Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI KENDIRI BIG SIRI II-KHIDMAT KEMASYARAKATAN

(RH JELI AK NAGA,SIBUTI)


NAMA : THERESA JULAN LAENG
NO. MATRIK:
DPLI-SR (BAHASA MELAYU)

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program
khidmat masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) Siri II yang
telah dilaksanakan di Rh. Jeli Ak Naga

pada

06 Oktober 2012 yang lepas.

Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang


semester ini kerana saya amat meminatiaktiviti sebegini. Saya berasa begitu
bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program khidmat masyarakat
ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi
daripada aktiviti ini.
Pertama, kami guru pelatih sentiasa membantu dan menolong antara satu
sama lain demi memastikan segala aktiviti dilaksanakan seperti yang telah
ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan guru
pelatih adalah sangat penting bagi melicinkan segala aktiviti yang dijalankan.
Ia juga penting bagi memastikan sebarang pertenglikahan dan persengketaan dapat
dielakkan bagi melahirkan alam persekitaran yang sejahtera dan harmoni.
Kesannya, kami berjaya menyiapkan segala tugas yang diamanahkan kepada kami
dalam keadaan suasana yang riang dan gembira. Jadi, jelaslah di sini bahawa
program khidmat masyarakat ini secara langsung akan dapat merapatkan
hubungan silaturahim antara guru pelatih, masyarakat di Rh. Jeli Ak Naga dan

ianya menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh
dengan masyarakat setempat di rumah panjang.
Selain itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna
dan penting melalui program khidmat masyarakat ini, iaitu bersosial dengan orang
lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita
sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia
merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial.
Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara
komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi
masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan
masalah kita. Dengan mengambil contoh khidmat masyarakat pada kali ini, saya
berpeluang untuk berinteraksi dan berbual-bual dengan penduduk kampung rumah
panjang baik golongan muda ataupun dewasa pada hari tersebut. Daripada interaksi
dan perbualan kami, saya telah mengetahui tentang latar belakang, masalahmasalah yang akan dan sering dihadapi oleh merekamendidik anak dan banyak lagi.
Semua maklumat atau informasi yang saya peroleh sepanjang interaksi tersebut
adalah amat penting untuk saya jadikan sebagai panduan suluh api pada masa
hadapan. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah sangat penting
bagi memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain
dengan baik. Malah, saya juga percaya bahawa sebagai seorang guru, kita
haruslah

berani

berhadapan

dengan

masyarakat

demi

menjalinkan

perhubungan yang harmoni dan baik dengan mereka.


Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada
semua aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua
pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi

seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Terima kasih sekali lagi kerana
memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.

Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan


lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang
sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang
berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri
dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau
rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat
memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik
anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja,
diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar
mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata,
saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat
masyarakat ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun.

Anda mungkin juga menyukai