Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI PROGRAM I-SOS (IMPROVING SOCIAL SKILL)

NAMA:

NUR FARHANAH BINTI MOHAMAD

(21160124)

KOD & SUBJEK:

KDC 2283

MAKMAL KAUNSELING KELOMPOK

PENSYARAH:

PUAN NORMAZLINA BINTI ISMAIL @ MAT JUSOH


1. PENGENALAN

Pada tarikh 11 mac 2023, sabtu. Telah diadakan program bimbingan yang dinamakan
sebagai I-SOS (Improving Social Skill) yang telah di jalankan di Islamic Outreach Abim
(IOA) Kok Lanas, dibawah anjuran Semester 3 Diploma Kaunseling Kias. Program ini
bertujuan untuk membantu meningkatkan lagi kemahiran bersosialisasi para peserta yang
rata-ratanya adalah anak-anak orang asli, sesuai dengan tema yang telah ditetapkan iaitu
Improving Social Skill. Program yang dijalankan selama beberapa jam, dari 9:15 am sehingga
4:00 pm itu berisikan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti ice-breaking, find me, explorace
dan banyak lagi, dengan objektif untuk memperluaskan kefahaman mereka dengan cara-cara
berkomunikasi dengan lebih baik dan mencabar bakat sosial yang terpendam.

Secara jujurnya ABIM adalah tempat yang ketiga setelah beberapa tempat sebelumnya
di batalkan dengan alasan tertentu. Ia menjadi cabaran buat kami apatah lagi ini adalah
pertama kalinya menjadi penganjur program. Tempat pertama yang dipilih adalah YAATIM
Pengkalan Chepa, menjadi tujuan kami kerana pada awalnya target peserta yang kami
inginkan adalah dari kalangan anak-anak yatim yang juga tidak banyak didedahkan ke
masyarakat menyebabkan mereka kekurangan kemahiran bersosial. Sejurus tempahan tempat
yang dibuat oleh kami dibatalkan, kami langsung berpindah ke tempat yang lebih jauh iaitu
Rumah Anak Yatim Lilbanat Darul Naim Machang, yang akhirnya juga dibatalkan oleh pihak
sekolah. Dan pada akhirnya, kami memilih untuk mengadakan program di ABIM.

2. PERANAN

Saya telah diamanahkan sebagai Urusetia Pengisian yang dipertanggungjawabkan


untuk menyediakan aktiviti-aktiviti di setiap slot. Aktiviti yang hendak dipilih haruslah
bersesuaian dengan tahap individu yang menyertai program tersebut, ia juga haruslah
menyampaikan objektif mengikut tema yang telah dipilih. Semuanya berjalan dengan lancar
walaupun ada aktiviti yang harus ditukar kerana tidak sesuai dengan tahap umur peserta,
seperti modul debat yang sudah tentunya dapat meningkatkan kebolehan berkomunikasi,
tetapi kerana terdapat halangan usia yang terlalu muda, modul debat mungkin tidak sesuai
untuk mereka. Kerana itulah modul tersebut ditukar ke aktiviti Find Me yang juga
memerlukan komunikasi tetapi dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan.
Selain itu, saya juga ditugaskan untuk memegang amanah sebagai pengacara majlis
sepanjang program di jalankan. Sejujurnya agak berat bagi saya untuk menjalankannya kerana
itu adalah pertama kalinya saya dipertanggungjawab mengacara sesuatu program. Tetapi
alhamdulillah, dengan bantuan orang yang lebih berpengalaman saya dapat menyelesaikan
tugas itu dengan baik. Peranan pengacara adalah untuk mengawal program supaya berjalan
dengan baik dan memastikan semangat peserta-peserta sentiasa memanas di setiap slot.
semangat peserta sangatlah penting bagi memastikan slot berjalan dengan lancar dan
mendapat sambutan yang memberangsangkan. Walaubagaimanapun, saya bersyukur diberi
peluang yang membina kenangan manis ini.

3. TEKNIK DAN KEMAHIRAN YANG DIAPLIKASIKAN

Banyak teknik dan kemahiran yang digunakan dalam menjalankan program I-SOS,
antara yang paling jelas adalah kemahiran menerima tanpa syarat. Di dalam situasi ini, untuk
menerima anak-anak orang asli dengan cara kehidupan mereka yang jauh berbeza amatlah
memerlukan keterbukaan minda yang luas. Kami mengalami banyak kejutan budaya selama
program, contohnya seperti: mereka mampu berkeliaran di tengah terik panas dengan berkaki
ayam tanpa selipar mahupun stokin, cara dan bahasa yang mereka gunakan berbeza dengan
bahasa melayu dan mereka lebih agresif berbanding orang lain.

Antara teknik lain yang digunakan adalah kongruen iaitu jujur dan tidak hipokrit, jujur
dengan diri sendiri dan jujur dengan orang lain, menjadi diri sendiri ketika menjalankan
program tidak susah dan tidak juga mudah kerana kita kenal bagaimana sifat sebenar kita dan
tahu tahap kesabaran yang ada, tetapi demi kelancaran program alhamdulillah saya dapat
menahan sabar dengan baik.

4. REFLEKSI DIRI

Tidak semua di jalankan dengan sempurna, sudah menjadi normalisasi untuk


terjadinya kesilapan di beberapa tempat, seperti yang terjadi ketika kami hendak menjalankan
slot Explorace, dimana kesilapan saya dalam mengira sistem permainan dan kumpulan.
disebabkan kesilapan yang terjadi, Kertas nombor dan petunjuk yang seharusnya setiap
kumpulan memperolehnya, menyebabkan terdapat satu kumpulan yang tidak memperoleh
kertas petunjuk membuat slot explorace tergendala buat sementara waktu.
Kesilapan yang lain apabila kami memandang tinggi potensi kami, beranggapan
bahawa kami akan mampu mengawal 80 orang anak orang asli tanpa memerlukan lebih
bantuan, seperti yang dikatakan “belum cuba belum tahu” jadi selepas menghadapinya baru
kami sedari yang urusetia seramai 12 orang belum sepenuhnya mampu mengawal 80 orang
anak asli yang semangatnya dan ke-agresifannya sangatlah di luar nalar. Ini menyebabkan 12
orang urusetia merasa penat yang agak luar biasa walaupun belum masuk setengah hari
berprogram. Tetapi dengan semangat peserta dan semangat dalam diri urusetia yang masih
berbaki, kami mampu menamatkan program dengan keadaan yang masih ceria dan
menyeronokkan.

Dengan kesilapan-kesilapan ini menghadirkan kesedaran yang berlainan dengan


tanggapan kendiri sebelum ini, jika tiada keralatan ini mungkin saya belum menyedari tahap
potensi sebenar dan solusi yang seharusnya saya ambil bagi mengelakkan daripada
berlakunya perkara sebegini. Dengan ini juga kami mampu meningkatkan kemahiran-
kemahiran asas sebagai kaunselor seperti yang disebut sebelum ini, kami dapat meningkatkan
kemahiran menerima tanpa syarat, empati, mendengar, mengawal kelompok dan banyak lagi.

5. PENUTUP

Walaupun berjaya menyelesaikan tugas sebagai urusetia program I-SOS, kami juga
agak terkilan dengan kesilapan-kesilapan yang berlaku. Dengan itu, kami menyimpan
peringatan untuk diri sendiri supaya cuba sedaya upaya untuk tidak mengulangi kesilapan
yang sama. Untuk menambah baikkan lagi program yang akan datang, sangat penting untuk
mengenali terlebih dahulu tahap peserta dengan lebih dalam supaya dapat disesuaikan dengan
aktiviti yang hendak dipilih, ia termasuk memilih energizer yang hendak dilakukan diantara
satu slot ke slot lain. Tetapi, jika berlaku kesilapan yang tidak dapat di kawal seperti pihak
sekolah membatalkan program di minit-minit terakhir, itu memerlukan ketangkasan dan
kekreatifan urusetia dalam menyelesaikan masalah dengan cepat. Yang penting, setiap
urusetia memberikan kerjasama yang terbaik dalam setiap perkara. Semoga program akan
datang akan lebih baik lagi dan memberikan pengalaman dan pengajaran kepada urusetia dan
juga peserta.
6. LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai