Anda di halaman 1dari 47

IPGM KAMPUS PORTFOLIO PROGRAM

BINA INSAN GURU 2008

NAMA :
NO IC :
KUMPULAN :
NAMA PENSYARAH :
TARIKH HANTAR : 14/APRIL/2008

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 PENDAHULUAN
2 REFLEKSI AKTIVITI KEROHANIAN
3 REFLEKSI AKTIVITI SENAMAN PAGI
4 REFLEKSI AKTIVITI LATIHAN DALAM
KUMPULAN
5 REFLEKSI AKTIVITI AIR
6 REFLEKSI AKTIVITI DARAT
7 REFLEKSI KESELURUHAN
8 LAMPIRA a) minit mesyuarat
N kumpulan
b) gambar kenangan
c) bahan-bahan semasa
LDK
PENDAHULU
AN
Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan
terima kasih saya kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua
yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru pada kali ini sehingga kami
dapat menempuhi semuanya dengan berjaya sekali. Saya juga turut ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa
kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini gagal
dilaksanakan dengan sempurna.

Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada semua
fasilitator dan jurulatih yang telah mengiringi dan membimbing kami dalam
semua aktiviti yang telah kami jalankan. Kepada fasilitator kumpulan 6,
jutaan terima kasih di atas semua motivasi dan teguran yang telah
dicurahkan. Saya akan memanfaatkan semua ilmu yang saya dapat semasa
bersama beliau dengan sebaik mungkin.

Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan diatas segala kekasaran


dan kesilapan yang telah saya lakukan. Sebagai manusia biasa, kita tidak
dapat lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin ada perlakuan, sikap atau
tutur kata yang tidak menyenangkan yang dilakukan secara tidak sengaja
dan tanpa disedari oleh saya, anggaplah semua itu adalah kelemahan saya.

Melalui BIG ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman. Saya


berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang kita dapat
ini dengan baik dalam kehidupan kita selepas ini. Bersama-samalah kita
melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu supaya kita dapat melahirkan
anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang kelak.

Sekian terima kasih.


REFLEKSI
AKTIVITI
KEROHANIAN

Semasa program Bina Insan Guru dijalankan, sesi kerohanian


dijalankan pada pukul 0600 pagi dan 0800 malam untuk guru pelatih bukan
islam.

Semasa sesi kerohanian ini dijalankan, saya mendapat banyak input


yang berguna. Semasa sesi kerohanian yang pertama pada malam Isnin,
kami telah membincangkan tentang siapakah orang yang kita tidak akan
lupa ke atas jasanya kepada kita sehingga hari kiamat. Bagi saya orang itu
adalah ibu bapa saya sendiri. Betapa besarnya pengorbanan mereka kepada
saya. Mereka telah memberikan kasih saying yang tidak berbelah bagi
kepada saya dari saya kecil sehinngga sekarang. Bila dikaitkan
Untuk sesi kerohanian yang ketiga iaitu pada pagi rabu, kami telah
belajar mengapa kita mesti menyayangi alam sekitar atau orang di sekeliling
kita. Sebagai manusia kita tidak boleh bergantung kepada diri kita sendiri
sahaja. Interaksi dengan orang lain atau alam sekitar yang ada di sekeliling
kita adalah sangat penting. Ini adalah untuk keharmonian hidup bersama.
Dalam kehidupan sebagai seorang guru, kita mestilah manyayangi orang-
orang dan alam tempat kita mengajar kelak. Dalam hal ini, ada sesetengah
kaum atau orang yang sanagt sukar menerima orang luar dalam masyarakat
mereka. Bagi saya, sebagai guru kita mesti pandai mengambil hati mereka
untuk menerima kita di tempat mereka dengan memahami adat resam dan
budaya mereka terlebih dahulu. Selain itu, ini mengajar saya supaya
bersikap rendah diri apabila berada di tempat orang.

Kami juga turut belajar mengenai konsep “cemerlang, gemilang dan


terbilang” yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia
keempat, Tun Dr Mahathir. Dalam melaksanakan impian negara untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang, guru
memainkan peranan yang amat besar. Maka, sebagai bekal untuk mengajar
pada masa depan, bakal-bakal guru mestilah menjadi seorang yang
cemerlang, gemilang dan terbilang terlebih dahulu. jika tidak sedemikian,
wawasan 2020 cuma akan tinggal omong kosong sahaja.

Selain itu, dalam sesi kerohanian yang dijalankan saya turut belajar
berfikiran terbuka, logik dan membina. Semasa membincangkan sesuatu
perkara dalam satu kumpulan, sikap terbuka adalah sangat penting untuk
mengelakkan salah faham berlaku. Kita harus menerima segala kritikan
sebagai satu kritikan yang membina. Dalam profesion perguruan, sikap
terbuka ini amat perlu kerana kita akan bakal berhadapan dengan pelbagai
kritikan daripada murid, masyarakat, dan rakan-rakan setugas sendiri. Dalam
mesyuarat, segala perbincangan adalah profesioanal dan terbuka.
Saya berharap saya dapat mengaplikasikan semua input berguna yang
telah saya dapat pada masa yang akan datang terutama apabila saya
mengajar kelak.
REFLEKSI
SENAMAN
PAGI

Setiap pagi, kami akan mengadakan aktiviti senaman pagi. Setiap


kumpulan akan bergilir-gilir mengetuai kami untuk melakukan senaman.
Selain menyihatkan badan, secara tidak langsung, saya turut mempelajari
banyak cara senaman yang kreatif dan menyeronokkan.

Antaranya ialah menarik nafas secara tai chi yang mempunyai


pelbagai gaya seperti mengangkat bola dragon ball, membelah tembikai dan
mangangkat pasu. Cara menarik nafas ini amat seronok dilakukan kerana
amat berbeza dengan cara menarik nafas yang biasa. Sebagai seorang bakal
guru sekolah rendah, cara senaman ini amat sesuai kerana murid-murid
pada peringkat umur mereka sangat suka mencuba sesuatu yang baru.
Sekiranya kita melakukan sesuatu senaman yang sama, ini akan
menyebabkan mereka berasa bosan dan proses pengajaran dan
pembelajaran tidak akan berlaku secara efektif lagi.

Saya juga turut mempelajari satu senaman yang mengaplikasikan


tarian dan nyanyian iaitu lagu ‘King Kong’ yang dinyanyikan sambil menari.
Semua orang akan merasa teruja dan gembira apabila menyanyikan lagu
tersebut. Ini menyedarkan saya bahawa seorang guru yang kreatif akan
dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar. Jika pelatih seusia saya
berasa seronok untuk melakukan gerakan tersebut, apatah lagi murid yang
berada pada peringkat sekolah rendah. Semasa mengajar, kepelbagaian cara
mengajar amat penting untuk meningkatkan minat pelajar untuk belajar.

Semasa sesi senaman pagi pada pagi hari rabu, saya pernah termasuk
dalam golongan yang tidak berpakaian lengkap, kerana saya tidak memakai
tag nama saya. Saya memberi alasan pada diri saya bahawa saya terlupa.
Setelah mendengar kata-kata teguran daripada Encik Muhaimi, saya berasa
sangat malu pada diri saya. Saya sedar saya tidak sepatutnya mencari
alasan untuk menutup kesalahan sendiri, tetapi sepatutnya mengakui
kesalahan tersebut. Saya benar-benar tersentuh dengan kata-kata beliau
yang mengatakan bahawa orang yang mengakui kesalahan lebih mulia
daripada orang yang memberi pelbagai alasan. Selama ini, saya sering
mencari pelbagai alasan untuk melepaskan diri daripada kesalahan sendiri
sehingga kadang-kadang sanggup berbohong. Saya juga turut belajar
bahawa orang sentiasa memberi alasan tidak akan maju dalam
kehidupannya. Ini kerana kita menjadikan alasan tadi sebagai penghalang
bagi mencapai sesuatu pembaharuan dan kemajuan. Kita tidak pernah
menyalahkan diri kita apabila kita melakukan kesilapan, tetapi meletakkan
alasan-alasan lain sebagai penyebab kesilapan kita. Dengan ini, kita tidak
akan pernah memperbaiki kesilapan kita kerana beranggapan kesilapan
tersebut bukan berasal daripada diri kita. Di masa yang akan datang, saya
akan berusaha untuk mengubah sikap saya dan cuba mengakui kesilapan
diri sendiri tanpa memberi alasan-alasan.

Sepanjang program Bina Insan Guru ini dijalankan, saya sangat berasa
sangat seronok ketika bersenam pagi. Ini kerana setiap pagi saya akan
tertunggu apakah senaman baru yang akan di ajar oleh ahli-ahli kumpulan
lain.

REFLEKSI
AKTIVITI
LATIHAN
DALAM
KUMPULAN
(LDK)
Sepanjang program Bina Insan Guru kali pertama ini, kami telah
menjalani 3 aktiviti latihan dalam kumpulan iaitu mengenali potensi diri,
motivasi kepuasan kerjaya dan penghargaan kendiri dan perubahan sikap.
Saya telah belajar banyak perkara yang beru melalui LDK tersebut.
Dalam sesi yang pertama iaitu mengenali potensi diri, kami telah diberi
ujian untuk mengenali potensi diri masing-masing. Setiap manusia
dianugerahkan potensi yang berbeza-beza oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.
Cuma manusia tidak menghargai potensi yang diberikan dan tidak pandai
menggunakan potensi tersebut. Kita sering melihat dan membandingkan
bahawa potensi orang lain lebih baik daripada potensi diri kita. Kita mesti
bersyukur dengan anugerah Tuhan yang ada pada diri kita, barulah kita
nampak bahawa kita juga ada potensi yang lebih baik dan tidak ada pada
diri orang lain. Kita sudah dianugerahkan potensi, maka tanggungjawab kita
adalah untuk manggunakan, memanfaatkan dan memperkembangkan
potensi yang ada pada diri kita itu. Selain potensi yang telah dianugerahkan
kepada kita, ada juga potensi yang dapat kita pelajari. Antaranya, sebagai
seorang bakal guru, potensi untuk berinteraksi dengan baik bersama pelajar-
pelajar merupakan aset yang penting. Tidak semua orang lahir dengan
potensi untuk berinteraksi dengan orang lain dengan baik. Namun, semua ini
dapat dipelajari melalui pembelajaran yang berterusan dan niat yang murni.
Oleh sebab itulah wujud matapelajaran kemahiran berkomunikasi semasa di
Institut Latihan Perguruan.

Dalam sesi seterusnya iaitu sesi motivasi kepuasan kerjaya, kami telah
diberikan satu senarai sebab kami memilih guru sebagai kerjaya mengikut
keutamaan sebab itu. Sesi ini dijalankan bagi meningkatkan motivasi diri
seseorang terhadap kerjaya yang dipilihnya. Setiap orang memilih kerjaya
berdasarkan Faktor-faktor tertentu. Faktor-faktor inilah yang menjadi
pendorong atau motivasi kepada diri seseorang untuk melakukan yang
terbaik dalam kerjayanya. Faktor-faktor ini biasanya dibuat berdasarkan
kepentingan, kecenderungan dan minat seseorang itu. Ada orang suka
sesuatu pekerjaan kerana suka sesuatu yang mencabar. Ada yang suka
pekerjaan yang menyeronokkan, bergaji tinggi atau yang menjamin masa
depan mereka. Sebagai seorang guru, apa yang paling penting adalah anak
murid yang kita ajar bukannya ganjaran. Keikhlasan semasa mengajar
sangat penting supaya semua ilmu yang kita ajar dapat diterima dengan
baik oleh pelajar kita.
Sesi terakhir adalah penghargaan kendiri dan perubahan sikap. Kita
haruslah menerima diri kita seadanya. Dengan sikap begini, kita dapat
memberi penghargaan yang terbesar kepada diri kita sendiri. Namun, setiap
sikap yang ada pada diri kita tidak semestinya baik dan mantap. Oleh itu,
kita haruslah bersedia untuk melakukan perubahan kepada sikap kita. Tidak
dapat dinafikan, sikap merupakan salah satu elemen diri yang amat sukar
untuk diubah. Tambahan lagi, untuk mengubah yang buruk kepada yang
baik. Namun berbekalkan keazaman yang kuat dan keyakinan dari dalam
diri kita sendiri, mudah-mudahan usaha kita akan berjaya. Selain itu, kita
memerlukan dorongan dari sekeliling kita untuk berubah. Ini kerana, manusia
mudah terpengaruh oleh pelbagai anasir yang menghalang perubahan sikap
mereka. Orang disekeliling memainkan peranan penting untuk menyokong
dan mendorong perubahan sikap mereka. Sebagai seorang guru, apabila ada
anak murid kita yang ingin berubah, kita hendaklah menunjukkan kita turut
bersetuju dengan perubahannya. Sikap merendah-rendahkan perubahan
atau pencapaian pelajar akan menyebabkan mereka berasa rendah diri dan
tidak ada keyakinan untuk berubah.
REFLEKSI
AKTIVITI
AIR

Sebelum ini, saya pernah mengikuti aktiviti berkayak semasa saya


dalam Program Latihan Khidmat Negara. Namun pengalaman yang saya
dapat kali ini amat berbeza berbanding pengalaman yang saya dapat
semasa PLKN dahulu. Dahulu, saya hanya berkayak dalam kolam yang
tenang tanpa bergelora walau seinci pun. Kali ini, saya menghadapi alam
semulajadi ciptaan Tuhan yang amat mengagumkan dan juga menakutkan.

Pertama kali sampai ke pantai untuk aktiviti air, saya terpegun dengan
keindahan ciptaan Tuhan yang terbentang luas dihadapan saya. Bunyi
ombak yang kuat amat mengasyikkan. Ombak yang tinggi, besar dan kuat
menyedarkan saya betapa kerdilnya diri saya dalam dunia ini. Saya pandai
berenang, namun apabila berhadapan dengan keadaan laut yang sedemikian
saya hilang keberanian dan kekuatan.

Semasa melakukan aktiviti meningkatkan keyakinan dalam air, mula-


mula saya terfikir ia tidak sukar sangat.namun, apabila berhadapan dengan
keadaan sebenar, ia tidak seperti yang disangkakan. Ombak yang kuat dan
bertalu-talu menghalang pergerakkan untuk mengapungkan diri dan
berenang menuju ke kawasan yang ditetapkan. Saya tertelan air masin
berkali-kali. Setelah dipukul ombak beberapa kali, saya mula berasa letih dan
putus asa. Namun, berkat pertolongan dan sokongan kawan-kawan serta
fasilitator, Encik Hamadi, akhirnya saya kembali bersemangat. Saya tidak
kisah berapa besar ombak yang melanda, saya tetap bersemangat. Saya
amat berterima kasih kepada kawan-kawan dan fasilitator yang telah banyak
menolong saya. Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan, laut ibarat
kehidupan kita. Ombak ibarat rintangan atau dugaan yang melanda
kehidupan kita. Ada kalanya laut tersebut tenang tanpa ombak, sama seperti
ketenangan dalam kehidupan kita. Adakalanya laut tadi bergelora dek
ombak yang mangganas, ia umpama kehidupan kita yang didatangi
masalah, rintangan atau dugaan. Namun, sebesar manapun ombak tersebut,
kita mesti menghadapinya untuk mengatasi ketakutan kita. Ia sama dengan
kehidupan kita, walau sebesar atau sesukar manapun masalah yang datang
dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lari daripada masalah tersebut. Kita
mesti menghadapinya dengan tabah sepertimana menghadapi ombak di
lautan.

Selain itu, saya mempelajari bahawa kawan amatlah penting dalam


kehidupan kita. Tanpa kawan, banyak perkara yang tidak dapat kita rasai dan
lalui dengan jayanya. Sekiranya tiada kawan-kawan yang menolong semasa
menghadapi ombak yang besar, pasti saya akan mengalah. Kehadiran
kawan-kawan disekeliling saya telah memberi keberanian kepada saya. Saya
juga melihat ramai kawan-kawan lain yang mengalami keadaan yang sama
seperti saya, malah ada yang lebih takut lagi. Namun, dengan adanya
kawan-kawan lain dengan mereka, mereka berjaya melawan ketakutan
tersebut. ketakutan ini dapat diatasi kerana percaya kepada kawan. “Kawan
akan menolong kawannya”, bersandarkan kepada pegangan ini, ketakutan
kepada ombak yang besar itu dapat dilawan kerana kepercayaan kepada
rakan yang pasti akan menolong kita.

Semasa kami mula berkayak, saya berasa sangat teruja untuk


mencuba. Namun, setelah melihat kawan-kawan yang lain gagal untuk
menuju ke bebola pelampung yang ditetapkan, saya berasa keyakinan saya
bertukar menjadi ketakutan sedikit demi sedikit. Tambahan lagi, kawan-
kawan yang mencuba tersebut ialah pelatih lelaki. Saya berfikiran, sekiranya
lelaki yang lebih kuat daripada perempuan tidak mampu berkayak melepasi
ombak tersebut, apatah lagi seorang perempuan. Saya melihat beberapa kali
kayak yang dinaiki kawan-kawan dipukul ombak sehingga terbalik dan
diseret kembali ke pantai. Namun, mereka tetap mencuba. Saya melihat
kegigihan dari riak muka mereka. Apabila 2 orang pelatih perempuan berjaya
berkayak menuju ke bebola pelampung yang ditetapkan, saya mula
bersemangat semula. Malah, mereka merupakan yang pertama berjaya
sampai ke destinasi yang ditetapkan. Saya berasa bangga dengan mereka.
Ini mengubah fikiran saya bahawa perempuan juga boleh melakukannya.
Yang paling penting ialah ilmu mengemudikan kayak dengan cara yang betul
, bukannya kekuatan sahaja. Kita tidak sepatutnya menilai kebolehan diri kita
sebelum mencuba, kerana mencubalah yang akan menilai kebolehan kita.
Dalam situasi perguruan, sebagai seorang guru kita patut menyediakan diri
kita dengan pelbagai jenis ilmu. Ini kerana kita bakal berhadapan dengan
lautan manusia yang mempunyai pelbagai kerenah. Dengan ilmu yang kukuh
dan penuh dalam diri kita, mudah-mudahan kita tidak menghadapi masalah
apabila mengajar kelak.

Saya mencuba sebanyak 5 kali sebelum berjaya. Pada percubaan


pertama hingga keempat, saya hamper putus asa. Namun, saya kuatkan
semangat untuk mencuba sekali lagi. Saya sangat bersyukur kerana
berpeluang untuk merasai pengalaman berjaya melepasi ombak-ombak.
Pada masa itu, saya berasa sangat teruja dan gembira. Berkat usaha dan
penat lelah, akhirnya berjaya juga. Dalam kehidupan ini, kita juga harus
tabah dan sentiasa berusaha. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha
yang kental. Walaupun, kadang-kadang kita karam seperti menaiki kayak
tadi, namun kita harus bangun dan bermula semula. Jika kita tersilap
mengemudikan kayak, jangan jadikan kesilapan itu kekalahan kita,
sebaliknya jadikan ia sebagai satu pengajaran untuk mengubah cara kita
mengemudikan kayak kita pada percubaan yang kan datang. Begitu juga
dalam hidup ini, sekiranya kita gagal kerana kita tersilap langkah, maka
jadikanlah kesilapan itu sebagai panduan agar kita tidak mengulang kembali
kesilapan tersebut pada masa yang akan datang.

Akhir sekali, walaupun terasa amat letih namun pengalaman yang saya
dapat daripada aktiviti berkayak ini amat berguna. Keseronokan dan
kegembiraan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata lagi. Selain
mempelajari banyak nilai-nilai murni, saya juga turut belajar cara-cara untuk
menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan yang melibatkan air.
Pengalaman ini amatlah berguna bagi diri saya, anak-anak murid serta
orang-orang di sekeliling saya apabila menghadapi kecemasan dalam air
pada masa yang akan datang.

REFLEKSI
AKTIVITI
DARAT

Apabila mendapat tahu bahawa kami akan melalui jungle trekking


semasa Program Bina Insan Guru, saya tidak merasa begitu risau kerana
sebelum ini saya pernah melalui pengalaman yang serupa. Namun, setiap
aktiviti yang sama pasti memberi pengalaman yang berbeza. Kita tidak
boleh menilai sesuatu tanpa melaluinya terlebih dahulu.

Hutan Santubong sememangnya satu ciptaan Tuhan yang amat


mengagumkan. Pelbagai flora dan fauna yang terdapat dalam hutan
tersebut. Udara amat segar dan nyaman. Hutan yang menghijau dan cantik,
di tambah dengan bunyi unggas, daun dan air terjun semulajadi merupakan
satu tarikan yang amat menarik. Namun, kita tidak boleh menilai sesuatu
berdasarkan paras rupa yang cantik sahaja. Misalnya, batu-batu yang besar
dan licin amatlah berbahaya jika kita tidak berhati-hati. Ini mengajar saya
tentang kehidupan kita agar jangan menilai sesuatu berdasarkan kecantikan
luaran sahaja. Manusia sering terperangkap dengan kecantikan, dan terlepas
pandang nilai-nilai dalaman yang jauh lebih baik. Pengajaran yang saya
dapat di sini ialah jangan membuat pilihan berdasarkan rupa yang dapat kita
lihat, tetapi lihatlah juga nilai-nilai dalaman yang terdapat dalam pilihan kita
itu.
Semasa jungle trekking ini, kami berjalan berpandukan arah kompas.
Ketua kumpulan telah diamanahkan untuk memegang kompas dan
memandu arah kumpulannya. Ini bermakna ketua kumpulan memegang
amanah yang sangat besar. Kerjasama daripada ahli-ahli yang lain amatlah
penting. Setiap ahli kumpulan saya menaruh kepercayaan sepenuhnya
kepada ketua umpulan saya. Walau kemanapun dia membawa kami berjalan,
kami tetap menghormati dan menuruti arahannya. Dalam situasi ini, adalah
amat sukar jika wujud lebih daripada seorang ketua dalam satu kumpulan.
Dalam situasi kehidupan sebenar pun, kita tidak boleh mempunyai lebih
daripada satu ketua. Kita mesti memberi kerjasama kepada seorang ketua
sahaja. Malah dalam agama mengatakan, kita tidak boleh bertuan dua
kerana kita pasti akan menyanjung seorang salah seorang, dan tidak
mengindahkan seorang lagi.

Walaupun kumpulan saya telah tersesat, namun kami saya tidak


mempersoalkan kebolehan ketua kumpulan kami, jauh sekali
mempersalahkannya. Bagi saya, dia telah melakukan yang terbaik untuk
memimpin kumpulannya. Cuma, setiap apa yang kita lakukan tidak
semestinya sempurna dan berjaya. Saya mengagumi kewibawaan ketua
kumpulan saya. Pengalaman tersesat ini bukanlah satu pengalaman yang
memalukan atau mengecewakan, namun ia merupakan satu pengalaman
yang amat bernilai yang tidak berpeluang dirasai oleh kumpulan yang lain.
Sememangnya kesabaran tergugat sedikit lantaran sudah penat berjalan,
namun semangat berkumpulan menjadikan saya kuat. Melihat kawan-kawan
yang ceria walaupun tersesat, hati saya turut merasa gembira.

Saya berasa sangat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan


sekumpulan yang sangat baik. Kami saling tolong menolong untuk
mengangkat barang-barang. Dalam keadaan dunia sekarang, kita akan mula
mementingkan diri dalam dua keadaan iaitu terlalu gembira dan kesusahan.
Apabila kita gembira perasaan tamak menguasai diri kita dan kita mula
melupakan orang disekeliling kita. Apabila kita berada dalam kesusahan atau
keletihan, kita juga akan mula memikirkan tentang cara untuk
membebaskan diri kita daripada kesusahan atau keletihan tersebut. Saya
sangat kagum dengan sikap kawan-kawan lelaki dalam kumpulan kami atas
kesanggupan mereka mengangkat barangan yang berat. Mereka tidak
mengeluh walaupun keletihan. Mereka langsung tidak mementingkan diri
mereka sahaja. Sikap ini mengajar saya agar tidak mementingkan diri
sendiri sebaliknya melihat juga kesusahan orang lain. Kita mesti saling
menolong antara satu sama lain selagi kita bernafas di dunia ini.

Selain itu, saya turut merasa pengalaman berlakon menjadi seseorang


yang sakit atau tercedera di dalam hutan.kawan-kawan yang lain terpaksa
mengusung saya menuju ke destinasi yang seterusnya. Mula-mula saya
berasa sangat takut dan risau dengan kemampuan kawan-kawan saya. Saya
takut mereka akan tersadung atau terlepas usungan lalu menyebabkan saya
terjatuh. Namun, setelah melihat kesungguhan mereka mengangkat saya,
barulah saya mula sedar yang saya sepatutnya mempercayai mereka.
Mereka bertungkus lumus dan saling bekerjasama mengusung saya.
Pengalaman ini turut mengajar saya untuk bertindak sekiranya ada kawan
yang mengalami keadaan yang serupa ketika berada di dalam hutan. Ini
amat berguna sekiranya saya sudah mengajar kelak, terutama ketika
mengiring pelajar-pelajar mengadakan perkhemahan dalam hutan atau
sebagainya.

Sepanjang perjalanan, kami meredah bukit dan lurah yang cerun dan
curam, kawasan batuan yang licin dan berbahaya dan banyak lagi halangan
yang kami tempuhi. Suka dan duka kami tempuhi bersama sebagai satu
kumpulan .Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kami semua telah
berjaya menamatkan perjalanan kami dengan jayanya.
REFLEKSI
KESELURUHAN

Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi


banyak pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa
sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam ini.
Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian
saya terutama semasa bergelar seorang pendidik kelak.

Pertama sekali, program ini mendedahkan saya kepada alam


perkhemahan. Ini kerana dalam program ini kami sendiri yang mengatur
dan merancangkan segala persiapan perkhemahan. Daripada pemilihan ahli
jawatankuasa sehingga kepada hal-hal yang lebih rumit lagi, semuanya
diatur oleh para pelatih sendiri. Ini sangat penting sebagai latihan untuk
saya sekiranya ingin membawa pelajar-pelajar saya untuk mengadakan
perkhemahan kelak. Tanpa pengalaman seperti ini, kita pasti akan kelam
kabut untuk menguruskan perkhemahan semasa di sekolah nanti.
Yang kedua, perkhemahan BIG ini mengajar saya cara menguruskan
diri dalam keadaan suntuk dan tidak selesa. Dengan keadaan cuaca yang
sering hujan, aktiviti sukar untuk dilaksanakan. Khemah memasak kumpulan
saya dimasuki air. Namun, berkat kerjasama ahli kumpulan, kami berjaya
mengatasi masalah tersebut. Kami menggali parit di sekeliling khemah
memasak tersebut bagi membenarkan air mengalir keluar dari khemah kami.
Saya berasa gembira kerana dalam situasi genting seperti ini, kumpulan
saya masih berusaha melakukan sesuatu untuk menguruskan masalah yang
kami hadapi. Khemah untuk kami tidur juga turut dibanjiri air. Pada malam
pertama dan kedua, kami langsung tidak dapat tidur di dalam khemah
sendiri. Kami telah mengambil ikhtiar untuk meminta kebenaran daripada
pihak pengurusan untuk idur di atas pentas Jungle Hall. Akhirnya kami
dibenarkan untuk tidur di sana. Dalam keadaan terbuka, pengurusan diri
semasa tidur adalah sangat penting. Dengan pengurusan masa yang agak
terhad, saya belajar bagaimana menguruskan diri saya sendiri. Contohnya,
menguruskan masa untuk membersihkan diri (mandi) sendiri tanpa memberi
bebanan atau gangguan kepada orang lain. Maksudnya, tidak mementingkan
diri sendiri dengan membiarkan orang lain sahaja menguruskan tugasan
kumpulan sedangkan saya bersenang lenang mandi.

Yang ketiga, saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Saya
belajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan
dalam jadual. Selama ini, saya selalu membuat jadual namun tidak
mengikutinya. Semasa BIG ini, saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk
melakukan sesuatu dalam masa yang telah ditetapkan. Apa yang saya tahu,
yang paling penting adalah azam dan pembahagian tugas. Misalnya, kami
telah diberi masa dari pukul 0600-0800 untuk berehat, membersihkan diri,
memasak dan makan. Jika kita tidak berazam untuk melakukan semuanya
dalam masa 2 jam yang diberikan, kita tidak akan ada cukup masa. Namun
sekiranya kita tidak dapat membahagikan tugas-tugas antara ahli kumpulan
dengan baik, kita juga tidak mungkin dapat menyelaesaikan tugasan tadi
dalam masa 2 jam tersebut.

Keempat, saya belajar bagaimana kehidupan dalam satu kumpulan.


Segala cabaran, halangan atau kenangan manis dan pahit yang dikongsi
bersama mengajar pelbagai nilai yang amat berguna. Nilai yang paling
ketara ialah semangat setiakawan dan kerjasama. Nilai ini dapat saya hayati
semasa pembahagian alatan di maktab lagi. Semua ahli kumpulan
bekerjasama untuk mendapatkan alatan yang mencukupi. Kemudian
semasa memunggah barangan dari bes ke dalam kem, semuanya berjaya
dilakukan kerana kerjasama yang kukuh antara pelatih. Selain itu, saya dapat
melihat nilai toleransi dan persefakatan berlaku dalam kumpulan kecil
mahupun besar. Secara tidak langsung, apabila berada dalam lingkungan
masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai sedemikian, kita juga akan belajar
untuk mengamalkan nilai yang sama. Dalam satu kumpulan, jika tiada
kesefakatan dan toleransi, maka semua -tugas akan menjadi berat. Ini
kerana semua orang bersikap mementingkan diri sahaja dan tidak mahu
berkorban untuk melakukan sesuatu. Sikap inilah yang akan merosakkan
sesuatu kumpulan itu. Dalam kehidupan sebagai seorang guru, kita haruslah
bekerjasama, bertoleransi dan mempunyai persefakatan yang baik dengan
semua orang di sekeliling kita supaya tugas kita mendidik pelajar-pelajar kita
menjadi mudah.

