Anda di halaman 1dari 6

Refleksi Keseluruhan bagi Program Bina Insan Guru (BIG) Siri ke-4 (2012)

Saya Illavarasi Kalaiarasu daripada kelas Pengajian prasekolah semester 1PISMP ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat juga saya menyempurnakan tanggungjawab saya dalam program Bina Insan Guru (BIG) yang diadakan selama empat hari tiga malam. Program pada kali ini diadakan di tempat perkhemahan Intan Suraya Resort, Kuala Kangsar, Perak. Program Bina Insan Guru ini diadakan untuk para guru pelatih agar dapat melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan , daya tahan diri yang tinggi serta aura kegururan yang selaras dengan Prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Seramai 57 para guru pelatih telah berganding bahu dalam menjayakan matlamat program BIG siri ke-2. Sebelum aktiviti ini diadakan, kami telah memilih ahli jawatankuasa yang akan menjalankan program ini dengan jayanya. Mesyuarat diadakan untuk memastikan semua ahli melaksanakan tangggungjawab dan juga tugasan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan masalah muncul sewaktu melaksanakan program Bina Insan Guru. Pada hari Isnin 2 April 2012, saya telah bertolak dari Kampus Tuanku Bainun ke Kem Intan Suraya di Sungai Siput menaiki bas bersama rakan-rakan yang lain. Setelah sampai ke destinasi yang dituju, kami diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan kami lakukan. Saya telah meningkatkan kefahaman saya dalam mendirikan khemah serta mengetahui tempat untuk mendirikan khemah iaitu di kawasan yang rata dan bukannya kawasan cerun. Saya dapat mengeratkan hubungan antara guru pelatih yang lain. Saya telah berkenalan dengan ramai rakan-rakan dari kumpulan Matematik 2 dan PSV. Saya juga dapat berkomunikasi dengan mereka serta mengeratkan lagi hubungan antara kami. Saya telah banyak mempelajari nilai-nilai murni melalui kelas moral yang diadakan oleh Encik Eow Boon Hin. Saya telah melihat sendiri akan konsep 1Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita sewaktu menyertai program BIG siri-2. Contohnya, sewaktu melakukan aktiviti pada hari pertama iaitu Ice Breaking. Slot ini dilakukan oleh fasilitator Encik Azmi Bin Abdul Hamid iaitu pensyarah daripada Jabatan Ilmu Pendidikan. Tujuan aktiviti ini adalah

untuk mengenali dengan lebih rapat lagi peserta dan mewujudkan hubungan yang mesra antara peserta. Ice breaking ini dijalankan adalah untuk menggalakkan interaksi sesama kami dan mewujudkan rasa hormat di kalangan kami tanpa mengira agama dan kaum. Saya sangat seronok dan aktif sewaktu menyertai aktiviti Ice breaking. Seterusnya, saya juga dapat belajar akan kepentingan masa. Sebagai seorang guru kita perlu menepati masa semasa menghadiri sesuatu majlis sama ada majlis yang formal atau yang bukan formal. En.Kuppusamy dan juga pensyarah yang lain selalu mengingatkan kami untuk menepati masa. Sewaktu berkumpul pada waktu pagi untuk melakukan aktiviti senaman pagi, En.Kuppusamy selalu menasihatkan kami supaya menepati masa. Beliau juga selalu berpesan kepada kami untuk mempunyai semangat taat kepada negara. Melalui aktiviti water confidence saya dapat meningkatkan keyakinan dalam diri saya untuk berenang dalam sungai. Saya sebenarnya takut dan tidak mampu berenang dan melakukan aktiviti yang berkaitan dengan sungai atau laut. Selepas diajar oleh para pensyarah saya mula yakin mengapungkan diri di atas permukaan air dengan menggunakan baju pelampung. Saya juga mengetahui cara bernafas di dalam air dan berenang di dalam sungai serta station ketiga ialah cara menyelamat orang yang cedera.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada pensyarah, mentor saya dan juga kawan-kawan saya yang banyak memberi katakata semangat serta teknik melakukan sebarang aktiviti air. Kata-kata mereka serta tunjuk ajar mereka memupuk keyakinan dalam diri saya. Akhirnya saya boleh dapat juga berjaya mengapungkan diri di atas permukaan air. Saya perlu yakin akan kemampuan dan juga kebolehan saya untuk melakukan sesuatu perkarayang baik. Kerjasama sangat penting sekiranya kita mahu hidup dengan harmoni dalam dunia ini. Melalui aktiviti seperti berakit, membuat rakit, mengembara di hutan, Orientering dan sebagainya. Apa yang saya faham adalah tanpa kekuatan semua anggota dalam satu kumpulan kita tidak dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan berjaya dan tepat pada masa. Sewaktu berakit ahli kumpulan saya yang tidak bergayuh banyak memberi kata-kata semangat seperti up down, kumpulan Nuri boleh kepada yang mengayuh. Mereka juga memberi petunjuk sewaktu mengayuh.

