Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2019


SEMESTER 1 TAHUN 3

TUGASAN 2: LAPORAN REFLEKTIF

Nama Pelajar : MUHAMMAD RIFQI RUSYAIDI BIN SHAMSUL ANUAR


Angka Giliran : 2019312340076
No. Kad Pengenalan : 000620-13-0675
Kumpulan /Unit : PISMP PI4619
Kod Kursus : MPU3112
Nama Kursus : BINA INSAN GURU (BIG)
Nama Pensyarah :
Tarikh Hantar : 18 OKTOBER 2021

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

PENULISAN REFLEKTIF BINA INSAN GURU MAYA 2021


1.0 Pengenalan

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang diwajibkan untuk
disertai oleh semua guru pelatih semasa pengajian. Program BIG ini melibatkan beberapa
aktiviti iaitu aktiviti perkhemahan, aktiviti air, aktiviti kembara, aktiviti tali, membina jaringan
hubungan social yang baik serta penerapan nilai-nilai murni menerusi Latihan Dalam
Kumpulan (LDK). Menurut Buku Panduan PISMP (2008), kursus ini juga merupakan satu
wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang unggul, berilmu,
berkemahiran serta mempunyai sahsiah yang tinggi seperti yang dihasratkan oleh kerajaan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan da Falsafah Pendidikan Guru. Oleh itu,
pada tanggal 11 Oktober 2021 yang lepas, saya telah menyertai program BIG ini bersama
rakan-rakan guru pelatih ambilan Jun 2019. Program ini dilaksanakan secara maya selama
5 hari memandangkan situasi negara yang dilanda pandemik COVID-19. Meskipun begitu,
kami masih dapat memperoleh pengalaman dan mempelajari perkara baharu sepanjang
program ini berlangsung.

2.0 Pengalaman Sepanjang Program BIG

Program BIG secara maya yang berlangsung selama 5 hari ini menghendaki kami
untuk menyelesaikan beberapa tugasan serta melibatkan diri dalam beberapa aktiviti
tertentu. Sebuah jadual yang sistematik dan padat berkenaan aktiviti yang kami perlu sertai
telah diberikan kepada kami. Setiap hari bermula hari pertama hingga hari terakhir, terdapat
aktiviti yang kami perlu ikut.

Hari Pertama :

Pada hari pertama, kami terlebih dahulu mendengar taklimat dari ketua penyelaras
program ini iaitu Encik Michael Belekum mengenai pelaksanaan program, tugasan yang
perlu dilaksanakan serta aktiviti-aktiviti yang perlu kami laksanakan sepanjang program
pada jam 8 pagi. Kemudian, kami turut serta untuk slot Interaksi Profesional di Sekolah.
Dalam slot ini, bersama-sama mendengar perkongsian amalan terbaik oleh 2 orang rakan
kami yang merupakan calon cemerlang bagi praktikum Fasa 1 sebelum ini. Mereka telah
berkongsi mengenai pengalaman, tips serta cara-cara mereka menyelesaikan perkara-
perkara yang berlaku sepanjang praktikum sehingga berjaya dicalonkan sebagai pelajar
cemerlang. Pada sebelah petang pula iaitu pada jam 2 petang, kami mendengar taklimat
daripada Encik Joseph Sidemy berkenaan dengan aktiviti perkhemahan. Kami telah
mendapat penjelasan daripada beliau mengenai perkara-perkara yang berlaku dalam
perkhemahan seperti perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas
perkhemahan. Pada sebelah malam, kami mendengar ceramah Kewarganegaraan dan
Perpaduan daripada salah seorang ahli kumpulan kami.

Hari Kedua :

Hari kedua kami dimulakan dengan aktiviti pengurusan diri serta mendengar sedikit
perkongsian moral daripada rakan yang telah dilantik. Kemudian, kami bersama-sama
melakukan sedikit senaman bagi slot Malaysia Cergas dan Patriotik. Seterusnya, kami
bersama-sama mendengar taklimat penyediaan sarapan pagi daripada Puan Florina.
Kemudian, kami mendengar taklimat daripada Encik Joseph Sidemy bagi slot Aktiviti Air.
Beliau telah menjelaskan berkenaan dengan keselamatan serta keyakinan di air.

