Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM ) bagi Kokurikulum Kesatria Bomba telah diadakan
pada 25 November 2017 bertempat di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu
Subang, Shah Alam, Selangor. Jumlah peserta yang terlibat dalam program ini seramai 55 orang
pelatih termasuk 11 komander dan seorang penasihat Kesatria Bomba.
Tujuan program OPKIM ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan
akhlak yang terpuji dalam setiap diri pelatih Kesatria Bomba. Selain itu, melahirkan siswa/siswi
yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di muka bumi ini dan
dapat menanam sifat kasih sayang dalam diri siswa/siswi kepada kanak-kanak. Tambahan pula,
pelaksanaan OPKIM mampu mengasah bakat siswa/siswi dalam mendepani cabaran dalam
masyarakat malah meningkatkan kemahiran insaniah daripada segi kepimpinan, kemahiran
komunikasi dan kerja berkumpulan.
Pada hari program tersebut para peserta Kesatria Bomba seramai 55 orang telah
berinteraksi dengan 20 orang anak jagaan Cahaya Kasih Bestari yang berumur sekitar 3 hingga 4
tahun. Setibanya kami di tempat jagaan semua anak jagaan sangat aktif . Para peserta
berkesempatan untuk beramah mesra dengan anak-anak jagaan tersebut semasa melakukan
aktiviti yang telah dirancang. Pada mulanya, anak-anak jagaan kelihatan tersipu malu untuk
melakukan aktiviti tetapi akhirnya mereka aktif dan saling berinteraksi dengan peserta OPKIM.
Di akhir program yang singkat tetapi penuh makna ini, semoga para peserta OPKIM serta
penasihat dapat membuka pemikiran masing-masing mengenai pentingnya nilai kasih sayang
dalam institusi kekeluargaan supaya anak-anak kecil tidak terasa disisihkan dan cemburu
terhadap kanak-kanak lain yang mempunyai ibu bapa dan adik-beradik sendiri.
Kesimpulannya, sikap ekstrovert serta nilai kasih sayang dapat dipupuk antara peserta
dan komuniti luar. Peserta juga dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dan
mengawal keadaan bersama komuniti luar seperti anak jagaan Cahaya Kasih Bestari.
JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATAN NAMA
PENGARAH PROGRAM AFNAN SHAHIR BIN MD JURI

T.PENGARAH PROGRAM M. ANIQ ASYRAF BIN MOHD ZAMRI

SETIAUSAHA NUR QASHEEH BINTI MUSTAPA

TIMBALAN SETIAUSAHA NOR AQILAH BINTI AZMAN

BENDAHARI AIN MUNIRAH BINTI MOHD SAZLI

BIRO LOGISTIK  MUHAMMAD FATRIS BIN SHAHARUDIN


 NUR NADIA NADZIRAH BINTI MOHD ISHAK
 NUR HASIFAH BINTI ZAINAL ABIDIN

BIRO MAKANAN  FIFI NATASYA BINTI MONY


 ZAHIRA MARLINA BINTI HASBUL HAZANI
 AISHAH NAQIAH BINTI JOHARI

BIRO AKTIVITI  HARIZ FARHAN BIN DZULKIFLI


 EISYA NATASHA BINTI AZHARI
 NABILAH FARAHIN BINTI NORDIN

BIRO HADIAH  FADZLI BIN FADZULLAH


 FARAH QURRATUAINI
 FATIN AMIRAH BINTI AZUAN

BIRO PERUBATAN  ISNA FAZLIANA BINTI MOHAMED IDRUS


 MUHAMMAD MUHAIMIN BIN KHAMSAN

BIRO MULTIMEDIA  NURUL AINUL AKHMAL BINTI SULAIMAN


 NUR AISHAH BINTI JAMALUDDIN
 NURAINA MARDHIAH BINTI AZAUDDIN
2.0 LATAR BELAKANG

NAMA PROGRAM : PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT


KURSUS KOKURIKULUM BOMBA, UITM SHAH ALAM

TARIKH : 25 NOVEMBER 2017

HARI : SABTU

MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT JAGAAN CAHAYA KASIH BESTARI, KG

MELAYU SUBANG, SHAH ALAM, SELANGOR

BILANGAN PESERTA : 55 ORANG

Matlamat:

1. Para pelatih dapat mempelajari nilai-nilai murni ketika melibatkan diri dalam
program khidmat masyarakat.
2. Melatih diri untuk mensyukuri dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT
di muks bumi ini tanpa rungutan.
3. Dapat meningkatkan keyakinan diri dalam berhadapan dengan masyarakat yang
kurang bernasib baik.

4. Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-


membantu sesama masyarakat dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim.
5. Membina peribadi pelatih untuk lebih bertanggungjawab apabila berdepan dengan
situasi yang baru.

.
KAEDAH PELAKSANAAN

MASA TENTATIF PROGRAM


08.00 PAGI KETIBAAN PARA PELATIH DAN KOMANDER

08.30 PAGI AKTIVITI 1:


 PEMBAHAGIAN KUMPULAN
 AKTIVITI GOTONG-ROYONG
 ICE BREAKING SESSION

1.00 PETANG MAKAN TENGAHARI DAN SOLAT

2.00 PETANG AKTIVITI 2:


 MEMBERIKAN KUIZ BERKAITAN DENGAN KEBOMBAAN
DAN KESELAMATAN
 GAME SESSION

5.00 PETANG  MAJLIS PENUTUP


 BERSURAI
PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI

Dalam program ini terdapat beberapa pengisian elemen bagi mencapai objektif dan seterusnya
menjayakan program ini. Antara pengisian elemen dalam Program Operasi Khidmat Masyarakat
bersama anak-anak yatim :

 PEMBAHAGIAN KUMPULAN
Slot awal pagi dimulakan dengan sesi pembahagian kumpulan antara para pelatih
Kesatria Bomba Semester 3. Pembahagian tersebut bertujuan untuk melancarkan
perjalanan program ketika menguruskan anak-anak jagaan dan penyediaan aktiviti
yang ditugaskan untuk setiap biro.

 SENAMROBIK
Senamrobik dimulakan pada pukul 9.00 pagi yang diketuai oleh Pengarah
Program OPKIM iaitu saudara Afnan Shahir Bin Md Juri diikuti dengan para
pelatih Kesatria Bomba, Komander serta anak-anak jagaan.

 SLOT PEMBELAJARAN
Biro aktiviti telah menyediakan beberapa video bertujuan untuk mengisi masa
lapang anak-anak jagaan dengan pengisian yang berfaedah. Antara video yang
dipertontonkan kepada anak-anak jagaan adalah pembelajaran mengenai huruf-
huruf hijaiyah seperti Alif,Ba,Ta dan cerita kartun Didi and Friends. Selain itu,
diselitkan juga ilmu kebombaan kepada anak-anak jagaan seperti cara-cara
menghadapi kebakaran, barang-barang terlarang seperti pemetik api, pisau dan
pemutar skru dan langkah dalam menyelamatkan diri ketika kebakaran.

 SLOT MEWARNA
Biro aktiviti juga telah menyediakan warna pensel dan kertas bersaiz A5 yang
mengandungi gambar ‘Fire Truck’ bertujuan mengajar anak-anak untuk
mengenali lori bomba berdasarkan warnanya.
4.0 PENCAPAIAN AKTIVTI

Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) telah berjalan dengan lancar seperti
yang dirancang. Anak-anak pusat jagaan telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak
jawatankuasa pelaksana program begitu juga pihak Cahaya Kasih Bestari. Program ini telah
mendidik pelatih untuk lebih bertimbang rasa dan prihatin terhadap realiti nasib insan lain serta
pentingnya penglibatan dalam komuniti. Program ini sangat sesuai dalam melahirkan mahasiswa
UiTM dengan kemahiran insaniah dari segi kepimpinan, kemahiran berkomunikasi dan kerja
berkumpulan.
Daripada segi perjalanan program, semua berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit
keralatan seperti lagu yang dimainkan ketika aktiviti senamrobik menghadapi sedikit kesulitan
tetapi masalah tersebut tidak menghalang tujuan asal OPKIM untuk menghiburkan anak-anak
jagaan. Dalam masa yang sama, senamrobik tersebut dapat memanaskan badan setiap individu
sebelum memulakan aktiviti yang lain.
Di samping itu, program ini telah membawa ikhwah dalam Kesatria Bomba apabila
semua peserta memberi kerjasama yang baik dan saling membantu ketika menghadapi masalah.
Semua peserta memberi komitment yang tinggi dalam memberi penerangan mengenai “Apa Itu
Bomba?”, cara-cara menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran dan barang-barang yang
berbahaya kepada kanak-kanak. Kelihatan anak-anak jagaan amat fokus dan peserta OPKIM
juga dapat mempelajari sesuatu dan mengutip beberapa ilmu kebombaan.
Secara keseluruhannya, program ini mencapai matlamat utama sekaligus diharapkan
program ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat. Aktiviti-aktiviti yang dirancang
telah membentuk semangat kerjasama dan nilai muhibah antara kami.
5.0 KEMAJUAN/MASALAH

5.0.1 MENINGKATKAN SIKAP KEPIMPINAN

Kepimpinan yang penuh dedikasi amatlah diperlukan dalam setiap pertubuhan


kerana pemimpin adalah individu terpenting dalam membimbing anak-anak buah ke arah jalan
yang benar. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah wujudnya satu pengaruh besar yang
berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dalam misi dan visi bagi
mencapai kecemerlangan. Pelatih-pelatih dapat menjayakan program ini dengan sikap
kepimpinan.

5.0.2 KERJA BERPASUKAN

Apabila sesebuah organisasi ditubuhkan, kerja berpasukan akan sentiasa berlaku


dalam menjayakan sesebuah program atau projek. Berdasarkan peserta Operasi Khidmat
Masyarakat bagi Kursus Kokurikulum Bomba UiTM Shah Alam telah memainkan peranan yang
betul dengan berganding bahu bekerjasama antara satu sama lain dalam menjayakan program
kebajikan masyarakat ini.

5.0.3 KETEPATAN MASA

Ketepatan masa amat penting untuk melancarkan sesebuah program tetapi ketika
hari kejadian, beberapa peserta tidak hadirkan diri pada waktu yang ditetapkan. Hal ini telah
menyebabkan pergerakan ke Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari agak lambat daripada waktu
yang ditetapkan dan sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti lain yang perlu dilakukan di pusat
jagaan.

5.0.4 REKOD PERGERAKAN SETIAP AJK

Dalam organisasi amatlah penting untuk setiap biro dalam mengemaskini tugas-
tugas yang telah ditetapkan oleh pengerusi. Kurangnya komunikasi antara Ahli Jawatankuasa
Tertinggi dan biro-biro yang lain telah menyulitkan situasi bagi pengerusi untuk mengetahui
setiap pergerakan anak-anak buah.
5.0.5 PENGESAHAN KENDERAAN

Kenderaan untuk ke rumah anak yatim dimana program akan dijalankan ialah
sebuah bas sahaja. Masalah timbul apabila pengesahan kenderaan iaitu bas yg akan dinaiki lewat,
hanya malam sebelum hari kejadian berlaku, pengesahan bas dan pemandu dapat disahkan oleh
unit kenderaan.
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Operasi Khidmat Masyarakat 2017 (OPKIM) ini banyak mendatangkan manfaat dan
kebaikan kepada semua pihak. Kebanyakkan aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim antara peserta dan anak-anak jagaan. Antaranya adalah aktiviti
senamrobik bersama anak-anak jagaan walaupun baru sahaja jumpa dan berkenalan antara satu
sama lain, peserta dan anak jagaan masih mampu berkomunikasi dengan baik tanpa sebarang
salah faham. Kekangan masa menyebabkan kami tidak dapat mengenali satu sama lain dengan
lebih mendalam lagi.

Aktiviti yang dijalankan selepas itu adalah menonton cerita kartun seperti Upin dan Ipin,
Didi and Friends dan sebagainya. Kelihatan anak-anak jagaan gembira dengan cerita yang
ditayangkan dan mereka amat fokus ketika menonton cerita tersebut. Walaupun ada dalam
kalangan anak-anak jagaan yang kelihatan sugul dan mengantuk, para peserta dan AJK berusaha
dalam mengembalikan kecergasan anak-anak jagaan dengan sentiasa beramah mesra dan
berinteraksi supaya mereka tidak bosan semasa aktiviti dijalankan.

Sepanjang program ini berlangsung, terdapat beberapa masalah yang telah dihadapi oleh
setiap AJK sewaktu program dijalankan. Oleh itu, beberapa cadangan penambahbaikan supaya
program yang dijalankan pada masa hadapan boleh berjalan dengan lebih lancar. Cadangan yang
umum adalah diharapkan pergerakan semua peserta untuk berkumpul lebih pantas dan menepati
masa. Slain itu, pengurusan borang permohonan barang atau apa-apa sahaj permohonan
diharapkan lebih efisien dan pantas supaya tidak menghadapi masalah pada peringkat seterusnya.
7.0 LAPORAN KEWANGAN

Pelarasan untuk: Program Operasi Khidmat Masyarakat – Kesatria Bomba UiTM Shah Alam

Tarikh pelaksanaan: 25 November 2017

Tempat: Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor

PERKARA JUMLAH(RM)

MAKANAN
 SARAPAN PAGI (RM4.50 x 55) RM247.50
 MAKAN TENGAHARI (RM6.00 x 55) RM330

RM577.50
KAIN RENTANG DAN BINGKAI GAMBAR RM50

KEPERLUAN PROGRAM RM150

LAPORAN PROGRAM RM30

JUMLAH KESELURUHAN RM807.50


8.0 PENUTUP

Daripada penjelasan diatas dapatlah kami simpulkan bahawa Program Operasi Khidmat
Masyarakat (OPKIM) 2017 sangat bermanfaat dan telah berjaya memupuk semangat kerjasama
serta mengeratkan ikatan silaturrahim antara pelatih Semester 3 Kursus Kokurikulum Bomba
bersama komuniti. Program ini juga telah mendidik para pelatih untuk lebih prihatin dan saling
membantu golongan yang lebih memerlukan bantuan. Selain itu, program ini juga menjadi satu
sarana untuk mengasah ketrampilan khususnya dalam hal latihan di mana mereka belajar lebih
luas dalam dunia kerja serta sebagai tunjang untuk melatih mahasiswa menjadi sebuah generasi
muda yang bertanggungjawab dan professional.

Sepanjang berlangsungnya program tersebut, terdapat banyak ilmu yang dapat kami
ambil seperti cara mengawal pergerakan anak-anak jagaan yang sangat aktif bergerak dan belajar
erti kasih sayang yang sebenar dalam institusi kekeluargaan. Kami juga berterima kasih kepada
semua pihak Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari yang telah memberikan ilmu dan pengalaman
yang tak ternilai agar ilmu pengetahuan tersebut dapat kami aplikasikan dalam sektor pekerjaan
pada masa hadapan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada individu yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program Operasi Khidmat
Masyarakat 2017 (OPKIM). Penghargaan ini juga ditujukan kepada pihak Pusat Kokurikulum
UiTM Shah Alam kerana memberi kelulusan dan juga sumbangan yang sememangnya
memainkan peranan yang besar di dalam memastikan gerak perjalanan program ini lebih lancar.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kami tujukan kepada penasihat Kesatria Bomba iaitu
Lt(K) Mohd Farid Bin Khalid yang telah banyak membantu kami sepanjang program ini
berlangsung dan semua AJK yang terlibat dalam menjayakan OPKIM ini.
Disediakan oleh,

………………………………..

(Nur Qasheeh Binti Mustapa)

Setiausaha

Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 2017

Kursus Kokurikulum Bomba

Disemak oleh,

……………………………

(Afnan Shahir Bin Md Juri)

Pengarah

Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 2017

Kursus Kokurikulum Bomba


LAMPIRAN
LAMPIRAN A

Senarai nama jawatankuasa pelaksanaan Program Operasi Khidmat Masyarakat


(OPKIM) Pelatih Kokurikulum Kesatria Kompeni Bomba Dan Penyelamat UiTM Shah
Alam, Selangor

PENYELARAS :
ENCIK MOHD FARID BIN KHALID
PENGARAH PROGRAM :
AFNAN SHAHIR BIN MD JURI
TIMBALAN PENGARAH PROGRAM :
MUHAMMAD ANIQ FARHAN BIN MOHD ZAMRI
SETIAUSAHA PROGRAM :
NUR QASHEEH BINTI MUSTAPA
TIMBALAN SETIAUSAHA PROGRAM :
NOR AQILAH BINTI AZMAN
BENDAHARI PROGRAM :
AIN MUNIRAH BINTI MOHD SAZLI
BIRO PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK :
 MUHAMMAD FATRIS BIN SHAHARUDIN
 NUR NADIA NADZIRAH BINTI MOHD ISHAK
 NUR HASIFAH BINTI ZAINAL ABIDIN
BIRO MAKANAN :
 FIFI NATASYA BINTI MONY
 ZAHIRA MARLINA BINTI HASBUL HAZANI
 AISHAH NAQIAH BINTI JOHARI
BIRO HADIAH :
 FADZLI BIN FADZULLAH
 FARAH QURRATUAINI
 FATIN AMIRAH BINTI AZUAN
BIRO AKTIVITI :
 HARIZ FARHAN BIN DZULKIFLI
 EISYA NATASHA BINTI AZHARI
 NABILAH FARAHIN BINTI NORDIN

BIRO MULTIMEDIA :
 NURUL AINUL AKHMAL BINTI SULAIMAN
 NUR AISHAH BINTI JAMALUDDIN
 NURAINA MARDHIAH BINTI AZAUDDIN
BIRO PERUBATAN :
 ISNA FAZLIANA BINTI MOHAMED IDRUS
 MASTURA BINTI TAHIR
 MUHAMMAD MUHAIMIN BIN KHAMSAN
LAMPIRAN B

Gambar sepanjang aktiviti Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 2017

Anda mungkin juga menyukai