKH:

MASA:

TAJUK: MASAKAN RIMBA

TEMPAT:

NAMA GURU PEMIMPIN/PENCERAMAH/FASILITATOR

1.

2.

3.

CATATAN AKTIVITI

Terdapat beberapa jenis masakan rimba yang kami pelajari antaranya ialah telur dan kentang. Bahan
yang diberikan hanyalah telur dan kentang. Melalui masakan rimba ini mengajar kami erti berdikari
dan bekerjasama dalam kumpulan. Kami memasak tanpa gas dan bertemankan alam sekitar,
rumput-rumput kering dan cahaya matahari. Semasa perjalanan mencari kawasan untuk membuat
unggun api untuk memasak kentang dan telur. Kami sekumpulan mencari ikhtiar menghidupkan api
dengan menggunakan tiga batang mancis. Walaupun berasa sangat letih mengipas unggun api dan
memasak nasi di dalam buluh namun kami bekerjasama untuk menghasilkan masakan yang terbaik
untuk aktiviti ini. Kami mengumpul ranting kayu dan sebagainya untuk dibakar menghidupkan unggun
api. Oleh kerana masa memasak terhad kami terpaksa memasak menggunakan strategi yang
mantap. Antara masalah yang kami hadapi ialah beras tertumpan daripada buluh namun kami bijak
mangatur strategi dan menggunakan sisa sisa beras yang masih ada dan menambahkan lagi air ke
dalam buluh. Hasilnya kami Berjaya memasak nasi di dalam buluh. Kentang juga masak manakala
telur separuh masak. Kami bangga dengan hasil kerja kumpulan kami. Pengalaman ini mengajar
kami erti kesusahan hidup dan bijak dalam menyelesaikan masalah.

REFLEKSI

Dalam masakan rimba saya belajar erti kerja kumpulan dan bekerjasaama dalam melaksanakan
tugasan. Sifat pentingkan diri sendiri haruslah dibuang kerana setiapa pekerjaan memerlukan usaha
bersama kumpulan agar hasil yang terbaik dapat dicapai. Di samping itu juga saya belajar banyak
tentang berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan pantas.
TARIKH:

MASA:

TAJUK: Sukatan

TEMPAT: Galeri Seni

NAMA GURU PEMIMPIN/PENCERAMAH/FASILITATOR

1.

CATATAN AKTIVITI

Pada minggu ini kami diterangkan tentang sukatan pelajaran PPIM dan apa yang perlu diketahui
untuk mengajar murid-murid semasa di sekolah nanti. Kami diajar tentang aspek sukatan
pembelajaran PPIM di sekolah. Di samping itu juga kami merancang aktiviti yang sesuai serta
pendekatan yang sesuai untuk mengajar PPIM di sekolah. Ustazah Saidah telah meminta kami untuk
menyanyikan lagu seroja. Pembahagian kumpulan telah dilakukan mengikuy bidang iaitu puteri
sulung, puteri bongsu dan puteri tengah. Di samping itu juga penekanan diberikan kepada aspek
penggabungjalinan dalam bidang tugas PPIM. Aspek penggabungjalinan amatlah ditekankan bagi
mewujudkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segala aspek.

REFLEKSI

Antara kekuatan yang saya dapati ialah saya dapat merancang serta merangka aktiviti yang
menerapkan unsur penggabungjalinan dalam pengajaran semasa di sekolah nanti kerana telah
diberikan pendedahan tentang aspek ini. Di samping itu juga saya baru mengenali tentang wujudnya
puteri bongsu, puteri tengah dan puteri sulung kerana sebelum ini saya tidak pernah menyertai
gerakan puteri islam. Saya merasa bersyukur dan berbangga dengan pilihan yang telah saya buat
kerana keunikan pergerakan puteri islam ini sendiri yang bukan hanya mengetengahkan aspek
kerohanian sahaja tetapi luas meliputi pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilaksankan.
TARIKH:

MASA:

TAJUK: BIDANG PPIM

TEMPAT:

NAMA GURU PEMIMPIN/PENCERAMAH/FASILITATOR

1. Puan Afinah Matsud

CATATAN AKTIVITI

REFLEKSI
TARIKH:

MASA:

TAJUK: BIDANG DAN RPH

TEMPAT:

NAMA GURU PEMIMPIN/PENCERAMAH/FASILITATOR

1. Ustazah Saidah Khadijah

CATATAN AKTIVITI

Pada minggu ini kami telah belajar membuat RPH bagi pengajaran puteri islam di sekolah. Kami telah
dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk membuat rancangan pengajaran harian
untuk mengajar di sekolah. Kami telah memilih bidang kekeluargaan dan menerapkan aspek
menyanyangi ahli keluarga. Beberapa jenis aktiviti telah kami lakukan antaranya ialah memasukan
elemen seni dengan merancang supaya murid membuat salasilah keluarga masing-masing
menggunakan kertas warna yang telah disediakan. Kami berbincang serta memikirkan perancangan
pelajaran yang sesuai untuk diajar kepada murid sekolah rendah. Di samping itu juga kami tidak lupa
memasukkan elemen kerohanian, serta memasukkan hadis-hadis berkaitan dengan keluarga.

REFLEKSI

Saya sekali lagi berasa sangat bersyukur kerana berpeluang untuk mengetahui unsur yang
terkandung dalam bidang pengajaran PPIM di sekolah kerana mereka dilengkapkan dengan aspek
akhlak yang unggul di dalam sukatan pelajaran apabila pengajaran dimuatkan dengan hadis dan al-
quran sebagai pegangan utama. Saya sangat bersyukur sekiranya suatu hari nanti setelah bergelar
guru saya dapat menerapkan elemen-elemen kerohanian dalam diri pelajar-pelajar saya. Di samping
itu juga saya boleh

Anda mungkin juga menyukai