Hari Ketiga :

Hari ketiga kami juga dimulakan dengan aktiviti pengurusan diri serta mendengar
sedikit perkongsian moral daripada rakan yang telah dilantik. Kemudian, kami bersama-
sama melakukan sedikit senaman bagi slot Malaysia Cergas dan Patriotik. Seterusnya, kami
bersama-sama mendengar taklimat penyediaan sarapan pagi daripada Puan Florina.
Kemudian, kami mendengar taklimat daripada Encik Joseph Sidemy bagi slot Aktiviti
Kembara. Kami telah dijelaskan tentang kepentingan ikhtiar hidup semasa berada di dalam
hutan serta kemahiran-kemahiran yang perlu ada di dalam hutan. Pada sebelah petang,
Encik Joseph Sidemy memberikan taklimat berkaitan Aktiviti Tali pula. Kami mempelajari
ilmu dan kemahiran absailling daripada Encik Joseph Sidemy sepanjang slot ini.

Hari Keempat :

Hari keempat kami juga dimulakan dengan aktiviti pengurusan diri serta mendengar
sedikit perkongsian moral daripada rakan yang telah dilantik. Kemudian, kami bersama-
sama melakukan sedikit senaman bagi slot Malaysia Cergas dan Patriotik. Seterusnya, kami
bersama-sama mendengar taklimat penyediaan sarapan pagi daripada Puan Florina.
Kemudian, kami mendengar taklimat daripada Encik Joseph Sidemy bagi slot Aktiviti Tali.
Kami sekali lagi diterangkan dengan pelaksanaan aktiviti absailling daripada Encik Joseph
Sidemy secara maya. Seterusnya, kami menyertai slot Peranan Guru Terhadap Komuniti
yang dikendalikan oleh Encik Nguang Ung Siong. Kami telah ditaklimatkan tentang aktiviti
gotong royong serta aktiviti khidmat komuniti yang perlu kami lakukan.
Hari Kelima :

Hari kelima kami juga dimulakan dengan aktiviti pengurusan diri serta mendengar
sedikit perkongsian moral daripada rakan yang telah dilantik. Kemudian, kami bersama-
sama melakukan sedikit senaman bagi slot Malaysia Cergas dan Patriotik. Seterusnya, kami
bersama-sama mendengar taklimat penyediaan sarapan pagi daripada Puan Florina.
Kemudian, kami sekali lagi mendengar taklimat daripada Encik Nguang Ung Siong
berkenaan dengan Peranan Guru Terhadap Komuniti. Seterusnya pada sebelah petang,
kami menyertai Majlis Perasmian Penutupan BIG Maya 2021 yang dirasmikan oleh
Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak, Cik Hajah Rosidah binti Abdullah.
Beliau telah merakamkan penghargaan kepada semua pensyarah dan guru pelatih yang
terlibat dalam BIG Maya 2021.

3.0 Analisis S.W.O.T

Kekuatan (Strengths)

Sepanjang 5 hari program ini dilaksanakan, antara kekuatan dominan yang dapat
saya perhatikan ialah pensyarah-pensyarah yang dilantik untuk menjadi jurulatih bagi setiap
aktiviti merupakan mereka yang sangat berpengalaman, berkemahiran serta mampu
menyampaikan maklumat dengan jelas dan mudah difahami. Mereka sentiasa berkongsi tips
dan cara melaksanakan sesebuah aktiviti kepada kami sekaligus dapat menambah ilmu dan
pengetahuan kami sendiri.

Selain itu, kekuatan yang dapat saya nampak adalah kerjasama antara ahli
kumpulan. Sebagai contoh, ahli-ahli kumpulan saya bersama-sama membahagikan tugas
serta melaksanakan tugasan masing-masing secara baik tanpa ada sedikit pertelingkahan
pun yang berlaku. Kami saling bantu membantu serta memberikan komitmen terhadap
tugasan masing-masing agar kumpulan kami dapat menyelasaikan segala tugasan dengan
tepat.

Kelemahan (Weaknesses)
Bagi aspek kelemahan pula, apa yang saya nampak kelemahan sepanjang program
ini berlangsung adalah program ini berlangsung secara maya. Meskipun bukan salah mana-
mana pihak, tetapi disebabkan program ini hanya dilaksanakan secara maya jadi tidak
semua guru pelatih dapat menyertai semua aktiviti secara realistik disebabkan kekurangan
kelengkapan di rumah. Bagi saya, adalah satu kerugian bagi mereka yang tidak dapat
menyertai aktiviti ini secara nyata.

