Anda di halaman 1dari 24

1.

0 Pengenalan
Selaku seorang guru pelatih di Institut Pendidikan guru, sudah menjadi
kelaziman untuk menjalani satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang
mesti diikuti iaitu Bina Insan Guru. Semua guru pelatih wajib untuk lulus BIG ini.
Program ini direalisasikan melalui aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam
semester tempoh pengajian di bawah kelolaan dan kendalian Jabatan GERKO dan
Jabatan HEP. Aktiviti-aktiviti yang direncanakan ini bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul.
Fokus utama untuk program BIG semester ini adalah untuk mengadakan satu
aktiviti yang bercorak khidmat pendidikan di samping melibatkan kerja berpasukan dan
kerjasama dalam kalangan guru pelatih itu sendiri. Tempoh jam kredit yang
diperuntukkan bagi BIG kali ini adalah selama 8 jam. Selain itu, program ini bertujuan
untuk melatih guru pelatih dalam kehidupan bermasyarakat di samping bercampur gaul
dengan masyarakat umum untuk mengenali ragam kehidupan. Dalam masa yang
sama, ini merupakan persediaan sebelum guru pelatih berhadapan dengan pelbagai
ragam dan kerenah masyarakat di luar sana.
Melalui program ini guru pelatih perlu mahir dalam kemahiran interpersonal diri.
Kerjasama yang melibatkan pelbagai pihak perlu melibatkan komunikasi yang sesuai
dan berkesan. Secara tidak langsung saya selaku guru pelatih dapat membina
keyakinan diri untuk bercakap dan berbincang dengan masyarakat.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping
mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi
Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan,...pendidikan guru
hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahirkan,
membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki
keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji
selaras dengan hasrat negara.
1

2.0 Rasional
Program Bina Insan (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak,
nilai- nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta
aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Guru.

3.0 Objektif Kurikulum BIG


Program BIG adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:
Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada

keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.


Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,

amalan atau aktiviti.


Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta

membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.


Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang

tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai


Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah.
Mempamerkan daya ketahanan

rohani(spiritual) dan sosial.


Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab

dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.


Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal keatas pengalaman,

dan

kekuatan

jasmani,

emosi,

kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan


secara berterusan.

4.0 Laporan Sebelum, Semasa dan Selepas Program Bina Insan Guru

AYISY HARIZ BIN SUKIMAN


IPGKB: S11S-1006-0445
921027-101-6069
PISMP SAINS SEMESTER 3

21/8/2013
KHAMIS
WAD PEDIATRIK, HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HUSM), KUBANG
KERIAN, KELANTAN.
Saya Ayisy Hariz bin Sukiman dari kumpulan PISMP Sains/PJ/RBT Semester 3
telah menyertai Program Khidmat Pendidikan Bina Insan Guru Fasa 3 bertempat di
Wad Pediatrik, HUSM. Jumlah peserta yang terlibat dalam program ini adalah seramai
20 orang, 7 lelaki dan 13 perempuan.
i) Sebelum
Sebelum berlangsungnya program BIG fasa 3 ini, saya bersama rakan-rakan semester
3 menerima taklimat dan cadangan daripada pensyarah penyelia, Encik Zainol Abidin
Bin Zakaria. Beliau mengingatkan kumpulan kami agar segera menyiapkan kertas kerja
sebelum di semak oleh beliau bagi melaksana program BIG kali ini. Selepas diberi
penerangan, saya dan rakan-rakan sekelas segera menjalankan satu mesyuarat untuk
melantik AJK-AJK bagi menjalankan tugas masing-masing.
Sebelum itu, awal-awal lagi kami telah sebulat suara melantik saudara Mohd. Nor Bin
Mat Rahim sebagai pengerusi BIG fasa 3 ini. Dalam mesyuarat ini, saya terpilih menjadi
AJK Kerohanian.

Saya terpilih untuk memegang jawatan sebagai AJK Kerohanian hasil daripada
pilihan saudara Pengerusi sendiri. Sebagai seorang yang menghormati pemimpin, saya
menerima tugasan ini dengan berlapang dada. Walau bagaimanapun, tugas sebagai
AJK Kerohanian ini merupakan pertama kali bagi saya untuk memegangnya. Walaupun
berdepan dengan sedikit ujian, saya tetap tabah menghadapinya. Bak kata pepatah
hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Oleh yang demikian, saya telah membuat
sedikit persiapan dengan mencari maklumat-maklumat berkaitan doa yang hendak
dibaca pada hari berlangsungnya program BIG Fasa 3 ini. Saya cuba menghafal nya
sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, saya berjaya menghafal nya walaupun kurang
lancar.
Pemilihan tempat berlangsungnya program BIG Fasa 3 di Wad Pediatrik Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) ini hasil cadangan daripada saudara pengerusi
sendiri, Mohd Nor Bin Mat Rahim. Beliau mencadangkan tempat ini kerana beliau
mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pihak yang berkenaan di hospital
terbabit. Bagai Orang mengantuk disorongkan bantal kami lantas bersetuju dengan
cadangan tersebut kerana ianya memudahkan pengurusan kami untuk mengadakan
program wajib ini. Saudara pengerusi bertungkus lumus menghubungi pihak
perhubungan HUSM bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan program yang di
canang ini.
Sebelum tarikh BIG Fasa 3 ini bermula iaitu pada 21 Februari 2013, saya dan
beberapa rakan sekelas, Muhammad Naim, Liu Wei Yen dan Lui Wan Sing telah
menemani saudara pengerusi untuk melawat tempat bakal berlangsungnya program
BIG ini. Kami mengadakan lawatan bagi mengenal pasti tempat secara lebih terperinci
di samping memerhati kawasan sekitar dan mengambil beberapa keping gambar bagi
mendapatkan idea apakah perkara yang boleh kami lakukan bagi memperindah dan
menceriakan suasana bilik-bilik yang terdapat dalam wad-wad Pediatrik terbabit.
Jika saya tidak silap, alah seorang jururawat yang bertugas pada masa tersebut
bernama Zaiton. Beliau seorang yang peramah sepanjang kami melawat Wad Pediatrik
terbabit. Segala kemusykilan yang diutarakan, beliau akan cuba menjawabnya sebaik
yang mungkin.
4

Sebenarnya, seminggu sebelum program BIG Fasa 3 ini bermula, saya telah
ditimpa ujian daripada Ilahi dengan menghidap demam selesema dan batuk yang agak
teruk. Akibatnya, saya telah pergi mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan
Chepa pada 19 Februari 2013 iaitu 3 hari sebelum berlangsungnya program BIG ini.
Saya berasa sungguh sedih dan gusar adakah saya mampu buat yang terbaik
sepanjang bersama-sama menjayakan program ini. Saya hanya mampu berdoa kepada
Ilahi moga-moga tahap kesihatan saya cepat sembuh.
Beberapa hari sebelum berlangsungnya BIG Fasa 3 ini, kami sekelas telah
menjalankan aktiviti gotong royong sebagai persiapan. Sehari sebelum program
bermula, saya telah membantu saudari Nurul Mardhiah dan rakan-rakan yang lain untuk
membungkus cenderahati berupa makanan. Walaupun menghadapi sedikit kesulitan
pada awalnya, tapi Alhamdulillah, tugasan ini dapat diselesaikan.

Sehari sebelum

bergotong royong ini, saya telah membantu saudari Nurul Mardhiah untuk membeli
beberapa kelengkapan yang dia perlukan terutama hal yang berkaitan makanan dan
cenderahati seperti bakul buah-buahan, beberapa jenis buah dan beberapa kotak susu
coklat. Bagaimanapun, pada petang hari aktiviti gotong royong tersebut, saya tidak
dapat turut hadir sama-sama membuat persiapan untuk program BIG itu kerana
kesihatan saya merudum (diserang demam). Saya rasa sangat sedih kerana gagal
memberikan kerjasama kepada rakan-rakan lain. Beban bekerja mereka tentu banyak
disebabkan ketiadaan saya pada petang itu.

ii) Semasa
Pada 21 Februari 2013 iaitu pada hari Khamis, saya telah menyertai program
BIG Fasa 3 bersama-sama rakan sekelas selama 7 jam. Pada pagi yang dijanjikan,
saya dan rakan-rakan telah berkumpul di hadapan Dewan Wawasan bagi proses
penyediaan terakhir dan pemberian taklimat ringkas oleh saudara pengerusi, Mohd. Nor
bin Md. Rahim. Saya bersyukur kerana pagi itu saya tidak lagi lambat seperti program
5

BIG Fasa 2. Saya dan kesemua peserta lelaki telah membawa kenderaan masingmasing disebabkan pihak IPG Kampus Kota Bharu gagal menyediakan perkhidmatan
mengambil semula para peserta program BIG ini sesudah selesai nanti. Oleh itu, kami
peserta lelaki mengambil inisiatif sendiri dengan pergi dan balik dengan menggunakan
kenderaan sendiri. Rata-rata peserta lelaki menunggang dan membonceng motosikal
kecuali saudara Muhammad Naim yang memandu kereta. Untuk perjalanan pulang
nanti, Muhammad Naim ditugaskan untuk membawa peserta-peserta perempuan
pulang ke kampus.

Gambar 1: Para peserta berkumpul di hadapan Dewan Wawasan sebelum bertolak.

Sebelum bertolak, kami para peserta diberi sedikit taklimat ringkas oleh
pengerusi mengenai tentatif program yang akan berlangsung. Pada ketika itu, kami
dimaklumkan oleh Ketua Jabatan GERKO, Encik Wan Din mengenai ketidakhadiran
pensyarah penyelia program BIG ini, Encik Zainol Abidin bin Zakaria. Encik Zainol tidak
dapat turut hadir dalam program ini disebabkan terdapat komitmen lain yang lebih
penting. Kami berasa agak terkilan kerana perkara sebegini dimaklumkan pada saat6

saat akhir. Namun demikian, hal ini tidak bermakna program BIG kami terjejas teruk.
Program tetap akan dijalankan memandangkan pelbagai persiapan telah dilakukan bagi
menjayakan program berprestij ini. Ketika berkumpul, pensyarah tutor kami, Encik Che
Asran bin Che Mohd. Amin tidak turut serta, tetapi dia memaklumkan bahawa dia akan
turut serta sesampainya kami ke destinasi program nanti. Tepat jam 8.20 pagi, kesemua
peserta perempuan dan seorang peserta lelaki mula menaiki bas dan bergerak menuju
ke destinasi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Saya dan
peserta-peserta lelaki yang mula bergerak mengekori bas yang sudah bergerak.

Gambar 2: Sebahagian peserta perempuan yang menaiki bas.

Sesampainya kami di destinasi, lebih kurang pukul 9.00 pagi, kami berkumpul
dahulu di perkarangan HUSM bagi menunggu kedatangan pensyarah tutor kami, Encik
Che Asran bin Che Mohd Amin. Setelah menunggu buat seketika, beliau selamat tiba di
tempat kami menunggu. Pukul 9.15 pagi, kami mula bergerak ke Wad Pediatrik, HUSM.
Kami berkumpul dahulu di pusat sumber yang berada di tingkat atas kepada Wad
Pediatrik terbabit bagi mengadakan majlis pembukaan secara ringkas. Kata-kata
penghargaan dan bacaan doa yang dibacakan oleh saya sendiri dilaksanakan sewaktu
majlis tersebut. Selesai majlis pembukaan, masing-masing berpecah kepada tiga
7

kumpulan yang ditetapkan. Kumpulan pertama, seramai 8 orang ditugaskan untuk


menceriakan bilik istirahat Wad 6 Utara. Kumpulan kedua, seramai 7 termasuk saya
sendiri ditugaskan untuk menceriakan bilik istirahat Wad 6 Selatan. Kumpulan ketiga,
seramai 5 orang, ditugaskan mengemas bilik pusat sumber tersebut.

Gambar 3: Saya dan rakan-rakan sedang berkumpul di pusat sumber.

Gambar 4: Saya membacakan doa ketika majlis pembukaan.

Saya dan rakan sekumpulan saya iaitu Kumpulan Kedua bertungkus lumus cuba
menceriakan bilik istirahat di Wad 6 Selatan dengan melukis dan mewarna lukisan
mural. Pada awal aktiviti, saya bersama-sama saudari Nur Izni Syamimi dan Noraini
memasang origami burung di siling bilik istirahat tersebut bagi proses penceriaan.
Sementara itu, peserta Tan Guo Liang, Ong Hui Hui dan Selvi Segaran sibuk melukis
lukisan mural. Saudari Zaira Nur Hidayah pula mula mewarna lukisan yang dilukis oleh
saudara Tan Guo Liang. Selesai tugas memasang origami burung tersebut, saya terus
menolong saudari Zaira Nur Hidayah mewarna lukisan Spongebob yang siap dilukis
oleh Tan Guo Liang. Nur Izni Syamimi dan Noraini juga turut membantu. Disebabkan
lukisan Spongebob ini agak kompleks, jadi proses mewarnakan nya turut memerlukan
tenaga kerja yang lebih dan tempoh masa yang agak lama. Tidak seperti lukisan mural
yang dilukis oleh Selvi Segaran dan Ong Hui Hui yang mana lukisan-lukisan mereka
bersifat mudah dan tidak kompleks. Perkara ini melatih koordinasi otot halus jari saya.
Hal ini kerana, ketika proses mewarna, sudah pasti akan menggunakan otot-otot di
persekitaran jari. Aktiviti ini berterusan sehingga jam menunjukkan pukul 1.00 tengah
hari.

Gambar 5 dan 6: Proses mewarna lukisan mural Spongebob dan corak batik

Meskipun saya masih demam, saya tetap gagahkan diri ini untuk melakukan
yang terbaik kerana saya tidak mahu membebankan rakan-rakan saya sekiranya saya
berehat. Namun demikian, saya tahu had keupayaan saya. Jadi, saya melakukan
aktiviti penceriaan sehabis baik yang saya mampu.

Gambar 7: Lukisan mural Spongebob yang siap dihasilkan

10

Gambar 8: Saya dan rakan-rakan sekumpulan.

Apabila jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari, kami mula berhenti daripada
aktiviti penceriaan tersebut. Kami mula rehat untuk makan dan Solat Zuhur bagi yang
Muslim. Saya dan rakan-rakan makan tengah hari di kafeteria hospital yang berada di
aras bawah sekali. Pada pandangan saya, makan yang disediakan bermutu dan tahap
kebersihannya terjamin. Setelah menikmati juadah yang ringkas, saya dan rakan-rakan
Muslim lain naik semula ke aras 6 di mana Wad Pediatrik berada untuk menunaikan
Solat Zuhur. Oleh kerana ruang solat bagi setiap wad adalah terhad, kami
membahagikan kumpulan antara kami.
Ada kumpulan yang solat di surau Wad 6 Utara dan ada yang solat di Wad 6
Selatan. Sesudah menunaikan kewajipan, saya dan saudara Muhammad Naim
mengambil kesempatan untuk berehat sebentar. Saya juga mengambil peluang ini
untuk mengambil ubat disebabkan tahap kesihatan saya ketika itu.
Ketika jam hampir menunjukkan jam 2.00 petang, kesemua peserta berkumpul
semula di pusat sumber bagi agenda yang seterusnya. Aktiviti seterusnya adalah
beramah mesra dengan pesakit-pesakit psikiatri di samping ahli-ahli keluarga mereka
dengan mengadakan pertandingan mewarna dalam kalangan pesakit. Bagi pesakit
yang berkemampuan, mereka akan dibawa ke pusat sumber tersebut bagi
pertandingan mewarna ini.
Bagi mereka (pesakit) yang tidak berkemampuan berbuat demikian, kami akan datang
kepada mereka di wad-wad sambil membawa peralatan untuk mewarna. Sekali lagi
kami dipecahkan menjadi dua kumpulan. Kumpulan pertama ditugaskan untuk menyelia
pertandingan mewarna di pusat sumber manakala kumpulan kedua ditugaskan untuk
menyelia pertandingan mewarna di wad-wad pediatrik. Dalam kumpulan kedua ini, kami
dipecahkan lagi menjadi tiga unit kecil.

11

Saya bertuah kerana ditugaskan untuk menyelia di Wad 6 Selatan bersamasama saudari Nurul Hazwani dan Selvi Segaran. Kami bertiga terus ke Wad 6 Selatan
apabila pertandingan mula dijalankan untuk mencari pesakit-pesakit yang bertuah untuk
menyertai pertandingan ini. Malangnya, kebanyakan pesakit sedang tidur dan tidak
mahu diganggu. Namun demikian, kami berjaya mencari seramai tiga orang peserta
(pesakit) untuk pertandingan mewarna ini. Sambil mewarna, kami beramah mesra
dengan mereka dan ahli keluarga (ibu bapa) mereka yang turut menemani mereka di
samping memberi sokongan kepada anak-anak mereka.
Saya berasa sungguh sedih dan terharu apabila mendengar luahan perasaan
seorang ayah mengenai keadaan anaknya yang menghidap penyakit buah pinggang.
Buah pinggang anaknya gagal berfungsi dengan baik sehingga anaknya jarang
membuang air kecil. Akibatnya, badan si anak kembang dan bengkak kerana air dalam
badan tidak dikeluarkan. Tidak silap saya, keluarga ini berasal dari Bachok, Kelantan.
Saya juga sayu melihat pengorbanan seorang ayah yang sanggup mengambil cuti
bekerja bagi menemani anak yang tercinta.

Gambar 8: Seorang ayah menemani anaknya (pesakit) ketika

Ketika jam hampir menunjukkan pukul 3.30 petang, pertandingan ditamatkan.


pertandingan mewarna. [keluarga yang diceritakan]

Kemudian, sesi penyampaian hadiah bagi para pemenang dimulakan. Pemenang dipilih
berdasarkan aspek kecantikan dan ketelitian mewarna mereka. Bagi yang tidak
memenangi apa-apa, mereka tidak perlu bersedih kerana masih menerima cenderahati
berupa hadiah sagu hati.

12

Gambar 9 dan 10: Antara pemenang-pemenang bertuah dalam pertandingan mewarna.

Apabila majlis penyampaian hadiah selesai, para pesakit beransur pulang ke


wad masing-masing. Bagi mereka yang memerlukan bantuan, para peserta membantu
mereka untuk pulang ke wad. Ada di antara pesakit yang terpaksa menggunakan kerusi
roda untuk bergerak. Saya mengambil peluang keemasan ini dengan membantu
seorang pesakit pulang ke wad dengan menolak kerusi roda miliknya ke Wad 6 Utara.
Malangnya, saya gagal mendapatkan nama pesakit tersebut kerana dia bersifat pasif
dan pendiam. Suara yang dikeluarkan sangat perlahan sehingga saya gagal
mendengar apa yang hendak diungkapkannya dengan jelas.

13

Gambar 11: Saya menolong menolak kerusi roda seorang pesakit pulang ke wad

Setelah selesai menghantar para pesakit ke wad masing-masing, majlis penutup


pun dimulakan. Ketika ini, saudari Thaatchayani Muralle memainkan tugasnya sebagai
pengacara majlis. Syabas diucapkan kerana dia berjaya menjalankan tugasnya dengan
baik sekali. Ketika majlis penutup tersebut, saudara pengerusi, Mohd Nor bin Mat
Rahim memberikan ucapan penghargaan kepada pihak kakitangan dan staf-staf
hospital yang sudi menerima kunjungan kami bagi menjalankan program BIG ini.

Gambar 12: Thaatcayani semasa mengacarakan majlis penutup.

Tidak lupa juga pensyarah tutor kami yang turut mengucapkan kata-kata
penghargaan kepada pihak hospital di samping memberikan kata-kata semangat
kepada guru pelatih seperti saya. Ketika itu juga, saya sekali lagi memainkan peranan

14

saya sebagai AJK Kerohanian dengan membacakan bacaan doa sebagai penutup
kepada penutupan program BIG ini.

Gambar 13: Saya membacakan doa ketika majlis penutupan.

Gambar 14: Mohd. Nor memberikan ucapan penghargaan sewaktu majlis penutup

Tidak lupa juga wakil daripada staf-staf hospital yang memberikan sepatah dua
kata mengenai kehadiran kami ke tempat mereka bagi menjalankan tugas murni ini.
Beliau sangat gembira kerana kehadiran kami adalah untuk kebaikan mereka juga.
15

Sebelum majlis tamat, saudara pengerusi telah memberikan cenderahati kepada pihak
hospital sebagai tanda penghargaan kami.

Gambar 15: Pemberian cenderahati kepada wakil pihak hospital.

Setelah tamat majlis penutup, sesi fotografi pula menyusul sebagai tanda
kenang-kenangan dan bukti yang pelajar PISMP Sains Semester 3 pernah
mengadakan program BIG di Wad Pediatrik HUSM.. Ketika ini lah saudari Nurul
Hazwani dan 2 orang rakannya menjalankan tugas selaku AJK Publisiti dengan
mengambil gambar-gambar kami semua para peserta dan staf-staf hospital yang
terlibat di samping pensyarah tutor kami. Nurul Hazwani dan rakannya cuba
menangkap gambar sebaik mungkin bagi mendapatkan kualiti gambar yang terbaik.
Sesudah tamat sesi bergambar, saya bersama rakan-rakan lain mengemas dan
menyimpan semula peralatan mengemas yang dibawa ke dalam kereta sebelum pulang
semula ke IPG Kampus Kota Bharu. Saya pulang ke kampus dengan menaiki motosikal
kapcai milik saya sendiri bersama saudara pengerusi, Mohd. Nor bin Mat Rahim.

16

Gambar 16: Sebahagian peserta BIG bersama-sama staf-staf hospital yang bertugas

iii) Selepas

Gambar 17: Peserta-peserta yang menyertai Program BIG Fasa 3

Saya berasa sungguh gembira setelah selesai menjalankan Program Khidmat


Pendidikan Bina Insan Guru Fasa 3 ini. Tetapi, pada masa yang sama, saya berasa
sungguh penat. Hal ini kerana saya menghadapi beberapa masalah sebelum dan
17

semasa menjalankan program BIG kali ini. Sebelum menjalankan program, saya
menghadapi masalah yang saya hanya seorang sahaja memegang jawatan sebagai
AJK Kerohanian. Hal ini agak membebankan saya kerana saya harus menjalankan
tanggungjawab secara seorang diri. Begitu juga dengan masalah pengangkutan bas
yang mana, ianya memaksa saya dan rakan-rakan lain mencari alternatif lain dengan
menggunakan kenderaan sendiri untuk perjalanan pergi dan balik. Hal sebegini sedikit
mengecewakan saya.
Apa yang saya pelajari sepanjang program ini dijayakan, saya mendapati
bahawa diri ini perlu sentiasa bersabar walau berdepan dengan pelbagai dugaan.
Contohnya ketika saya dan rakan-rakan sekumpulan bertungkus lumus menceriakan
bilik istirahat Wad 6 Selatan dengan melukis dan mewarna lukisan mural. Kami
menghadapi masalah dari segi kekangan masa. Masa yang diperuntukkan amat terhad,
Jadi, kami terpaksa bekerja secara pantas bagi mengejar masa.
Selain itu, saya juga belajar erti kerjasama di samping mengurangkan perasaan
malu untuk meminta bantuan orang lain sekiranya ia memang diperlukan. Contohnya,
saya meminta tolong rakan-rakan saya untuk turut membantu dalam proses penceriaan
di bilik istirahat itu. Ketika itu, saya meminta pertolongan rakan-rakan untuk memasang
origami burung pada siling, Kemudian, saya turut meminta tolong mereka ketika
mewarna lukisan mural Spongebob
Ribuan terima kasih juga kepada tutor saya yang telah banyak membantu
termasuklah sumbangannya dalam perbelanjaan untuk program ini. Ucapan terima
kasih juga untuk para rakan saya yang banyak membantu ketika program berjalan.
Akhir kata, saya memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah dan
rahmat-Nya, dapatlah saya mempelajari sesuatu yang bermakna daripada program BIG
fasa 3 ini.

5.0 Refleksi
AYISY HARIZ BIN SUKIMAN
IPGKB: S11S-1006-0445
18

921027-01-6069
PISMP SAINS SEMESTER 3

21/8/2013
KHAMIS
WAD PEDIATRIK, HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, KUBANG KERIAN,
KELANTAN.
Program Bina Insan Guru merupakan satu kursus yang wajib diikuti oleh semua guru
pelatih. Kursus wajib ini merupakan satu kursus anjuran Bahagian Pendidikan Guru
yang perlu dijalankan oleh setiap Institut Pendidikan Guru (IPG) dan ianya merupakan
satu pendekatan ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang
dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG). Dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam Kursus Bina
Insan Guru (BIG) ini yang lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah
secara alamiah iaitu dalam konteks dan situasi sebenar, ia kini dalam usaha
memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan
pelajar. Terdapat banyak kekuatan, kelemahan, penambahbaikan dan peluang yang
dapat saya terjemahkan sepanjang menjalani aktiviti BIG ini. Program ini sangat
bermakna kepada saya kerana selain dapat menjadi guru yang universal, ia juga telah
banyak mengukir kenangan manis dan pahit dalam hidup saya.

Proses untuk membentuk modal insan guru yang cemerlang dan berguna
bukanlah satu tugas yang mudah. Oleh yang demikian, guru pelatih perlu
mempersiapkan diri mereka sepenuhnya dengan ilmu di dada selain daripada kekuatan
fizikal dan mental agar dapat menjalankan tugas selaku seorang pendidik dengan baik
dan sempurna.
19

Oleh itu, dengan wujudnya aktiviti seperti BIG ini, segala keperluan di atas dapat
disediakan kepada kami bagi menempuh alam perguruan kelak. Terdapat beberapa
aktiviti

yang

dijalankan

sepanjang

program

BIG

yang

bertemakan

khidmat

kemasyarakatan ini seperti aktiviti pembersihan dan aktiviti keceriaan di samping


mengenali diri seorang kanak-kanak tadika dengan lebih mendalam. Segala huraian
berkaitan dengan kekuatan, kelemahan, penambahbaikan dan peluang yang saya
peroleh akan saya huraikan di perenggan di bawah:
i) Kekuatan
Apakah kekuatan yang diperoleh daripada program BIG ini? Persoalan tersebut
akan saya jawab berdasarkan pengalaman yang diperoleh sepanjang menjayakan
program BIG ini. Pertama sekali, saya dapat meningkatkan hubungan komunikasi saya
terhadap orang lain. Perkara ini terjadi ketika sesi mesyuarat pelantikan AJK. Selain itu,
saya juga dapat meningkatkan tahap komunikasi apabila bertemu dengan para
petugas, staf-staf dan pesakit-pesakit di Wad Pediatrik, HUSM berkenaan. Saya juga
berkomunikasi dan beramah mesra bersama keluarga para pesakit ketika aktiviti
mewarna dijalankan. Sedikit sebanyak saya dapat menyelami perasaan dan berkongsi
mereka yang agak menyayat hati. Perkara sebegini menjadikan diri matang dan peka
terhadap sensitiviti masyarakat terutama kepada mereka yang lebih berusia.
Seterusnya, saya juga dapat meningkatkan kemahiran fizikal dan mental saya
melalui program BIG ini. Perkara ini berlaku ketika saya melibatkan diri dalam aktiviti
melukis dan mewarna lukisan mural. Penggunaan alat melukis yang terhad di ruang
yang tertutup dan agak sempit benar-benar menguji kesabaran diri dan melatih
kemahiran fizikal melalui seni lukis dan warna. Di tambah pula dengan situasi ketika itu
saya masih dalam keadaan kurang sihat, sudah pasti kekuatan diri sangat-sangat teruji.
Selain daripada itu, program BIG ini juga mendedahkan kepada saya nilai
kerjasama dan persahabatan. Suka saya katakan bahawa aktiviti yang benar-bnar
menampakkan nilai ini adalah ketika aktiviti melukis dan mewarna mural serta aktiviti
beramah mesra bersama para pesakit psikiatri (aktiviti mewarna). Saya dapat melihat
betapa seronoknya apabila rakan-rakan saling tolong menolong antara satu sama lain
bagi menjayakan lukisan mural dan aktiviti mewarna tersebut. Di sini lah saya berjaya
20

mengenal dengan lebih mendalam hati budi rakan-rakan saya. Bak kata pepatah bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Di samping itu, saya juga belajar bagaimana caranya melayan kerenah pesakitpesakit di wad pediatrik tersebut. Rata-rata mereka berusia di bawah 12 tahun.
Walaupun pada awal program saya sibuk dengan aktiviti melukis dan mewarna, namun
saya berpeluang bertemu dengan para pesakit pada sesi kedua pada sebelah petang.
Betapa sayu nya hati saya tatkala melihat penderitaan yang mereka tanggung sejak
usia masih kecil lagi. Saya berdoa agar mereka semua cepat sembuh. Amin. Ada juga
antara mereka yang pemalu, jadi susah juga lah untuk saya beramah mesra dengan
mereka. Di sinilah kemahiran berkomunikasi saya teruji. Saya cuba pelbagai cara untuk
beramah mesra dengan mereka melalui bertanyakan khabar, nama serta melawak.
ii) Kelemahan
Persoalan mengenai kelemahan ketika program BIG ini berlangsung, saya
merasakan bahawa tiadanya sebarang peruntukan kewangan daripada pihak IPG
Kampus Kota Bharu itu sendiri. Meskipun subjek BIG ini adalah subjek yang wajib kami
jalani, namun kami masih gagal menerima beberapa jenis peruntukan seperti
peruntukan makanan, cenderahati dan beberapa jenis lain lagi. Sebagai langkah
penyelesaian, saya dan rakan-rakan lain bersetuju untuk mengutip wang poket masingmasing sebagai jalan penyelesaian.
Selain daripada itu, terdapat juga kelemahan dari segi pengangkutan pergi balik
ke tempat lokasi. Pihak pengurusan pengangkutan bas IPG Kampus Kota Bharu gagal
menyediakan perkhidmatan bas bagi perjalanan pulang semula ke institut.
Hal ini disebabkan berlakunya pertindihan aktiviti antara program BIG ini dengan
program lain institut. Akibatnya, sebagai langkah penyelesaian, beberapa orang pelajar
termasuk saya sendiri menunggang atau memandu kenderaan sendiri. Mujurlah tutor
kami, Encik Che Asran bin Che Mohd Amin sudi menumpangkan keretanya kepada
beberapa orang pelajar. Ringan sedikitlah beban kami sewaktu itu.
Seterusnya, saya melihat kelemahan yang ada pada program ini adalah ketika
mencari penetapan tarikh. Terlalu banyak kerenah birokrasi yang terpaksa ditempuh.
21

Bermula dengan pihak dalaman institut sendiri di mana pensyarah penyelia, Encik
Zainol Abidin bin Zakaria selalu outstation atau bercuti. Akibatnya, pengurusan
berkaitan pengesahan kertas kerja tergendala beberapa kali dan tarikh asal program
ditunda beberapa kali. Kedua, pihak Hospital Universiti Sains Malaysia turut memberi
masalah dari aspek perhubungan. Pihak sana seolah-olah memandang remeh
mengenai kunjungan kami ke tempat mereka. Contohnya, beberapa hari sebelum
program bermula, saudara pengerusi ada menghubungi semula pihak hospital
mengenai kunjungan kami, namun pihak hospital memaklumkan bahawa pihak mereka
tidak tahu mengenai rancangan kami itu. Hal ini amat mendukacitakan kerana pihak
kami sebenarnya sudah memaklumkan hal berkenaan kepada pihak hospital dengan
menghantar surat. Perkara sebegini menunjukkan bahawa pihak hospital tidak peka.
Namun demikian, masalah ini dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat.
Kemudian, saya turut mengesan kelemahan pada diri saya sendiri. Ketika
program dijalankan, saya sebenarnya masih berada dalam keadaan kurang sihat
kerana masih dalam keadaan demam. Mujur saya sempat makan ubat penahan sakit
sebelum program dijalankan. Kurang lah sedikit penderitaan yang saya alami ketika itu.
Oleh yang demikian, saya terpaksa mengehadkan kudrat saya sepanjang program
berlangsung. Bagaimanapun, saya cuba menyembunyikan masalah yang saya hadapi
ini demi kepentingan bersama. Saya tidak mahu dilihat cuba mengambil kesempatan
disebabkan tahap kesihatan saya. Oleh itu, saya tetap melakukan kerja sehabis baik
yang saya mampu.

iii) Peluang
Apakah peluang yang diperoleh daripada program BIG ini? Persoalan berkaitan
dengan peluang ini dapat saya timbulkan dengan menjalankan beberapa aktiviti.
Pertama, saya berpeluang mengasah kemahiran saya dalam seni lukis dan mewarna.
Lukisan mural yang dibuat adalah bertujuan untuk mencantikkan ruang bilik dalam Wad
Pediatrik terbabit. Jika sebelum ini bilik-bilik tersebut kelihatan kurang ceria dan
menarik, jadi saya dan rakan-rakan melukis lukisan mural bagi menampakkan bilik-bilik
tersebut lebih menyenangkan. Sebelum ini, saya tidak pernah berpeluang membuat
22

lukisan mural, namun dengan aktiviti ini, akhirnya saya berjaya mencuba buat kali
pertama dalam hidup untuk mencuba melukis dan mewarna lukisan mural.
Alhamdulillah.
Peluang kedua yang saya peroleh ketika menyertai program BIG ini adalah saya
berpeluang untuk membaca doa ketika majlis pembukaan dan penutup program BIG ini.
Selama dua tahun setengah hidup di IPG Kampus Kota Bharu ini, saya tidak pernah
berpeluang berbuat demikian kerana tidak ditugaskan sedemikian rupa. Hanya di
sekolah menengah dahulu saya berpeluang berbuat sedemikian acap kali. Jadi, apabila
saya dicalonkan menjadi AJK Kerohanian, saya memandang tugas ini sebagai satu
peluang untuk saya mengulangi perkara baik yang saya pernah lakukan ketika sekolah
dahulu. Saya sememangnya mengakui yang saya agak gementar kerana sudah agak
lama tidak membacakan doa di depan khalayak ramai. Namun demikian, saya sahut
cabaran ini bagi kepentingan bersama. Selesai membaca doa ketika majlis pembukaan
dan penutup program BIG berkenaan, saya berasa sangat lega dan gembira.

iv) Ancaman
Elemen terakhir yang ingin saya utarakan dalam penulisan esei refleksi ini
adalah berkaitan dengan ancaman sepanjang menjalani program BIG ini. Ancaman
yang wujud ada, tetapi tidak lah banyak. Ancaman adalah sesuatu yang mengancam
atau diancamkan, bahaya dsb yang mungkin menimpa. (Kamus Dewan Edisi Ketiga,
1998).
Saya hanya mengesan satu jenis ancaman ketika program BIG ini dijalankan.
Ancaman yang dimaksudkan adalah ancaman pada tahap keselamatan pergi dan balik
peserta program BIG. Disebabkan pengangkutan bas yang disediakan pihak IPG
Kampus Kota Bharu gagal menyediakan perkhidmatan mengambil semula peserta
akibat pertindihan program institut, terdapat beberapa orang peserta terpaksa pergi dan
balik ke tempat lokasi (Wad Pediatrik, HUSM) dengan menggunakan kenderaan sendiri.
Untuk perjalanan pulang pula, kesemua pelajar pulang dengan menaiki atau
menumpang kenderaan rakan-rakan mereka. Hal ini amat membimbangkan kerana
23

sekiranya berlakunya apa-apa kemalangan atau kecelakaan sepanjang perjalanan


tersebut, pihak IPG Kampus Kota Bharu akan dipersalahkan atas perkara tersebut.
Kami juga tidak terlepas daripada hukuman sekiranya apa-apa berlaku. Meskipun saya
dan rakan-rakan mengambil risiko demikian, Alhamdulillah kerana sepanjang perjalanan
itu, tidak ada apa-apa perkara buruk yang berlaku.
Kesimpulannya, berdasarkan pengalaman yang saya peroleh ini, saya dapat
memajukan diri saya ke hadapan biarkan hanya sedikit. Saya tidak boleh menoleh ke
belakang dan berfikiran sempit. Pada saya, setiap pengalaman merupakan satu
pengajaran yang baru untuk saya. Daripada pengalaman lah saya boleh menjadi
seorang yang berdedikasi dan berfikiran jauh, Justeru, proses menimba ilmu tidak
semestinya berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses belajar yang
paling berkesan pada pandangan saya adalah belajar daripada pengalaman lampau
dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Jangan diulangi pengalaman yang pahit,
belajar daripada kesilapan.

24

Anda mungkin juga menyukai