Anda di halaman 1dari 9

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

TOPIK 6

RESPIRASI SEL DALAM TUMBUHAN DAN HAIWAN

SINOPSIS Respirasi sel ialah proses pengoksidaan dan pemecahan makanan oleh organisma hidup (haiwan dan tumbuhan) melalui satu siri tindakbalas di dalam sel untuk menghasilkan tenaga. Respirasi sel menukarkan glukosa yang terhasil daripada pencernaan karbohidrat kepada karbon dioksida air dan tenaga. Proses ini dikawal oleh enzim yang tertentu. Tenaga yang terhasil daripada respirasi sel disimpan dalam bentuk ATP. HASIL PEMBELAJARAN

y Banding dan bezakan antara respirasi aerobik dan anaerobik. y Huraikan fungsi mitokondria. y Terangkan kepentingan respirasi anaerobik dalam kehidupan seharian.

KERANGKA TAJUK

RESPIRASI

RESPIRASI LUAR

RESPIRASI DALAM

RESPIRASI AEROB

RESPIRASI ANAEROB

70

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

6.1 RESPIRASI AEROB Respirasi aerob adalah proses menghasilkan tenaga melalui pengoksidaan glukosa. Respirasi ini berlaku sepanjang masa dalam semua sel hidup pada tumbuhan dan haiwan serta pada mikroorganisma. Respirasi ini memerlukan kehadiran oksigen untuk melengkapkan tindakbalasnya dan menghasilkan karbon dioksida dan wap air sebagai hasil sampingan.Respirasi ini membebaskan banyak tenaga di mana sebahagiannya dibebaskan sebagai haba dan sebahagian lagi sebagai ATP. Keseluruhan proses respirasi aerobik boleh diwakili oleh persamaan berikut:

C6H12 O6 + O2

6CO2 + 6H2O + tenaga

Respirasi aerob melibatkan tiga peringkat yang utama: a) Glikolisis di mana glukosa ditukar kepada piruvat b) Kitar Kreb dimana piruvat ditukar kepada karbon dioksida dan air c) Sistem Pengangkutan Elektron di mana hidrogen yang dikeluarkan dari pengoksidaan ditukar kepada air dan menghasilkan ATP.

6.1.1 Glikolisis. Glikolisis ialah siri tindakbalas di mana gula 6 karbon dipecahkan kepada 2 molekul gula 3 karbon iaitu piruvat. Proses ini berlaku di dalam sitosol. Pada peringkat permulaan glukosa, difosforilasikan dengan bantuan ATP. Ia seterusnya ditukar kepada fruktosa fosfat dan seterusnya fruktosa bifosfat. Pada peringkat ini 2 molekul ATP digunakan. Seterusnya gula 6 karbon ini dipecahkan

kepada 3 molekul gula 3 karbon dikenali sebagai triose fosfat. Akhirnya triose fosfat dioksidakan kepada piruvat melalui pengeluaran hidrogen, menghasilkan NAD. Dua molekul ATP terbentuk apabila setiap triose fosfat dibentuk. Ini menunjukkan 4 molekul 71

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

ATP dibentuk sepanjang pengoksidaan dan penghasilan bersih 2 molekul ATP dihasilkan dari 1 molekul glukosa.

6.1.2 Kitar Kreb

Kitar ini berlaku di dalam mitokondria. Piruvat hasil dari glikolisis memasuki mitokondria dan mengalami dekarboksilasi melalui pengeluaran 1 molekul karbon dioksida. 2 karbon yang tinggal bergabung dengan coenzyme A membentuk asetil coenzyme A . Atom Hidrogen diterima oleh penerima hidrohen NAD membentuk NADH2. Asetil CoA bertindakbalas dengan oksaloasetat (OAA) dengan kehadiran enzim. Kumpulan asetil kemudiannya terurai membentuk sitrat yang akan digunakan semula untyk meneruskan kitaran.

72

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

6.1.3 Sistem Pengangkutan Elektron Pasangan hidrogen yang dikeluarkan dari tindakbalas perantaraan di antara pengoksidaan glukosa di terima oleh penerima hidrogen iaitu NAD. Tindakbalas ini dimangkinkan oleh enzim dihidrogenase. Atom hidrogen dalam NADH2 dioksidakan kepada air oleh hidrogen . Ini dikenali sebagai laluan pengangkutan elektron. Dalam tiga peringkat pemindahan disepanjang laluan, tenaga dibebaskan dan digunakan untuk mensintesiskan ATP daripada ADP dan fosfat . Tindakbalas ini dimangkinkan oleh enzim ATP-sintetase.

73

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Jadual 6.1: Ringkasan Proses Respirasi Aerob Peringkat Tempat berlaku di dalam sel Proses keseluruhan Bilangan ATP yang dihasilkan 2 bagi setiap satu molekul glukosa. tiada

Glikolisis

Sitosol

Glukosa terurai kepada dua molekul piruvat. Piruvat ditukarkan ke Asetil-co A

Pengoksidaan piruvat

Matrix : bendalir di dalam mitokondria Matrix : bendalir di dalam mitokondria

Kitar kreb

Asetil co A membantu kitar kreb untuk menghasilkan hydrogen

2 dalam setiap pusingan . oleh itu 4 bagi setiap molekul glukosa. 32 bagi setiap molekul glukosa

Sistem Pengangkutan Elektron

Membran dalam mitokondria

Hydrogen membantu siri tindakbalas pengoksidaan dan penurunan untuk menghasilkan ATP

74

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

6.2 Respirasi anaerob.

Respirasi anaerobik ialah penguraian dan pembebasan tenaga daripada makanan tanpa menggunakan oksigen. Respirasi ini dilakukan oleh sesetangah bakteria, kulat, tumbuhan hijau dan haiwan dalam keadaan tertentu. Hasil respirasi anaerob ialah asid laktik dan tenaga. C6H12O6 Glukosa 2C3H6O3 + 150kJ asid laktik

Latihan

Banding bezakan antara respirasi aerob dan respirasi anaerob

75

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

6.3 Mitokondria.

Sumber: avonapbio.pbworks.com

Mitokondria

adalah organel tempat berlangsungnya fungsi respirasi sel benda

hidup. Mitokondria berbentuk elips dengan diameter 0.5 m dan panjang 0.5 1.0 m. Ia mempunyai dua lapisan membran, iaitu lapisan membran luar dan lapisan membran dalam. Lapisan membran dalam berbentuk lipatan-lipatan yang sering disebut sebagai krista (cristae). Di dalam mitokondria terdapat 'ruangan' yang disebut matriks, di mana terdapatnya beberapa mineral. Mitokondria banyak terdapat pada sel yang menjalankan aktiviti metabolisme yang tinggi dan memerlukan ATP dalam jumlah yang banyak, misalnya sel otot jantung. Jumlah dan bentuk mitokondria adalah berbeza-beza untuk setiap sel.

76

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

6.4 Kepentingan proses anaerobik dalam kehidupan seharian. Seperti respirasi aerobik, respirasi anaerobik juga mempunyai banyak kepentingan dalam kehidupan seharian. 1. Proses penapaian. Penapaian mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perindustrian. Etanol yang dihasilkan digunakan untuk menyediakan minuman beralkohol seperti wain dan bir. Yis pula digunakan untuk membuat roti kerana karbon dioksida yang dibebaskan akan menghasilkan rongga di dalam roti dan menjadikannya lembut. Penapaian oleh bakteria pula berguna dalam penghasilan cuka, tairu, keju dan mentega. 2. Aktiviti yang aktif. Semasa aktiviti otot yang giat, kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung akan bertambah cepat untuk membekalkan lebih oksigen kepada otot. Namun begitu kuantiti oksigen yang diperlukan oleh otot jauh melebihi kuantiti oksigen yang dibekalkan kepadanya. Dalam keadaan ini sel otot terpaksa berespirasi secara anaerob untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan. 3. Tumbuhan yang terendam ketika banjir. Semasa banjir tumbuhan yang ditenggelami air dapat hidup selama beberapa hari dengan berespirasi secara anaerob. Namun jangka masa pernafasan secara anaeron ini hanya dapat bertahan dalam satu tempoh yang terhad.

77

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Latihan.

Ali adalah peserta Rumah Kuning bagi acara sukan di sekolahnya. Dia mengambil bahagian dalam acara larian 100m. Selepas tamat berlari dalam acara tersebut Ali tercungap-cungap selama beberapa ketika. Huraikan tentang mekanisma pernafasan Ali dan mengapakah perlunya dia bernafas secara yang demikian. Sediakan jawapan anda untuk dibincangkan dalam tutorial yang akan datang.

Rujukan: Clegg.C.J dan Mackean D.G (2000). Advance Biology: Principles and Application. Second Edition. Hodder Education, London. Voet. D dan Voet.J.G (1990). Biochemistry.John Wiley & Sons, Inc. http://avonapbio.pbworks.com/w/page/9429473/Mitochondria:-The-Powerhouse-of-a-Cell http://ict4us.com/r.kuijt/en_krebs.htm

78

Anda mungkin juga menyukai