Seterusnya, kelemahan yang jelas dapat diperhatikan oleh saya adalah dari segi
pengurusan masa. Terdapat ramai guru pelatih yang gagal mematuhi masa yang ditetapkan
di dalam jadual. Sebagai contoh, terdapat guru pelatih masuk lewat ke dalam medium
Google Meet dan ketinggalan berbanding guru pelatih lain. Hal ini sekaligus menjejaskan
aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan pada hari tersebut.

Peluang (Opportunities)

Sepanjang program BIG ini, terdapat pelbagai peluang yang telah kami perolehi.
Satu daripadanya ialah kami berpeluang untuk meningkatkan keyakinan diri apabila berada
di dalam air. Hal ini juga secara tidak langsung telah mendedahkan kepada kami mengenai
kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai apabila berada di dalam air. Malah, kami
juga berpeluang untuk belajar teknik berkayak yang betul dan juga apa yang perlu dilakukan
sekiranya berlaku kecemasan semasa melakukan aktiviti air.

Selain itu, kami juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran ikhtiar hidup kami
yang pastinya berguna ketika kami mengajar kelak. Kemahiran-kemahiran yang diajarkan
kepada kami ini penting ketika berlaku apa-apa kecemasan ketika berada di dalam hutan
dan ketika sesi perkhemahan.

Ancaman (Threats)

Ancaman dominan yang dapat saya lihat ketika program BIG secara maya adalah
tidak semua guru pelatih berpeluang untuk merasai pengalaman serta melibatkan diri dalam
semua aktiviti secara nyata. Hal ini disebabkan program BIG ini dilaksanakan secara maya
dan guru-guru pelatih berada di kediaman masing-masing. Terdapat guru pelatih yang
tinggal di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan untuk melaksanakan aktiviti seperti
berkayak dan sebagainya.

Cadangan Penambahbaikan
Berdasarkan pengalaman saya sepanjang 5 hari menyertai program BIG ini, antara
penambahbaikan yang boleh saya cadangkan adalah pihak jawatankuasa pelaksanaan
program perlu lebih tegas berkaitan dengan pengurusan masa. Hal ini bagi memastikan
tiada guru pelatih yang lewat untuk masuk ke dalam sesi perjumpaan dan memastikan
semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Pihak pelaksana juga
perlu lebih bersedia dan cakna terhadap segala aktiviti yang dirancang agar tidak menjejas
kelancaran program. Hal ini selaras dengan kenyataan Buku Panduan Standard Guru
Malaysia (2007) yang menyatakan bahawa pembentukan guru yang hanya boleh tercapai
dari budaya IPG yang cemerlang, iaitu mampu melatih guru agar memiliki the towering
personality, capable specialist with copable generalist. Oleh itu, ketegasan ini pastinya dapat
memastikan semua guru pelatih mendapat input yang maksimum demi menjadi seorang
guru yang cemerlang.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, program BIG Maya 2021 ini memberikan banyak manfaat kepada
guru pelatih meskipun cuma dilaksanakan secara maya. Hal ini kerana pihak jurulatih masih
sedaya upaya memberikan pengetahuan secara teori kepada guru pelatih. Segala
kemahiran yang telah dipelajari sepanjang program ini pastinya dapat membantu guru-guru
pelatih untuk menjadi seorang guru yang versatil, berkaliber dan berkemahiran ketika
mengajar kelak. Hal ini selaras dengan pendapat Brackett (2001) yang menyatakan bahawa
siswa guru perlu melengkapkan diri sebagai insan guru disamping mampu
menyempurnakan kursus latihan perguruan yang profesional. Tuntasnya, BIG Maya 2021 ini
mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru dengan jayanya.

Rujukan
Brackett, M. A. et al. (2001). Emotion-Regulation Ability, Burnout And Job Satisfaction
Among British Secondary-School Teachers. Psychology In The Schools, 47(4), 406-
417.

Buku Panduan Standard Guru Malaysia. (2007). Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buku Panduan PISMP Dengan Kepujian IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat. (2008).
Batu Pahat: IPG Kampus Tun Hussein Onn.
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai