Anda di halaman 1dari 25

1

NO KOD KURSUS: CPR2011


NAMA KURSUS: PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
LAPORAN
PROGRAM PERLAKSANAAN BANTUAN MENOLONG
DAN PENGLIBATAN KOMUNITI
SIRI 1/2020
KAWASAN REKREASI

NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR. SYED SOFIAN BIN SYED SALIM

GROUP B

NAMA PELAJAR NO MATRIK

SRI DAYURIYANI BINTI RAMLEE D20181083385

WANI NUR HIDAYAH BINTI AFENDY D20181082326

SHARIFAH NUR WAHIDA BINTI SYED AHMAD NIZAR D20191090067

RATMEH ULIK D20181083393

NORSYAHIRA BINTI BONIA D20172081319


HALIMATUS SA'ADIAH BINTI MAKTOB D20172081323

NUR HIDAYATI BINTI ABU BAKAR D20181082835

BIBI NURSHAFIRAH BINTI BURHAN D20181083400


2

1.0 LAPORAN PROGRAM PERLAKSANAAN BANTUAN MENOLONG DAN


PENGLIBATAN KOMUNITI SIRI 1/2020

2.0 TAJUK
Nama program kumpulan kami adalah Program Perlaksanaan Bantuan
Menolong dan Penglibatan Komuniti Siri 1/2020. Program ini dilaksanakan untuk
melibatkan pelajar dalam bantuan menolong dan penglibatan dalam komuniti di
Kawasan Rekreasi . Program ini adalah yang julung kali diadakan pada tahun ini
dan adanya program ini, pelajar dapat melibatkan diri dan dapat membantu
komuniti luar dalam apa jua aktiviti yang akan di jalankan.

3.0 TARIKH DAN MASA


Tarikh program ini dilaksanakan pada 02 Julai 2020 iaitu pada hari Khamis.
Masa perlaksanaan program adalah pada 11.30 pagi hingga 01.30 petang.

4.0 TEMPAT
Kumpulan kami telah bersepakat untuk menjalankan program komuniti yang
berada di sekitar kawasan tempat tinggal masing-masing iaitu di kawasan
rekreasi yakni kawasan taman permainan atau kawasan tasik.

5.0 KUMPULAN SASARAN DAN LATAR BELAKANG


Kumpulan sasaran kami adalah komuniti yang berada di kawasan rekreasi. Latar
belakang bagi komuniti tersebut adalah bermula dari kanak-kanak sehingga
dewasa yang tinggal di sekitar kawasan rekreasi tersebut.

6.0 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN


Dengan perbelanjaan yang telah dianggarkan, kami dapat membeli peralatan
untuk digunakan bagi melaksanakan program komuniti tersebut. Impak pada
program adalah semua peralatan yang dibeli dapat digunakan dan memudahkan
kami dalam menjalankan program bantuan menolong ini. Kami membersihkan
sekitar kawasan rekreasi tersebut dengan peralatan yang telah kami beli.
3

7.0 REFLEKSI SETIAP AHLI


1. NAMA : HALIMATUS SA’ADIAH BINTI MAKTOB
NO.MATRIK: D20172081323

MANFAAT YANG DIPEROLEHI


Manfaat yang saya perolehi adalah saya dapat menjalankan aktiviti
menolong atau pembersihan kawasan rekreasi di sekitar tempat tinggal saya
dengan baik. Ianya juga memberi pendedahan awal kepada adik beradik saya
yang turut serta dalam menjalankan pembersihan kawasan rekreasi dimana ini
adalah salah satu bentuk menolong selain daripada wang atau material. Selain
itu, saya mudah untuk berinteraksi dengan orang lain yang berada di kawasan
rekreasi tersebut seperti adakah mereka selalu datang ke kawasan rekreasi ini??
Kemudian, mereka juga ada menyatakan bahawa aktiviti yang saya jalankan ini
sangat memberi impak kepada mereka seperti mereka berasa selesa dengan
kawasan persekitaran yang bersih dan mereka bersyukur kerana ada yang sudi
membersihkan kawasan rekreasi tersebut.
Selain itu, aspek mental pula, manfaat yang diperolehi ialah saya tidak
mudah untuk mengalah atau saya mempunyai semangat yang kuat kerana
apabila aktiviti pembersihan kawasan rekreasi ini adalah sesuatu aktiviti yang
perlukan fizikal dan mental yang kuat, jadi jika mental saya kuat, maka fizikal
saya juga turut ikut kuat. Selain itu, saya mudah bekerjasama dan memberi
respon terhadap pandangan orang lain, memberi idea-idea yang bernas untuk
kumpulan supaya kumpulan kami akan mendapat manfaat.
PENILAIAN KENDIRI KESELURUHAN
Selepas menghadiri program ini, saya lebih mahir atau lebih mudah lagi
untuk berkomunikasi dengan orang lain kerana saya dapat kembangkan lagi
personaliti saya, seperti kenali mereka dari pelbagai kaum, apa yang mereka
minat dan sebagainya. Kemudian, dari aspek mental, saya berasa yakin apabila
ada aktiviti seperti bantuan menolong yang diadakan, saya akan mudah untuk
mengambil bahagian kerana sudah sedikit demi sedikit dilatih.
Di samping itu juga, saya mendapati saya semakin gemar untuk memberi
perhatian dan menunjukkan kesungguhan ketika melaksanakan aktiviti dan
4

arahan yang diberikan. Saya juga dapat memberi sedikit pandangan kepada ahli
kumpulan berkenaan program yang dijalankan dan bekerjasama dalam
menyelesaikan masalah apabila mengendalikan program. Akhir sekali, program
bantuan kepada komuniti ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa
menolong bukan semestinya dalam bentuk wang atau material semata-mata,
bahkan boleh juga dalam bentuk lain seperti menolong membuat pembersihan di
kawasan komuniti sekitar tempat tinggal. Walaupun kelihatan kecil bentuk
menolong tersebut, akan tetapi ianya sangat memberi impak kepada komuniti
sekeliling.
2. NAMA: SHARIFAH NUR WAHIDA BINTI SYED AHMAD NIZAR
NO.MATRIK: D20191090067
MANFAAT YANG DI PEROLEHI .
Khidmat Masyarakat yang telah saya laksanakan ialah bertempat di
kawasan rekreasi di sekitar tempat tinggal saya . Saya memilih untuk
melaksanakan tugasan ini kerana kami di beri peluang untuk memilih program
khidmat masyarakat yang ingin di laksanakan. Sesungguhnya program yang di
laksanakan berjalan dengan lancar seperti yang di rancangkan.
Manfaat yang di perolehi ialah saya dan ahli kumpulan dapat
melaksanakan program ini mengikut perancangannya. Apa yang saya dapat
daripada program khidmat masyarakat ini ialah saya diberi pendedahan tentang
pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu tugasan. Malahan, dapat
berbincang sesama ahli kumpulan untuk bekerja mengikut tugas yang diberikan.
Selain itu, saya dapat membina hubungan baik di antara ahli kumpulan saya.
Malahan saya juga turut didedahkan dengan cara dan prosedur berkaitan
pengurusan apabila bekerja dalam sesebuah kumpulan.
PENILAIAN KENDIRI KESELURUHAN.
Selepas menghadiri program ini, banyak faedah yang boleh diperolehi
daripada khidmat masyakat seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama
manusia dan menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh. Selain daripada
itu, bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber memberikan satu
kesedaran kepada saya sebagai individu dalam masyarakat bahawa budaya
5

khidmat masyarakat ini semakin pupus ditelan zaman. Dengan hadirnya pelbagai
tugas dan permainan baru dipasaran kini anak-anak kita di rumah tidak lagi
terdedah dengan sikap tolong menolong bersama ahli dalam masyarakat
sebegini. Harapan saya pada ketika ini ialah memberikan satu pendedahan
kepada semua yang tidak pernah melihat atau melakukan aktiviti khidmat
masyarakat sepanjang kehidupan mereka untuk bersama-sama terlibat untuk
terdedah dengan di dunia luar.

3. Nama: WANI NUR HIDAYAH BINTI AFENDY


No. Matriks : D20181082326
MANFAAT YANG DIPEROLEHI
Bertarikh 26 Jun, 2020 bersamaan dengan hari Jumaat, saya Wani Nur
Hidayah binti Afendy bernombor matrik D20181082326 telah menjalankan satu
Bantuan Menolong dan Penglibatan Dengan Komuniti (Community Engagement
Project) yang mengambil tempat di Taman Permainan Pasar IMT-GT, Bukit
Bunga, Kelantan. Program ini dilaksanakan untuk memenuhi dan melengkapkan
komponen kerja kursus kami bagi pemarkahan projek Pembimbing Rakan
Sebaya. Rentetan dari program itu, disini saya akan memberikan beberapa
refleksi saya berkenaan Bantuan Menolong dan Penglibatan Dengan Komuniti
(Community Engagement Project). Yang terutama sekali, melalui program ini
saya dapat meningkatkan tahap keprihatinan saya terhadap komuniti masyarakat
sesuai dengan aktiviti yang dijalankan iaitu membersihkan taman permainan.
Seperti yang kita tahu, taman permainan merupakan tempat riadah bagi komuniti
segenap umur. Ramai bilangan masyarakat yang berkunjung ke taman
permainan bagi menjalankan kegiatan riadah mereka. Jadi, bagi memastikan
keselesaan dan kelancaran aktitivi riadah, kami mengambil keputusan untuk
membersihkan persekitaran taman permainan dengan mengutip sampah dan
membersihkan alatan permainan. Segala aktiviti yang telah dijalankan telah
memupuk satu kesedaran tentang pentingnya berbakti kepada komuniti.
Keprihatinan kita terhadap komuniti bukan sahaja menguntungkan mereka malah
kita juga mendapat manfaatnya. Misalnya saya berasa bangga terhadap diri
6

sendiri kerana mampu membuat kebaikan sekali gus dapat memberi manfaat
kepada masyarakat. Saya percaya walaupun sedikit kebaikan yang kita lakukan
namun besar manfaatnya kepada orang lain.

PENILAIAN KENDIRI KESELURUHAN.


Tidak ketinggalan juga, program COP ini telah mengeratkan hubungan
kami sesama pelajar dan pensyarah. Saya dan ahli kumpulan bertambah akrab
selepas melakukan program ini. Program ini banyak mengajar kami erti
kerjasama dan semangat berpasukan yang jitu. Hubungan kami dengan
pensyarah juga bertambah erat melalui perbualan kami berkaitan dnegan
program Bantuan Menolong dan Penglibatan Dengan Komuniti (Community
Engagement Project). Sesungguhnya program seperti ini amat memberi impak
dalam hubungan kita dengan orang di sekeliling. Kesimpulannya, program
Bantuan Menolong dan Penglibatan Dengan Komuniti (Community Engagement
Project) yang telah dijalankan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap
sahsiah kami. Melalui program ini kami telah diberi peluang untuk berbakti dan
berbuat kebaikan kepada ahli komuniti. Selain itu, program ini juga telah banyak
mengajar kami tentang erti kerjasama dalam kumpulan. Tanpa kerjasama, sudah
tentu program ini tidak akan berjaya dengan jayanya.

4. NAMA : RATMEH ULIK


NO.MATRIK: D20181083393

MANFAAT YANG DIPEROLEHI


Saya telah menjalankan tugasan ini di taman rekreasi berdekatan tempat
tinggal saya. Manfaat yang saya perolehi adalah saya dapat mengetahui bertapa
pentingnya kerjasama dalam melakukan aktiviti pembersihan atau apa-apa
aktiviti yang melibatkan orang ramai. Semasa saya menjalankan aktiviti ini, saya
telah berkerjasama dengan baik dengan beberapa orang penduduk. Saya juga
dapat mempelajari bahawa keperihatinan itu sangat penting kerana tanpa nilai
murni ini kita tidak akan terdetik hati untuk membersihkan kawasan sekeliling kita
atau taman rekreasi yang berdekatan dengan kita. Selain itu, saya juga dapat
mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan baik. Hal ini kerana semasa
7

menjalankan aktiviti ini, saya telah berkomunikasi dengan beberapa orang


penduduk sekeliling. Seterusnya, saya juga merasa bangga kerana dapat
membantu penduduk sekeliling agar mereka berasa selesa semasa melakukan
aktiviti di taman rekreasi itu. Perbuatan memebersihkan taman rekreasi ini telah
memberikan impak yang besar kepada penduduk sekeliling.
PENILAIAN KENDIRI KESELURUHAN
Selepas menjalankan program ini, saya lebih mahir dalam berkomunikasi
dengan orang sekeliling saya. Saya mudah bertegur sapa dengan orang
sekeliling walaupun saya tidak mengenali orang tersebut. Hal ini kerana,
sebelum menjalankan aktiviti ini saya merupakan seorang yang introvert, dimana
saya seorang yang pendiam. Dengan adanya aktiviti ini saya percaya bahawa
saya akan dapat mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti atau program yang
akan dilaksanakan kelak.
Seterusnya, saya juga dapat mengikuti arahan orang lain dengan baik. Ini
adalah kerana semasa menjalankan aktiviti ini, kami telah diberikan arahan untuk
membersihkan taman rekreasi oleh seorang penduduk tempatan. Selain itu,
melalui pengurusan aktiviti ini, saya telah berganding bahu dengan semua ahli
kumpulan untuk melaksanakan aktiviti ini di tempat masing-masing. Kerjasama
yang sangat baik ini telah membantu kami dalam menyiapkan aktiviti sekaligus
dengan laporan. Walaupun, kami tidak dapat bersama-sama menjalankan aktiviti
ini namun dengan kesatuan yang teguh kami dapat menyiapkan aktiviti ini
dengan sangat baik. Hal ini menyedarkan saya bahawa kesatuan dan toleransi
sangatlah berguna dalam sesuatu organisasi atau kumpulan. Akhir sekali, saya
menyedari bahawa dalam menolong orang lain, tidak semestinya menggunakan
wang ringgit atau kebendaan, sebaliknya kita boleh menolong orang dengan
keikhlasan kita membersihkan kawasan sekeliling. Walaupun pertolongan kita itu
dikira sedikit namun impaknya sungguh besar bagi penduduk sekeliling.
8

5. NAMA : BIBI NURSHAFIRAH BINTI BURHAN


NO.MATRIK: D20181083400

MANFAAT YANG DIPEROLEHI


Nama Saya Bibi Nurshafirah Binti Burhan bernombor matriks
D20181083400 telah menjalankan satu Bantuan Menolong dan Penglibatan
dengan Komuniti (Community Engagement Project) pada 26 Jun 2020
bersamaan pada hari Jumaat. Program ini dilaksanakan di Taman Permainan,
Taman Ehsan Kudat, Sabah bagi memenuhi dan melengkapkan komponen kerja
kursus bagi pemarkahan projek Pembimbing Rakan Sebaya. Berdasarkan
program tersebut, saya akan memberikan beberapa refleksi berkenaan dengan
Bantuan Menolong dan Penglibatan dengan Komuniti (Community Engagement
Project).
Manfaat yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan ialah saya dapat
mempelajari tentang sikap keprihatinan terhadap masyarakat setempat. Hal ini
demikian kerana, sebagai salah seorang ahli daripada masyarakat setempat
disini, saya perlu lebih prihatin dan cakna dalam melibatkan diri seta
menghulurkan bantuan yang diperlukan. Aktivit pembersihan di Taman
Permainan yang bertempat di kawasan perumahan yang dilaksanakan oleh saya
dan beberapa ahli komuniti disini menjukkan bahawa masih ada yang prihatin
terhadap kebersihan dan keselamatan penduduk setempat. Melalui aktiviti yang
dijalankan juga, nilai kerjasama dan saling membantu dapat dipupuk. Saya juga
dapat berkenalan dengan ahli jawatan kuasa taman perumhan saya dan dapat
mengeratkan silaturrahim. Selain itu, perancangan program yang dijalankan
berjalan dengan lancar juga salah satu manfaat daripada program ini.
PENILAIAN KENDIRI KESELURUHAN
Berdasarkan program ini, penilaian kendiri keselurahan yang saya peroleh
ialah saya dapat mempelajari bahawa kita sebagai masyarakat perlu mengambil
bahagian dalam komuniti setempat. Hal ini demikian kerana, generasi muda
sekarang kurang melibatkan diri kerana terlalu sibuk dengan media sosial. Saya
juga dapat mempelajari tentang semangat kerjasama dengan ahli kumpulan
saya. Kami mampu menjalankan tugasan yang diberikan mengikut perancangan
9

yang telah ditetapkan. Kami juga sentiasa bekerjasama dalam membuat laporan
tugasan yang diberikan. Komitmen yang diberikan oleh ahli kumpulan sangat
baik membolehkan kami berjaya melakukan tugasan ini.
Sebagai kesimpulan, banyak faedah dan kebaikan serta nilai murni yang
saya pelajari melalui program yang telah dilaksanakan. Program sebegini juga
perlu lebih diperluaskan di peringkat yang lebih tinggi lagi.

6. NAMA : NORSYAHIRA BT BONIA


NO.MATRIK: D20172081319

MANFAAT YANG DIPEROLEHI


Pada tarikh 26 Jun 2020 bersamaan hari Jumaat, saya dan ahli kumpulan
telah menjalankan Program Bantuan Menolong dan Penglibatan dengan
Komuniti (Community Engangement Project. Program ini merupakan tugasan
kumpulan namun disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, kami telah
menjalankan program ini secara berasingan di tempat masing-masing. Tempat
yang saya pilih bagi melaksanakan program ini adalah di Taman Rekreasi,
Taman Tengku Anis, Pasir Mas Kelantan iaitu berdekatan dengan kawasan
kediaman saya sendiri. Program ini dijalankan adalah untuk memenuhi
keperluan kerja kursus projek Pembimbing Rakan Sebaya.
Setelah melaksanakan program tersebut, antara manfaat yang dapat saya
perolehi ialah saya dapat memberi pendedahan kepada diri saya dan orang
ramai yang berada di sekeliling tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Hal
ini kerana, aktiviti yang saya lakukan ialah mengutip sampah dan membersihkan
kawasan-kawasan yang kotor di sekitar kawasan rekreasi tersebut. Orang ramai
yang melihat situasi tersebut secara tidak langsung akan berasa prihatin
terhadap sikap yang ditunjukkan oleh saya dan penduduk yang terlibat.
Kemudian, saya juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama
penduduk setempat yang terlibat seperti mengenali jawatankuasa kampung
yang bertanggungjawab terhadap kawasan tersebut. Hal ini secara tidak
langsung, apabila terdapat program sebegini lagi, saya akan lebih mudah untuk
berurusan dengan penduduk kerana sudah mempunyai aktiviti sebelum ini.
10

PENILAIAN KENDIRI KESELURUHAN


Seterusnya, dari aspek penilaian kendiri secara keseluruhan, saya dapat
mempelajari cara untuk menguruskan sesuatu program bersama dengan pihak
komuniti luar. Hal ini demikian, program ini perlu melibatkan penduduk setempat
yang berada di sekitar. Selain itu, saya juga dapat mempertingkatkan kemahiran
interpersonal saya dan mewujudkan “engangement” bersama penduduk
setempat sepanjang menjalankan program ini. Di samping itu juga, aktiviti ini
juga membantu dari aspek kesihatan mental kerana melibatkan aktiviti fizikal dan
mental yang mengeluarkan peluh. Secara keseluruhan, program sebegini
memberi banyak manfaat dan pengalaman baru kepada diri saya dalam
menjalankan sesuatu program.

7. NAMA : NUR HIDAYATI BINTI ABU BAKAR


NO.MATRIK: D20181082835

MANFAAT YANG DIPEROLEHI


Pada 26 Jun 2020 (Jumaat) yang lalu, saya dan ahli kumpulan telah
bersetuju untuk melaksanakan tugasan CPR2011 di taman permainan
berdekatan dengan kediaman masing-masing. Hal ini demikian merujuk kepada
keadaan sekarang di mana tugasan hendaklah dijalankan secara berasingan
kerana keadaan yang tidak diizinkan. Jadi, saya Nur Hidayati binti Abu Bakar
dengan nombor matrik D20181082835 telah memilih untuk berada di Taman
Permainan Tanjung Mas, Muar Johor untuk perlaksanaan tugasan Bantuan
Menolong dan Penglibatan dengan Komuniti.
Terdapat beberapa perkara yang peroleh sepanjang proses
melaksanakan tugasan ini. Pertama sekali semasa melaksanakan tugasan
membersih kawasan sekitar taman permainan, saya dapati bahawa beberapa
orang awam yang melihat perlakuan saya turut sama mengutip sampah dan
menjaga kebersihan di tempat rekreasi tersebut. Oleh itu, secara tidak langsung
saya dapat menjadi contoh yang baik terhadap orang awam serta memberi
didikan tidak formal kepada mereka. Perkara ini juga sedikit sebanyak memberi
11

kesan yang positif terhadap kanak-kanak yang turut sama berada di taman
permainan tersebut.
PENILAIAN KENDIRI KESELURUHAN
Seterusnya, dari aspek penilaian kendiri secara keseluruhan, tugasan ini
memupuk sikap prihatin dalam diri saya. Taman permainan adalah tempat
kanak-kanak bermain jadi taman ini seharusnya berada dalam keadaan selamat
dan bersih untuk mereka. Oleh itu, dengan adanya tugasan ini saya lebih peka
dan prihatin terhadap penggunaan taman permainan ini terhadap keselamatan
kanak-kanak yang hadir disini.
Kesimpulannya, terdapat beberapa perkara yang saya belajar sepanjang tempoh
perlaksanaan tugasan ini. Perkara-perkara tersebut sudah tentu memberi impak
yang positif kepada saya dan juga komuniti yang terlibat. Oleh itu, tugasan
sedemikian hendaklah diperbanyakkan dan diteruskan untuk pelajar sesi akan
datang supaya perkara positif dapat dikongsi bersama.

8. NAMA : SRI DAYURIYANI BINTI RAMLEE


NO.MATRIK: D20181083385

MANFAAT YANG DIPEROLEHI


Saya bernama Sri Dayuriyani Binti Ramlee dengan nombor matrik
D20181083385 dengan ahli kumpulan tugasan saya telah bersetuju untuk
melaksanakan tugasan CPR2011 pada 26 Jun 2020 di taman permainan
berdekatan dengan kediaman masing-masing. Hal ini dilaksanakan sebegitu
rupa adalah disebabkan kami terpaksa menjalankan aktiviti ini secara
berasingan. Saya telah memilih untuk melaksanakan aktiviti ini di Taman Po
Hing, fasa 1, Blok A, Lot 6, Jalan Batu Sapi Sandakan Sabah.
Antara perkara yang saya perolehi sewaktu melaksanakan aktiviti ini adalah saya
dapat memupuk semangat kejiranan dalam diri saya. Hal ini kerana, sewaktu
saya membersihkan taman permainan terdapat jiran-jiran berada di kawasan
tersebut dan dalam waktu yang sama kami bercerita dan berkongsi pendapat.
Saya juga melihat terdapat beberapa rakan saya juga memberikan kerjasama
yang baik iaitu bersama-sama mengutip sampah. Hal ini sedikit sebanyak
12

memberikan kesan yang positif terhadap kanan-kanak mahupun orang dewasa


yang berada di taman tersebut untuk disemaikan dalam diri tentang penjagaan
kebersihan bersama.
PENILAIAN KENDIRI KESELURUHAN
Seterusnya, melalui program ini juga saya dapat meningkatkan tahap
keprihatinan dalam diri. Kita sedia maklum bahawa tempat riadah ini adalah
tempat kanak-kanak mahupun orang dewasa menggunakan masa yang lapang
untuk beriadah dan bersantai jadi seharusnya tempat ini haruslah berada di
tempat yang selesa dan bersih agar keselematan dan kesihatan pengguna
terjamin. Majlis perbandaran sandakan (MPS) juga akan mengutip sampah di
taman tersebut seminggu sekali, jadi kemungkinan tempat tersebut akan kotor
oleh sampah sarap yang terbiar selama seminggu, jadi saya mengambil insiatif
ini untuk membersihkan kawasan tersebut sementara MPS tidak mengutip
sampah bagi kawasan tersebut.
Akhir sekali, banyak impak positif yang saya perolehi selepas melaksanakan
aktiviti ini secara langsung dan tidak langsung. Impak ini bukan saya sahaja yang
rasakan, namun ahli kumpulan saya dan masyarakat setempat juga
memperolehi impak positif ini secara tidak langsung. Harapan saya adalah agar
aktiviti dan subjek sebigini juga perlulah diperbanyakkan untuk meningkatkan
sivik setiap individu lebih-lebih lagi bagi bakal graduan.
13

8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, program Perlaksanaan Bantuan Menolong dan Penglibatan
Komuniti Siri 1/2020 memberikan kesan bukan sahaja kepada kami sebagai ahli
kumpulan tetapi juga memberikan kesan kepada masyarakat sekeliling. Program
seperti ini sesungguhnya
Amat berguna kerana ia dapat memberikan kami pelbagai pengajaran dan ilmu
dalam mempraktikan ilmu yang kami pelajari dalam krusus pembimbing rakan sebaya
(PRS) ini. Semua ilmu yang kami pelajari dapat kami terapkan dalam setiap aktiviti yang
kami laksanakan terutamnya dalam program ini.

9.0 RUJUKAN
Profesor Madya Dr. Syed Sofian bin Syed Salim - selaku pensyarah Pembimbing
Rakan Sebaya (CPR2011)
14

10.0 LAMPIRAN
10.1 KERTAS KERJA

KERTAS KERJA
PROGRAM PERLAKSANAAN BANTUAN MENOLONG
DAN PENGLIBATAN KOMUNITI
SIRI 1/2020
KAWASAN REKREASI
Ringkasan Eksekutif

Bil. Perkara Perincian Catatan


Program ini
adalah salah
Program Perlaksanaan Bantuan Menolong satu program
1 Tajuk
Dan Penglibatan Komuniti Siri 1/2020 yang
memenuhi
syarat kursus
Di bawah
subjek
Profesor Madya Dr. Syed Sofian bin Syed
2 Pensyarah Pembimbing
Salim
Rakan Sebaya
(CPR2011)
15

Perlaksanaan bantuan menolong


3 Justifikasi Pelaksanaan
Dan penglibatan komuniti

Sekitar
kampung
4 Maklumat Pelaksanaan Kawasan Rekreasi
halaman para
pelajar.
Melibatkan
pelajar kursus
Penglibatan
5 Seramai 8 orang pelajar Pembimbing
(Staf/Pelajar)
Rakan Sebaya
(CPR2011)

Implikasi Kewangan &


6 Kutipan wang daripada setiap peserta
Sumber dipohon

3.0 TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan pensyarah,


Profesor Madya Dr. Syed Sofian bin Syed Salim bagi mendapat kebenaran untuk
menjalankan program di kawasan komuniti bagi memenuhi syarat kursus
Pembimbing Rakan Sebaya (CPR2011). Program ini juga adalah untuk memberi
khidmat komuniti di kawasan kampung halaman para pelajar.
16

4.0 LATAR BELAKANG

2.1 Memenuhi kursus Pembimbing Rakan Sebaya (CPR2011) oleh pelajar


Universiti Pendidikan Sultan Idris
2.2 Pengarah program adalah Sharifah Nur Wahida Binti Syed Ahmad Nizar
di bawah arahan Profesor Madya Dr. Syed Sofian bin Syed Salim

5.0 PENGENALAN

Program Perlaksanaan Bantuan Menolong dan Penglibatan Komuniti Siri 1/2020


ini dilaksanakan untuk melibatkan pelajar dalam bantuan menolong dan
penglibatan dalam komuniti di Kawasan Rekreasi . Program ini adalah yang
julung kali diadakan pada tahun ini. Dengan adanya program ini, pelajar dapat
melibatkan diri dan dapat membantu komuniti luar dalam apa jua aktiviti yang
akan di jalankan.
6.0 OBJEKTIF

4.1 Pelajar dapat melibatkan diri dalam melaksanakan aktiviti yang akan
melibatkan komuniti luar.
4.2 Membina sahsiah diri yang baik dan terpuji dalam kalangan pelajar.
4.3 Memotivasi dan membina semangat juang dalam kalangan pelajar.

5.0 JUSTIFIKASI

5.1 Program Perlaksanaan Bantuan Menolong dan Penglibatan Komuniti Siri


1/2020 dijalankan adalah untuk memenuhi syarat kursus Pembimbing
Rakan Sebaya (CPR2011).
17

6.0 TARIKH/TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh 02 Julai 2020

Hari Khamis

Tempat Kawasan Rekreasi

Masa 11.30-1.30 Petang

7.0 KUMPULAN SASARAN


Kawasan permainan dan tasik yang berada di Kawasan Rekreasi.

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

9.1 Pengarah SHARIFAH NUR WAHIDA BINTI SYED


AHMAD NIZAR
D20191090067
9.2 Timbalan Pengarah SRI DAYURIYANI BINTI RAMLEE
D20181083385
9.3 Setiausaha WANI NUR HIDAYAH BINTI AFENDY
D20181082326
9.4 Bendahari NORSYAHIRA BINTI BONIA
D20172081319
9.5 Ahli Jawatan Kuasa RATMEH ULIK
D20181083393
NUR HIDAYATI BINTI ABU BAKAR
D20181082835
BIBI NURSHAFIRAH BINTI BURHAN
18

D20181083400
HALIMATUS SA'ADIAH BINTI MAKTOB
D20172081323

9.0 SENARAI NAMA PELAJAR

BIL. NAMA PESERTA NO. MATRIK


1. Sri Dayuriyani Binti Ramlee D20181083385

2. Wani Nur Hidayah Binti Afendy D20181082326

3. Sharifah Nur Wahida Binti Syed Ahmad Nizar D20191090067

4. Ratmeh Ulik D20181083393

5. Norsyahira Binti Bonia D20172081319

6. Nur Hidayati Binti Abu Bakar D20181082835

7. Bibi Nurshafirah Binti Burhan D20181083400

8. Halimatus Sa'adiah Binti Maktob D20172081323

10.0 TENTATIF

MASA PERKARA
11.30 pagi - Pelajar bertolak ke tempat komuniti
12.00 tengah hari - Pelajar tiba di Kawasan Rekreasi
12.15 tengah hari - Pelajar mula membersihkan kawasan
rekreasi
1.30 petang - Pelajar selesai membersihkan tempat
komuniti dan bersurai
19

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN

PENDAPATAN (A)

BUTIRAN KUANTITI JUMLAH


Yuran pelajar RM30x 8 orang RM240
JUMLAH RM240

BELANJAWAN (B)
BUTIRAN KUANTITI JUMLAH
1. Makanan Pelajar RM50.00
(RM 5.00 x 10 orang)
2. Pengangkutan kereta RM 100.00
3. Peralatan Program RM 90.00
a) Plastik sampah
( 6 packet x RM2.50)
b) Kain
( 20 kain lap x
RM1.00)
c) Baldi Kecil
( 6 baldi x RM2.50)
d) Sarung tangan
( 20 Pasang x
RM2.00)

JUMLAH RM 240
PERBELANJAAN
(B)
JUMLAH RM240 – RM240
PENDAPATAN
(A) – (B)

12.0 IMPAK/HASIL
20

Perbelanjaan yang telah kami anggarkan mencukupi dan impak pada program,
semua peralatan yang dibeli dapat digunakan untuk menjalankan program ini.

13.0 SYOR

Program ini memerlukan kelulusan daripada pensyarah kursus subjek yang


memberi tugasan ini iaitu Profesor Madya Dr. Syed Sofian bin Syed Salim

14.0 PENUTUP

Adalah di harapkan program ini dapat membantu pelajar untuk membentuk


sahsiah dan sifat tolong- menolong dalam diri agar sentiasa ringan tulang
dalam apa jua aktiviti yang di jalankan. Justeru itu, di harapkan segala
perancangan dan pelaksanaan akan membuahkan hasil dan mencapai objektif
yang di hasratkan.
21

Disediakan oleh: Wani Nur Hidayah Binti Afendy,

Setiausaha Program Perlaksanaan Bantuan Menolong dan


Penglibatan Komuniti Siri 1/2020,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Tandatangan :....................................................

Tarikh :....................................................

Disemak oleh:
Profesor Madya Dr. Syed Sofian bin Syed Salim,

Pensyarah Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (CPR2011),

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Tandatangan :..................................................

Tarikh :..................................................
22

10.2 SURAT MENYURAT

Jemputan perbincangan tugasan diberikan melalui email ahli kumpulan. Semua ahli
kumpulan dikehendaki mengisi google form ini bagi tujuan kehadiran.

Ini merupakan ahli kumpulan yang ada mengisi google form bagi tujuan kehadiran.
Berdasarkan gambar ini, semua ahli kumpulan hadir seratus peratus.
23

10.3 MINIT MESYUARAT


MINIT MESYUARAT
1. TAJUK MINIT MESYUARAT : PERBINCANGAN TUGASAN DAN LAPORAN
2. BIL/TAHUN: 1/2020
3. TARIKH: 23 JUNE 2020
4. MASA : 10 PM
5. TEMPAT: GOOGLE MEET
6. KEHADIRAH
6.1 Hadir
a) Norsyahira Binti Bonia (D20172081319)
b) Halimatus Sa'Adiah Binti Maktob (D20172081323)
c) Wani Nur Hidayah Binti Afendy (D20181082326)
d) Nur Hidayati Binti Abu Bakar (D20181082835)
e) Sri Dayuriyani Binti Ramlee (D20181083385)
f) Ratmeh Ulik (D20181083393)
g) Bibi Nurshafirah Binti Burhan (D20181083400)
h) Sharifah Nur Wahida Binti Syed Ahmad Nizar (D20191090067)
6.2 Urus setia
Pengarah : Sharifah Nur Wahida Binti Syed Ahmad Nizar (D20191090067)
Timbalan Pengarah: Sri Dayuriyani Binti Ramlee (D20181083385)
Setiausaha : Wani Nur Hidayah Binti Afendy (D20181082326)
Bendahari: Norsyahira Binti Bonia (D20172081319)
Ahli Jawatan Kuasa: Ratmeh Ulik (D20181083393)
Nur Hidayati Binti Abu Bakar (D20181082835)
Bibi Nurshafirah Binti Burhan (D20181083400)
Halimatus Sa'Adiah Binti Maktob (D20172081323)
24

7. CATATAN MESYUARAT
7.1 Perutusan Pengerusi Menyuarat
7.1.1 Memastikan kehadiran penuh daripada semua ahli dan
memberikan alasan jika tidak dapat mengikuti menyuarat yang diadakan.
7.1.2 Menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut tempoh yang
telah ditetapkan.
7.2 Perkara-perkara Berbangkit
7.2.1 Pengagihan tugasan dalam laporan tugasan Pelaksanaan
Bantuan Menolong dan Penglibatan dengan Komuniti.
7.2.2 Menetapkan tarikh akhir untuk menghantar tugasan
masing-masing.
7.2.3 Membincangkan tentang video tugasan dan perkara yang perlu ada di
dalam video.
7.2.4 Membincangkan perkara yang perlu dilakukan ketika menjalankan
pelaksanaan bantuan menolong dan penglibatan dalam komuniti.
7.3 Penutup
7.3.1 Pengerusi memberikan ucapan terima kasih atas penglibatan
ahli dalam menyuarat ini.
7.3.2 Tarikh menyuarat berikutnya akan diberitahu kemudian.
7.3.3 Mesyuarat akan tamat dan pengerusi memaklumkan sekali lagi berkaitan
tarikh akhir penghantaran tugasan.

8. URUSETIA
Setiausaha dan AJK
9. TARIKH: 26 Jun 2020

10.4 BAHAN/ALATAN YANG DIGUNAKAN


Bahan dan alatan yang digunakan sepanjang melaksanakan Program Perlaksanaan
Bantuan Menolong Dan Penglibatan Komuniti Siri 1/2020 ialah plastik sampah, kain,
baldi kecil dan sarung tangan.
25

10.5 GAMBAR
Gambar kehadiran perbincangan

10.6 VIDEO

https://drive.google.com/file/d/1Eaw_fKEBkdOGmZxO7R5h0YiX8ttB7_y-
/view?usp=sharing

Anda mungkin juga menyukai