Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Pada 10 April 2012 hingga 12 April 2012 seramai 88 orang guru pelatih
kumpulan DPLI-SR GSTT telah menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) Siri
1/ 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi, Pulau Tuba, Langkawi
Kedah. Program ini disertai oleh 90 orang pelajar asrama SMK Langkawi.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah slot kuliah iaitu
bertemakan Kemahiran Komunikasi, Kepimpinan Guru dan Protokol dalam
Majlis Rasmi dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Pada mata kasar, boleh
dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini mempunyai motif tersendiri. Motif
utamanya adalah untuk memberi peluang kepada kami semua bergaul,
berorganisasi, dan bekerjasama dengan mereka yang saya tidak sempat kenal
lagi sebelum ini. Keadaan ini jika dilihat dengan lebih terperinci adalah bertujuan
untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan sebenar profession perguruan
yang sebenarnya memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi, bersosial dan
bekerja dengan masyarakat. Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih
bersedia apabila saya ditugaskan di tempat baru.

2.0 ISU/ PERKARA


Penilaian SWOT (Strenght, Weakness, Opportunity dan Threats) dijadikan asas
terhadap refleksi Bina Insan Guru Siri 1/ 2012 yang telah dilaksanakan. Hasil
penilaian ini, beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman telah
dikenal pasti.

2.1 KEKUATAN (STRENGHT)


Antara kekuatan yang dapat dikenal pasti ialah semasa melaksanakan
setiap program, semua peserta bersungguh-sungguh melaksanakannya
walaupun terdapat beberapa kekangan seperti tiada alat permainan, bekan
elektrik yang tidak stabil dan PA system yang. Pendedahan menjalani
program sebegini saya anggap satu pendedahan yang amat baik bagi saya
kerana dengan cara inilah saya dan rakan-rakan dapat mengukur sejauh
mana ketahanan diri kami sendiri. Persediaan dari segi mental dan fizikal
amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti lagi
kemana arah kami setelah tamat belajar di institut perguruan ini. Mungkin
kami dihantar ke kawasan seperti di Pulau Tuba dimana pelajar-pelajarnya
kurang ada keyakinan diri, sukar mendapat bekalan elektrik. Pendedahan
sebegini membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan
kemampuan diri kami sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke
sekolah yang mungkin jauh dari pelusuk rimba.

Kreativiti dan fleksibel juga merupakan perkara penting dalam diri seorang
insan bergelar guru. Ketika menghadiri program BIG ini, saya telah dilatih
untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel dan kreatif dalam menghadapi
sesuatu perkara. Ketika melaksanakan persiapan bagi aktiviti riadah dan
LDK, kami semua telah berjaya mewujudkan satu persekitaran yang meriah
dan bertepatan dengan program yang dirancang. Masa yang singkat yang
diberikan untuk melakukan persiapan itu menyebabkan kami semua lebih
kreatif memberi idea bernas dan fleksibel dengan menyediakan bola kertas
yang diperbuat daripada surat khabar lama dan solutape. Alat yang
dihasilkan dipelajari daripada kelas Pergerakan Asas oleh Pn. Lily Rozita.
Alat yang dihasilkan telah memeriahkan lagi aktiviti riadah menjadikan
pemikiran saya lebih terbuka kerana semua ini menuntut tahap kreativiti
yang amat tinggi. Perkara ini pasti saya dapat aplikasikan suatu hari nanti
apabila saya dihantar untuk mengajar di sekolah terutamanya di sekolah
yang infastrukturnya kurang baik dan alat bantu mengajar yang terhad. Saya
yakin bahawa, dengan pemikiran kritikal yang hebat pasti saya dapat
mereka satu alat bantu mengajar yang hanya terdiri dari item-item yang
berada di kawasan sekitar sahaja. Semua ini pasti berguna dan membantu
pelajar dalam pembelajaran mereka.

2.2 KELEMAHAN (WEAKNESS)


Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah tentang ketepatan masa.
Terdapat beberapa program yang dirancang tidak menepati masa yang
ditetapkan. Beberapa guru pelatih lelaki tiba lewat untuk melaksanakan solat
subuh berjemaah. Begitu juga beberapa orang guru pelatih langsung tidak
mengikuti program solat berjemaah dan tazkirah subuh dan maghrib pada
kedua-dua hari. Namun, saya kesal kerana tidak ada sebarang teguran
dilakukan untuk memperbaiki kelemahan ini. Tabiat ini pada hemat saya
bukan contoh yang baik untuk ditonjolkan kepada murid-murid di SMK
Langkawi.

2.3 PELUANG (OPPORTUNITY)


BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi ilmu
pengetahuan yang tidak ternilai harganya. Nilai-nilai murni juga telah berjaya
diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberikan
saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persediaan untuk
menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi.

2.4 ANCAMAN (THREATS)


Terdapat beberapa ancaman menjalani program BIG di Pulau Tuba ialah
semasa perjalanan dari jeti Pulau Langkawi ke Pulau Tuba, bot yang kami
naiki terlalu padat. Seramai 20 orang guru pelatih dimuatkan dalam satu bot
tanpa memakai jaket keselamatan. Selain itu, perjalanan 20 minit ke Pulau
Tuba adalah berbahaya kepada guru pelatih yang sedang hamil dan tidak
sihat. Selain itu, kami juga dikejutkan dengan gegaran yang dirasai kesan
daripada kejadian gempa bumi di Jepun. Kami juga begitu risau akan
keselamatan berada di Pulau Tuba.

3.0 CADANGAN
Antara cadangan untuk penambahbaikan program BIG akan datang ialah:
i) Ahli jawatankuasa tertinggi pelaksaan program perlu meningkatkan lagi
pengurusan agar tentatif program dapat dilaksanakan secara terancang.
ii) Program BIG dilakukan di tempat lain yang lebih selamat.

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, saya bersyukur kerana telah selamat melaksanakan program
BIG siri 1/ 2012. BIG yang dijalankan di Pulau Tuba telah memberi banyak input
yang amat berguna kepada saya diaplikasikan dalam kehidupan seharian
terutamanya dalam kehidupan saya dalam profesion perguruan.

Anda mungkin juga menyukai