Kelima, saya turut belajar sesuatu daripada EncIK Muhaimi iaitu kita
harus berbeza daripada orang lain. Berbeza maksudnya mempunyai identiti
yang tidak ada pada orang lain. Sebagai seorang guru, kita harus melakukan
kelainan semasa mengajar untuk meningkatkan kefahaman pelajar kita.
Selain itu, ini dapat mengelakkan kebosanan. Jangan selalu bergantung
kepada idea orang lain sahaja, tetapi mencuba sesuatu yang baharu. Untuk
menjadi seorang guru yang disukai pelajarnya, sikap kreatif haruslah ada
bagi mewujudkan kelainan.

Keenam, semasa memasuki hutan saya belajar satu analogi yang


cukup berguna. Saya melambangkan pelbagai jenis flora dan fauna yang
terdapat dalam hutan tersebut sebagai sikap manusia yang bakal saya
hadapi kelak. Saya melalui banyak jenis jalan seperti jalan rata, berduri,
curam, berbatu-batu, berair-air dan sebagainya. Ini ibarat kehidupan seorang
guru yang kadang-kadang gembira, sedih, mencabar, sukar, dipenuhi air
mata dan sebagainya. Namun, ianya mesti ditempuhi juga demi anak
bangsa. Apabila tiba di satu air terjun, saya terlihat sebuah batu. Pada
bahagian tengah batu itu terdapat satu lekukan, tempat air terjatuh. Saya
mula berfikir betapa kerasnya batu tersebut namun akhirnya dapat
dilekukkan oleh aliran air yang berterusan menimpanya. Begitu juga dengan
seorang guru dan anak murid yang cukup nakal. Jika guru tersebut
berterusan membimbing dan menasihati murid itu, lama kelamaan murid itu
akan berubah seperti batu yang keras itu. Apabila mengajar kelak, sikap
sebegini patutlah ada dalam diri seorang guru.

Saya juga belajar satu analogi lagi daripada batuan di air terjun yang
kami jumpai. Batu-batuan tersebut sangat cantik jika dilihat dengan mata
namun menjadi sangat berbahaya kerana ia licin. Dalam kehidupan ini,
sesuatu yang cantik tidak semestinya baik. Kita haruslah berhati-hati dalam
menilai dan membuat keputusan. Jangan menilai kecantikan luaran, tetapi
nilailah juga kecantikan dalaman. Sebagai seorang guru, kita jangan menilai
seseorang pelajar kita berdasarkan kecantikan, taraf hidup atau kepandaian
mereka.

Ketujuh, saya mempelajari nilai kepercayaan kepada ketua. Ketua


dilantik untuk mengetuai ahlinya. Namun tanpa kepercayaan dan
kesefahaman daripada ahli-ahli di bawahnya, ketua tersebut tidak akan
berjay melaksanakan tugasnya sebagi seorang ketua. Semasa kami berada
di dalam hutan, kami telah tersesat. Namun begitu, kami tidak
mempersalahkan ketua kami sebaliknya mempercayai kebolehannya.
Sekiranya kami mula mempersalahkannya dan tidak mempercayainya pada
masa itu, saya rasa kumpulan kami akan tidak bersefahaman dan
mengalami masalah yang lebih teruk lagi. Kepercayaan kami telah
mengembalikankan semangatnya untuk memimpin kumpulan kami untuk
mencari jalan keluar.

Kelapan,semasa kumpulan saya menyiapkan logo kumpulan kami,


seorang fasilitator berkali-kali mengatakan bila lagi logo tersebut akan siap
kerana kami belum lagi menulis atau melukis apa-apa pada kain putih yang
diberikan, sedangkan masa dah lewat malam. Saya menganalogikan kain
putih tersebut sebagai pelajar. Ahli kumpulan kami merupakan guru-guru
yang bakal membentuk pelajar tersebut. Apa sahaja yang akan kami conteng
pada kain tersebut, ibarat apa yang akan kami berikan kepada pelajar kami.
Jika kami dapat menyiapkannya, maka berjayalah kami mencorakkan pelajar
kami.

Kesembilan, saya belajar untuk yakin kepada kebolehan diri sendiri dan
jangan mudah mengalah. Ini saya pelajari semasa kami mengikuti aktiviti
berkayak. Pada mulanya, saya kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri
setelah melihat kayak rakan-rakan karam dipukul ombak. Namun, saya tidak
mudah mengalah dan telah mencuba sebanyak 5 kali sebelum berjaya.
Setelah berjaya, barulah saya sedar bahawa keyakinan diri adalah sangat
penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Saya menganalogikan ombak
tersebut sebagai pelajar yang degil. Namun, dengan usaha yang gigih dan
keyakinan pada kebolehan kita, maka kita tetap akan dapat mengatasi
kedegilan mereka itu.
Kesepuluh,apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap
yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada di sekeliling
kita merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita.
Namun semua ilmu itu tidak akan datang dengan petikan jari sahaja. Jadi
tanggungjawab kita adalah mencari dan mengggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu
sangat penting untuk menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita
duga. Manusia tanpa ilmu merupakan manusia yang paling malang dan
miskin dalam dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu didada haruslah
mencukupi. Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi
intelek, malah dari semua segi kehidupan ini. Ini kerana guru dijadikan
tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah
terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah kita
dapat.

Sesungguhnya, Program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya


untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Disebalik semua
keseronokan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan
refleksi terhadap diri saya sendiri dan mengenalpasti kekurangan yang ada
pada diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilai
dan input yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu,
pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untuk
menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan
lasak.
LAMPIRAN
MINIT
MESYUARAT
KUMPULAN
3

MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3


PROGRAM BINA INSAN GURU SESI 2008
BIL 04/08
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Tarikh : 2 Febuari 2008


Masa : 4.00 pm
Tempat : Depan Koperasi IPGM
Kehadiran : 1.
2. Nurhidayah Asmanira Masdin
3. Alizah binti Ja’afar
4. Nur Arina Binti Sarkawi
5. Shahrizal Bin Sharani
6. Tracy Laing
7. Fadzillahshela Lajim
8. Mohd Salehuddin
9. Bryan Ak Kerol
Mesyuarat dipengerusikan oleh Saudara Syalahuddin dan dimulakan dengan
bacaan doa oleh saudara Sharizal Bin Sharani

Agenda mesyuarat
1.0Penentuan Menu makanan
1.1 QM makanan saudari Arina Sarkawi membentangkan menu
makanan yang telah dipersetujui oleh pihak induk hasil mesyuarat
bersama En. Shukor.
1.2Berdasarkan persetujuan ramai, jenis masakan untuk setiap menu
telah ditentukan. Selain itu QM makanan juga mencadangkan agar
dibuat jadual memasak agar kerja-kerja di dapur lebih sistematik,
teratur dan adil. (rujuk pada lampiran).

2.0Persembahan malam kebudayaaan


2.1AJK malam kebudayaan mencadangkan lagu dara muda sebagai
lagu iringan semasa tarian untuk persembahan malam bakat dan
cara tarian juga telah diatur. Cadangan diterima oleh semua ahli
kumpulan.
2.2Bagi pakaian pada malam kebudayaan pula, pengerusi
mencadangkan agar penari lelaki memakai pakai kemeja T bercorak
petak dan aksesorinya ialah cermin mata gelap. Manakala bagi
wanita pula ialah berbaju kurung dan memakai selendang.
Cadangan dipesetujui semua ahli. Penegrusi juga berpesan agar
tidak lupa membawa pakaian, aksesori lagu untuk malam
kebudayaan ini ke Kem Santubong nanti.

3.0 Penutup

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 5.00 pm dan disokong oleh


semua ahli. Pengerusi berharap agar semua ahli memberi kerjasama
yang komited apabila sesuatu aktiviti dijalankan.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(NURHIDAYAH MASDIN) (SYALAHUDDIN BIN


AHMAD)
Setiausaha Ketua Kumpulan 3
Program Bina Insan Guru Program Bina Insan
Guru

MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3


PROGRAM BINA INSAN GURU SESI 2008
BIL 02/08
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS
Tarikh : 25 Febuari 2008
Masa : 10.30 am
Tempat :
Kehadiran : 1. Syalahuddin Bin Ahmad
2. Nurhidayah Asmanira Masdin
3. Alizah binti Ja’afar
4. Nur Arina Binti Sarkawi
5. Shahrizal Bin Sharani
6. Tracy Laing
7. Fadzillahshela Lajim
8. Mohd Salehuddin
9. Bryan Ak Kerol

Mesyuarat dipengerusikan oleh Saudara Syalahuddin dan dimulakan dengan


bacaan doa oleh saudara Sharizal Bin Sharani

Agenda mesyuarat

1.0 Pembentangan hasil mensyuarat ahli kumpulan dengan


jawatankuasa induk.
1.1QM peralatan mengumumkan perjumpaan akan diadakan di KLMS
pada jam 2.00 petang untuk demontrasi pemasangan khemah.
Semua ahli diwajibkan hadir.
1.2QM kebajikan mengumumkan jadual sentri akan disediakan lebih
awal sebelum bertolak dan pembersihan hanya dijalankan di
kawsan tapak perkhemahan kumpulan ini sahaja.
1.3AJK malam bakat menerangkan tema untuk malam bakat ialah
“Malam Retro 70-an Gala Warna”. Dimana persembahan adalah
dalam bentuk tarian twiss ataupun agogo. Cabutan undi telah
dilakukan dan kumpulan 3 medapat giliran pertama untuk membuat
persembahan.
1.4 AJK kerohanian telah meminjam sejadah dan Yasin dari Pusat Islam
untuk kegunaan semua ahli kumpulan beragama Islam sepanjang
BIG. Selain itu beliau mengingatkan agar sentiasa mengamalkan
bacaan doa sebelum melakukan apa jua perkara sepanjang berada
di Kem Santubong untuk langkah keselamatan.
1.5QM Makanan menerangkan menu makanan telah ditentukan
bersama AJK induk tetapi cara masakan terpulang kepada
kehendak kumpulan itu sendiri. Jadual makan adalah 4 kali sehari
iaitu sarapan, makan tengah hari, makan malam dan minum
malam. Bagi malam terakhir di Kem Santubong makanan akan akan
disediakan khas dari pihak pengurusan. Beliau juga mengingatkan
kepada semua ahli khasnya ketua kumpulan agarsentiasa
menjemput fasilitator untuk makan bersama. Bahan-bahan
makanan akan diberikan sejurus sahaja sampai di tapak
perkhemahan. Menu makanan perlu dipamerkan di dapur khemah.
Selain itu beliau juga mencadangkan agar memasak makanak berat
dan disediakan lebih awal pada hari ke-2 dan ke-3.
1.6Bendahari menjelaskan yuran kumpulan sebanyak RM2 seorang
telah pun dikutip dan akan diserahkan kepada AJK induk.

2.0 Persiapan makanan bagi hari ke-2 dan ke-3


2.1Pengerusi mencadangkan agar memasak seawal pagi sewaktu
sentry untuk memasak nasi dan air. Beliau mengingatkan agar
semua ahli kumpulan untuk membawa kontena makanan pada hari
tersebut.
2.2Nurhidayaha Masdin mencadangkan agar membeli plastic kecil
untuk menyimpan makanan seperti mee goring bagi memudahkan
ahli sekiranya ingin makan ketika dalam perjalanan selain daripada
membawa kontena. Cadangan diterima semua ahli dan pengerusi
meminta bendahari untuk membeli barang tersebut.

3.0Penentuan menu makanan sepanjang berada di Kem Santubong.


3.1Pengerusi mencadangkan agar tidak membincangan tentang
penetapan menu makanan memandangkan bahan-bahan makanan
belum diluluskan lagi oleh pihak pengurusan. Perbincangan tentang
hal ini akan diadakan pada mesyuarat akan datang selepas sahaja
bahan makanan tersebut diluluskan.

4.0 Aktivit kumpulan pada malam bakat


4.1Arina Sarkawi mencadangkan agar tugas mencari lagu 70-an itu
tidak dibebankan di bahu AJK malam bakat sahaja sebaliknya,
semua ahli diminta agar mencari lagu yang sesuai untuk
dipersembahkan. Cadangan diterima dan pengerusi mengarahkan
semua ahli menyediakan lagu dan akan dipilih pada mensyuarat
akan datang.

Perkara –perkara berbangkit.

5.0 Penetapan hari dan masa pemunggahan barang ke dalam bas di


KLMS
5.1Pengerusi meminta Bryan untuk memastikan hari dan dan masa
yang tepat untuk proses pemunggahan barang peralatan ke dalam
bas.
5.2Pengerusi juga mengingatkan kepada ahli agar hadir pada hari
tersebut kerana ianya penting untuk memastikan dan menyemak
segala peralatan kumpulan adalah cukup dan dalam keadaan baik
untuk digunakan sepanjang perkhemahan. Selain itu markah
kehadiran dan kerjasama ahli kumpulan akan diambil dan dinilai
oleh fasilittor pada hari tersebut.

6.0Penutup
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.00 am dan disokong
oleh semua ahli. Pengerusi berharap agar semua ahli memberi
kerjasama yang komited apabila sesuatu aktiviti dijalankan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(NURHIDAYAH MASDIN) (SYALAHUDDIN BIN


AHMAD)
Setiausaha Ketua Kumpulan 3
Program Bina Insan Guru Program Bina Insan
Guru
MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3
PROGRAM BINA INSAN GURU 2008
BIL 02/08
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS

Tarikh : 25 Febuari 2008


Masa : 10.30 am
Tempat : Bilik kuliah 15 PISMP110 MZK
Kehadiran : 1. Syalahuddin Bin Ahmad
2. Nurhidayah Asmanira Masdin
3. Alizah binti Ja’afar
4. Nur Arina Binti Sarkawi
5. Shahrizal Bi Sharani
6. Tracy Laing
7. Fadzillahshela Lajim
8. Mohd Salehuddin

Ketidakhadiran : 1. Bryan AK Kerol

Bi Agenda/catatan Tindakan
l
1 Ucapan terima kasih daripada Pengerusi
Kumpulan 3 BIG kerana kesudian ahli-ahli KETUA
jawatankuasa untuk menghadiri mesyaurat. KUMPULAN 3

2 Pengerusi menyatakan tema Program Bina Insan


Guru 2008 kali ini iaitu “ Ke Arah Membentuk KETUA
Guru Berkompentensi Tinggi”. KUMPULAN 3
3 Pengerusi meminta semua ahli jawatankuasa
Kumpulan 3 untuk membayar yuran kumpulan KETUA
sebanyak RM3 kepada bendahari selewat- KUMPULAN 3
lewatnya 28hb Febuari 2008.

4 Pengerusi mengingatkan semua ahli kumpulan


untuk membawa keperluan diri sendiri seperti KETUA
2 buah kontena, ubat bagi yang menghidap KUMPULAN 3
penyakit selain dari demam biasa. Keperluan lain
seperti botol air dan poco akan disediakan
kepada semua ahli kumpulan.
5 Pengerusi mencadangkan agar ahli kumpulan KETUA
membeli poco untuk keperluan diri sendiri KUMPULAN 3
memandangkan poco yang disediakan nipis
untuk keselesaan diri.

6 Pengerusi mengingatkan kepada semua ahli


untuk hadir ke perjumpaan BIG yang diadakan KETUA
pada hari Ahad jam3 petang di KLMS IPTAR untuk KUMPULAN 3
proses pemunggahan barang ke dalam bas
7 Perhatian kepada ahli jawatankuasa bendahari,
kerohanian, kebajikan, keselamatan dan KETUA
kebersihan, penutup malam bakat, QM makanan, KUMPULAN 3
QM peralatan untuk hadir ke perjmpaan bersama
ahli jawatankuasa induk masing-masing.
8 Pengerusi mencadangkan agar dibuat pungutan
wang samada untuk membayar duit pekerja yang KETUA
membersihan khemah ataupun digunakan untuk KUMPULAN 3
majlis jamuan makan malam bersama semua
pelajar yang mengikuti program BIG.

9 Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.00


pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(NURHIDAYAH MASDIN) (SYALAHUDDIN BIN AHMAD)


Setiausaha kumpulan 3 Ketua Kumpulan 3
Program BIG Program BIG
IPGM KTAR IPGM KTAR
GAMBAR
KENANGAN
Pemandangan Gunung Santubong dari simpang

Memasak bersama memang

Bekerjasama menyediakan tempat

Biar simple tapi tetap


Ceria semasa menikmati

Membasuh peralatan

Berkongsi pendapat semasa

Walaupun keletihan namun tetap


Lakonan-seorang guru yang tabah menghadapi

Taklimat sebelum masuk ke

Air terjun yang sungguh indah dan

Perjalanan yang mesti


Wajah seorang ketua kumpulan yang

Memanaskan makanan di dalam hutan-

Bergambar kenangan bersama

Mengusung kawan yang


Berjalan pulang ke Kem

Kumpulan 3- Semangat, Setia dan Senyum selalu!!!


BAHAN-
BAHAN
SEMASA
LDK

Anda mungkin juga menyukai