Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL.
SURAT

1. PENGHARGAAN I

2. ISI KANDUNGAN II

TUGASAN PROJEK
3. 1-4
3.1 TUGASAN 2 – Penulisan Laporan
Reflektif

4. RUJUKAN 5
SOALAN TUGASAN
TUGASAN 2 : LAPORAN REFLEKTIF (20%)

Anda sebagai peserta BIG PISMP Semester 5,tuliskan satu laporan reflektif
hasil daripada Program BIG yang telah anda sertai dengan menyatakan manfaat
yang diperolehi dancadangan penambahbaikan. Laporan reflektif anda perlu
menggunakan analisis SWOT.
LAPORAN REFLEKTIF PERKHEMAHAN BINA INSAN GURU (BIG) 2017

Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak
pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan
gembira kerana berpeluang mengikuti program ini selama 5 hari iaitu 1 hari di Pusat
Kokurikulum Timah Tasoh dan 4 hari 3 malam di Pulau Tuba, Langkawi. Segala input yang
saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya sebagai langkah pertama
bagi membentuk sahsiah saya yang bakal menjadi seorang guru yang akan mendidik anak
bangsa suatu hari nanti. Sehubungan itu, saya dapat meningatkan motivasi dan ilmu
pengetahuan serta keyakinan diri dalam persediaan menempuhi alam pendidik yang
mencabar pada masa akan datang. Melalui program ini, terdapat banyak manfaat yang
saya perolehi dan juga kelemahan yang saya perlu atasi.

Kelebihan dan manfaat yang saya perolehi perlu di perkembangkan dan saya perlu
mempunyai pelan tindakan untuk mengatasi dan membaiki kelemahan yang telah saya
kenal pasti. Terdapat beberapa manfaat yang dapat saya ambil semasa mengikuti program
ini. Pertama sekali, program ini mendedahkan saya kepada alam perkhemahan. Hal ini
kerana dalam program ini kami sendiri yang mengatur dan merancang segala persiapan
perkhemahan. Ini termasuklah pemilihan ahli jawatankuasa sehingga kepada hal-hal yang
lebih rumit lagi. Semuanya diatur oleh kami sendiri iaitu ahli jawatankuasa. Ia sangat
penting sebagai latihan untuk kita sekiranya ingin membawa pelajar-pelajar untuk
mengadakan perkhemahan kelak. Tanpa pengalaman seperti ini kita pasti akan kelam
kabut untuk menguruskan perkhemahan nanti.

Secara tidak langsung telah terbinanya semangat untuk menjadi seorang guru yang
berwibawa. Saya menyedari bahawa di akhir program ini, semangat saya untuk menjadi
seorang guru semakin meningkat dan berkobar-kobar. Saya ingin menjadi seorang
pendidik yang dihormati dan disegani serta mengambil berat akan perihal anak-anak murid
saya. Etika, sahsiah dan kemahiran menjadi seorang guru boleh dibentuk apabila
kesedaran mula timbul dalam hati. Saya mula menyedari bertapa pentingnya etika dan
sahsiah seseorang melalui aktiviti berkayak (Gambar 1) semasa di Pulau Tuba. Aktiviti ini
mengajar saya untuk tidak memetingkan diri dan sentiasa cakna kepada setiap perubahan
yang berlaku dan tidak menimbulkan masalah kepada ahli kumpulan yang lain.

Para pensyarah juga memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada kami agar
menjadi seorang guru yang berdedikasi suatu hari nanti dan sentiasa berani membuat
keputusan yang terbaik dalam apa jua keadaan. Kami juga diberi nasihat supaya menjadi
seorang guru yang berfikiran positif dan meletakkan perspektif yang baik terhadap semua
perkara terutama sekali tentang hal yang berkaitan dengan pelajar. Sebagai contoh, guru
perlu berfikiran bahawa pelajar yang kurang bijak tetap akan berjaya sekiranya diberi
perhatian sewajarnya dan guru tidak boleh berputus asa untuk mendidiknya.

Walaupun pada mulanya kami tidak dapat melakukan persiapan yang agak
kelang kabut dan tidak begitu sistematik namun, syukur alhamdulillah perkara tersebut
masih dapat dikawal dan dipat dilaksanakan seperti yang dirancang. Tidak dapat dinafikan
perkhemahan BIG ini, mengajar saya cara menguruskan diri dalam keadaan suntuk dan
tidak selesa. Pertama kami mempunyai masalah bilik mandi dan tandas kerana bilik mandi
yang disediakan ruangnya agak kecil dan hanya boleh memuatkan 5 orang pada satu-satu
masa dan disediakan dua tandas malangnya hanya satu tandas yang dapat berfungsi. Jadi
agak sesak apabila waktu-waktu kemuncak seperti pada awal pagi dan waktu petang
kerana kami perlu bergegas siapkan uruskan diri pada masa yang telah di tetapkan.
Tambahan pula bilangan pelajar perempuan agak ramai berbanding pelajar lelaki.

Selain itu, saya selaku ajk makanan turut melihat beberapa perkara yang perlu
kami lakukan penambahbaikan agar dapat mengatasi masalah seperti kekurangan air
masak, lebihan stok makanan dan sebagainya. Namun begitu, saya begitu kagum dengan
usaha-usaha Ajk makanan yang lain kerana mereka dapat memberi komitmen yang begitu
baik sekali dalam menyediakan setiap hidangan tepat pada masa yang telah ditetapkan
walaupun bilangan kami agak sedikit. Seterusnya, pada malam terakhir kami di Pulau Tuba
kami telah dilanda cuaca yang tidak menentu dimana berlaku angin kuat dan hujan lebat.
Khemah saya dimasuki air pada malam tersebut namun berkat kerjasama ahli kumpulan,
kami berjaya mengatasi masalah tersebut dengan memasukkan beg pakaian kami di
dalam plastik sampah terlebih awal walaupun khemah kami basah tetapi baju,beg dan
barang-barang yang lain terselamat. Bak kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”.

Berikutnya, saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik serta belajar
untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan dalam jadual. Selama
ini, saya selalu membuat jadual namun tidak mengikutinya. Semasa BIG ini, saya dapati
sebenarnya tidak sukar untuk melakukan sesuatu dalam masa yang ditetapkan. Apa yang
saya tahu, perkara yang paling penting adalah azam dan pembahagian tugas. Misalnya,
kami telah diberi masa dari pukul 5.45 pagi untuk solat subuh secara berjemaah dan
melakukan aktiviti senam pagi. Jika kita tidak berazam untuk melakukan semua aktiviti
yang diberikan kita tidak aka nada cukup masa. Namun, jika kita tidak dapat
membahagikan tugas antara 64 ahli kumpulan dengan baik, kita juga tidak mungkin dapat
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Saya juga belajar bagaimana kehidupan dalam
satu kumpulan. Segala cabaran, halangan atau kenangan pahit dan manis ynag dikongsi
bersama mengajar pelbagai nilai yang amat berguna.

Nilai yang paling ketara ialah semangat setiakawan dan kerjasama. Nilai ini
dapat saya hayati semasa latihan dalam kumpulan ( LDK ) dan latihan untuk malam
persembahan yang bertemakan “Nostalgia di IPG”. Semua ahli kumpulan bekerjasama
untuk membuat yang terbaik. Setiap kumpulan cuba menujukkan persembahan yang
terbaik dan cuba meninjolkan bakat masing-masing sama ada dalam nyanyian mahupun
lakokan.Pun begitu, terdapat juga jenaka-jenaka yang dilakukan oleh gur pelatih yang tidak
disangka-sangka. Melalui program Bina Insan Guru ini juga, saya dapat belajar yang kita
harus berbeza daripada orang lain. Berbeza maksudnya mempunyai identiti yang tidak ada
pada orang lain. Sebagai seorang guru kita harus melakukan kita harus melakukan
kelainan semasa mengajar untuk meningkatkan kefahaman pelajar kita. Tambahan pula, ia
dapat mengelakkan kebosanan. Jangan selalu bergantung kepada idea orang lain sahaja
tetapi mencuba sesuatu yang baru untuk menjadi seorang guru yang disukai pelajarnya.
Sikap kreatif haruslah ada bagi mewujudkan kelainan.

Semasa aktiviti menggembara di hutan (Gambar 2), saya belajar satu analogi
yang cukup berguna. Saya melambangkan pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat di
dalam hutan tersebut sebagai sikap manusia yang bakal saya hadapi kelak. Saya melalui
banyak jenis jalan seperti jalan rata, berduri, berbatu-batu dan sebagainya. Ada juga
kongkiak (anai-anai besar) yang naik ke kaki. Ini ibarat kehidupan seorang guru yang
kadang - kadang gembira, sedih, mencabar, sukar, dipenuhi air mata dan sebagainya.
Namun ianya mesti ditempuhi juga demi anak bangsa. Selain itu, saya dapat mempelajari
nilai keprcayaan dan kesefahaman daripada ahli-ahli dibawahnya, ketua tersebut tidak
akan berjaya melaksanakan tugasnya sebagai seorang ketua. Program Bina Insan Guru
juga membuatkan saya yakin kepada kebolehan diri sendiri dan jangan mudah mengalah.

Perkara ini saya pelajari semasa kami mengikuti aktiviti air. Pada mulanya, saya
kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk berenang tanpa menggunakan Boyouncy
Aid (BA). Setelah mencuba, akhirnya saya berjaya berenang hingga ke tebing sehingga
mendapat pujian daripada pensyarah. Setelah berjaya, barulah saya sedar bahawa
keyakinan diri sangat penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Apa yang dapat saya
pelajari melalui BIG ini adalah sikap yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang
berada disekeliling kita merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita.
Namun, semua ilmu itu tidak akan datang dengan petik jari sahaja. Jadi, tanggungjawab
kita adalah mencari dan menggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting untuk
menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga. Sesungguhnya, program BIG ini
banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Di
sebalik semua kesoronokan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan
refleksi terhadap diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilai dan
input yang berguna untuk memeperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman
yang melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah
mengalah dan lasak.

LAMPIRAN

Gambar 1 : Mendengar taklimat sebelum dilepaskan untuk berkayak.

Gambar 2: Permandangah di puncak.

Gambar 3 : Aktiviti memasak di bukit


Rujukan

Contoh Refleksi BIG Bina Insan Guru. (2014). Retrieved from

https://www.sistemguruonline.my/2014/11/contoh-refleksi-big-bina-insan-guru.html

Format Laporan Refleksi. (n.d.). Retrieved from

https://www.scribd.com/doc/86711002/Format-Laporan-Refleksi

Hushin, Hassan, Khalid, & Mohd Suhaimi. (2009). Program Pembangunan Sahsiah

Pelajar. (Hushin, Hassan and Khalid, Mohd Suhaimi Modul Program

Pembangunan Sahsiah Pelajar. unspecified, 4 . (Unpublished).) faculty of

education.

swot. (2009). Retrieved from http://cheabdrani.tripod.com/swot.html

Anda mungkin juga menyukai