Berakit merupakan satu pengalaman yang yang tidak dapat dilupakan. Motivasi dan dorongan yang diberikan oleh pensyarah dan ahli-ahli pasukan membantu kumpulan saya untuk bejaya sampai ke kawasan yang ditujui. Selepas aktiviti berakit, saya dan rakan sekumpulan saya telah memasak di hutan. Aktiviti memasak di hutan merupakan suatu pengalaman yang menyentuh jiwa dan perasaan saya. Tanpa kerjasama dan juga kesungguhan ahli kumpulan memang kita tidak dapat menikmati makanan tengah hari. Rakan sekumpulan saya sangat teliti semasa mereka memasak. Saya ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan saya kerana memberi kerjasama. Hubungan antara kami memang rapat dan bertolak ansur antara satu sama lain. Kami sempat juga menghabiskan makanan yang telah habis dimasak serta membersihkan tempat kami memasak. Walaupun, masakan yang kami buat hanya sekadar sahaja tetapi masakan itu memang sedap untuk dimakan. Kami telah pulang ke tapak perkhemahan yang dibimbing oleh pensyarah dan tutor iaitu Encik Kuppusamy, ,Encik Fakaruddin serta pensyarah lain yang turut terlibat. Dalam perjalanan ini, kami sentiasa berwaspada dan dalam keadaan yang senyap kerana terdapat lembu liar sekitar kawasan tersebut yang boleh membahayakan keselamatan. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Aktiviti kembara merupakan aktiviti yang paling mencabar serta memberi banyak nilai murni kepada saya dan juga rakan-rakan saya. Perjalanan kami boleh dikatakan sangat mencabar apabila kami mula mendaki bukit yang agak curam dan tanah yang agak licin dan ditambah dengan pokok-pokok gergasi. Saya kadangkadang hampir tergelincir sewaktu mengembara di hutan itu. Pada ketika itu, wujudnya nilai kerjasama serta tolong-menolong antara satu sama lain untuk mendaki curam ini. Ahli kumpulan saya mengambil berat akan diri saya sewaktu mendaki tempat yang curam serta memberi amaran bahaya sekiranya terdapat sesuatu yang boleh membahayakan atau mencedarakan diri. Tanpa bantuan daripada rakan dan juga pensyarah sudah pastinya saya tidak dapat meneruskan aktiviti kembara. Pengalaman digigit pacat juga tidak boleh dilupakan. Saya telah mempelajari cara memasang jerat libas yang diajar oleh En.Yusril. Ini boleh dikatakan pertama kali saya melihat sendiri cara orang memasang jerat. Saya sendiri terlibat dalam memasang jerat bersama rakan sekumpulan.. Saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk meneruskan kehidupan sekiranya terperangkap di dalam hutan jika kita tiada pengetahuan asas langsung mengenai

suasana di hutan. Selain itu, aktiviti kembara ini juga membentuk kecerdasan emosi dan kecergasan jasmani. Sebagai seorang guru, kita haruslah seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek untuk melahirkan generasi yang sempurna berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, malam kebudayaan. Semua rakan saya menunjukkan bakat masing-masing dalam membuat persembahan dalam malam kebudayaan. Aktiviti pada malam kebudayaan dan juga malam penghayatan dijalankan oleh pensyarah En. Azmi Bin Abdul Hamid. Pengalaman ini juga tidak dapat dilupakan. Sepanjang hari kami berada di kem, En. Azmi Bin Abdul Hamid selalu berpesan kepada kami untuk menjadi seorang guru yang kreatif serta seimbang dari segi semua aspek. Saya berasa sangat gembira dan tersentuh apabila bersalaman dengan pensyarah dan juga rakan-rakan yang lain. Pada pendapat saya, program BIG telah memberi kesedaran kepada saya untuk menjadi seorang guru dan juga warganegara yang mulia dan mampu menempuh cabaran dalam kehidupan masing-masing secara waras. Seperti yang sedia maklum, guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, oleh itu guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Banyak kebaikan yang telah saya peroleh dengan menyertai program BIG siri ke-2. Saya telah mengenal pasti sikap-sikap yang perlu ada pada seorang guru. Keyakinan dalam diri saya boleh dikatakan menjadi lebih kuat berbanding masa dahulu iaitu sebelum saya menyertai program BIG ini. Contohnya, ketika saya membuat persembahan power point di kelas. Program ini juga mengajar saya untuk berani berhujah atau mengeluarkan pendapat dengan sopan di hadapan khalayak. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan member pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul. Bagi pendapat saya, program BIG ini hanya membawa kebaikan kepada para guru pelatih dan bukannya keburukan. Banyak kebaikan yang telah saya peroleh dengan menyertai program BIG ini. Pengalaman yang saya peroleh melalui program ini tidak adan saya lupakan. Walaupun menghadapi beberapa dugaan ketika melakukan aktiviti seperti gigitan pacat dan sebagainya saya tetap melibatkan diri saya dalam semua aktiviti dengan penuh semangat. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan

terima kasih kepada mentor saya, semua pensyarah, jurulatih dan juga rakan-rakan yang telah banyak menolong saya sewaktu saya menhadapi kesusahan. Kami bagaikan satu keluarga yang besar sepanjang kem BIG ini dijalankan. Para pensyarah bagaikan ibu dan bapa selalu mengutamakan keselamatan kami dan juga makanan minuman kami sepanjang kami berada di Kem Intan Suraya selama empat hari tiga malam. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai